Anda di halaman 1dari 1

Ucapan wakil murid: Adik Michael Owen Yugak ak Aji

Selamat sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada yang berusaha Guru Besar
SK Nanga Serau, Puan Lau Siew Ling, Penolong Kanan Kurikulum, Encik Zamerene Bin Ruin,
Penolong Kanan HEM, Encik Nyelang ak Lanyon, Penolong Kanan Ko-kurikulum Puan
Josephine Daniel Chuat, guru-guru yang saya kasihi, kakak-kakak, abang-abang dan rakan-
rakan sekalian.

Bersyukur kepada Tuhan kerana pada tahun yang cemerlang ini, kita warga SK Nanga
Serau berpeluang lagi untuk menyambut Sambutan Hari Guru bersama-sama untuk
meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjadikan
sekolah kita antara sekolah yang terbaik di daerah Julau ini.

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak pelajar supaya pelajar
menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Adalah perkara yang tidak mudah
dan tidak senang untuk membentuk insan dari aspek akademik dan penglibatan
kokurikulum yang cemerlang, sahsiah murid yang gemilang, dan membolehkan insan
berwawasan yang terbilang, tetapi guru-guru SK NANGA SERAU telah berjaya, berjaya
meningkatkan prestasi sama ada dalam akademik, kokurikulum, dan sahsiah pelajar
sehinggalah wawasan dan matlamat murid-murid SK Nanga Serau tercapai, iaitu semuanya
CEMERLANG DAN UNGGUL sebagaimana visi sekolah SK Nanga Serau.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang mengajar
saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam mendidik anak-anak pelajar dan
meningkatkan kualiti mengajar. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya dari
tahun 1 hingga tahun 6 dan memberi sokongan kepada saya selama ini.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidik SK Nanga Serau
yang mengajar murid-murid umpama lilin membakar diri. Oleh sebab adanya mereka, kita
warga SK Nanga Serau baru berpotensi memperoleh bilangan calon UPSR yang ramai lulus
dan pencapaian UPSR yang kian meningkat setiap tahun.

Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik. Sambutan Hari Guru
bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi dorongan
kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti
mengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan bilangan ilmuwan di negara kita, dan
secara langsung, Wawasan 2020 bukan impian kita lagi tetapi menjadi satu kenyataan,
kenyataan Malaysia berjaya, negara Malaysia menjadi mata dunia. Saya menaruh 100%
kepercayaan dan keyakinan kepada guru-guru kita untuk terus berjaya dalam
meningkatkan prestasi pelajar sehingga kita dapat temu bersama lagi di puncak gunung
kejayaan.

Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran saya, doa saya agar
SK Nanga Serau terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai
matlamat kita supaya SK Nanga Serau menjadi sekolah terbaik bukan sahaja peringkat
Daerah, negeri, tetapi peringkat kebangsaan. Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru
kita sentiasa diberkat, sihat dan sejahtera.

Terima kasih disampaikan kepada semua warga pendidik di negara kita dan selamat maju
jaya.

Anda mungkin juga menyukai