Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 PENGENALAN
Pada 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun
Dr Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk ”Malaysia –
Melangkah ke Hadapan” semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia. Kertas
kerja tersebut mengandung satu gagasan pemikiran dan rangka kerja mengenai
matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Gagasan
tersebut kemudiannya dikenali sebagai ”Wawasan 2020”.
2.0 Definisi
Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu itu
sendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang
berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan
yang dilakukan. Dengan berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap
keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang
individu. Secara umumnya etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,
hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika tidak
bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan satu disiplin ilmu
yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta
kelakuan manusia yang betul.
Daripada sudut bahasa, etika atau ’ethics’ bermaksud sikap dan adat yang
menentukan tingkah laku sesuatu golongan. White (1993) mendefinisikan etika
sebagai salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue
moral) dan menilai tindakan manusia. Falsafah etika adalah berbeza daripada
undang-undang keagamaan dan budaya. Pendekatan secara peribadi kepada etika
adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat
kepada kehidupan manusia. Menurut Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada
bahasa Greek kuno iaitu ethos yang bermaksud ”falsafah moral”. Etika merupakan
salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan
baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada menganalisis apa yang betul dan
salah. Salah satu aspek utama etika ialah ”kehidupan baik”, iaitu kehidupan yang
bernilai atau memuaskan. Pencarian summum bonum atau ”kebaikan yang terbaik”
merupakan salah satu isu utama dalam etika. Tindakan yang betul akan
membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral akan
mengakibatkan hasil yang sebaliknya.
Etika boleh juga didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral,
iaitu sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorang
itu sama ada baik ataupun buruk (Ahmad Khamis, 1999). Berdasarkan definisi etika
yang telah dibincangkan, etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti
kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan dan
sebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa etika ialah prinsip-prinsip
tingkah laku yang bertanggungjawab untuk menentukan tindakan yang diambil oleh
seseorang individu itu boleh diterima daripada segi moral atau sebaliknya. Setiap
individu perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh setiap anggota masyarakat
di sekelilingnya. Individu yang tidak mempunyai etika yang seimbang akan
membawa kepada konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak
bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.
KESIMPULAN
Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan
manusia. Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum
ini, ternyata etika membantu membentuk keharmonian, kesejahteraan, kerukunan
dan kedamaian hidup. Daripada sudut individu, seseorang yang beretika sentiasa
menjaga perilaku dirinya agar tidak bertentangan dengan nilai dan kehendak moral
sesebuah masyarakat.
Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunya
membentuk sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan
sebagainya. Dari segi mental pula, orang yang beretika mulia tidak gemar
memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Individu seperti ini akan sentiasa
membuat pertimbangan daripada sudut baik dan buruk sesuatu perkara sebelum
mengambil sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang sentiasa mengamalkan etika
yang baik mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana
sahaja dia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir
dan tindak- tanduknya.
Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang
mempunyai nilai etika yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan
masyarakat yang lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga akan
turut aman, damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat
antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan etika
yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang. Sejarah
telah membuktikan perkara ini di mana beberapa tamadun agung yang pernah
mengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir,
Rome, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli
masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.
RUJUKAN
Ahmad Khamis. (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk Institusi Pengajian Tinggi.
Selangor: Budiman Sdn Bhd.
Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). Professional Ethics. Selangor Darul
Ehsan:
OUM.
Mohd Jabib ohari. (2001). Etika Profesional. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Prof Dr Ansary Ahmed et. Al. (2007). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor
Darul
Ehsan: OUM
Sahakin et.al. (1993). Ideas of the Great Philosophers. Pg31. Barnes and Noble
Books.
White, T.I (1993). Busines Ethics: A philosophical Readar. New York: MacMiller
Pub. Co.