Anda di halaman 1dari 2

PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Memahami, Mengaplikasi,


Mengnalisis, Menilai dan Mencipta ( Bloom 1956 ) adalah meliputi objektif
untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang
terdapat dalam kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian
pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan
sebagai konstruk.

Bagi mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi ada tiga belas konstruk
yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir
pencapaian pelajar dalam kertas ini.

Berikut ialah penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu


dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.

P1 : Pengetahuan tentang Terminologi.


Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi difinisi sesuatu perkara.

P2 : Pengetahuan tentang Fakta.


Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti
fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen.

P3 : Pengetahuan tentang Konvensyen


Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu
kelaziman seperti simbol atau tanda lazim.

P4 : Pengetahuan tentang Urutan.


Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti atau tindakan yang berlaku
secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti.

P5 : Pengetahuan tentang Penkelasan


Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan
sesuatu perkara untuk dilabelkan dibawah satu kumpulan.

P6 : Pengetahuan tentang Kriteria


Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri,
sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara.

P7 : Pengetahuan tentang Metodologi


Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam
melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja.

P8 : Pengetahuan tentang Prinsip dan Generalisasi


Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan
pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan.

1
C1 : Memahami :
Menerangkan idea atau konsep, mengintepretasikan perihal proses (
penjelasan langkah bagi tujuan sesuatu ), Meringkaskan, Merumuskan,
Mengkelaskan, Menerangkan.

A1: Mengaplikasi
Kebolehan untuk menggunakan pengetahunan dan kefahaman serta
kemahiran lain untuk sesuatu masalah dan situasi baharu.
Menunjukcara, Menjalankan, Menggunakan (daripada penambahbaikan
kepada produk sedia ada)

N1 : Menganalisis
Mencerakinkan (pendapat yang masih belum terbukti), maklumat kepada
komponen- komponen untuk memahami struktur organisasinya dan berhubung
antara komponen. Membanding beza, Mengurus, Menyelesaikan masalah,
Menghuraikan

V1 : Menilai
Kebolehan membuat pertimbangan dangan menggunakan kaedah atau
kriteria untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan serta
keberkesanan sesuatu tentang nilai, makna, pendapat, penyelesaian,
prosedur, produk dan sebagainya.

T1 : Mencipta
Menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharu.
Merekacipta, menggabungkan, merangka, membina (menghasilkan produk
baharu)

Anda mungkin juga menyukai