Wang kertas ini diperkenalkan oleh Tuan Syed Mohamed bin Ahmed
Alsagoff pada tahun 1878 untuk digunakan secara terhad di dalam
sebuah kawasan estet di Kukup, Johore sahaja. Wang kertas itu dicetak di
Singapura dan ditandatangani dengan tangan, bukan dengan cetakan.
Sistem keselamatan yang ada adalah cetakan nombor siri pada wang
tersebut disamping cetakan bulatan emboss 'SMA SAGOFF'. Wang kertas
ini amat jarang dijumpai dan dianggarkan mampu mencapai nilai melebihi
RM29,000 sekiranya dibuka untuk lelongan.
2. Wang kertas kerajaan Jepun
Matawang ini diperkenalkan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1942 untuk
digunakan di Malaya, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei.
Lebih dikenali dengan nama 'duit pokok pisang' ekoran perasaan benci
masyarakat ketika itu pada penaklukan Jepun. Dipercayai telah dicetak
sebanyak $385 juta untuk edaran sebelum diisytiharkan tidak bernilai,
matawang ini mampu mencecah harga RM23,000 sekeping sekiranya
dijumpai dalam keadaan baik.
3. Duit Pitis Keping Kelantan
Digunakan di Kelantan sehingga tahun 1909 sebelum digantikan dengan
matawang penjajah, ekoran terlalu banyak keluaran palsu oleh individu
yang mahir dalam pemprosesan timah. Direka agar dapat diceraikan
daripada 'tangkainya' nya, setiap satu syiling mempunyai nilai 1 pitis.
Selain itu, Kelantan juga menjadi antara negeri paling awal mempunyai
sistem perbankan dengan pengenalan sistem Bank Pitis yang ditubuhkan
pada tahun 1889.
Wang negeri-negeri Selat atau Straits Dollar digunakan pada tahun 1898
sehinggalah tahun 1939 kemudian digantikan dengan Malayan Dollar.
Bagi Malayan Dollar, kisahnya mempunyai sejarah yang agak unik.
Malayan Dollar hanya dicetak di United Kingdom dan dibawa ke Malaya
melalui kapal. Sebanyak 27 juta wang 1 dollar dan 5.6 juta duit 5 dollar
dicetak keseluruhannya, namun hanya 25.8 juta dan 5 juta sampai ke
Malaya. 700 ribu wang 1 dollar dan 500 ribu wang 5 dollar tenggelam
selepas kapal yang membawanya dikaramkan tentera Jerman tidak jauh
dari Sumatera.
Dalam keadaan baik, harga sekeping wang ini mampu mencecah RM2000
ke RM4000 lebih.
6. Dollar Sarawak
Sama seperti Borneo Utara, Sarawak juga mempunyai matawang sendiri
yang dinamakan Sarawak Dollar. Diguna dari tahun 1858 hingga tahun
1953, wang ini dikeluarkan sendiri oleh kerajaan Sarawak ketika itu
dengan menggunakan cetakan tangan buat kali pertama dan ini
menyebabkan kualitinya kurang baik berbanding matawang lain yang ada
ketika itu. Untuk memilikinya ketika ini memerlukan pelaburan yang
besar dengan harga sekeping mampu mencecah RM3000 ke RM5000,
dengan wang yang dikeluarkan sebelum tahun 1922 menjadi buruan
peminat wang lama.
7. Penang Dollar
Pulau Pinang juga satu masa dulu menggunakan sistem matawang sendiri
di antara tahun 1786 hinggalah 1826. Diperkenalkan selepas Pulau Pinang
jatuh ke tangan Syarikat India Timur, kebanyakan wang yang digunakan
ketika itu dibuat di Calcutta, India. Wang syiling yang diperkenalkan
mempunyai tulisan Arab yang betulis Jezirah Perrinsa ab-Wailis yang
membawa makna Prince of Wales Island.
8. Keping Terengganu