Anda di halaman 1dari 2

Menteri Besar Terengganu

Tingkat 16, Wisma Darul Iman,


Pejabat Menteri Besar Terengganu,
20502 Kuala Terengganu, Terengganu

Yang Amat Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN JELAJAH GLOBAL:


‘AMALAN PEDAGOGI SEKOLAH RENDAH’ PERTH, AUSTRALIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dimaklumkan bahawa IPGKDRI akan mengadakan Program Pengantaranbangsaan
Jelajah Global : Pemantapan Amalan Profesional Pedagogi Pendidikan Sekolah Rendah di Perth,
Australia pada 14-18 Ogos 2019. Program ini turut melibatkan wakil pensyarah IPGKDRI, guru
Yayasan Islam Terengganu (YIT), guru di Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN)
serta wakil guru Sekolah Rendah (KPM) yang kesemuanya berjumlah 15 orang.
3. Tujuan program ini adalah Menjadi pemangkin dan memberi kesan ripple effect bagi
meningkatkan kualiti guru-guru sekolah rendah di peringkat jabatan masing-masing sebagai
kesan jangka panjang, memberikan pengalaman perkongsian idea, berinteraksi dan
berkomunikasi dengan masyarakat daripada latar budaya ilmu yang berbeza serta melihat secara
dekat pentadbiran dan pengurusan sekolah-sekolah di negara luar. Perkongsian ilmu,
pengalaman dan idea ini sekaligus akan membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan
di negeri Terengganu.
4. Untuk pengetahuan YAB Menteri Besar, kos dan perbelanjaan keseluruhan program ini
adalah atas tanggungan peserta sendiri iaitu sebanyak RM 64000.00. Sehubungan itu, kami
sangat berharap sekiranya pihak YAB Menteri Besar dapat memberikan sumbangan dalam
bentuk kewangan bagi meringankan beban peserta yang bersungguh-sungguh mahu
memantapkan sistem pedagogi pendidikan di negeri ini.
5. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan kertas cadangan program tersebut.
Pertimbangan dan kelulusan pihak YAB Menteri Besar amat dihargai dan di dahului dengan
ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah diajukan
kepada Dr. Hjh Siti Hazlifah Binti Hilaluddin (Penyelaras Program) di talian 019-9845063 atau
email haz7070@gmail.com.

Terima Kasih

“Saya yang Menjalankan Amanah”

ROSMANI BINTI ALI


Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPGK Dato Razali Ismail.