Anda di halaman 1dari 10

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA

(KEDAH)

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 1249/1


MODUL 1

SEJARAH
KERTAS 1
MODUL 1
2017
1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

Modul ini mengandungi 10 halaman bercetak.


1 Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang
bertamadun.
Apakah ciri kehidupan tersebut?

A Kebebasan beragama
B Kesejahteraan hidup
C Kemajuan ekonomi
D Ketinggian moral

2 Andaikan anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China.


Apakah yang akan anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan anda kepada raja?

I Melindungi raja
II Menyerahkan ufti
III Memberi tanah
IV Memberi bantuan ketenteraan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Mengapakah sistem penanaman secara bergilir diamalkan pada zaman Dinasti Tang di
China?

A Meminimumkan kos
B Mengekalkan kesuburan tanah
C Mengurangkan tenaga kerja
D Menjimatkan masa

4 Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?


 Membaca
 Sukan
 Muzik

A Menanam sifat keberanian


B Melatih pemimpin berwibawa
C Melahirkan individu seimbang
D Mengukuhkan semangat patriotisme

5 Apakah kesan pembinaan sistem pengairan di Angkor pada zaman Raja Indravarman I?

A Penempatan kekal lebih banyak


B Keperluan beras negara dipenuhi
C Sistem pertanian pindah berkembang
D Pergantungan pada hasil hutan berkurang

2
6 Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara?

 Konsep dewa-raja
 Konsep orde kosmos

A Mempelbagaikan istiadat istana


B Mengekalkan pentadbiran yang adil
C Menggambarkan upacara keagamaan
D Memperkukuhkan kedudukan pemerintah

7 Senarai berikut berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah.


 Sistem kabilah
 Semangat assabiah

Apakah kesannya kepada kehidupan masyarakat Arab Jahilliah?

I Menggalakkan mobiliti sosial


II Menyukarkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan semangat perkauman
IV Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat
Arab pada Zaman Jahiliah.
Perang al-Basus
 Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
 Berlangsung selama 40 tahun

Bagaimanakah peperangan tersebut dapat dielakkan?

A Mengimbangi taraf ekonomi antara etnik


B Meningkatkan persefahaman penduduk
C Meningkatkan kemajuan infrastruktur
D Memperkuat bidang ketenteraan

3
9 Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam dari
Makkah ke Madinah sebagai pelarian.
Apakah alasan untuk menyangkal tanggapan tersebut?

I Diberi sambutan meriah


II Dijemput penduduk tempatan
III Galakan oleh pemimpin Quraisy
IV Mendapat bantuan masyarakat Arab

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah ?

A Penyeksaan terhadap golongan hamba


B Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
C Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim
D Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj

11 Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam ?

A Semangat jihad dipupuk


B Armada laut diperkukuhkan
C Perkahwinan politik digalakkan
D Perjanjian dengan pemimpin tempatan

12 Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui


sistem syura.
Apakah kebaikan sistem tersebut?

A Meneruskan tradisi masyarakat Arab


B Mendapat sokongan orang bukan Arab
C Menjamin kesinambungan pemerintahan
D Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

13 Rajah di bawah menunjukkan perubahan gelaran raja-raja Melaka pada abad ke-15
Masihi.
Dewa - raja Khalifatul Mukminin
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

A Peningkatan ekonomi
B Perluasan jajahan
C Perubahan jawatan
D Pengislaman pemerintah

4
14 Penyebaran Islam di Brunei, Kepulauan Sulu dan Mindanao adalah melalui

A perdagangan
B Pendidikan
C penaklukan
D Perkahwinan

15 Apakah fungsi institusi baitulmal semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

A Menguruskan harta kerajaan


B Menentukan jenis-jenis cukai
C Mengendalikan protokol istana
D Menentukan tugas pembesar

16 Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.


 Mempunyai sukatan pelajaran
 Pembelajaran di dalam kelas
 Diawasi oleh mudir

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Sekolah pondok
B Sistem madrasah
C Pengajian di masjid
D Pendidikan di istana

17 Apakah kesan daripada penggubalan Akta Anti Penggabungan (Anti-Combination Act)


semasa permulaan zaman Revolusi Perindustrian?

A Harga barangan merosot


B Buruh luar dilarang bekerja
C Gaji pekerja tidak meningkat
D Kanak-kanak dilarang bekerja

18 Pada abad ke-16 berlaku gerakan Reformation di Eropah Barat.


Apakah bidang yang berkaitan dengan gerakan tersebut?

A Politik
B Ekonomi
C Keagamaan
D Pendidikan

5
19 Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.
Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu?

A Dilarang menanam tanaman komersial


B Dikenakan cukai yang tinggi
C Boleh membuka tanah baru
D Taraf hidup meningkat

20 Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal mewujudkan perpaduan


kaum di Tanah Melayu?

A Pengaruh adat resam


B Pengaruh golongan mubaligh
C Perkembangan sekolah vernakular
D Perkembangan sekolah Inggeris

21 Mengapakah sistem Encomienda mendapat tentangan daripada rakyat Filipina?

A Mengkristiankan penduduk
B Melaksanakan kerahan tenaga
C Mengukuhkan kuasa Gabenor Jeneral
D Menghapuskan kuasa pembesar tempatan

22
 Anak golongan priyayi diasingkan daripada anak
orang kebanyakan
 Pendidikan terhad di kawasan bandar

Mengapakah penjajah Belanda menjalankan dasar tersebut di Indonesia?

A Menjimatkan perbelanjaan
B Melatih penduduk menjadi pemimpin
C Memecahkan perpaduan rakyat
D Mengekalkan sistem pendidikan tradisional

23 Apakah bukti yang menunjukkan J.W.W. Birch telah mencampuri adat resam masyarakat
Melayu di Perak?

A Melucutkan jawatan pembesar tempatan


B Menentang amalan penggunaan orang suruhan
C Memperkenalkan undang-undang tanah
D Memperkenalkan sistem pengambilan buruh asing

24 Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan pada tahun 1934. Apakah
matlamat penubuhan PASPAM?

A Memajukan taraf hidup orang Melayu


B Menyedarkan tentang masa depan orang Melayu
C Menggalakkan persaudaraan orang Melayu
D Meningkatkan peluang pendidikan kepada orang Melayu

6
25 Senaraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

I Kebebasan asasi
II Kekuatan ketenteraan
III Keunggulan undang-undang
IV Kedaulatan raja yang memerintah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26 Maklumat berikut merupakan antara fasal yang dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan
Terengganu 1911.

 Ketaatan kepada pemerintah


 Kesalahan khianat kepada negeri

Mengapakah fasal-fasal tersebut disenaraikan?

A Melicinkan pentadbiran
B Menjamin kebajikan rakyat
C Menjaga kedaulatan negeri
D Membendung masalah jenayah

27 Mengapakah British bersetuju melaksanakan Sistem Ahli ?

A Melatih penduduk tempatan memerintah negara


B Melatih penduduk tempatan untuk menghadapi pilihanraya
C Membantu penduduk tempatan mengendalikan ekonomi negara
D Membantu penduduk tempatan mengatasi masalah Parti Komunis Malaya

28
 Majlis Eksekutif
 Majlis Undangan
 Majlis Raja-Raja Melayu

Ketiga-tiga majlis di atas ialah badan pentadbiran Malayan Union.


Siapakah yang mengetuai badan-badan tersebut ?

A Gabenor
B Pesuruhjaya Tinggi
C Residen
D Sultan

7
29 Mengapakah Dato’Onn Ja’afar bertindak keluar dari UMNO pada tahun 1951?

A Ingin mengasaskan parti pelbagai kaum


B Beliau dikalahkan dalam pemilihan parti.
C Mengurangkan tekanan dari penjajah British
D Cadangan membuka keahlian UMNO ditolak

30 Antara berikut yang manakah berkaitan manifesto Parti Perikatan dalam Pilihanraya
1955?

I Meningkatkan ekonomi
II Menubuhkan universiti
III Menjaga hak asasi manusia
IV Mewajibkan pendidikan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

31 Mengapakah cadangan Lee Kuan Yew agar Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
dengan Singapura tidak diterima oleh Tunku Abdul Rahman?

A Sukar untuk mewujudkan perpaduan


B Berlaku ketidakseimbangan penduduk
C Pengaruh komunis semakin merebak
D Jurang sosial yang tidak seimbang

32 Dasar konfrontasi yang diisytiharkan oleh Presiden Soekarno dengan konsep Ganyang
Malaysia merupakan penentangan dari segi

I ekonomi
II politik
III kerakyatan
IV kemasyarakatan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33 Bagaimanakah rakyat Malaysia terlibat dalam sistem pemerintahan negara?

A Memilih perwakilan ke parlimen


B Menamatkan sistem beraja
C Mengamalkan kepercayaan
D Menubuhkan kerajaan sendiri

8
34 Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali.
Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?

A Memastikan kelancaran pentadbiran


B Mematuhi perintah Majlis Raja-Raja Melayu
C Mengelakkan tekanan pihak luar
D Mengikut perubahan ekonomi semasa

35 Antara berikut yang manakah lambang negara Malaysia?

I Bulan
II Jata Negara
III Lagu Kebangsaan
IV Wau

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

36 Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tahun Agensi
1966 Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi menggantikan

A Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)


B Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
C Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
D Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

37 Dasar Penswastaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’Seri Dr. Mahathir Mohamad
pada bulan Mac 1983.
Apakah matlamat Dasar Penswastaan?

A Melahirkan tokoh usahawan Melayu


B Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan
C Menguruskan kekayaan negara
D Menjana pendapatan sektor swasta

9
38 Maklumat berikut berkaitan dengan Penyata Razak 1956.
Penyata Razak 1956
 Sistem persekolahan yang sama
 Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan

Apakah kesan penting elemen tersebut dalam dasar pendidikan negara?

A Kemerdekaan negara 1957


B Sistem Pendidikan Kebangsaan
C Menyuburkan semangat perpaduan
D Sistem persekolahan beraneka jurusan

39 Apakah faedah yang diperoleh Malaysia sebagai ahli Bank Dunia?

I Meningkatkan kesihatan rakyat


II Meningkatkan pengeluaran makanan
III Menyediakan peluang pekerjaan
IV Membasmi kemiskinan di luar bandar

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

40 Apakah tujuan kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia?

A Menghindarkan perkembangan sosial


B Melahirkan masyarakat bermaklumat
C Meningkatkan jurang antara bandar dengan luar bandar
D Meningkatkan jurang antara negara maju dan negara membangun

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai