Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Saya telah menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi subjek Penidikan
Muzik Tahun 3 dari 7.40 pagi hingga 8.10 pagi pada 25 Jun 2019.

Kekuatan

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya mendapati bahawa


murid dapat mendengar dan mematuhi arahan yang saya berikan. Saya telah mengaplikasi
teknik kawalan kelas di dalam bilik darjah saya. Tamzilnya, saya menggunakan suara yang
lantang dan memberi arahan yang pendek tetapi jelas supaya murid dapat memahami arahan
yang diberi. Teknik-teknik ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan PdP dalam kelas.
Justeru, boleh dikatakan penyampaian pengajaran dan komunikasi berhala adalah berkesan di
dalam kelas.

Kelemahan

Antara kelemahan yang didapati pada saya adalah tidak membuat persediaan awal
sebelum masuk kelas. Saya terlupa membawa pendrive saya sebelum masuk ke dalam kelas.
Saya tidak berupaya meneruskan pengajaran saya kerana kesemua kandungan pengajaran
termasuk dalam pendrive itu. Saya menggunakan masa yang panjang untuk mencari pendrive
menyebabkan pengajaran ditangguhkan. Pengajaran tidak dapat dijalankan dalam masa yang
ditetapkan walaupun saya mengubah kaedah pengajaran saya.

Selain itu, saya gagal membuat penutup disebabkan masa PdP yang tidak mencukupi.
Penutup itu adalah penting sebagai penilaian kolektif untuk memastikan murid telah menguasai
pembelajaran hari tersebut. Saya juga tidak berpeluang meminta murid bersedia untuk
pengajaran minggu depan. Selain itu, murid yang bertingkah laku positif tidak diberi token dan
pujian pada akhir pengajaran.

Penambahbaikan

Berdasarkan kelemahan yang didapati, saya dicadangkan agar membuat persediaaan


awal sebelum masuk kelas. Selain itu, bahan yang perlu dibawa haruslah disenaraikan untuk
mengelakkan barang tercicir. Saya perlu membuat pemeriksaan akhir sebelum memasuki kelas
untuk menjamin kelancaran pengajaran tersebut. Akhir sekali, saya perlu memastikan
penggunaan masa diuruskan dengan lebih sistematik pada pengajaran seterusnya. Pengurusan
masa dapat memastikan pengajaran disampaikan dengan berkesan melalui setiap langkah.