Anda di halaman 1dari 1

Kemajuan Malaysia Dalam Industri Permotoran

Industri permotoran merupakan sebuah industri yang mampu memberikan pendapatan yang
lumayan terhadap sesebuah negara. Semua negara pada hari ini bersaing sesama sendiri bagi memastikan
produk permotoran yang dikeluarkan mampu mendapat nama di mata dunia. Namun, ada kalanya keadaan ini
juga mampu memberikan satu keburukan terhadap pasaran industri permotoran masa kini memandangkan
ekonomi dunia sekarang berada pada tahap yang membimbangkan. Begitu juga Malaysia, tidak terlepas
menggalakkan penggiat industri permotoran memajukan industri ini dengan mengamalkan nilai cinta akan
negara. Tujuan kerajaan adalah supaya mereka menanamkan perasaan sayang terhadap negara dan
memastikan kepentingan negara didahulukan dari segi ekonomi.

Sasaran utama penghasilan produk permotoran dalam Malaysia adalah kepada rakyat Malaysia
sendiri. Kerajaan cuba memupuk nilai sanggup berkorban untuk negara dalam kalangan rakyat Malaysia untuk
sama-sama membangunkan ekonomi negara amnya dalam industri ini. Kerelaan melakukan dan menyerahkan
sesuatu daripada kalangan rakyat mampu menjadikan negara semakin unggul di peringkat angtarabangsa.
Kesedaran tersebut adalah penting supaya kemajuan industri ini menjadi pembuka peluang kepada rakyat
sendiri untuk menerpa nama dalam industri ini.

Apabila dilihat dari sudut pembangunan dan peluang kepada rakyat pula, industri permotoran
mampu memberikan peluang kepada rakyat untuk menambah pendapatan. Hal ini bolehlah dikatakan sebagai
rakyat mementingkan nilai taat setia kepada raja dan negara kerana mereka akan menunjukkan kesetiaan
kepada negara dengan bekerja di dalam negara bagi meningkatkan ekonomi negara sendiri. Tidak hairanlah
jika adanya industri permotoran, sesebuah negara mampu membangun dengan pesat.

Bagi memajukan industri ini juga, peranan rakyat adalah penting. Sekiranya kehidupan rakyat
sentiasa bergolak, modal yang ada sekalipun tidak akan dapat menjadikannya realiti. Maka, rakyat haruslah
mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Apabila kehidupan berbaik-baik diamalkan, maka
perancangan akan dapat dilaksanakan sehingga menampakkan hasil yang positif.

Ekonomi negara dapat ditingkatkan melalui aktiviti yang dijalankan oleh rakyat. Pihak kerajaan
hanya mampu memberikan bantuan yang diperlukan. Rakyat sendirilah yang perlu mengamalkan nilai
penglibatan diri dalam pembangunan negara bagi tujuan tersebut. Dengan ini rakyat akan melibatkan diri
dalam pembangunan negara mengikut perturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan agar masih menepati
matlamat asal. Dengan ini kerjasama antara pihak kerajaan dan penglibatan rakyat adalah penting untuk
merealisasikan kemajuan Malaysia dalam bidang permotoran.

(344 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai