Anda di halaman 1dari 4

TEKS SAMBUTAN HARI LAHIR PERINGKAT SEKOLAH

1 Ucapan Aluan Pengacara Majlis


Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang Berusaha
Cikgu Ja’afar bin Md Nasir
Guru Besar SK LKTP Batu 27

Yang Dihormati
Cikgu Abdul Halim Tawfek bin Khalil
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati
Cikgu Sulaili binti Timyati
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
Cikgu Rizal bin Sulehan
Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru, staf sokongan serta murid-murid sekalian.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Puji dan syukur kehadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya. kita
diberikan kesihatan yang baik untuk berkumpul di pagi ini bagi
memeriahkah majlis pelancaran program NILAM 2019 peringkat
sekolah.

Hadirin yg dimuliakan,

Membaca adalah asas kepada kecemerlangan individu. Tabiat


membaca perlu disemai pada setiap insan sejak di bangku sekolah
lagi. Melalui PELANCARAN PROGRAM BACAAN NILAM peringkat
sekolah ini, akan dapat melahirkan insan yang cintakan buku
sekaligus suka membaca, seterusnya melahirkan modal insan yang
berpengetahuan tinggi dan luas.

Program NILAM TAMBAH BAIK pula merupakan usaha kementerian


pelajaran Malaysia yang bermatlamatkan membina tabiat
membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga
1
Pra Universiti. Rasional program ini untuk memastikan budaya
cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam kalangan semua lapisan
masyarakat selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat yang kaya bermaklumat.

2 Persembahan

2.1 Dengan tidak membuang masa, Majlis dimulakan dengan


menjemput adik Nur Izara Amani bt Abdul Fattah dan adik Amirah
Raihana bt Azmi dari Tahun 1 untuk membacakan cerita yang
bertajuk “Little Red Riding Hood”.
Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada adik Nur Izara Amani dan adik
Amirah Raihana.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan adik Nur Khalilah


2.2 Najwa bt Mahzan dari Tahun 4, untuk menyampaikan cerita yang
bertajuk “Peristiwa Israk dan Mikraj”.
Di persilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada adik Nur Khalilah Najwa atas
cerita itu tadi

Tidak lengkap rasanya majlis pagi ini tanpa nyanyian lagu tema
2.3 program yang diadakan. Dengan ini, majlis memohon semua
pelajar dan guru untuk sama-sama menyanyikan lagu tema NILAM
dan lagu “Membaca Gaya Wawasan”.

***
Terima kasih atas nyanyian yang hebat itu tadi.

3 Gimik Pelancaran
Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan gimik
pelancaran program NILAM 2019 peringkat SK LKTP BT 27. Di
persilakan.
***
Demikianlah tadi berakhirnya gimik yang menarik sempena
pelancaran program NILAM .

2
4 Ucapan Perasmian
Bagi menyempurnakan majlis pelancaran Program NILAM 2019
peringkat sekolah, majlis mempersilakan Cikgu Ja’afar bin Md Nasir
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program
NILAM peringkat sekolah bagi tahun 2019.

Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan kepada cikgu Jaafar di atas ucapannya
sebentar tadi.

5 Tentatif Program NILAM 2019

Hadirin sekalian, buat pengetahuan semua, Program NLAM ini


akan diadakan sepanjang tahun iaitu bermula bulan Januari
hinggalah Oktober tahun 2019.

Program yang akan dijalankan adalah seperti:

1. Program sudut pidato


- Dijalankan sepanjang tahun bermula Januari hingga
Oktober dan pelaksanaannya mengikut jadual Program
sudut Pidato

2. Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)


- Yang akan jalankan selama 3 hari di dalam bulan April
dan melibatkan semua warga sekolah

3. Program Jom Baca 10 minit


- Dijalankan sehari dalam bulan April dan melibatkan
semua warga sekolah.

4. Program Bulan Membaca Julai


- Dijalankan sepanjang bulan Julai dan melibatkan semua
warga sekolah.

5. Program Kuiz Mingguan


- Dijalankan sepanjang bulan April hingga Oktober, setiap
hari Selasa dan melibatkan semua panitia.

3
6 Penutup

Baiklah dengan ini, berakhirlah majlis perasmian program NILAM


peringkat SK LKTP BT 27 . Semoga segala aktiviti yang dirancangkan
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya Allah.
Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Semua murid diminta berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah dan


seterusnya majlis bersurai.

Sekian , Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai