Anda di halaman 1dari 1

K ata Alu-aluan Guru Besar,

SK SERI KAMPUNG RENGGAM, KLUANG


EN. ATAN BIN AB RAHMAN

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah kurnia-Nya kita dianugerahi
ruang dan peluang untuk membuka lembaran baru bagi meneruskan perjuangan kita mendidik anak-
anak SK Seri Kampung Renggam, Kluang bagi sesi persekolahan 2018 dengan ikhlas dan iltizam demi
memartabatkan kecemerlangan agama, bangsa dan negara. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2018 atas usaha
mereka yang bersungguh-sungguh dan berdedikasi sehingga berjaya merealisasikan buku pengurusan
ini.

Manual pengurusan ini mengandungi dasar dan hala tuju sekolah dalam usaha
merealisasikan aspriasi Transformasi Pendidikan Negara melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kandungan manual ini yang disusun rapi akan dapat memberikan
panduan kepada semua guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan baik dan berkesan mengikut perancangan dalam takwim dan jawatankuasa yang telah
ditetapkan.

Mulai tahun 2018, kurikulum sekolah telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah rendah
(KSSR) yang disemak melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, semua guru
seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi diri yang
sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21. Saya sangat yakin bahawa dengan
dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi
di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar
kini dan dalam masa yang sama dapat "Melestarikan Pendidikan Terbilang".

Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang
memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah. Selari dengan PPPM 2013 – 2025, seluruh
warga sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk
memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini. Marilah kita
memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini
diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua. Akhir kata, selamat bertugas kepada semua
guru dan staf. Teruskan usaha gigih kita agar SK Seri kampung Renggam terus cemerlang dalam
pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.

Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya.

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA"

Salam hormat daripada saya,

ATAN BIN AB RAHMAN


Guru Besar,
SK Seri Kampung Renggam, Kluang
Johor

ii

Anda mungkin juga menyukai