Anda di halaman 1dari 2

Faktor Perkembangan Masyarakat Industri Di England

Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di


England pada abad ke-18. Masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang
muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan
pengusaha industri dan pekerjan.

Faktor pertambahan penduduk menyebabkan bekalan tenaga buruh di England


bertambah dan mencukupi. Oleh itu, pasaran bagi barangan keluaran kilang perindustrian
meningkat. Peningkatan penduduk di tanah jajahan menyediakan pasaran yang luas bagi
barangan yang dikeluarkan oleh kilang di England.

Faktor yang seterusnya ialah kekayaan bahan mentah. Terdapat bekalan bahan
mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi di England. England muncul sebagai
pengeluar terbesar keluli dan mendahului Negara-negara lain dalam pengeluaran arang batu.
Penguasaan tanah-tanah jajahan di asia dan afrika juga turut menjamin bekalan bahan
mentah yang mencukupi untuk kilang-kilang perindustrian di England.

Selain itu, perkembangan merkantilisme di England juga turut menyumbang kepada


peningkatan dalam revolusi perindustrian. Perkembangan merkantilisme menyediakan
kekayaan dan modal untuk mempelopori revolusi perindustrian. Sistem merkantilisme
menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja menerusi dasar
apprentice. Dasar ini juga menyediakan ramai tenaga buruh mahir yang terlatih dan mudah
diserapkan dalam mana-mana industri.

Di samping itu, faktor keadaan iklim di England turut membantu perkembangan dalam
bidang perindustrian. Perkembangan perusahaan kapas di Lancashire adalah disebabkan
oleh keadaan iklim yang sesuai di England. Iklim lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan
memintal dan menenun kain-kain kapas. Anak-anak sungai di sekeliling Yorkshire
menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk membasuh, meluntur, dan mencelup bulu
yang digunakan dalam industri tekstil.

Faktor yang seterusnya ialah kemajuan sains dan teknologi. Kemajuan sains dan
teknologi juga menyumbang kepada peningkatan perindustrian di England. Perkembangan
pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebebkan beberapa rekaan dan ciptaan ditemui.
Oleh itu, penciptaan mesin baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di
England. Tambahan pula, para pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan mereka bagi
orang lain meniru hasil sesuatu ciptaan. Perkembangan ini menggalakkan orang ramai untuk
mencipta mesin baharu bagi kegunaan perindustrian.
Revolusi pertanian juga menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil
pertanian. Peningkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran tanah yang
diperkenalkan semasa revolusi pertanian. Perkembangan ini menyebabkan bekalan
makanan bagi penduduk semakin mencukupi. Hal ini menyebabkan England tidak perlu
mengimport makanan dari luar Negara.

Kesimpulannya, revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada


negara agraria kepada negara perindustrian. Revolusi perindustrian juga membawa kepada
pengenalan kuasa jentera, pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan ekonomi di
England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri
daripada pemilik kilang, saudagar, dan peniaga,.

Anda mungkin juga menyukai