Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Yang dihormati Pensyarah Kursus Pengucapan Awam, Tuan Haji Mohamad Roslan Bin
Ghazali.
Pada hari ini, saya ingin menyampaikan ucapan saya yang bertajuk “Membanteras
Pencemaran Alam Sekitar”.
Hadirin Sekalian,
1. Pepatah Melayu ada mengatakan “tiada penyakit yang tiada penawarnya”. Oleh
sebab itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah
pencemaran alam. Pertama, melalui pendidikan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
boleh diterapkan kepada para pelajar sejak dibangku sekolah lagi. Hal ini kerana
pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum di institusi pendidikan. Para pelajar
seharusnya diterapkan dengan nilai menghargai dan menjaga alam sekitar. Pendidikan
alam sekitar boleh diberikan dengan cara mengajar generasi muda tentang cara
menjaga alam sekitar melalui langkah seperti kitar semula, guna semula,dan
sebagainya.
Hadirin sekalian,
3. Selain itu, kempen juga boleh diadakan untuk mengatasi masalah pencemaran
alam yang berlaku. Kempen boleh disalurkan kepada masyarakat umum melalui dua
cara iaitu media massa bercetak dan media massa elektronik. Melalui media massa
bercetak, artikel dan rencana mengenai cara mengatasi pencemaran alam harus
disediakan untuk memudahkan pembaca mengetahui langkah terbaik menguruskan
alam sekitar. Melalui media massa elektronik pula, iklan tentang penjagaan dan langkah
mengatasi pencemaran alam sekitar boleh disiarkan melalui internet, televisyen, radio,
dan sebagainya. Iklan-iklan yang dihasilkan haruslah lebih menarik dan kreatif untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat umum. Seperti yang kita semua ketahui, media
masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna.Oleh itu,dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran
alam, masyarakat umum akan lebih peka dalam menangani masalah pencemaran.