Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia.
Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal. Pembentukan
institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan
antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik
bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa
kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja. (Surah al-Nisaa’: 3).

Sementara Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Adalah Nabi S.A.W. memerintah kami
berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan
sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku
berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak. (HR. Imam Ahmad).

1
Pengertian Perkahwinan

Perkahwinan dalam bahasa arab ialah nikah yang bermaksud dihimpun atau cantum.
Manakala, menurut istilah syarak, ia bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan
pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki
dengan seorang perempuan yang bukan mahram.

Hukum Perkahwinan

Hukum sesuatu perkahwinan itu terbahagi kepada 5.

Hukum Penerangan

Bagi seseorang yang mempunyai keinginan untuk berkanwin tetapi masih


Sunat
boleh dapat mengawal diri daripada zina serta berkemampuan zahir dan batin.

Bagi seseorang yang mampu untuk berkahwin dan yakin tidak dapat menahan
Wajib diri daripada melakukan perbuatan zina jika tidak berkahwin.
Dia juga tidak mampu menghalang perbuatan keji itu dengan cara berpuasa.

Bagi seseorang yang yakin tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap


Haram
isterinya bahkan menzalimi dan memudaratkannya.

Bagi seseorang yang bimbang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab


Makruh dengan baik atau tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin sama ada
sebab lemah syahwat, berpenyakit atau terlalu tua.

Bagi seseorang yang seimbang perasaannya. Jika tidak berkahwin tidak akan
Harus
melakukan zina dan jika berkahwin tidak akan menzalimi isterinya.

2
Hikmah Perkahwinan

Setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini ada hikmah atau tujuannya yang tersendiri.
Begitu juga dengan ikatan perkahwinan ini. Terdapat beberapa hikmah perkahwinan,
antaranya adalah:

1. Untuk memenuhi fitrah manusia yang dijadikan Allah mempunyai nafsu antara lelaki
dan perempuan.

2. Mengembangkan lagi masyarakat dengan zuriat dan keturunan yang soleh.

3. Mewujudkan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa manusia.

4. Menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang haram seperti zina.

5. Menyambung silaturahim antara 2 keluarga. Sesuatu perkahwinan itu bukan hanya


menyatukan 2 orang, iaitu lelaki dan perempuan malah ia juga menyatukan 2 buah
keluarga.

6. Memelihara iman dan agama seseorang supaya jauh daripada maksiat.

7. Mendapat ganjaran pahala. Kerana mengikuti sunnah Nabi S.A.W.

8. Mengikuti sunnah Nabi S.A.W. ini kerana Nabi S.A.W. menyuruh umatnya supaya
berkahwin supaya meramaikan umatnya.

9. Menjamin kesihatan. Perkahwinan dapat mengelakkan daripada penyakit-penyakit


kelamin seperti AIDS dan Sifilis yang berpunca daripada seks bebas.

3
Peminangan Dalam Hukum Islam

Pengertian Peminangan :-

Peminangan berasal dari kata ‘’pinang’’ dengan kata kerja meminang. Sinonim
meminang adalah melamar yang dalam bahasa Arab disebut dengan khitbah. Peminangan
juga dapat dimaksudkan dengan lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk
dijadikan isterinya.

Peminangan tidak wajib atau bukan suatu akad perkahwinan yang sah, namun
perkara tersebut diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan,
keluargan dan juga hubungan kedua-dua belah pihak.

Bentuk-bentuk Peminangan :-

Tasrih Ta’rid
Iaitu peminangan yang dilakukan melalui Iaitu peminangan yang dilakukan dalam
ucapan terus-terang dari pihak lelaki dengan bentuk perbuatan atau kata-kata sindiran.
meluahkan perasaan ingin mengahwini Sebagai contoh seorang lelaki berkata
perempuan yang dipinang sebagai contoh kepada seorang perempuan ‘’Awak
‘’Saya ingin mengahwini awak’’ cantik’’

Cara-cara Meminang :-

• Dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana
mana wanita yang masa dara.
• Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalah edah boleh dilakukan
dengan cara sindiran sahaja.
• Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis iddah
secara terus-terang dan dengan membuat janji bersama adalah haram
hukumnya.

4
Rukun Nikah

Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya.
Rukun nikah mengandungi 5 perkara yakni:

RUKUN SYARAT-SYARAT

1. Bakal Suami a. Islam

b. Calon suami mesti nyata seorang laki-laki.

c. Suami mesti orang yang halal nikah dengan perempuan


yang akan dinikahinya (bukan muhrim) .

d. Suami hendaklah orang yang tertentu (tidak mempunyai


isteri lebih tiga orang ketika menerima Kabul) .

e. Suami bukan di dalam ihram, sama ada ihram haji atau


ihram umrah.

2. Bakal Isteri a. Islam

b. Calon isteri nyata seorang wanita.

c. Isteri bukanlah orang yang diharamkan kahwin sama ada


sementara atau selamanya

d. Isteri hendaklah orang yang tertentu (yang halal dinikahi) .

e. Perempuan calon isteri bukan dalam waktu ihram, sama


ada ihram haji atau umrah.

3. Wali • Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi wali dalam


perkahwinan.

• Lelaki. Jamhur ulama’ berpendapat tidak sah perempuan


menjadi wali.

• Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi wali.

• Berakal sihat. Orang gila tidak sah menjadi wali.

• Atas kemahuan sendiri.

• Adil. Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan


melakukan dosa-dosa kecil serta tidak melakukan perkara
yang menjatuhkan maruah.

• Wali bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji


atau umrah.

5
4. Saksi – 2 orang • Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi saksi dalam
perkahwinan.

• Lelaki. Tidak sah perempuan menjadi saksi.

• Adil. Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan


melakukan dosa-dosa kecil serta tidak melakukan perkara
yang menjatuhkan maruah.

• Berakal sihat. Orang gila tidak sah menjadi saksi.

• Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi.

• Dapat melihat. Tidak sah orang buta menjadi saksi.

• • Dapat mendengar. Tidak sah orang pekak menjadi saksi.

5. Sighah Nikah (Ijab Ijab :-


dan Qabul)
 Dilafaz oleh wali atau wakilnya.

Contoh lafaz (sighah) ijab:”Saya nikahkan engkau dengan


anak saya bernama si pulan binti si pulan dengan
maskahwin sebanyak 50 ringgit tunai".

 Berlaku dalam satu majlis.

 Lafaz ijab jelas dan difahami.

 Tidak diselangi oleh diam sementara.

Qabul :-

 Tidak menyalahi Ijab.

 Tidak diselangi oleh diam yang lama.

 Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya.

Contoh kabul:”Ku terima nikahnya dengan maskahwin 50


ringgit tunai".

 Tidak dibataskan dengan tempoh masa

6
Wali

Maksud wali dari segi bahasa ialah kasih saying dan pertolongan. Dari segi istilah syara’
pula ialah seseorang yang mempunyai kuasa melakukan akad perkahwinan terhadap orang
yang dibawah jagaannya, tanpa bergantung kepada keizinan.

Jenis-Jenis Wali

1. Wali Nasab :-
i) Wali Mujbir :-

Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa ) mempunyai kuasa
mewakili perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuan dengan persetujuannya
atau tidak.

ii) Wali Bukan Mujbir :-

Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali, jika ketiadaan wali
berkenaan, ai berpindah kepada wali bukan mujbir lain dan seterusnya mengikut susunan
tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

Saudara lelaki seibu sebapa (abang, adik lelaki), saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki,
bapa saudara seibu sebapa, sepupu.

2. Wali raja/hakim :-

Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri
kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.

7
Mahar

Pengertian Mahar :-

Mas kahwin atau mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan
yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin.
Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Jenis-Jenis Mahar:-

Terdapat 2 jenis mahar iaitu:-

1. Muthammma : Mahar yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak atau keluarga.
2. Mithil : Mahar yang mengikut kadar mahar saudara perempuan sebelah isteri.

Cara Mahar Diberi :-

PERKARA HUKUM

1. Perempuan yang masil kecil 1. Ditentukan oleh wali.

2. Sudah baligh/janda 2. Ditentukan oleh diri sendiri.

Cara bayar :

Nilai atau faedah yang tertentu Secara tunai, bertangguh atau hutang.
dipersetujui.

Mahar hutang :

1. Setelah suami melakukan 1. Suami wajib bayar.


persetubuhan.
2. Jika suami mati, waris wajib
2. Persetubuhan secara subhah bayar.

3. Salah seorang mati.

8
Mahar Hutang:
1. Jika diceraikan sebelum 1. Mahar dibayar separuh kepada
bersetubuh. isteri.
2. Jika Isteri minta fasakh dan belum 2. Suami tidak wajib bayar mahar.
bersetubuh

Mahar tunai :

1. Cerai sebelum bersetubuh. 1. Isteri wajib memulangkan


separuh mahar kepada suami.
2. Jika isteri minta fasakh dan belum
bersetubuh 2. Isteri wajib memulangkan semua
maharnya kepada suami.

9
Kesimpulan

Perkahwinan merupakan sesuatu yang suci yang disuruh oleh Nabi S.A.W kerana ia
menyatukan 2 buah keluarga selain merupakan sunnah baginda S.A.W bagi meramaikan
ummatkannya.

Baginda S.A.W telah bersabda: Adalah Nabi S.A.W. memerintah kami berkahwin dan
menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda:
Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana
banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak. (HR. Imam Ahmad).

Perkahwinan ini juga dapat menjauhkan/menyelamatkan diri seseorang manusia itu


dari perkara-perkara dosa seperti maksiat dan zina. Selain dapat menghindari daripada
penyakit-penyakit kelamin yang berpunca daripada seks bebas seperti AIDS.

Allah S.W.T telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan
yang melengkapi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, jodoh itu adalah rahsia Allah
S.W.T dan kita sebagai manusia hanya boleh berusaha dan tawakal kepada-Nya.

Allah telah berfiman dalam surah An-Nur, Ayat 26 berbunyi: “Wanita-wanita yang keji
adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji
(pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah
untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. Oleh itu, bagi mendapatkan jodoh yang baik perlulah
kita merubah diri kita sendiri dengan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

10
Lampiran

1. http://azakidah.blogspot.com/2010/09/erti-sebuah-perkahwinan.html

2. https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perkahwinan-menurut-islam/

3. https://www.slideshare.net/NaimAlmashoori/shariah-perempuan-yang-haram-
dikahwini

4. http://bitannur.blogspot.com/2015/10/meminang.html

5. http://perdata-islam.blogspot.com/2013/01/peminangan-dalam-hukum-islam.html

6. https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/12/21/rukun-rukun-dan-syarat-sah-nikah/

7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mas_kahwin

8. https://baituljannah.com/redaksi/989-4-ciri-ciri-bakal-isteri-yang-patut-lelaki-pilih

9. https://www.myinfomaya.com/?p=4803

10. https://www.pesonapengantin.my/janji-allah-kahwin-mampu-luaskan-pintu-rezeki-itu-
tak-pernah-silap/

11. https://akuislam.com/blog/renungan/janji-allah-untuk-mereka-yang-ingin-berkahwin/

11

Anda mungkin juga menyukai