Anda di halaman 1dari 2

Sistem Pendidikan di Jepun

Jepun merupakan salah satu negara termaju dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, teknologi, ilmu
pengetahuan, sosial, politik, dll. Kemajuan-kemajuan ini berkait rapat dengan kemajuan pendidikan.

Bagaimana sistem pendidikan di Jepun?

1. Sistem pendidikan di Jepun dibangun atas prinsip-prinsip:

* Legalisme
* Pentadbiran yang demokratik
* Neutral
* Penyesuaian dan penetapan persekitaran pendidikan
* Desentralisasi.

2. Pendidikan bertujuan:

1. mengembangkan keperibadian secara penuh


2. berupaya keras membangun manusia yang sihat mental dan fizikal,
3. mencintai kebenaran dan keadilan,
4. menghormati perseorangan,
5. menghargai kerja,
6. mempunyai rasa tanggungjawab yang dalam, dan
7. memiliki semangat berdikari sebagai pembangun negara dan masyarakat yang damai.

Sistem pentadbiran pendidikan dibangun dalam empat peringkat iaitu peringkat pusat, prefectural
(antara negeri dan wilayah), municipal (antara wilayah dan daerah), dan sekolah. Masing-masing
peringkat pentadbiran pendidikan tersebut mempunyai peranan yang saling mengisi dan bersifat
kerjasama. Di samping itu, terdapat persatuan- persatuan guru besar/ pengetua, guru, murid, dan
ibubapa yang menyokong pengembangan sekolah.

Tujuan pendidikan adalah untuk membesarkan anak yang sihat fikiran dan badan serta penuh estetika,
sehingga melahirkan murid yang ideal, iaitu murid yang selalu melatih diri sendiri, mematuhi peraturan,
bersedia bekerja secara sukarela dan mempunyai dasar untuk berfikir secara internasional.

Selanjutnya, tujuan pendidikan di peringkat sekolah menengah dilanjutkan lagi ke dalam tujuan di setiap
kelas. Tujuan pendidikan ini lebih lanjut dipanjangkankan untuk setiap mata pelajaran dan untuk setiap
pertemuan kelas. Untuk mencapai tujuan tersebut diuraikan material apa yang akan dibahas, apa yang
harus dilakukan murid dan guru serta bagaimana cara melakukannya yang semuanya dinyatakan dalam
rancangan kerja (working plan) yang disiapkan guru untuk setiap pertemuan kelas. Dengan demikian,
baik murid maupun guru memiliki pedoman arahan yang jelas dalam proses belajar-mengajar.
3. Pada umumnya kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah Jepun adalah kombinasi dari:

* Penjelasan dari dan soal jawab dengan guru,


* Perbincangan sesama murid, dan
* Penerokaan oleh murid sendiri dengan menggunakan alat pembelajaran.

Awalnya, biasanya murid memberikan penjelasan sebagai pengantar, kemudian murid melakukan
perbincangan sesama mereka dan(atau) meneroka menggunakan alat pembelajaran seperti multimedia,
makmal dan lain- lain sesuai dengan mata pelajaran dan keperluan. Hasil perbincangan dan(atau)
penerokaan ilmu tersebut lalu dipersembahkankan di depan kelas dengan bimbingan guru.

Anda mungkin juga menyukai