Anda di halaman 1dari 15

MANUSIA DAN SUNGAI

Kesan Perbuatan Manusia Terhadap Sungai Juru

1
MANUSIA DAN SUNGAI

1.0 Pengenalan

Manusia dan alam sekitar saling berinteraksi. Apa yang dialami oleh Alam Sekitar
akibat dari tindak tanduk manusia turut memberi impak kepada manusia. Manusia dan alam
sekitar saling memperngaruhi dan bergantung antara satu sama lain. Apabila sesuatu unsur
mengalami perubahan, maka unsur-unsur yang lain turut berubah. Manusia merupakan agen
pengubah. Dalam membuat perubahan manusia membina. Namun secara tidak sedar,
manusia juga membinasakan. Secara umumnya manusia bertindak balas dengan dengan alam
sekitarnya untuk kepentingan ekonomi dan sosial.

Pada masa kini, dalam mengejar arus pemodenan terdapat pelbagai projek
pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Namun, pembangunan yang
pesat dalam meningkatkan taraf hidup penduduk telah menyebabkan masalah alam sekitar.
Hal ini telah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran.
Masalah yang berlaku ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi
dan seterusnya kemandirian bumi. Pencemaran didefinisikan sebagai apa-apa perubahan
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia atau biologi mana-mana bahagian
alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga
menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menyebabkan sesuatu keadaan berbahaya
atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan (Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekitar
1974).

Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk. Namun,


penulisan ini hanya akan memberi fokus kepada satu jenis pencemaran sahaja iaitu
pencemaran sungai terutamanya di Sungai Juru, Pulau Pinang.

2.0 Penempatan Awal Manusia Di Sungai

Sejarah mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,000 SM. Tarikh ini
menandakan bermulanya tamadun manusia di dunia. Empat tamadun terawal yang wujud di
lembah sungai ialah Tamadun Sumeria atau Mesopotamia (kira-kira tahun 3,500 SM) di
Lembah Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir (kira-kira tahun 3,100 SM) di Lembah

2
MANUSIA DAN SUNGAI

Nil, Tamadun Indus (kira-kira tahun 3,500 SM) di Lembah Indus dan Tamadun Shang (kira-
kira tahun 1,800 SM) di Lembah Sungai Hwang Ho.

Di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang, penemuan Batu Bersurat tulisan Pallava
Zaman Tamadun Lembah Bujang di Ceruk Tok Kun (Michel Jacq-Hergoualc'h, 2002)
menceritakan bahawa Sungai Juru termasuk dalam lingkungan kawasan tamadun penempatan
awal lebih 1,000 tahun lalu. Begitu juga masyarakat awal yang mendiami kuala-kuala Sungai
Muda, Sungai Perai, Sungai Jawi dan Sungai Kerian pada lebih kurang masa tersebut.
Lazimnya, di mana ada tanah pamah berpaya bersisir sungai yang berkuala yang boleh dimudik akan
ada penempatan. Penempatan yang bercorak ekonomi campuran bersawah dan bernelayan memang
jelas wujud sejak kurun ke-6.

3.0 Peranan Sungai

Sejak zaman dahulu lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam
kehidupan harian. Sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan
haiwan. Manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti sebagai air minuman dan
kegunaan domestik. Bekalan air yang bersih sangat penting dalam kegunaan harian supaya
peralatan yang kita guna akan sentiasa dicuci dengan bersih. Hal yang demikian kerana
peralatan yang kotor lazimnya mempunyai bakteria yang akan mempengaruhi kesihatan.

Tambahan pula, sungai membekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia.


Sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan
sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, udang dan ketam sangat
tinggi. Pengambilan protein yang mencukupi membolehkan tumbesaran badan kita
berkembang dengan seimbang.

Sementara itu, sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan.


Hal ini kerana sungai memberi rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai
dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang. Tuntasnya, kita
seharusnya menjaga sungai yang membekalkan makanan dan pendapatan kepada kita.

Sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan.


Hal ini disebabkan oleh sungai telah menjadi jalan perhubungan utama untuk

3
MANUSIA DAN SUNGAI

menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Kawasan yang tidak dapat
dihubungkan dengan jalan raya juga dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air.
Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai
pengangkutan darat, udara dan air.

4.0 Pencemaran Sungai

Kualiti air merupakan satu gambaran atau tindak balas komposisi air terhadap segala
input sama ada semula jadi atau budaya. Air dikatakan tercemar apabila dibuktikan
mengandungi beberapa mikroorganisma tertentu atau sebatian-sebatian kimia yang
menyebabkan air itu tidak boleh digunakan (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed
Hussain, 2006).

Pencemaran sungai di negara ini terutamanya dikawasan bandar terus meningkat.


Sungai Juru sebagai contoh dikategorikan sebagai sangat tercemar. Sungai Juru telah
digolongkan oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai sungai tercemar di Malaysia. Bernama
melaporkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menyenaraikan ia sebagai
sungai paling kotor di Asia Tenggara. Menurut laporan tersebut, airnya begitu beracun
sehingga tidak selamat diminum meskipun sudah dididihkan. Indeks Kualiti Air sungai ini
kekal di tahap kelas 5 yang menunjukkan ia terlalu tercemar dan tiada ikan dapat hidup dalam
sungai sedemikian. Oleh kerana kebanyakan kawasan di Lembah Sungai Juru bertukar
menjadi kawasan bandar, sungai ini sekarang menghadapi risiko menjadi pembentung air
buangan terbuka.

Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru menunjukkan warna air di Sungai Juru
berwarna hitam pekat apabila sampai di laut. Hal ini kerana sisa toksik daripada kilang
dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai
tersebut. Masyarakat setempat dikatakan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar
dengan membuang sampah ke dalam sungai tersebut.

Tanpa rasa berdosa ada di kalangan anggota masyarakat yang memperlekehkan


kempen itu dengan terus menganggap sungai tersebut sebagai "tong sampah" besar untuk
mereka membuang segala jenis sampah sarap, najis dan bahan buangan kilang termasuk yang
bertoksik. Akibatnya, sungai sepanjang 7.95 kilometer itu terus kekal di tangga teratas

4
MANUSIA DAN SUNGAI

sebagai sungai yang paling tercemar di negara ini, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) pula menyenaraikannya sebagai salah satu sungai paling tercemar di Asia Tenggara.

Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran sungai dapat diklasifikasikan
kepada tiga jenis iaitu pencemaran fizikal, pencemaran biologi dan pencemaran kimia.
Pencemaran fizikal merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada
logam, kaca, kelodak dan kertas. Pencemaran biologi adalah seperti najis binatang yang boleh
menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan
mikrob lain manakala pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada
pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat.

Kebanyakan sungai yang mengalami pencemaran yang serius ialah sungai-sungai


yang melalui kawasan perbandaran seperti bandar-bandar besar dan kawasan perindustrian
berbanding dengan sungai yang terletak di luar bandar dan kawasan pedalaman. Di Malaysia,
bilangan sungai yang tercemar telah meningkat dari tujuh kepada sebelas batang sungai pada
tahun 1992 dan 1993 (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Yusri Che Ngah, 2005:36).

Sejak tahun 1978 pihak Jabatan Alam Sekitar telah memantau status kualiti air sungai
berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA). Parameter yang digunakan untuk mendapatkan IKA
terdiri daripada keperluan Oksigen Biokimia (BOD5), keperluan Oksigen Kimia (COD,
Ammoniakol Nitrogen (NH3N), pepejal terampai (SS), nilai pH dan Oksigen Terlarut (DO).
Ukuran IKA dihititung dan dijadikan IKA keseluruhan untuk mengklasifikasikan air sungai
mengikut status bersih (B), sederhana tercemar (ST) dan tercemar (T). klasifikasi air
ditunjukan seperti berikut:

Indeks
Parameter Bersih (B) Sederhana Tercemar (T)
Tercemar (ST)
Indeks Kualiti Air (IKA) 81-100 60-80 0-59
Keperluan Oksigen Biokimia 91-100 80-90 0-79
(BOD5)
Ammoniakol Nitrogen (NH3N) 92-100 71-91 0-70
Pepejal Terampai (SS) 76-100 70-75 0-69
Jadual 1: Klasifikasi kualiti air
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009:71)

5
MANUSIA DAN SUNGAI

5.0 Punca-punca Pencemaran Sungai

Menurut Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2007, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah
merekodkan sebanyak 19,320 punca-punca pencemaran air. Ianya merangkumi loji rawatan
kumbahan iaitu sebanyak 9,337@48.3% termasuk 640 stesen rangkaian pam, industri
pembuatan 8,708@ 45.1%, ladang khinzir 779@ 4.0% dan industri berasaskan pertanian
485@ 2.5%. JAS telah mengumpulkan statistik berhubung punca-punca pencemaran air dari
industri pembuatan dan industri berasaskan pertanian melalui lawatan lapangan dan soal
selidik. Jumlah keseluruhan punca pencemaran air dari kedua-dua industri ini ádalah
sebanyak 9,204.

Sebahagian besar pencemaran yang terjadi di dunia ini adalah akibat kegiatan
manusia. Di samping itu, penduduk yang terus meningkat menambahkan lagi masalah
pencemaran (Jainine Amas, 2001). Pencemaran air yang berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor atau punca. Antaranya ialah pembangunan tanah, perindustrian, pertanian,
perlombongan dan pembalakan serta loji rawatan kumbahan.

5.1 Pembangunan Tanah

Proses pembangunan tanah dirujuk kepada pembangunan infrastruktur awam seperti


perumahan, jalan raya, guna tanah semula, pembalakan untuk tujuan pembangunan bandar
baru telah memberi impak terhadap kualiti air (Mohamadisa Hashim dan Mohamad Yusri
Che Ngah, 2005:36). Hakisan tanah berlaku disebabkan oleh kegiatan-kegiatan tersebut yang
menimbulkan masalah pencemaran air. Hakisan tanah yang berlaku dialirkan ke dalam sungai
sehinggakan sungai menjadi cetek akibat pemendapan tanah dan lumpur. Manusia dan
hidupan akuatik menerima kesan daripada sungai yang cetek apabila air melimpah ke daratan
akibat hujan lebat dan seterusnya berlakunya banjir kilat. Sejak dahulu lagi, pencemaran air
berpunca daripada pembangunan sumber tanah yang menyebabkan hakisan dan pemendapan
serta pengubahsuaian regim hidrologi yang dulunya adalah stabil.

5.2 Perindustrian
Kini, terdapat banyak kilang dan kawasan perindustrian di Malaysia. Keadaan
tersebut menyumbang kepada berlakunya pencemaran air sama ada di sungai mahupun laut.
Kesihatan penduduk tergugat apabila bahan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke
sungai atau laut dan seterusnya menyebabkan kemudaratan kepada aktiviti manusia. Oleh itu,
6
MANUSIA DAN SUNGAI

manusia terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Punca pencemaran air dari
segi perindustrian ialah pembuangan efluen dari aktiviti perkilangan. Sebagai contoh,
pencemaran air di Pulau Pinang, Selangor dan Johor berlaku adalah berpunca daripada sisa
industri yang mengalir ke laut. Hal ini kerana, negeri-negeri tersebut merupakan negeri
perindustrian dan perlu diberi perhatian lebih untuk kesejahteraan masyarakat. Air sungai dan
laut tercemara apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksik. Pencemaran air boleh menjejaskan hidupan akuatik dan
seterusnya sumber makanan. Di samping itu, menjejaskan ekonomi nelayan tradisional
apabila pencemaran laut berlaku akibat daripada kegiatan perindustrian.

5.3 Pertanian
Faktor pertanian juga menyumbang berlakunya pencemaran air. Hal ini berpunca
daripada kilang getah, kelapa sawit, nanas, ubi, kayu dan tebu. Kesemuanya berupaya
menghasilkan bahan buangan organik yang tinggi dan dengan mudah mengakibatkan
pencemaran air kerana sebahagian besar kilang tersebut menyalurkan bahan buangannya ke
alur air sungai. Selain itu, pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun
serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun
perladangan. Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan
lumpur ke sungai berdekatan di samping aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan
perumahan atau bangunan.

5.4 Perlombongan dan pembalakan

Aktiviti pembalakan menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan


timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas
serta sungai menjadi cetek. Selain itu, sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan
domestik dari setinggan dan aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau
apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai juga merupakan punca
berlakunya pencemaran sungai. Di samping itu, kegiatan pembalakan dan perlombongan di
kawasan tadahan mengakibatkan masalah pemendapan dan kelodak seperti pembalakan di
hutan Ulu Muda meliputi kawasan Hutan Tadahan Air menimbulkan kebimbangan besar
kepada masyarakat setempat.

7
MANUSIA DAN SUNGAI

6.0 Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air yang berlaku boleh memberikan kesan terhadap manusia dan kehidupan lain.
Kesan pencemaran air yang berlaku kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka
sendiri. Sebagai contoh, kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku
terhadap manusia ialah anomalia iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal
serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Oleh itu, air yang
tercemar adalah berbahaya terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain.

Selain itu, pencemaran air ini juga memberi kesan kepada organisma laut di perairan
cetek akibat daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan
banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh
mengancam hidupan laut serta burung. Di samping itu, tumpuhan tersebut juga turut
menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air akan mati dengan tumpahan
minyak akibat daripada pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Maka, air
yang tercemar adalah berbahaya dan menghalang hidupan akuatik. Justeru itu, sungai
merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia. Namun sejak
kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali. Sepatutnya sumber
air ini dihargai sepenuhnya. Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah
buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.

7.0 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998 (1998:54), Akta Kualiti Aalam Sekeliling 1974
dan peraturan-peraturan di bawahnya adalah instrument perundangan pertama untuk
mencegah dan mengawal pencemaran dan pembaikan kualiti alam sekeliling. Hanya setelah
Akta Kualiti Alam Sekeliling digubal dalam tahun 1974 dan sebuah agensi penguatkuasa
ditubuhkan yang mana kini dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar, barulah pengurusan alam
sekitar di Malaysia mengambil bentuk formal dan berstruktur seperti hari ini.

Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar berkaitan


pencemaran air ialah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Buangan
Terjadual 2005), PPKAS (Effluen) 2009, PPKAS (Kumbahan) 2009, PPKAS (Kawalan

8
MANUSIA DAN SUNGAI

Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Tanah Kambus) 2009 dan
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam
Sekeliling) 1987. Antara peraturan-peraturan berkaitan pencemaran air dalam Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974 ialah Akta 127, seksyen 25 dan seksyen 27 serta Peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 -
untuk mengawal pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri (selain dari kilang
getah dan kelapa sawit).

7.1 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127)

Seksyen 25 : Sekatan mengenai pencemaran perairan daratan.

(1) melainkan jika dilesen, tiada seseorang boleh mengeluarkan, melepaskan atau
meletakan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke
dalam mana-mana perairan daratan dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima
yang ditentukan di bawah seksyen 21.
(2) tanpa menghadkan keluasan seksyen-kecil (1) seseorang hendaklah disifatkan sebagai
mengeluar, melepaskan atau meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika-
a) ia meletakan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau
sesuatu tempat di mana buangan itu boleh mesuk dalam mana-mana perairan.
b) ianya meletakan apa-apa buangan dalam sesuatu keadaan dimana buangan itu
jatuh, turun, mengalir, sejat, dihanyutkan, ditiup atau meresap ke dalam mana-mana
perairan atau dengan ketahuinya atau oleh sebab kecuaiannya, sama ada secara
langsung atau tidk langsung, menyebab atau membenarkan apa-apa buangan
diletakan dalam sesuatu keadaan seperti itu ; atau
c) ianya menyebabkan suhu perairan yang menerimanya itu naik atau turun
(3) seseorang yang melanggar seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau penbjara selama
tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih
daripada satu ribu ringgit sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas
disampaiakn kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah mengkehendakinya
memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu.

Seksyen 27 : Melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia dilarang

9
MANUSIA DAN SUNGAI

(1) Tiada seorang pun boleh, melainkan jika ia telah diberi lesen, melepaskan atau
menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam
perairan malaysia dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan
di bawah seksyen 21.
(2) Seseorang yang melanggar seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau penjara tidak
lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

(sumber: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) Peraturan-peraturan dan Perintah-
perintah, 1997:19)

7.2 Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-efluen


Perindustrian)

Terdapat enam (VII) bahagian dan 24 peraturan di bawah akta ini berkaitan kumbahan dan
efluen-efluen perindustrian. Berikut adalah senarai bahagian dan peraturan akta ini dengan
fokus huraian terhadap bahagian dan seksyen yang penting berkaitan pencemaran air.

BAHAGIAN I
Permulaan

Seksyen 3 : Pemakaian
Peraturan ini hendaklah dipakai bagi pelepasan effluent ke dalam mana-mana pengairan
daratan, selain daripada pelepasan effluent-effluen daripada premis yang ditetapkan atau
premis lain yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau kedua-duanya.

BAHAGIAN III
Syarat-Syarat Pelepasan Ke Dalam Pengairan Daratan Yang Boleh Diterima

Seksyen 6 : Buangan effluen yang mengandungi bahan-bahan tertentu adalah dilarang


Tidak seseorang boleh melepaskan atau menyebab atau membenar dilepaskan apa-apa
bahan berikut ke dalam mana-mana pengairan daratan:
(1) Apa-apa pelarut yang mudah menyala
(2) Apa-apa tar atau cecair lain yang tak larut bercampur dengan air
(3) Hampas, sampah, habuk gergaji, balak, buangan binatang atau manusia atau
jirim-jirim pepejal.

10
MANUSIA DAN SUNGAI

BAHAGIAN IV
Pelepasan Effluen Dan Keladak Ke Atas Tanah

Seksyen 9 : Sekatan-sekatan ke atas pelepasan effluen


Tiada seorang boleh melepaskan atau menyebabkan atau membenar dilepaskan apa-apa
effluent ke dalam atau ke atas mana-mana tanah atau permukaan mana-mana tanah tanpa
mendapat kebenaran bertulis yterlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.

BAHAGIAN VI
Pelbagai

Seksyen 17 : Pencairan effluent


Tiada seseorangt boleh mencairkan, atau menyebabkan atau membenar dicairkan, mana-
mana effluent, sam ada mentah atau dipulih pada bila-bila masa atau pada mana-mana
takat selepas ianya dikeluarkan di mana-mana premis melainkan suatu kelulusan bertulis
terlebih dahulu telah didapati dari Ketua Pengarah untuk pencairan itu dan pencairan adalah
dibuat mengikut had-had dan syarat-syarat kelulusan itu.
Seksyen 18 : Tumpahan atau pelepasan secara tak sengaja
(1) Jika terjadi apa-apa tumpahan atau pelepasan secara tak sengaja bahan-bahan yang
dinyatakan dalam perkara 8 yang sama ada masuk atau mungkin dapat masuk secara
langsung atau secara tak langsung ke dalam mana-mana pengairan daratan, orang atau
orang-orang yang bertanggungjawab di atas kejadian itu hendaklah dengan serta merta
memberitahu Ketua Pengarah mengenai kejadian itu.

(sumber: Akta Kualiti alam Sekeliling dan Peraturan-peraturan, 2008:58-66).

8.0 Langkah Mengatasi Pencemaran Air

Air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang harus dipelihara dan dikawal
sebaik mungkin. Masalah pencemaran air telah cuba diatasi oleh kerajaan dan pihak berkaitan
melalui pelbagai cara seperti melalui peruntukan perundangan dan bukan perundangan.

8.1 Perundangan

11
MANUSIA DAN SUNGAI

Pada dekat 1960, Malaysia menghadapi masalah alam sekitar terutamnya dalam bentuk
pencemaran air dengan perkembangan pembangunan ekonomi di pelbagai sektor seperti
perindustrian, pertanian, pengangkutan dan perumahan. Justeru itu, menurut Mohamadisa
Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2005:19) masalah-masalah ini telah
merangsang dan menggerakkan pihak kerajaan untuk mengambil langkah-langkah tertentu
dan antara yang terpenting ialah menggubal dan mewartakan Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 dan pembentukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains, teknologi
dan Alam Sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan berkaitan
pencemaran air telah diterangkan pada sub tajuk sebelum ini.

8.2 Bukan Perundangan

Dari segi bukan perundangan, pelbagai pihak memainkan peranan penting dalam
melaksanakan program-program bagi mengatasi pencemaran air terutamanya pencemaran
sungai. Antaranya ialah peranan pihak kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan
seterusnya peranan masyarakat. Antara langkah-langkah mengatasi pencemaran sungai secara
bukan perundangan adalah melalui pendidikan alam sekitar iaitu secara formal dan tidak
formal.

Pendidikan alam sekitar dijadikan sebagai suatu kaedah untuk menyediakan individu
yang dapat memahami dan mengetahui tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
(Mohamadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2005:2). Pendidikan alam
sekitar secara formal telah diajar di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi. Di
sekolah, mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan diajar mengenai alam sekitar dan
pendidikan alam sekitar turut diajar dengan mata pelajaran lain seperti Geografi, Sejarah,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setersunya, di peringakat institut pengajain tinggi sama
asa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
turut diajar mengenai alam sekitar dalam subjek-subjek tertentu.

Pendidikan tidak formal pula banyak dibantu oleh pihak swasta dan badan bukan
kerajaan. Pendidikan tidak formal disumbangkan dengan pelbagai cara dan media massa
berperanan penting untuk menyebarkannya. Sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar (JAS)
telah melaksanakan program tidak formal seperti seminar, perkhemahan, kempen dan
sebagainya. Antara program-program yang diadalan adalah seperti Program Pencegahan
Pencemaran Air dan Peningkatan Kualiti Air Sungai, Program Kitar Semula, Bandar Lestari,
Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS), Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) dan

12
MANUSIA DAN SUNGAI

sebagainya. Kesemua program yang dilaksanakan adalah penting untuk mendidik masyarakat
agar mempunyai kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. Justeru itu, etika masyarakat
mengenai kepentingan alam sekitar dapat dibentuk agar mempunyai nilai-nilai murni dan
tingkah laku yang baik terhadap alam sekitar. Maka, semua pihak perlu memainkan peranan
masing-masing untuk sama-sama menjaga alam sekitar daripada kerosakan dan kemusnahan.

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pencemaran sungai telah menyebabkan kualiti air tidak memenuhi


piawai yang ditetapkan. Maka, pelbagai langkah perlu diambil supaya kualiti air terpelihara.
Tindakan undang-undang yang keras adalah perlu demi untuk menjaga warisan ini untuk
generasi akan datang. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, pencemaran air berlaku
akibat proses semula jadi namun kebanyakkan pencemaran yang berlaku adalah berpunca
daripada kegiatan manusia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa penerokaan terhadap
sumber alam semula jadi amat penting untuk kemajuan, namun sikap tamak manusia telah
memburukkan keadaan. Ancaman yang terjadi akibat pencemaran sungai tidak hanya
menjejaskan tanaman dan ekosistem semula jadi alam malahan ia juga turut mengancam
kesihatan manusia dan mengundang maut.

Manusia sepatutnya kembali kepada agama dalam menuntut penyelesian terhadap


krisis alam sekitar termasuklah pencemaran sungai yang semakin serius pada masa kini. Dari
segi agama Islam, kaedah kefahaman tersebut mestilah bertitik tolak dari kefahaman manusia
terhadap peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, Islam hendaklah
dijadikan panduan untuk membentuk cara hidup serta membangunkan sains, teknologi dan
peradaban. Kesemua unsur ini diperlukan untuk digembleng bagi mengatasi krisis alam
sekitar dan sebagainya . Oleh itu, dalam memastikan pencemaran sungai tidak berterusan dan
dapat dikawal, semua pihak perlu berganding bahu termasuklah anggota masyarakat kerana
masalah pencemaran air ini merupakan tanggungjawab bersama.

Daripada penulisan ini, jelaslah bahawa pencemaran sungai sememangnya menjadi


isu penting dari tahun ke tahun dan penyelesaiannya memerlukan kesedaran bersama oleh
semua pihak. Justeru itu, adalah penting pembangunan lestari atau dikenali juga sebagai
pembangunan mapan atau pembangunan seimbang diwujudkan, dikekalkan dan seterusnya
diteruskan agar sumber alam yang ada pada masa kini dapat dinikmati oleh generasi akan
datang. Di samping itu, memastikan agar industri pengeluaran tidak merosakkan alam sekitar
seperti pencemaran yang berlaku termasuklah pencemaran sungai. Maka, pengurusan alam

13
MANUSIA DAN SUNGAI

sekitar secara perundangan iaitu berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan bukan
perundangan seperti peranan pihak tertentu dalam membangkitkan kesedaran melalui
kempen, program dan sebagainya adalah penting agar dapat memelihara dan memulihara
alam sekitar. Oleh itu keindahan dan sumber alam semula jadi yang ada pada hari ini perlu
dijaga untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya juga.

14
MANUSIA DAN SUNGAI

Rujukan

1. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/lapan-sungai-tercemar-di-pulau-pinang-
1.287835

2. http://www.utusan.com.my/rencana/forum/sungai-bayan-lepas-tercemar-1.459709

3. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/11/348268/kerajaan-pp-perlu-beri-
keutamaan-projek-mitigasi

4. http://www.penangkini.com/2018/02/sungai-kereh-tercemar-dengan-sisa.html

5. https://www.foe-
malaysia.org/pencemaran_sisa_buangan_di_kuala_sungai_pinang_kian_merebak

6. http://www.tv14.my/2017/03/23/dap-gagal-tangani-sisa-buangan-menyebabkan-5000-
penduduk-di-balik-pulau-terjejas/

7.
http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara
&pg=ne_03.htm

8. https://www.doe.gov.my/portalv1/info-umum/punca-punca-kepada-pencemaran-air-sungai

9. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1902:sumber-air-mentah-krisis-masa-hadapan negara
&catid=325:info-ringkas

10. The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road (100BC-1300AD) by Michel
Jacq-Hergoualc'h

11. Maheswaran, A. 1982. Water Pollution in Malaysia : Problems, Perpective and Control.
Dlm Consumer Association of Penang (CAP). Development and Environmental Crisis. Pulau
Pinang : CAP.

12. http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=191772&

13. http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=191772&

14. http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/selamatkan-sungai-juru-1.93120

15. http://blogpenggunaml.blogspot.my/2016/06/isu-isu-pencemaran-air.html

16. http://adun.penang.gov.my/soalan/displayportal?soal_id=1314&pers_id=37

17. http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/pencemaran-kumbahan-babi-
1.497552

18. https://www.malaysian-ghost-research.org/pengurusan-sisa-pepejal-domestik/

19. https://pencermaranalamsekitar.wordpress.com/2014/05/27/pencemaran-air/

15

Anda mungkin juga menyukai