Anda di halaman 1dari 3

BIL MASA PERKARA TINDAKAN CATATAN

1. 8.00 am * Ibu bapa mengambil tempat IBU BAPA


Pengacara Majlis Diminta menyampaikan maklumat
berkaitan atur cara secara ringkas .
Majlis akan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga
jam 10.30 pagi. Kemudian ibu bapa akan pergi ke
kelas anak masing-masing bagi tujuan pendaftaran
dan pembayaran sumbangan PIBG. Di samping it
Tabung Pembangunan Sekolah juga disediakan
bagi tuan/puan yang sudi bermurah hati memberi
sumbangan kepada pihak sekolah dalam aspek
Pembangunan Fizikal. Saya percaya ramai dalam
kalangan ibu bapa di dalam dewan ini merupakan
bekas-bekas pelajar yang pernah mendapatkan
ilmu di sini.

2. 8.30 am Sirih berlipat sirih pinang PENGACARA


Kata-kata Sirih dari pulau mutiara MAJLIS
aluan Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Dihormati En Samsuri Bin Mat Isa


Yang dipertua PIBG SMK Gombak Setia

Yang berusaha En. Samsuki Bin Sudin


Pengetua SMK Gombak Setia

Yang berusaha Pn. Maizatul Hasniah Binti Hasan


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Gombak Setia

Yang Berusaha En. Mohd Zaikham Bin Husin


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Pn. Samieh Binti Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang berusaha Pn. Rodziah Binti Baharuddin


Penolong Kanan Petang

Yang berusaha Pn. Normawati Binti Rashid


Penolong Kanan Tingkatan Enam

Yang dihormati barisan guru kanan mata pelajaran,


guru-guru, AJK PIBG SMK Gombak Setia, para ibu
bapa serta hadirin dan hadirat sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


3. Pendahulu Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana PENGACARA
an dengan izin-Nya dapat kita bertemu di pagi yang indah MAJLIS
ini untuk sama-sama mendengar taklimat dan
perutusan daripada pihak SMK Gombak Setia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan/puan


kerana telah memilih SMK Gombak Setia sebagai
tempat untuk anak-anak tuan-tuan dan puan-puan
meneruskan pembelajaran. Kami guru-guru akan
berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik bagi
memastikan kemenjadian anak-anak pelajar.

4. 8.45 am Kalau pergi Tanjung Keramat, PENGACARA


Bacaan Anak manis jangan diangkat; MAJLIS
doa Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, majlis mempersilakan Ismail Bin Bakhtiar


untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ismail Bin Bakhtiar


atas pimpinan lafaz doa sebentar tadi.

5. 9.00 am Sidang hadirin yang dihormati sekalian, PENGACARA


Ucapan MAJLIS
YDP PIBG Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
Yang Dihormati En Samsuri Bin Mat Isa
Yang dipertua PIBG SMK Gombak Setia
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


En. Samsuri Bin Mat Isa atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

6. Ucapan Hadirin dan hadirat sekalian, PENGACARA


pengetua MAJLIS
Seterusnya majlis mempersilakan
Yang Berusaha En. Samsuki Bin Sudin
Pengetua SMK Gombak Setia untuk menyampaikan
ucapan.
Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada


En. Samsuki Bin Sudin atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
7. 10.30 am Madah diungkap santun bicara PENGACARA
Penutup Pantun dilantun mengusik hati MAJLIS
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati.

Dengan itu, maka berakhirlah sudah Majlis Taklimat


Hari Orientasi Bagi Murid Tingkatan 1 tahun 2020.

Hadirin tuan/puan dipersilakan untuk bergerak ke


kelas anak-anak bagi tujuan sesi Pendaftaran dan
perjumpaan dengan guru kelas. Untuk makluman
tuan/puan kantin dan koperasi dibuka pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai