html
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
https://ipkent.edu.my/lib2/index.php/koleksi-digital-2015/272-meningkatkan-penguasaan-ayat-
songsang-pendepanan-kata-kerja-dalam-ayat-tunggal-menggunakan-teknik-piramid-kasuke-213-
abstrak MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
BERPANDUKAN GAMBAR MENGGUNAKAN TEKNIK WAH DALAM KALANGAN MURID
TAHUN LIMA
Pendekatan Terkawal
Pendekatan Bebas
Pendekatan Proses
Pendekatan proses tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh
murid-murid. Pada peringkat permulaan, murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk
yang diberikan oleh guru. Pengumpulan bahan tersebut boleh dilakukan secara
berkumpulan atau individu. Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio.
Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk
karangan yang diberikan kepada mereka. Penggunaan sumber bahan berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah digalakkan. Bahan yang tidak
digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk kegunaan bagi tajuk karangan yang
lain. Setelah itu, murid menyusun isi karangan yang diperoleh daripada bahan tersebut.
Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun
ditulis dalam bentuk karangan. Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam
bentuk penulisan yang lengkap. Murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan
melakukan mpembetulan terhadap sebarang kesalahan dalam penulisan. Setelah
selesai melakukan pengeditan dan pembetulan, karangan tersebut dihantar kepada
guru untuk dinilai. Berdasarkan pendekatan ini, tumpuan guru adalah terhadap proses
mengarang yang dilalui oleh murid bermula daripada proses mengumpul bahan,
menyaring bahan, menyusun bahan, mengolah bahan ke dalam bentuk
pemerengganan yang sesuai, mengedit penulisan dan menghantat hasil penulisan
kepada guru.
Pendekatan Komunikatif
Menurut pendekatan LEA, guru meransang perbincangan berkaitan tajuk yang dipilih.
Murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita. Perkataan tertentu yang
akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru. Murid diminta
membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan. Setelah itu, guru membimbing
murid memberi tajuk cerita. Guru menulis ayat untuk membina cerita bertulis. Setelah
cerita selesai ditulis, guru membaca cerita tersebut membaca secara nyaring untuk
didengar oleh murid. Murid menyalin teks cerita yang ditulis oleh guru. Murid
menggariskan perkataan yang mereka tahu. Kemudian, guru meminta murid
menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi yang sesuai.
Ulasan
Definisi operasional
Menulis. Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah
mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-
lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain)
dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.
Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah keperluan
peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk
kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”Sebenarnya, menulis
bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang
membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan
bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan.