Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 3 Cemerlang
3. Bilangan Murid : 34 orang
4. Tarikh : 18 Jun 2019
5. Hari : Selasa
6. Masa : 11:50 pagi hingga 1:20 petang
7. Tema : Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
8. Tajuk : Teratak Warisan
9. Kemahiran Fokus : Kemahiran Menulis

10. Standard Kandungan

3.1 Asas menulis.

11. Standard Pembelajaran

3.1.1 Menulis secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk


iii) frasa

12. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

1) Menulis petikan teks secara mekanis menggunakan tulisan berangkai dalam bentuk
iii) frasa

13. Sistem Bahasa :

1) Tatabahasa : Sintaksis – frasa

2) Kosa kata : teratak, warisan.

3) Sistem Ejaan : betul dan tepat

14. Pengisian Kurikulum :


 Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah.
 Nilai Murni : Kerjasama, kerajinan, menghargai, patriotisme.
 Pendidikan Alam Sekitar: Bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran.
 Elemen Keusahawanan:
i. E.K 1: 1.1 Bertanggungjawab terhadap keputusan: menyiapkan tugasan sehingga selesai.
ii. E.K 2: 2.2 Memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan: menyenaraikan dan
mengumpul maklumat.
iii. E.K 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial: menjaga kebersihan bilik darjah.

15. Kepelbagaian Strategi & Teknik


 Teori Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik dan kontekstual,
 Kemahiran Berfikir : Menghubung kait, mengecam, menjana idea, dan merumus.
 Belajar Cara Belajar : Kemahiran menulis, mengumpul dan memproses maklumat.

 Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait nilai warisan sejarah dalam kehidupan seharian.
16. Alat/ Bahan Bantu Belajar :

Bil. Perkara Jumlah

1. Sampul surat 6

2. Lampiran kertas 6

3. Buku teks 34

4. Buku latihan 34

5. Lembaran teks 34

6. Kertas mahjung 6

7. Pen marker 6

8. Lembaran kerja (Pengayaan dan Pemulihan) 34

17. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah belajar menulis tulisan berangkai melalui perkataan.

LANGKAH/ AKTIVITI PENGAJARAN DAN


ISI PELAJARAN CATATAN
MASA PEMBELAJARAN
Pengurusan  Kebersihan kelas. - Murid memastikan kelas bersih Peralatan yang sesuai
Bilik Darjah  Persediaan murid dan bersedia untuk belajar.
(2 minit) belajar
SET Gambar Ukiran Kayu 1. Murid diedarkan sekeping sampul BBB: Sampul surat,
INDUKSI (Puzzle) surat yang mengandungi gambar lampiran kertas.
(7 Minit) yang tidak tersusun.
Ilmu: Pendidikan Sivik
2. Murid dalam kumpulan dan Kewarganegaraan,
menyusun semula gambar Sejarah.
tersebut dengan betul.
KP: Interpersonal,
3. Murid bersoal jawab mengenai verbal linguistik.
gambar tersebut.
KB: Menghubung kait,
4. Murid dibimbing untuk menjana idea.
merumuskan jawapan dengan
mengaitkannya dengan tajuk BCB: mengumpul dan
pelajaran. memproses maklumat.

Pembelajaran
 Tajuk Pelajaran: Kontekstual:
“Teratak Warisan” Menghubung kait nilai
warisan sejarah dalam
Soalan cadangan : kehidupan seharian.
- Apakah yang kamu faham
tentang gambar yang telah Nilai : Kebersihan,
disusun tersebut? kerjasama, patriotik.
- Adakah ukiran kayu tersebut
penting untuk dikekalkan?
- Bagaimana cara untuk
kekalkan warisan kita?

Jangkaan jawapan:
- Sebuah gambar ukiran
kayu.
- Penting kerana merupakan
warisan tradisional Melayu.
- Aplikasikan warisan
tradisional Melayu dalam
kehidupan seharian.
* dan jawapan lain yang
relevan.
LANGKAH 1 Aktiviti 1 BBB: Buku teks, buku
(20 minit)  Buku Teks (Jilid 2), 1. Murid membaca dan memahami teks latihan.
halaman 5. pada halaman 5.
Ilmu: Pendidikan Sivik
 Guru beri penerangan. 2. Guru memberi penerangan mengenai dan Kewarganegaraan,
teks tersebut dengan lebih mendalam Sejarah.
sambil bersoal jawab bersama murid.
KP: Interpersonal,
Aktiviti 2 intrapersonal, verbal
 Salin semula 3. Murid menyalin semula tulisan linguistik, kontekstual.
berangkai yang terdapat pada halaman 5
tersebut dengan kemas dan betul. KB: Hubung kait,
mengecam.

BCB: Kemahiran
menulis, mengumpul
dan memproses
maklumat.

Nilai: Kerjasama,
kerajinan.
E.K 1: 1.1
E.K 2: 2.2
LANGKAH 2 Aktiviti 1 BBB: Lembaran teks,
(25 minit)  Edarkan teks. 1.Murid-murid diberikan lembaran buku latihan.
petikan teks.
Ilmu: Pendidikan Sivik
 Baca teks. 2. Murid-murid membaca petikan teks dan Kewarganegaraan,
tersebut secara mekanis. Sejarah.
KP: Interpersonal,
Aktiviti 2 intrapersonal, verbal
3. Berdasarkan petikan teks tersebut, linguistik.
 Tulis teks secara murid menulis semula secara mekanis KB: Menjana idea.
tulisan berangkai. dengan menggunakan tulisan berangkai.
Nilai : Kerjasama,
kerajinan, menghargai,
patriotisme.
E.K 1: 1.1
E.K 2: 2.2
Penilaian objektif (ii)

LANGKAH 3 Aktiviti 1 BBB: Kertas mahjung,


(30 minit)  6 kumpulan 1. Murid dikelompokkan kepada enam pen marker, lembaran
1. Alpa kumpulan. kerja.
2. Beta
3. Charlie Ilmu: Pendidikan Sivik
4. Delta dan Kewarganegaraan,
5. Ecer Sejarah.
6. Fajar
KP: Interpersonal,
2. Setiap kumpulan diberikan kertas intrapersonal, verbal
Mahjung dan pen marker. linguistik, kontekstual.

3. Guru menulis frasa pada papan putih. KB: Hubung kait,


mengecam, menjana
4. Setiap kumpulan berbincang dan
 Perbincangan idea.
menulis semula frasa pada papan putih
kumpulan
tersebut dengan menggunakan tulisan Nilai : Kerjasama,
berangkai pada kertas mahjung. kerajinan, menghargai,
 Pembentangan patriotisme.
5. Setiap kumpulan bentang hasil kerja.
kumpulan
E.K 1: 1.1
6. Murid dan guru berbincang dan semak E.K 2: 2.2
 Semak bersama
bersama hasil kerja setiap kumpulan.
Penilaian objektif (ii)
7. Kumpulan yang punyai hasil kerja
yang kemas dan menarik dikira sebagai
pemenang.

Aktiviti 2
 Penilaian
Pengayaan : Murid menulis frasa
(lembaran kerja) menggunakan tulisan berangkai.

Pemulihan : Murid menulis 5 perkataan


dalam tulisan berangkai.
PENUTUP Kognitif Ilmu: Pendidikan Sivik
(6 minit)  Rumusan isi pelajaran 1.Beberapa orang murid merumuskan isi dan Kewarganegaraan,
pelajaran. Sejarah.
2. Murid dapat memahami dan
menggunakan tulisan berangkai dengan KP: Interpersonal,
betul dan kemas. verbal linguistik.

KB: Merumus,
Sosial menghubung kait
• Pujian atas kerjasama 1.Guru memuji setiap murid atas
yang diberikan kepada kerjasama yang diberikan ketika Nilai : Kerjasama.
guru dan rakan. melaksanakan aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai