Anda di halaman 1dari 6

SMK RAJA MUDA MUSA

45600 BESTARI JAYA


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

SOLAT HAJAT PERDANA DAN CERAMAH MOTIVASI


PT3 & SPM

TARIKH

(2O SEPTEMBER 2019)

HARI
(JUMAAT)

TEMPAT

SURAU AL-FALAH
SMK RAJA MUDA MUSA
1.0 PENDAHULUAN

Program Solat Hajat Perdana dan Ceramah Motivasi PT3 & SPM adalah merupakan
aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit HEM SMK Raja Muda Musa dengan kerjasama
PIBG, Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Pendidikan Islam dan AJK Surau Al-Falah.
Program ini melibatkan semua murid Islam Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang akan
menduduki peperiksaan PT3 dan SPM bagi tahun 2019. Program yang diadakan ini bertujuan
untuk mengukuhkan lagi hubungan antara murid dan guru serta ibu bapa. Pelaksanaan
program ini juga merupakan satu inisiatif Unit HEM untuk memotivasikan murid-murid agar
berusaha lebih gigih untuk berjaya dalam peperiksaan.

2.0 RASIONAL

Rasional program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
pentingnya hubungan manusia dengan Allah. Di samping itu, memastikan mereka mempunyai
semangat juang dan daya usaha yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang. Pada masa
yang sama, mereka memupuk sikap bertawakal kepada Allah setelah mencurahkan segala
usaha mereka.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini adalah bagi menggalakkan pelajar terus bermunajat ke
hadrat Ilahi dan memupuk semangat ukhuwah Islamiah dalam kalangan pelajar ,guru, ibu
bapa dan semua warga SMK Raja Muda Musa. Hal ini menunjukkan hubungan dengan Allah
s.w.t perlu dijaga sebaiknya dengan melaksanakan amalan fardhu dan sunat.

4.0 OBJEKTIF

I. Memohon rahmat, keberkatan dan pertolongan Allah SWT.


II. Menanam roh penghayatan Islam melalui amalan ibadah.
III. Mengukuhkan silaturahim warga SMK Raja Muda Musa.
IV. Memberi motivasi dan kesedaran tentang kepentingan bermunajat kepada
Allah.
V. Menggalakkan murid melaksanakan amalan ibadat sunat dalam kehidupan
seharian dan memiliki sahsiah yang tinggi.

5.0 TARIKH DAN HARI

20 September 2019 ( Jumaat )

6.0 LOKASI

Surau Al-Falah, SMK Raja Muda Musa

7.0 ANJURAN

Unit HEM, SMK Raja Muda Musa


Panitia Pendidikan Islam, SMK Raja Muda Musa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Raja Muda Musa
Persatuan Pendidikan Islam, SMK Raja Muda Musa
Ahli Jawatankuasa Surau, SMK Raja Muda Musa
8.0 SASARAN

Semua pelajar Islam Tingkatan 3 dan 5 SMK Raja Muda Musa

9.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi - Pendaftaran ibu bapa


7.50 pagi - Bacaan Yasin dan Solat Duha
(En.Samsudin bin Basar)
8.30 pagi - Solat Hajat
(En.Samsudin bin Basar)
9.00 pagi - Ceramah Motivasi
(Tn.Haji Kamil bin Haji Sidek)
9.45 pagi - Pengedaran air mineral dan kismis kepada Ketua Tingkatan
10.00 pagi - Bersurai

10.0 TENAGA PENGGERAK DAN BIDANG

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : EN MOHD SUEIB BIN ISMAIL


Pengetua SMKRMM

TIMB. PENGERUSI : PN. MUSSALWAH BINTI AHMAD


Penolong Kanan Pentadbiran, SMKRMM

NAIB PENGERUSI : PN PATMAH BINTI MOHD ARIFF


Penolong Kanan HEM, SMKRMM

PN. SITI ZUBAIDAH BINTI KASSIM


Penolong Kanan Ko Kurikulum, SMKRMM

PN. JALEHA BINTI AHMAD


Penolong Kanan Petang, SMKRMM

EN.NORHISHAM BIN KAMARUDIN


Penolong Kanan Pendidikan Khas

PENYELARAS :PN.NORMAH BINTI MISDI


Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan

SETIAUSAHA :PN. NORMARLINA BINTI MOHAMAD


Setiausaha HEM

PEN.SETIAUSAHA : PN.SUZANAH BINTI SIDEK


Ketua Panitia Pendidikan Islam

BENDAHARI : PN. NOOR ZUHAIDA BINTI JUNOH


Bendahari PIBG SMKRMM
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

TUGAS AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


PENYAMBUT Pn. Mussalwah binti Ahmad 1. Menyambut kehadiran ibu bapa di pintu
TETAMU Pn.Patmah binti Mohd Ariff pagar utama sekolah.
Pn.Siti Zubaidah binti Kassim 2. Tetamu yang hadir dijemput ke surau.
Tn.Hj Ayob bin Hasran
PENDAFTARAN Pn. Nor Izian binti Mohd 1.Menyediakan borang pendaftaran.
IBU BAPA Yunus (Tingkatan 3) 2.Mengambil kehadiran ibu bapa yang
Pn.Atikah binti Zainal Abidin hadir dan menyerahkan kepada Pn
(Tingkatan 5) Normarlina selepas selesai majlis.

PENGACARA En. Nor Asli bin Md.Jub 1. Mengacara.


MAJLIS 2.Memastikan majlis berjalan lancar dari
awal sehingga selesai.

PENCERAMAH Tn. Hj Kamil bin Hj Sidek 1. Menyampaikan ceramah motivasi


(Slot Motivasi) kepada calon PT3 dan SPM:
Persediaan menghadapi peperiksaan.

IMAM En.Samsudin bin Basar 1. Mengetuai bacaan Yasin dan Solat


Duha
2. Mengimami /memimpin Solat Hajat

SIARAYA & En Imran b. Nayan (K) 1. Mengurus siaraya majlis


PERALATAN En.Mohamad Sukri Bin Che 2. Memastikan siaraya berfungsi dengan
Amat baik semasa majlis dijalankan.
En.Kamaruzaman bin Che 3. Aktiviti hanya dijalankan di Surau Al-
Jaafar Falah sahaja
4. Mengemas semula alatan selepas
majlis.

PERSIAPAN Pn.Wan Faridah binti Wan 1. Merangka susun atur tempat


TEMPAT Hassan (K) 2. Memastikan surau dalam keadaan
(SEBELUM Pn.Nurul Huda binti Mohamad bersih sebelum dan selepas majlis.
DAN SELEPAS) Pn.Jamilah binti Yunus

DISIPLIN DAN En. Mohd Zaini bin Kamari (K) 1.Mengarahkan murid Islam ke Surau
KESELAMATAN Pn.Norasmah binti Saari dalam keadaan yang teratur.
En Sapari bin Hj Salim 2.Menyusun kedudukan murid di Surau
Pn.Noor Azimah binti 3.Pelajar sentiasa berada dalam
Mohamed Akbal pengawasan guru.
PERSIAPAN Ibu Bapa: 1.Memastikan makanan siap dibungkus
MAKAN IBU Pn. Suzanah binti Sidek (K) 2.Memastikan makanan mencukupi
BAPA DAN Pn.Rizana binti Jamil 3.Mengedarkan makanan kepada ibu
MURID Pn. Nor Haziaton binti Mohd bapa dan murid-murid selepas majlis.
Noruddin

Murid-Murid:
Pn.Suzana binti Kadir (K)
Pn.Aidah binti Ahmad
Saruddin
Pn.Nik Suzaliza binti Ali
Pn. Noor Adina binti Hasan

BUKU Pn.Suraini binti Ramli (K) 1. Menyediakan buku program dan


PROGRAM Pn.Ruhama binti Othman mengedarkan kepada pentadbir,guru-
guru dan ibu bapa/penjaga.

JURUGAMBAR Pn.Khatijah binti Sar (K) 1.Mengambil gambar sepanjang majlis


Pn.Maimunah binti Mohd Zain berlangsung.
AJK SEMESRA 2.Menyerahkan ‘soft copy’ gambar kepada
setiausaha untuk laporan aktiviti.
11.0 SUMBER KEWANGAN : PIBG

1. TABUNG KECEMERLANGAN : RM 500 .00


2. PIBG : RM 150 .00

JUMLAH RM 650.00

PERBELANJAAN

Bil Perkara Perbelanjaan


1. Air mineral 20 kotak x RM17.00 = RM 340.00

2. Kismis = RM 160.00

3 Sarapan ibu bapa


50 orang x RM 3.00 =RM 150.00

JUMLAH = RM 650 . 00

12.0 PENUTUP

Program Solat Hajat Perdana dan Ceramah Motivasi ini dianjurkan sebagai satu
langkah untuk memberi kesedaran dalaman terhadap para pelajar SMK Raja Muda Musa.
Melalui program ini, adalah diharapkan pelajar dapat mengubah sikap dan perilaku serta lebih
mempunyai keyakinan untuk berjaya dalam peperiksaan. Semoga, program yang dirancang
ini mendapat keberkatan Allah s.w.t dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ………………………………
(PN. NORMARLINA BINTI MOHAMAD)
Setiausaha Program Solat Hajat Perdana
SMK Raja Muda Musa

Disahkan Oleh ,

…………………….