Anda di halaman 1dari 3

MASALAH SOSIAL MURID YANG DIPENGARUHI OLEH MEDIA SOSIAL

DAPAT DIATASI DENGAN PENGAWASAN IBU BAPA

PENGENALAN

Media sosial adalah merupakan satu medium baru komunikasi yang berlandaskan
teknologi ICT yang makin popular malah merupakan satu keperluan untuk setiap individu.
Kamus Dewan mendefinisikan Media sebagai alat atau perantara dalam komunikasi atau dalam
perhubungan manakala Sosial pula bermaksud bergaul atau bercampur dengan masyarakat.
Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah
kelompok aplikasi bertunjangkan Internet yang membangun di atas dasar ideologi dan
teknologi web 2.0 yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content"
Kajian ini adalah sangat penting untuk dilakukan kerana perkembangan media sosial
ketika ini tidak dapat dikawal ditambah lagi dengan penggunaan aplikasi media sosial di dalam
telefon pintar yang mudah dibawa kemana-mana.
Dengan perkembangan media sosial yang pesat ini tidak dapat dinafikan terdapat
pelbagai kesan positif dan negatif yang terhasil dari perkembangan teknologi ini. Media sosial
menjadi medium utama penyebaran maklumat sama ada yang positif atau negatif.
Perkembangan ini tidak terkecuali turut melibatkan murid-murid di sekolah. Perkara yang
dibimbangkan disini apabila penggunaan media sosial ini tidak terkawal di kalangan murid-
murid akan lebih banyak membawa kesan buruk ke atas murid di mana lebih cenderung untuk
meniru tanpa memikirkan kesan di sebalik apa yang dilakukan.

FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini saya akan memfokuskan kepada masalah sosial murid-murid yang
dipengaruhi media sosial. Dengan kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah sosial
murid dan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang pentingnya pengawasan terhadap aktiviti
media sosial anak-anak. Isu ini membawa implikasi yang sangat besar terhadap masa depan
murid-murid. Buktinya berdasarkan laporan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana
terdapat banyak kes-kes yang melibatkan murid-murid sekolah menjadi mangsa kepada
individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan penjenayah-penjenayah di luar dengan
mengambil kesempatan di atas ketidakmatangan murid.
Oleh itu saya berpendapat bahawa isu ini perlu diselesaikan dengan cara yang berkesan
berdasarkan satu penyelidikan yang sistematik agar satu tindakan dapat diatur dan diuji
keberkesanannya dan dapat diaplikasikan oleh semua sekolah di seluruh Malaysia.
(cerita rujukan-rujukan dan kata-kata kajian lain atau tokoh lain. 6 tokoh pun boleh –
6 perenggan)

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini satu intervensi “jom peka dan prihatin” akan
dilakukan dalam menangani masalah ini.
Intervensi yang saya bangunkan ini mengandungi 6 langkah yang perlu diikuti bermula
dari pihak kaunselor sekolah, murid-murid, ibu bapa, guru-guru, pihak polis dan masyarakat.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Menyelesaikan masalah sosial murid disebabkan pengaruh media sosial tanpa
pengawasan
2. Meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan pengawasan terhadap aktiviti
media sosial anak-anak

SOALAN KAJIAN
1. Adakah masalah sosial murid dipengaruhi media sosial
2. Bagaimanakah kesedaran ibu bapa terhadap pengawasan aktiviti media sosial anak-
anak dapat menangani masalah sosial murid
Masalah : Masalah Sosial Murid Dipengaruhi Media Sosial

Subjek : Murid Tahun 5 Dan 6

Tujuan : Menyelesaikan Masalah Sosial Murid Dan Meningkatkan Kesedaran


Ibu Bapa tentang pentingnya pengawasan anak-anak

Instrumen : Soal Selidik Dan Temuduga

Objektif : Menyelesaikan masalah sosial murid disebabkan pengaruh media


sosial tanpa pengawasan

: Meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan


pengawasan terhadap aktiviti media sosial anak-anak

Soalan : Adakah masalah sosial murid dipengaruhi media sosial

: Bagaimanakah kesedaran ibu bapa terhadap pengawasan aktiviti


media sosial anak-anak dapat menangani masalah sosial murid

Intervensi : Pendedahan Tentang Kepentingan Pengawasan Ibu Bapa Terhadap


(Cara Mengatasi) Aktiviti Media Sosial Anak-anak

Instrumen : Soal Selidik & Temuduga.

Anda mungkin juga menyukai