Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP

36700, LANGKAP, PERAK

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN MURID
ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS

TEMPAT:
DEWAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP

TARIKH:
22.02.2020 (SABTU)
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa
Lembaga Pengawas SK Seri Langkap. Program ini melibatkan semua MURID sekolah yang telah
dilantik bagi sesi persekolahan 2020. Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi
pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan
bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam
kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar... Pertambahan ilmu
adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus
kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil
kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama sekolah.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pemimpin murid sekolah, seseorang murid itu perlu sedar bahawa
mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang dirancang. Tanpa ilmu
dan keyakinan diri, murid – murid tersebut tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan
berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang dilantik memegang jawatan masing - masing akan mampu
melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di
sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan
dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang
pelbagai.
4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh
menjadikan para pemimpin murid dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
4.6 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan menyemarakkan rasa
komitmen yang tinggi dalam diri setiap para murid apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


 Pengawas sekolah
 Pengawas pusat sumber
 Pembimbing rakan sebaya
 Ketua kelas
 Penolong ketua kelas.

6.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 22.02.2020
Har i : Sabtu
Masa : 7.45 pagi hingga 1.30 tgh hari.

7.0 TEMPAT
Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Langkap
8.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn Siti Hamidah Binti Shaharuddin


Timbalan Pengerusi : Pn Farahliza Binti Ahmad Radzuan
Naib Pengerusi 1 : En Samsul Bahari Bin Abdul Aziz
Naib Pengerusi 2 : En Shahrul Bahtiar Bin Mohamad Ghazali
Naib Pengerusi 3 : Pn Neziah Binti Kamaruddin
Setiausaha : En Muhammad Anas Murugan Bin Abdullah
Pengacara Majlis : Pn Norhayati Binti Ahmad
Makanan&Minuman : Pn Sumiah Binti Sari
Pn Maizura Binti Salleh
Pa Sistem& : En Megat Mohd Hafiz Bin Megat Mohd Hanif
En Noor Azmili Bin Mohd Pittli
En Syahman Bin Che Kamaruddin
Jurugambar : En Kamil Bin Ahmad
Penyediaan Bahan : Pn Hadijah Binti Hassan
En Muhammad Anas Murugan Bin Abdullah
Pendaftaran&Sijil : Pn Nazrah Binti Maani (PSS)
Pn Hamimah Binti Mohamed Esa (PSS)
Pn Nor Atiqah Binti Mohamad Ali (Pengawas Sekolah)
Pn Ummi Kalsom Binti Abdullah (Pengawas Sekolah)
Pn Fatimah Binti Karnain (PRS, KK Dan PKK)
Pn Syarifah Nor Mahani Binti Syed Mohamad (PRS, KK Dan PKK)
Cik Vadiwokkrasi @ Viji A/P Vardivellu (PRS, KK Dan PKK)

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


7.45 PAGI Pendaftaran Dan Pembahagian Kumpulan
8.00 PAGI Sarapan Pagi
SABTU
8.30 PAGI Kerusi Sejuk Panas

22.02.2020 9.30 PAGI Kemahiran Komunikasi


10.30 PAGI Minum Pagi
11.00 PAGI Kepimpinan
12.00 TGH HARI Tugas Dan Tanggungjawab
1.00 TGH HARI Majlis Penutup
1.30 TGH HARI Makan Tengah Hari Dan Balik
10.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Bayaran Peserta RM 2250.00 Sarapan Pagi


(Rm4.00 X 150) RM 600.00
( RM 15 X 150 orang )
Minum Pagi
(Rm2.00 X 150) RM 300.00
Makan Tengah Hari
(Rm5.00 X 150) RM 750.00

Bayaran Penceramah
(RM150 X 2) RM 400.00

Bahan Ceramah & Sijil RM 200.00

JUMLAH RM 2250.00 RM 2250.00


11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai
pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam diri dan sekolah.
Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai
kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan
pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. .

Disediakan oleh:

...................................
Muhammad Anas Murugan bin Abdullah,
Setiausaha Program

Disemak oleh,

…………………………….
Farahliza binti ahmad radzuan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Seri Langkap

Diluluskan / tidak diluluskan oleh,

………………………………………
Siti Hamidah Binti Shaharuddin,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Langkap