Anda di halaman 1dari 15

SULIT 2 011

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Puan Masyitah merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Mudan.


_____________ menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
A Dia
B Beliau
C Mereka
D Baginda

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Khajiman ___________ perahunya itu pada sebatang pokok bakau.


A menyelit
B memintal
C menambat
D menyimpul

SULIT
SULIT 3 011

3 Nenek tidak dapat memasukkan benang ke dalam lubang jarum itu kerana lubangnya
sangat __________.
A tipis
B bulat
C halus
D tumpul

4 Ibu sangat __________ apabila Samiela berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
A rindu
B segan
C hormat
D gembira

5 Dia terpaksa bekerja siang dan malam __________ sesuap nasi untuk keluarganya.
A demi
B untuk
C dengan
D terhadap

6 Kain songket diperbuat daripada __________?

A apa
B mengapa
C mana
D bagaimana

7 Negeri Sarawak ___________ negeri yang paling besar di negara kita.

A memang
B ialah
C sahaja
D adalah

SULIT
SULIT 4 011

8 Encik Ahmad ingin _____________ lawatan ke Kuala Lumpur pada hujung tahun ini.

A sertai

B menyertai

C menyertakan

D serta

9 Pendatang asing tanpa izin itu lari ____________ apabila menyedari kedatangan anggota
polis.

A cobak-cabik

B susup-sasap

C gembar-gembur

D gegak-gempita

10 Yati membeli _____________ rumah di pesisir pantai.

A sepasang

B sehelai

C sebuah

D selaras

SULIT
SULIT 5 011

11 Lebih baik kamu membaca buku _______________ membuang masa dengan sia-sia.

A dari

B sejak

C pada

D daripada

12 “_________ berikan sampul surat ini kepada Cikgu Jamal,” kata Cikgu Isa kepada
Amirul.

A Tolong

B Minta

C Harap

D Jemput

13 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Tulisan pada batu nisan itu agak kabur dan sukar dibaca.
II. Penjelasan yang diberikan oleh guru itu agak kabur.
III. Pencuri itu berjaya kabur daripada kawalan pihak polis.
IV. Air di dalam akuarium itu agar kabur kerana sudah lama tidak berganti.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

SULIT
SULIT 6 011

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Nizam berkata, “Zahid, bolehkah kamu tumpangkan saya ke bandar?”

A Nizam bertanya kepada Zahid sama ada dia ingin ke bandar dengan
menumpangnya.

B Nizam berkata bahawa dia boleh menumpangkan Zahid ke bandar.

C Nizam membolehkan Zahid agar menumpangkannya ke bandar.

D Nizam bertanya kepada Zahid sama ada dia dapat menumpangkannya ke bandar.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Puan Suria membaca majalah di ruang tamu rumahnya.

B Azira dibaca buku cerita di perpustakaan sekolah.

C Buku cerita itu terbaca oleh Saheera.

D Novel itu membaca oleh Kak Lin.

16 A Air bermainkan peranan yang penting di dalam badan manusia.

B Dia tersenyum gembira kerana tarikh luput itu masih lama lagi.

C Beruslah gigi sekurang-kurang tiga kali setiap hari.

D Ibu Kavita sedang rawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Besar Ipoh.

SULIT
SULIT 7 011

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

IPOH,15 Januari – Othman bin Shafie, 63 tahun, telah terpilih sebagai Tokoh Keluarga
Mithali peringkat negeri Perak bagi tahun 2013. Beliau dan isterinya, Rojaah binti Samsuri,
57 tahun, telah berjaya mendidik kesemua 11 orang anak mereka menghadapi cabaran hidup
dengan penuh disiplin.

“Walaupun mempunyai ramai anak dengan pendapatan yang tidak lumayan, saya
tetap mengharungi kehidupan dengan penuh sabar. Saya akan memastikan anak-anak
diberikan bimbingan agama dan pendidikan yang secukupnya. Sebagai ketua keluarga, saya
sentiasa mendekatkan mereka dengan agama,” kata Othman kepada pemberita.

Othman, yang ditemani isterinya, meluahkan rasa gembira apabila 10 orang anaknya
berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Ada yang berkhidmat sebagai penolong
jurutera, guru dan penyelia kilang. Beliau juga mempunyai seorang anak istimewa berumur
19 tahun.

Othman yang berasal dari Perak itu tidak menjangka akan menerima anugerah
tersebut. Beliau yang juga bekas pegawai agama di salah sebuah jabatan kerajaan berazam
untuk terus menabur khidmat baktinya sebagai pendakwah bebas.

Beliau kini bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menyampaikan


ceramah motivasi, terutamanya kepada golongan belia dan dewasa. Selain itu, beliau juga
menjadi fasilitator bagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh badan kerajaan dan swasta.

17 Othman bin Shafie, 63 tahun, telah terpilih sebagai

A Tokoh Guru Cemerlang peringkat negeri Perak bagi tahun 2013

B Tokoh Ketua Keluarga peringkat negeri Perak bagi tahun 2013

C Tokoh Keluarga Mithali peringkat negeri Perak bagi tahun 2013

D Tokoh Agama peringkat negeri Perak bagi tahun 2013

SULIT
SULIT 8 011

18 Apakah yang menjadi keutamaan oleh Othman dalam membimbing anak-anaknya ?

A Meluangkan waktu lapang bersama anak-anaknya

B Memberi bimbingan agama dan pendidikan yang secukupnya

C Memberikan motivasi kepada anak-anaknya

D Menghadapi cabaran hidup dengan penuh disiplin

19 Perkataan “Mithali” dalam petikan membawa maksud

A Contoh

B Bahagia

C Bertanggungjawab

D Berdisiplin

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Othman bin Shafie telah terpilih sebagai Tokoh Keluarga Mithali peringkat negeri
Perak bagi tahun 2012.

B Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai agama di salah sebuah jabatan kerajaan.
C 11 orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
D Berazam untuk terus menabur khidmatnya sebagai fasilitator.

BAHAGIAN A TAMAT

SULIT
SULIT 9 011

Bahagian B

[30 markah]

Soalan 21

a. Tandakan ( √ ) bagi kata hubung yang betul berdasarkan ayat di bawah.


i. Kami tidak menyedari ____________________ mereka bukan ahli Persatuan
Bulan Sabit Merah.
bahawa ( ) sekiranya ( ) jika ( )

ii. Pak Abu tinggal di dalam sebuah rumah yang usang, _________________
anak-anaknya yang tinggal di bandar berjawatan tinggi.
namun ( ) kecuali ( ) padahal ( )
[2 markah]

b. Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.
i. Rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia
_____________16 September setiap tahun. dalam
ii. Kebanyakan pelancong dari barat tidak suka
_________________ bau buah durian. antara

iii. Sebenarnya, Haikal tidak terlibat langsung


_________________pergaduhan itu. pada

iv. Agak sukar mencari perbezaan _________


dua orang anak kembar itu. akan
[2 markah]

c. Garisi jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.


(i) Ibu (memasak, menanak, mereneh) nasi menggunakan periuk elektrik yang
dibeli oleh ayah.
(ii) Mak Munah (menggalas, membimbit, menjunjung) bakul yang berisi padi di
atas kepala.
[2 markah]

SULIT
SULIT 10
011

Soalan 22
a. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Ayat Tanya :
Mengapakah dia dipilih sebagai Tokoh Murid sekolah kamu pada tahun ini?

Jawapan:
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Jawapan:

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

SULIT
SULIT 11
011

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

[2 markah]

SULIT
SULIT 12
011

Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat
tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal
ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga
atau individu di setiap pelosok dunia. Setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang
keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh
mereka untuk menjaga alam sekitar. Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar adalah
melalui kempen alam sekitar. Antara kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen kitar semula pula
dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mengindahkan alam sekitar tetapi juga
dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa
pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

a. Perkataan maklumat dalam petikan di atas boleh digantikan dengan

___________________________________ .

[1 markah]

b. Mengapakah televisyen digunakan dalam memberi maklumat tentang isu alam


sekitar?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

c. Apakah kebaikan penanaman pokok-pokok bunga terhadap alam sekitar?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

SULIT
SULIT 13
011

Soalan 24

Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kepada : hannah@yahoo.com

Daripada : zara@yahoo.com

Subjek : Pengalaman Berkhemah di Hutan Lipur Ulu Yam

Hai, Hannah! Tujuan saya menghantar e-mel kali ini adalah untuk bercerita tentang
pengalaman saya bersama 30 orang ahli pengakap yang lain berkhemah di Hutan Lipur
Ulu Yam pada minggu lepas.

Sebelum bertolak ke tapak perkhemahan, kami berkumpul di kantin untuk


mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Fareez, selaku guru pengiring. Setelah
itu, barulah kami bertolak dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kami beratur
dengan tertib dan tidak bertolak-tolakan sewaktu menaiki bas bagi mengelakkan sebarang
kemalangan.

Kami tiba di sana pada pukul 10.00 pagi. Kami terus menjalankan tugas masing-
masing dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Ada yang memasang khemah, mencari
kayu api, mengambil air dan memasak makanan.

Pada sebelah petang pula, kami berkawad dan meredah hutan. Menjelang malam,
kami membuat unggun api dan menyaksikan persembahan yang disampaikan oleh setiap
kumpulan.

Pada hari terakhir perkhemahan, kami mengemas tapak perkhemahan sebelum


pulang. Kami mengutip sampah sarap yang ada di sekitarnya. Selepas itu, barulah kami
pulang. Kami sangat berpuas hati kerana perkhemahan ini berjalan lancar.

Rasanya, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi
dalam e-mel yang akan datang. Terima kasih.

SULIT
SULIT 14
011

a. Perkataan taklimat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


__________________________
[1 markah]

b. Peserta perkhemahan tidak bertolak-tolakan sewaktu menaiki bas untuk

_________________________________________________________________________

[1 markah]

c. Apakah yang dilakukan oleh peserta perkhemahan pada sebelah petang hingga malam?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[2 markah]

d. Mengapakah mereka wajar mengutip sampah di kawasan perkhemahan sebelum pulang?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[2 markah]

SULIT
SULIT 15
011

Soalan 25
Baca syair di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Indahnya alam milik pencipta,


Untuk insan alam semesta,
Lautan terbentang khazanah kita,
Jagalah dengan sesungguh kata.

Alam laut sumber dinikmati,


Sikap manusia ikutkan hati,
Jika laut terus dikhianati,
Hidupan asal pastinya mati.

Lautan biru indah kelihatan,


Warisan bangsa khazanah watan,
Bersatu kita lindungi lautan,
Kekal tumpuan tempat lawatan.

Marilah kawan marilah saudara,


Hidupan laut jangan dicedera,
Amanah alam wajar dipelihara,
Kekal indah masyhur negara.

a. Perkataan khazanah dalam rangkap pertama syair merujuk kepada _________________

[1 markah]

SULIT
SULIT 16
011

b. Mengapakah kita perlu melindungi dan menjaga lautan kita?

[2 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan syair tersebut.

Kita perlu melindungi lautan daripada tercemar

Memelihara dan melindungi laut ialah tanggungjawab pihak yang

berkuasa sahaja.

[1 markah]

Alam laut sumber dinikmati,


Sikap manusia ikutkan hati,
Jika laut terus dikhianati,
Hidupan asal pastinya mati.

d. Terangkan maksud baris-baris syair di atas.

[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

SULIT

Anda mungkin juga menyukai