Anda di halaman 1dari 8

Model Pembinaan Kurikulum

(Model Objektif & Proses)

Nordin Tahir
JIP
IPG Kampus Ipoh
Model Kurikulum
(1) Model Ralph Tyler (1949)
(2) Model Hilda Taba (1966) Objektif
(3) Model Stenhouse (1975) Proses
Pembentukan Model Kurikulum Tyler
Berdasarkan kepada empat persoalan dasar:
• Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai?
• Apakah pengalaman Pendidikan yang boleh diberi
supaya tujuan tersebut dapat dicapai?
• Bagaimanakah pengalaman Pendidikan dapat
diorganisasikan secara efektif?
• Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan-
tujuan tersebut dicapai?
• Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku
sebagai tujuan asal proses pendidikan;
• Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah
laku pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap
kali perubahan pernyataan objektif sekolah.
• Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori
kurikulum dan praktis: ia amat bersistematis dan mempunyai
kekuatan untuk mengurus  dengan membentuk objektif
tingkah laku – menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan
agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat
dinilai hasilan tersebut
Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaia
n
MODEL TABA

 Kurikulum sebagai pelan tindakan;


 Pendekatan “Bawah-Atas’ (Bottom-up) terhadap kurikulum di mana
guru memainkan peranan utama;
 Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan
berpendapat bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses
pembentukan tersebut; dan
 Tujuh langkah pembentukan kurikulum :
(1) Mengdiagnos keperluan
(2) Pembentukan objektif
(3) Pemilihan kandungan
(4) Menyusun kandungan
(5) Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran
(6) Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran
(7) Penilaian
MODEL STENHOUSE
• Kurikulum sebagai Proses;
• Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di
antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan;
• Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik
darjah serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai;
• Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal
yang diperkenalkan oleh Aristotle;
• Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciri-
ciri usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya
menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan (sila buat
rujukan lanjut kepada transparensi);
• Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus,
meneliti secara empiris serta dapat dijadikan asas
menjustifikasikannya. Menawarkan untuk: Proses Perancangan:
= prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari
= prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar
dan dipelajari
= prinsip menentukan susunan pengajaran
= panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam
konteks sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi
rakan sebaya dan persekitaran
= maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai
konteks situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktor
kepelbagaian tersebut;
• Justifikasi : Pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal
selia;
• Melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan
pengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada
hipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritis
dan bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagai
kurikulum pukal yang direkabentuk dengan tujuan untuk
disampaikan di mana-mana sahaja);
• Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukan
untuk mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teori
dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan
berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan
bukannya menentukan objektif tingkah laku yang ketat ; dan
• Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar.
Mereka perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya
ialah terhadap proses interaksi (perubahan tumpuan daripada
pengajaran kepada pembelajaran: bagi guru, proses pembelajaran
diberi penekanan yang utama)

Anda mungkin juga menyukai