Hari ini saya mengajar tentang topik luas permukaan. Kekuatan yang saya
dapati adalah murid sudah boleh menyatakan unit pengukuran luas permukaan dan
hubungan antara permukaan objek dengan luas permukaan dengan betul. Hal ini
mungkin kerana mereka sudah belajar luas dalam mata pelajaran Matematik. Jadi,
mereka tidak mengalami sebarang ketidakfahaman pada isi kandungan
pembelajaran, selain itu, aktiviti p&p juga melibatkan semua murid dan murid
bekerjasama untuk menyiapkan tugasan.
Kelemahan yang boleh saya dapati adalah saya tidak memberi penerangan
yang jelas pada fasa penstrukturan semula idea. Saya tidak menunjukkan bahan
konkrit semasa penerangan. Guru pembimbing juga memberi pandangan bahawa
pengurusan masa semasa aktiviti perlu ditingkatka kerana saya memberi lebih
banyak masa dalam aktiviti pengukuhan.