Kesenian
Secara umun aspek seni bina dalam Tamadun India menggunakan batu
dan kayu sebagai sumber asas. Ini kerana merupakan antara sumber yang
mudah diperoleh. Penggunaan batu bata dalam seni bina telah berlangsung
sejak Zaman Lembah Indus lagi. Kesenian penggunaan batu-bata ini terus
berkembang hingga pada zaman yang berikutnya dan mencapai
kecemerlangan yang sangat tinggi zaman dalam Zaman Maurya di mana
dikatakan bahawa kemahiran pertukangan batu zaman ini telah meletakkan
seni bina India menyamai pencapaian seni bina tamadun-tamadun lain. Walau
bagaimanapun, A.L Basham telah menegaskan bahawa, pembinaan daripada
batu hanya dilakukan terhadap monumen-monumen tertentu sahaja dan masih
tidak meluas. Ini kerana sehingga Zaman Maurya, hanya terdapat satu kuari
sahaja yang menjadi sumber bekalan iaitu di Chunnar, tidak jauh dari Varanasi.
Namun demikian, kalangan jurubina dalam period ini dikatakan telah mencapai
tahap kemahiran yang tinggi terutama apabila pengaruh Parsi dan Greek
dikatakan telah sampai ke India.