Anda di halaman 1dari 1

SEK KEB LKTP REDONG

85300 LABIS
JOHOR DARUL TAKZIM TEL: 9291900

Kepada,
Ibu bapa atau penjaga,
Pelajar yang berkenaan.

Melalui,
Guru Besar,
SK LKTP Redong
85300 Labis. 30 JULAI 2004

KLINIK KRIKET DAN KEM BAKAT

Merujuk perkara di atas, anak tuan/puan telah terpilih mengikuti Klinik Kriket anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada 02 hingga 05 Ogos 2004 di SK Moni Pok, Gelang
Patah, Johor Bahru. Semasa kem ini, pemain akan dilatih oleh seorang Jurulatih Sri
Lanka yang didatangkan khas oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

2. Tujuan klinik ini adalah:


2.1 Memberi pendedahan dari segi teknik permainan terbaru.
2.2 Memupuk bakat sedia ada pada pemain terpilih
2.3 Melahirkan lebih ramai pemain berkualiti untuk negeri Johor.

3. Disebabkan pihak JPNJ tidak menyediakan sebarang peruntukan (rujuk surat dari
JPNJ yang dilampirkan) maka pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan
dapat memberikan sedikit sumbangan bagi menampung perbelanjaan makan anak
tuan/puan sepanjang klinik tersebut.

Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai. Terima kasih

Yang menjalankan tugas,

NOOR AZMAN BIN YAACOB


JURULATIH KRIKET
SK LKTP REDONG

Anda mungkin juga menyukai