Anda di halaman 1dari 19

TUGASAN 1:PENDEKATAN SOSIO SAINTIFIK

PENDEKATAN SOSIO SAINTIFIK

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Sains


Kelas 2 Juara
Masa 9.30 – 10.50 pagi (80 minit)
Bab/Tajuk Dunia Melalui Deria Kita
Isu Sosio Apakah kesan buruk penyakit diabetes kepada deria penglihatan pada manusia?
Saintifik/Konteks
Senario Masalah Kesan pemakanan tidak seimbang kepada deria penglihatan
Tingkatan Dua
Tema Penyenggaraan dan kesinambungan hidup
Bidang Memahami cahaya dan penglihatan
Pembelajaran
Objektif Menyatakan pelbagai jenis kecatatan penglihatan
Pembelajaran
Hasil Pembelajaran Murid boleh:
1. menerangkan cara pembetulan kecacatan penglihatan.
Pengetahuan sedia Murid boleh memerihalkan bagaimana kita melihat
ada
Alat Bantu Artikel Terlantar Akibat Rabun Kronik
Mengajar

Fasa/ Langkah Aktiviti PdP / Isi Pelajaran Komunikasi dan Catatan


/Masa
Orientasi 1. Murid diminta membaca artikel Soalan:
(10 minit) (keratan akhbar-Lampiran 1) yang
disediakan oleh guru berkenaan 1.Apakah isu yang timbul dalam artikel
dengan isu kesan buruk penyakit yang anda baca? Beri pendapat anda.
diabetis Respon dijangka:
 Rabun kronik
 Buta
 Diabetis

Bahan bantu mengajar:

Artikel Terlantar Akibat Rabun Kronik


(Sumber: Utusan online, 23/11/2013)
(Lampiran 1 )

KPS: Memerhati dan mengumpul data.

Pencetusan Guru mencungkil idea murid mengenai Soalan:


Idea penyakit diabetes dan meminta murid
(10 minit) menyatakan kesan jangka panjang
penyakit tersebut kepada deria penglihatan Dalam artikel tersebut menyatakan
bahawa pesakit diabetes menghadapi
penyakit mata yang teruk.

Bagaimanakah gula yang berlebihan


dalam darah menyebabkan pesakit
tersebut mempunyai masalah dalam
penglihatan?

Respon dijangka:

 Lebihan gula dalam darah


menyebabkan salur darah yang
kecil di bahagian mata
tersumbat, seterusnya
menghalang pengaliran darah.
 Kurangnya pengaliran darah
menyebabkan tisu di sekitar
mata mati.
 Tisu yang mati boleh
menyebabkan buta.

Bahan bantu mengajar:

KPS: Memerhati, berkomunikasi.

Penstrukturan Aktiviti sumbangsaran untuk Soalan


Idea membincangkan bagaimana cara untuk
(30 minit) mengelakkan mata rabun dan cara 1.bagaimanakan amalan pemakanan
rawatannya. sihat serta gaya hidup sihat membantu
untuk mengelakkan risiko rabun mata?

Respon dijangka:
 Kurangkan makanan yang
berkolesterol tinggi dimana
makanan seperti ini akan
menyebabkan saluran darah
yang kecil di mata tersumbat.
 Kurangkan pengambilan gula
dalam makanan dan minuman.
 Dengan bersenam, aliran darah
ke mata akan berlaku secara
efisien.
 Oksigen dapat dibekalkan
kepada sel-sel di mata dengan
baik.

2.Sekiranya anda sebagai seorang doktor


pakar mata, cadangkan kepada pesakit
anda untuk merawat masalah mata yang
timbul.

Respon dijangka:
 Pembedahan dan rawatan
Katarak
 Masalah Kornea dan bahagian
permukaan luar mata

 Laser

 Rehabilitasi penglihatan

 Pembedahan oculoplastik

KPS: Memerhati, berkomunikasi.

Aplikasi Idea 1. Murid-murid diminta untuk KPS: Memerhati, berkomunikasi.


(20 minit) menyenaraikan amalan yang perlu
diamalkan untuk mengelakkan Artikel : Rujuk Lampiran 2
masalah diabetes.
2. Murid-murid juga diminta
menyenaraikan gaya hidup yang
betul untuk pesakit diabetes.
3. Setiap kumpulan diminta untuk
membentangkan hasil
perbincangan.
4. Kumpulan lain diberi peluang
untuk menyatakan pandangan.
Refleksi 1. murid diminta untuk Soalan:
(10 minit) menyenaraikan kepentingan
menjaga kesihatan mata kepada 1.Nyatakan kepentingan menjaga
manusia dari aspek makanan. kesihatan, terutamanya mata kepada
manusia.
2. Guru merumuskan pelajaran hari
ini: Respon dijangka:

 Gaya hidup sihat mendatangkan  Dapat menjalankan aktiviti


harian dengan baik.
pelbagai manfaat kepada manusia.
 Makan makanan yang seimbang.
 Setiap individu perlu mempunyai
rasa tanggungjawab untuk
memelihara dan menjaga keadaan
kesihatan dengan baik
LAMPIRAN 1

ARKIB : 12/11/2013

Terlantar akibat rabun kronik

Oleh ROSMAH daim


Gambar Mohd. Noor Amin

Johari sudah dua tahun tidak boleh bekerja kerana masalah kesihatan saraf yang dihadapinya

Johari Wahab tidak lagi dapat bekerja sejak mengalami masalah rabun kronik akibat masalah saraf pada
mata

Ketua keluarga berkenaan, Johari Wahab, 49, yang berasal dari Negeri Sembilan, memberitahu, dia tidak
dapat lagi bekerja semenjak mengalami masalah rabun yang kronik akibat masalah urat saraf pada mata.

Dahulu, Johari merupakan seorang pengawal keselamatan dan pernah juga bekerja kilang untuk menyara
kehidupan isteri dan tiga orang anak berusia 18, 15 dan 14 tahun.

Kini kebanyakan masa saya dihabiskan dengan terlantar di rumah sahaja. Hendak ke mana-mana pun
terpaksa dipapah oleh orang lain termasuk ke tandas kerana tidak larat lagi hendak berjalan.
Anggota badan saya juga semakin kurus terutama di bahagian kaki kerana masalah saraf, jelasnya.

Johari memberitahu, masalah kesihatannya yang semakin kronik termasuk rabun, berpunca daripada
penyakit kencing manis yang dialaminya.

Saya memerlukan pembedahan mata tetapi sampai sekarang tidak dapat dilakukan disebabkan kencing
manis yang saya hidapi. Di sebabkan penyakit tersebut juga kaki saya semakin lemah dan sukar untuk
berjalan.

Tidur malam juga kerap terganggu dan tidak selesa kerana seluruh badan terasa sakit dan bisa, jelasnya.

Apabila ditanya mengapa tidak mendapatkan rawatan doktor, dia menegaskan bukan tidak mahu tetapi
kekangan kewangan membuatkan dia hanya mampu berdiam diri.

Katanya, setiap kali hendak keluar untuk mendapatkan rawatan sudah tentu memerlukan duit, sedangkan
itu merupakan masalah utama keluarganya.

Keluarga tersebut kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan isteri Johari, Noriah Sidek, 50, menjaga
anak-anak jiran seramai tiga orang dengan upah sekitar RM700 sebulan.

Duit simpanan mereka menurut Johari, sudah lama kering kerana membiayai rawatan penyakitnya dan
persekolahan anak-anak.

Kami ada menerima bantuan daripada Lembaga Zakat sebanyak RM250, tetapi itu kami gunakan
membayar sewa rumah, katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru
ini.

Dalam pada itu Noriah berkata, kehidupan mereka sekeluarga kini semakin sempit semenjak suaminya itu
tidak bekerja.

Kehidupan kami macam inilah, apa yang ada di depan mata kami makanlah anak-beranak. Sekiranya ada
yang tampil memberi barangan dan makanan dapatlah kami merasa.

Pernah kami makan nasi goreng ditaburi garam sahaja kerana tiada duit untuk membeli lauk.

Apa pun yang penting kami harus tabah menghadapi keadaan ini dan berdoa agar penyakit suami saya
segera sembuh, Kalau boleh saya hendak usahakan agar suami saya mendapat sebuah kerusi roda untuk
memudahkannya bergerak, jelasnya yang boleh dihubungi di talian 017-2952794.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131112/kn_03/Terlantar-akibat-rabun-


kronik#ixzz2nW5weciJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Lampiran 2

ARKIB : 14/11/2013

Ancaman diabetes pada si kecil

Oleh SITI AISHAH YUSOFF


Gambar SAFIYANA SALIM

AKTIVITI senaman menarik perhatian para pelajar yang terbabit dalam program kesedaran diabetes di
Sekolah Kebangsaan St. John 1, Kuala Lumpur.

TAHAP kesedaran di kalangan ibu bapa mengenai penyakit diabetes pada kanak-kanak berumur tujuh
tahun ke atas dan kesannya kepada tumbesaran mereka belum begitu meluas.

Tanpa pengetahuan dan maklumat yang mencukupi, ibu bapa menghadapi kesukaran untuk bercerita dan
memaklumkan mengenai penyakit tersebut kepada anak-anak mereka.

Sekarang, jika ditanya kepada kanak-kanak tentang penyakit diabetes, pasti rata-ratanya tidak begitu
faham. Sesetengahnya tidak pernah dengar dan beranggapan ia hanya penyakit untuk orang dewasa.

Hakikatnya, diabetes atau penyakit kencing manis tidak hanya menyerang golongan dewasa. Kanak-
kanak juga tidak terkecuali jika mereka tidak menjaga kesihatan dan pemakanan yang diambil setiap hari.

Seperti orang dewasa, apabila seseorang kanak-kanak dikesan menghidap diabetes, peluang untuk
sembuh dan kembali normal agak susah .

Keadaan itu sekali gus akan turut menjejaskan kualiti rutin harian pesakit.

Sehubungan itu, bagi membantu kanak-kanak sekolah mengenali dan memahami penyakit diabetes serta
mengajar mereka tentang kepentingan mengambil makanan sihat, Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) telah
membawa kartun adi wira Boboiboy bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia, baru-baru ini.
Membawa tema Lindungi Masa Depan Kita, aktiviti ini bertujuan menyampaikan maklumat dan
meningkatkan kesedaran serta cara pencegahan diabetes melalui pemakanan sihat dan senaman.

Seramai 700 pelajar dari Sekolah Kebangsaan St. John 1, Kuala Lumpur terbabit dalam aktiviti interaktif
tersebut.

Pengurus 1 Pusat Penjagaan Diabetes GKL, Violet Choo berkata, berdasarkan kajian pada tahun 2012,
kanak-kanak yang berumur 13 hingga 18 tahun berpotensi mendapat diabetes tahap 2.

Pendedahan tentang penyakit diabetes di kalangan kanak-kanak adalah langkah terbaik untuk mereka
mengetahui bahaya diabetes sekaligus mencegah penyakit tersebut daripada awal lagi,katanya.

Tambah beliau lagi, terdapat beberapa faktor yang mendorong kanak-kanak mendapat diabetes ketika usia
muda.

Antaranya, kurang melakukan senaman, banyak berhadapan dengan tekanan, terbeban dengan kerja
sekolah yang banyak dan mengambil makanan ringan tanpa kawalan.

Kesemua faktor itu banyak mendatangkan keburukan kepada kesihatan mereka.

Berdasarkan kajian juga, kanak-kanak lelaki lebih berpotensi untuk menghidap diabetes berbanding
kanak-kanak perempuan, jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pakar Pemakanan GKL, Lim Ai Ling berkata, peningkatan kanak-kanak dan remaja
yang mempunyai berat badan berlebihan pada tahap 2 semakin membimbangkan.

Membuat pilihan makanan sihat dan melakukan senaman melibatkan aktiviti fizikal akan membantu
mereka mempunyai berat badan yang sihat dan mencegah masalah kesihatan termasuk diabetes tahap 2,
katanya.

Ujarnya lagi, diabetes adalah penyakit utama yang dihidapai oleh rakyat Malaysia masa kini dengan
statistik yang menunjukkan ia semakin meningkat setiap tahun.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 menunjukkan berlaku peningkatan yang
drastik penyakit diabetes di kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun dengan 20.8 perautus
berbanding hanya 14.9 peratus pada tahun 2006, jelasnya.

Bagi Psioterapi GLK, Ng Choo Bing, kanak-kanak pada hari ini adalah empat kali kurang aktif
berbanding kedua ibu bapa dalam aktiiviti harian mereka.

Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan seseorang mudah mendapat obesiti, kecelaruan
muskuloskeletal dan mengundang kepada maslah lain seperti diabetes, penyakit jantung dan strok pada
masa akan datang.

Walaupun kanak-kanak pada masa ini tidak mempunyai sebarang penyakit, sentiasa aktif dan melakukan
senaman akan adalah asas untuk mendapat kesihatan yang baik,jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131114/kn_01/Ancaman-diabetes-pada-si-


kecil#ixzz2nW4cNvZM
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 17/11/2013

Risiko diabetes ketika hamil

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Wanita yang bercadang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian gula darah bagi mengelakkan
komplikasi.

RAMAI dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis, yang dikenali sebagai diabetes gestasi.
Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon
yang dihasilkan oleh pankreas.

Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang
tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan seorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi,
terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya.

Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam
darah dan menimbulkan diabetes gestasi.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis
diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Boleh dikatakan semua orang mengetahui mengenai komplikasi yang melibatkan pesakit diabetes.

Biasanya pesakit diabetes yang tidak terkawal terdedah kepada pelbagai komplikasi seperti buah
pinggang, masalah mata, jantung dan luka yang sukar sembuh.

Kecacatan Bagaimanapun pesakit diabetes yang hamil terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh
menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini
Veerakumaran berkata, terdapat dua golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum
hamil dan kedua, yang tidak ada diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil
dinamakan diabetes gestasi.
"Golongan pertama pula terbahagi kepada mereka yang mengetahui menghidapi diabetes dan tidak
mengetahui mereka menghidapi diabetes," katanya.

Golongan pertama yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat
dan kaunseling doktor sebelum hamil.

"Mereka perlu mengawal kandungan gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi
menstabilkan gula dalam darah," katanya.

Bagaimanapun golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil
dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko.

"Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes dan terdedah
kepada pelbagai komplikasi.

"Biasanya doktor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan
mereka ini biasanya perlu berada di wad bagi tujuan pemantauan," katanya.

Golongan ketiga adalah wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil atau dikatakan
menghadapi masalah penghadaman gula.

Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) di
mana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan dua jam selepas minum air gula.

Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, mereka akan diberikan
ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter selepas dua jam
minum air gula.

Jika bacaan ujian OGTT lebih tinggi daripada yang disarankan, pesakit perlu dirujuk kepada dietitian bagi
menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu.

Wanita hamil yang menghidapi diabetes perlu melahirkan anak dua minggu lebih awal bagi mengelakkan
komplikasi seperti bayi terlalu besar atau bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak
berfungsi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131117/kn_02/Risiko-diabetes-ketika-


hamil#ixzz2nW4ojBH3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Amalan hidup sihat, elak rosak lima organ utama tubuh rosak

Ramai rakyat Malaysia yang masih tidak begitu kisah dan takut penyakit diabetes sedang angka pesakit
menderita disebabkan semakin meningkat setiap tahun.
Lebih buruk lagi, diabetes penyebab kepada kerosakan lima organ utama tubuh iaitu strok (otak), jantung,
buah pinggang, mata dan kaki . Malah diabetes turut dikaitkan dengan risiko berdepan dengan pesakit
angin ahmar, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang.

Diabetes dilihat seperti tidak menakutkan berbanding kesan dihidapi pesakit kanser atau HIV kerana
orang ramai jarang mengaitkan diabetes dengan kematian walaupun pada hakikatnya, penghidap diabetes
berisiko berdepan angin ahmar, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang," - Lau Beng Long, Ketua
Pegawai Eksekutif SunMed

Justeru, pelbagai pihak tidak seharusnya memandang remeh penyakit ini. Mengikut statistik, seramai 2.6
juta pesakit diabetes didaftarkan Kementerian Kesihatan sepanjang tahun ini.

Pada masa sama ia menunjukkan isu yang tidak seharusnya dipandang remeh berikut jumlahnya yang
semakin meningkat setiap tahun. Bagi menangani kadar penyakit diabetes daripada terus meningkat,
Pusat Perubatan Sunway (SunMed) mengambil inisiatif meneruskan penganjuran kempen ‘Let’s Take 5!’
sempena Hari Diabetes Sedunia, November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SunMed, Lau Beng Long, berkata SunMed berhasrat mempelopori sambutan
Hari Diabetes Sedunia dengan mengadakan aktiviti berbentuk interaktif bertujuan menarik perhatian
orang ramai terhadap kesan penyakit ini.

Katanya, kempen ‘Let’s Take 5!’ akan memfokuskan kepada komplikasi diabetes terhadap organ utama
tubuh iaitu strok (otak), jantung, buah pinggang, mata dan kaki melalui pendekatan menyeluruh bagi
memastikan keberkesanan kempen.
“Diabetes dilihat seperti tidak menakutkan berbanding kesan dihidapi pesakit kanser atau HIV kerana
orang ramai jarang mengaitkan diabetes dengan kematian walaupun pada hakikatnya, penghidap diabetes
berisiko berdepan angin ahmar, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang.

“Harapan kami, melalui kempen ini orang ramai sedar mengenai komplikasi
diabetes terhadap lima organ utama badan, lima minit untuk mengesan dan lima tahun, pesakit bakal
berdepan komplikasi serius terutama angin ahmar,” katanya pada sidang media Menu Sajian Sihat ‘Let’s
Take 5!’, di sini baru-baru ini.

Strok dipilih sebagai tema untuk tahun ini kerana ia menjejaskan kesihatan ramai rakyat Malaysia dan
punca utama mereka dimasukkan ke hospital.

Kata Lau, SunMed komited membantu pesakit diabetes melalui penubuhan Pusat Penjagaan Diabetes,
sebahagian daripada komitmen adalah untuk memberikan penjagaan dan rawatan berkualiti untuk
mereka.

Galak gaya hidup sihat

Bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, SunMed turut memperkenalkan
program menarik, Cabaran Sunweight khusus untuk warga kerja Kumpulan Sunway.

Cabaran selama empat bulan itu disertai 27 kakitangan yang berdepan masalah mengurangkan berat
badan melalui kaedah senaman dan pemakanan sihat.

Satu lagi inisiatif adalah Kem Kesihatan Pusat Perubatan Sunway bertujuan mendekati masyarakat
meningkatkan kesedaran mengenai diabetes dan mendidik mereka menjaga kesihatan.

Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat SunMed, Nadiah Wan, berkata tiga kem di
Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang; Sunway Giza, Kota Damansara dan SACC Mall, Shah Alam
menyertai program itu.

Bertepatan dengan pelancaran kempen, Sunway Resort Hotel & Spa turut menyediakan menu sihat di
Restoran Fuzion mulai 13 November hingga 16 November ini untuk pilihan pelanggan.

Menu sihat

Sementara itu, Sous Chefnya, Khder Alissa, berkata penyediaan tiga set berasaskan ayam, ikan dan
kambing akan disediakan dengan merujuk kepada pakar nutrisi.

“Menu diabetes atau menu sihat ini sedia untuk dipesan secara ala carte bagi hidangan makan tengahari
dan malam. Selain itu, di setiap kaunter makanan, ada juga beberapa hidangan sihat ditawarkan dan
diletakkan label khas bagi memudahkan pengunjung membuat pilihan,” katanya.

Tambah Chef Khder, selain kaedah masakan tanpa minyak seperti kukus dan panggang, individu yang
mengutamakan kesihatan perlu mengehadkan kuantiti makanan dimakan.

Sebagai menyokong usaha global memerangi diabetes, bangunan dan tapak ikonik seluruh dunia akan
diterangi lampu berwarna biru. Tahun ini, Kumpulan Sunway juga akan menyalakan lampu biru di
kawasan Sunway Resort City iaitu Pusat Perubatan Sunway, Sunway Resort Hotel & Spa dan pusat beli-
belah Sunway Pyramid.

INFO: Kesan diabetes


 2.6 juta pesakit diabetes berdaftar dengan Kementerian Kesihatan sejak awal tahun ini
 5 - babitkan lima organ lain
 strok (otak), jantung, buah pinggang, mata dan kaki
 Risiko - berdepan dengan pesakit angin ahmar, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang.
 Menu Sajian Sihat - kempen ‘Let’s Take 5!
Sumber artikel ; ainsoffiya.blogspot.com

Thursday, 26 September 2013

KESAN PENYAKIT DIABETES TERHADAP KESIHATAN MATA


Isu pemeliharaan penglihatan perlu ditekankan terutamanya di kalangan bapa (dan juga ibu) yang
menghidap diabetes. Kajian Mata Kebangsaan 1996 menganggarkan terdapat 63,000 individu buta dan
53,000 orang mengalami rabun teruk di Malaysia.

Antara punca utama masalah ini ialah penyakit diabetes yang boleh memberi kesan sampingan buruk
kepada mata. Penyakit diabetes ialah penyakit sistemik di mana badan tidak dapat mengawal kandungan
gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.

Peningkatan paras gula dalam darah juga memberi kesan terhadap sistem salur darah dan mengakibatkan
serangan strok dan jantung, kegagalan buah pinggang serta kerosakan pada mata dikenali sebagai
retinopati diabetis.

Kesan
Kesan masalah buta akibat penyakit diabetes sangat besar. Kebanyakan pesakit tergolong dalam peringkat
usia yang produktif dan mempunyai tanggungjawab besar menyara hidup serta keluarga masing-masing.

Kehilangan penglihatan pada peringkat ini boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja kerana tidak
mampu melakukan tugas dengan berkesan. Ini seterusnya akan menjejaskan ekonomi dan dinamik
keluarga pesakit.

Impak negatif ini juga secara langsung membantutkan pembangunan dan ekonomi negara, terutamanya
dengan kehilangan tenaga kerja di peringkat paling berpotensi dan produktif dalam hidup mereka.

Kerajaan pula terpaksa menanggung kos perubatan dan kebajikan pesakit ini.
Oleh kerana impak negatif ini, kebutaan akibat diabetes perlu dicegah!

Pencegahan boleh dilakukan dengan memastikan pesakit diabetes menjalani pemeriksaan mata secara
berkala.

Pengesanan masalah mata di peringkat awal membolehkan doktor mata memberi rawatan sewajarnya
mengikut keadaan pesakit.

Pemeriksaan mata

Retinopati diabetis adalah penyebab utama kebutaan baru di negara maju dan membangun.
Kemungkinan seorang pesakit diabetes menjadi buta adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding
individu sihat tetapi boleh dielakkan jika dikesan serta dirawat dari awal.
Sekitar 2006 dan 2007, jumlah pesakit diabetes di negara kita meningkat kepada 14.5 peratus daripada 8.3
pada 1996.

Didapati kadar komplikasi paling lazim akibat diabetes adalah ke atas saraf (58 peratus) dan mata (53
peratus). Selepas lima tahun seseorang itu disahkan menghidap diabetes, 14 peratus daripada pesakit
didapati menghidap retinopati diabetis.

Namun, didapati hanya tiga hingga 20 peratus pesakit diabetes menjalani pemeriksaan mata berkala.
Ini menunjukkan 80 peratus lagi pesakit diabetes yang tidak menjalani pemeriksaan mata berdepan risiko
menjadi buta akibat retinopati diabetis.

Tanpa disedari

Kajian Kementerian Kesihatan pada 2002 untuk menyaring kesan penyakit diabetes ke atas mata melalui
gambar retina di tujuh buah hospital di tujuh negeri memperoleh keputusan membimbangkan.
Daripada 6,288 pesakit diabetes, 38 peratus (2,138 orang) mengalami retinopati diabetis tanpa disedari.

Jika fakta ini diunjurkan kepada semua pesakit diabetes yang berjumlah hampir 3.7 juta (14.5 peratus
daripada 26 juta rakyat Malaysia), bermakna kira-kira 1.4 juta pesakit menghidap retinopati diabetis tanpa
disedari kerana tidak menjalani ujian saringan daripada doktor mata.

Fakta ini membimbangkan dan juga menyedihkan kerana pengesanan awal membolehkan kita mencegah
kebutaan retinopati diabetes melalui rawatan laser atau pembedahan.
Bagaimanakah keadaan mata pesakit yang mengalami retinopati diabetis? Gambar mata pesakit diabetes
menunjukkan contoh pendarahan di dalam retina mata pesakit yang tidak menjaga pemakanan.

Pesakit berkenaan juga menghidap darah tinggi, paras lemak tinggi dalam darah dan dia juga seorang
perokok tegar. Semua faktor ini meningkatkan lagi risiko mendapat retinopati diabetis yang teruk.
Gambar tersebut menunjukkan perdarahan pada retina yang berlaku di dalam mata seorang pesakit
diabetes yang tidak mengawal gula di dalam darah. Kebocoran lemak di tengah retina menyebabkan
gangguan penglihatan.

Komplikasi sampingan

Satu fakta penting yang perlu diketahui pesakit diabetes ialah jika retinopati diabetis berlaku, besar
kemungkinan pesakit itu juga mengalami masalah kerosakan buah pinggang yang dipanggil nefropati
diabetis.

Ini penyebab utama kegagalan buah pinggang tegar yang memerlukan dialisis seumur hidup.
Oleh itu jika pesakit diabetes didapati menghidap retinopati diabetis, pemeriksaan air kencing perlu
dilakukan segera untuk mengesan nefropati diabetis.

Pada peringkat awal, pengambilan ubat dapat mencegah kegagalan buah pinggang tegar.
Kesedaran masyarakat, terutama pesakit diabetes, dan doktor yang merawat mengenai kepentingan
penyaringan mata sangat penting.

Menjadi kewajipan pesakit untuk menjalani pemeriksaan mata dan menyebarkan pengetahuan ini kepada
pesakit lain supaya lebih ramai menjalani pemeriksaan untuk mengelakkan kehilangan deria penglihatan.

Apa yang perlu dilakukan pesakit? Tentukan mata anda diperiksa pakar mata sekurang-kurangnya sekali
setiap tahun.

Kepada pengamal perubatan pula, patuhi jadual pemeriksaan mata pesakit seperti disarankan.
Pesakit diabetes boleh dirujuk untuk pemeriksaan retina di klinik mata atau pusat kesihatan yang ada
kemudahan kamera retina.

Kepada pesakit diabetes, ingatlah bahawa:

*kemungkinan anda menjadi buta adalah 25 kali ganda daripada orang sihat
*walaupun anda dapat melihat dengan jelas, tidak bererti tiada kerosakan pada retina mata anda
*kerosakan retina mungkin bererti kerosakan buah pinggang yang boleh dikesan awal dengan ujian air
kencing
*kerosakan awal buah pinggang dapat dirawat dan ini turut mencegah berlakunya kegagalan buah
pinggang tegar yang memerlukan dialisis yang juga memerlukan belanja besar dan mengganggu kualiti
hidup anda

Jika anda menghidap diabetes melebihi lima tahun, di samping mempunyai masalah tekanan darah tinggi,
merokok, paras lemak tinggi dalam darah dan kawalan gula darah yang tidak sempurna, risiko mendapat
kerosakan retina adalah tinggi.

Jangan berlengah, minta dirujukkan ke klinik mata dengan segera! Bersama kita memelihara penglihatan
sebelum mata menjadi buta.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Posted by Ain Sofia at 01:27


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: KESAN PENYAKIT DIABETES TERHADAP KESIHATAN MATA, mata dan masalah
penglihatan
Sumber artikel ; ainsoffiya.blogspot.com

Tuesday, 5 November 2013

KAITAN MAKANAN DENGAN KESIHATAN MATA

MATA adalah sebahagian daripada organ manusia. Ia merupakan bahagian dalam anggota badan manusia
yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain.

Saiz bola mata manusia akan berkembang antara lima hingga tujuh milimeter (mm) sahaja sepanjang
hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5mm, manakala pada orang dewasa adalah
23mm. Isipadu bola mata juga hanya akan bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia
dilahirkan sehingga ia dewasa.

Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan ketajaman penglihatan
mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Sekiranya berlaku masalah atau gangguan
dalam proses tumbesaran manusia, seperti penyakit kronik atau kekurangan makanan maka ia akan
mengganggu perkembangan mata dan sistem penglihatan. Oleh itu, keseimbangan dalam pemakanan
adalah amat penting untuk menjaga kesihatan mata dan sistem penglihatan.

Makanan yang seimbang mestilah terdiri dari tiga kumpulan makanan utama:

1. Kumpulan makanan untuk tumbesaran iaitu makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging,
ayam, makanan laut, kekacang, susu dan hasil-hasil tenusu.

2. Kumpulan makanan yang memberi tenaga iaitu makanan berkarbohidrat dan makanan yang
berlemak seperti nasi, bijirin, mi, minyak masak dan marjerin.

3. Kumpulan makanan yang mengelak penyakit iaitu makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan.

Telah diketahui bahawa vitamin, garam galian, protein, karbohidrat, lemak dan air memberi kesan ke atas
sistem penglihatan.
VITAMIN A

Vitamin A juga dikenali sebagai Retinol. Retinol berfungsi ke atas sel-sel yang sensitif pada cahaya di
retina. Bersama protein iaitu Opsim, vitamin A akan bergabung membentuk Rhodopsin, pigmen yang
sensitif kepada cahaya. Rhodopsin banyak terdapat pada sel-sel rod pada retina.

Kekurangan vitamin A yang ketara boleh menyebabkan ‘rabun malam’. Pada sel kon, terdapat satu
pigmen iaitu visual violet yang berfungsi untuk penglihatan warna. Vitamin A juga menjadi sebahagian
komponen dalam membentuk visual violet ini.

Secara amnya vitamin A perlu untuk membolehkan mata melihat dalam keadaan kurang cahaya,
memastikan perkembangan tubuh, memastikan kesihatan kulit dan memperbaharui tisu tubuh.

Dalam bentuk asli, Retinol (vitamin A) boleh didapati dari hati, ginjal, keju, kuning telur dan mentega.
Dalam bentuk kedua, vitamin A adalah keratan yang boleh diperoleh dari sayur seperti lobak merah,
bayam, kubis dan tomato. Dianggarkan kira-kira 80,000 orang di seluruh dunia mengalami masalah
penglihatan akibat kekurangan vitamin A setiap tahun.

VITAMIN B KOMPLEKS

Vitamin B kompleks memainkan peranan penting dalam proses penglihatan. Masalah mata yang dihadapi
dari kekurangan vitamin B kompleks termasuklah mata berair, keletihan mata berpanjangan dan sensitif
pada cahaya.

Dikenali sebagai Tiamin, viatamin B1 merupakan co-enzim bagi tindak balas pembuangan
karbondioksida (CO2). Kekurangan Tiamin akan mengganggu metabolisme karbohidrat serta
menyebabkan sakit pada bahagian belakang bola mata. Vitamin B1 boleh didapati daripada yis, bijirin,
kacang, daging dan hati.

Dikenali sebagai Riboflavin, vitamin B2 merupakan co-enzim untuk proses pembebasan hidrogen dari
pelbagai struktur halus. Pada mata, kekurangan vitamin B2 menyebabkan rasa panas mata dan berkaitan
dengan pembentukan katarak. Sumber vitamin B2 ialah susu, putih telur, hati dan sayuran berdaun.

Dikenali sebagai Pirodoksin, vitamin B6 bertindak sebagai co-enzim bagi proses tindak balas pemindahan
kumpulan asid amino. Vitamin B6, B15, B2, Vitamin C dan Kolin dipercayai boleh mengehadkan tekanan
kepada mata. Sumber vitamin B6 adalah bijirin, hati dan sayur segar.

Dikenali sebagai Sianokobalamin, vitamin B12 berperanan dalam proses pembentukan sel darah merah.
Dalam badan manusia, vitamin B12 dihasilkan oleh usus. Pada mata, kekurangan vitamin B12
menyebabkan berlakunya penguraian lapisan yang melindungi hujung saraf. Penguraian ini juga ada
kaitan dengan tabiat merokok yang boleh menyebabkan ‘Tobacco Ambyopia’. Sumber vitamin B12 ialah
hati, susu, telur dan daging.

ASID FOLIK

Berperanan dalam sintesis beberapa Nukleotid bagi pembentukan protein nuklear dalam proses
pembahagian sel dan pembentukan sel darah merah. Sebahagian besar bola mata terdiri daripada protein,
maka kekurangan asid folik boleh menjejaskan kesihatan mata. Selain itu kekurangan asid folik boleh
menyebabkan anemia (kurang darah) dan pembentukan antibodi yang berkurangan. Sumber asid folik
adalah sayur berdaun, hati, cendawan dan yis.
VITAMIN C

Vitamin C boleh didapati dalam bentuk Bioflavinoid dan asid askorbik. Vitamin C perlu di dalam
pemakanan setiap hari. Kanak-kanak yang meminum susu botol kurang mendapat vitamin C berbanding
dengan susu ibu. Kepekatan vitamin C agak tinggi dalam cecair bola mata iaitu dalam Aqueous dan
Vitreous Humour serta kanta mata.
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, di mana berlaku anemia, gusi berdarah dan
sendi-sendi bengkak dan mudah berdarah. Pada mata, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak
akibat diabetes. Sumber vitamin C adalah buahbuahan segar seperti limau, sayur segar seperti kubis dan
tomato.

VITAMIN D & E

Vitamin D & E mempertahankan struktur sklera mata dan mencegah bola mata dari menjadi tegang dan
membesar akibat tekanan intraokular. Jadi ia dipercayai boleh mencegah terjadinya Axial Myopia (rabun
jauh disebabkan bola mata membesar dari saiz normal). Sumber vitamin D dan E adalah minyak ikan,
kuning telur, susu dan marjerin.

PROTEIN

Protein berperanan penting dalam sel hidup. Protein dibentuk dari Asid Aminodan merupakan bahan asas
semua benda hidup. Kekurangan protein akan mengganggu proses tumbesaran pada kanak-kanak. Ia juga
boleh menyebabkan hilang ketahanan terhadap penyakit. Kajian menunjukkan adanya kaitan antara
kekurangan protein dengan keadaan rabun jauh. Protein yang mencukupi dalam diet boleh mengelak
berlakunya rabun jauh. Sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan susu.

KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah sumber tenaga untuk manusia. Tenaga diperlukan untuk setiap aktiviti sel dalam
tubuh, termasuk juga sel pada bahagian mata. Tenaga yang dihasilkan perlu untuk aktiviti hidup manusia.
Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan rabun jauh pada mata. Sumber karbohidrat adalah nasi,
bijirin, gula halus, kanji dan lemak haiwan.

AIR

Air adalah unsur tubuh paling mustahak. Tubuh manusia dibina dengan 60 peratus air. Air merupakan
medium untuk sebarang tindak balas kimia dalam tubuh. Air juga akan mengekalkan bentuk sel dalam
tubuh manusia.

Antara fungsi air dalam tubuh adalah memberi bentuk dan struktur kepada tubuh, sebagai medium bagi
kitaran metabolisme sel danmenstabilkan suhu tubuh.

Secara amnya apabila seseorang mendapat makanan seimbang, ia akan menjadikan seluruh tubuh badan
sihat, cergas, responsif dan bertenaga. Makanan seimbang bukan setakat perlu untuk kesihatan mata, tapi
ia perlu untuk seluruh perkembangan fizikal dan mental manusia.

Artikel ini diambil dari: www.utusan.com.my/utusan

Posted by Ain Sofia at 13:13 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Sumber artikel ; ainsoffiya.blogspot.com

Monday, 4 November 2013


MASALAH RABUN DAN RAWATANNYA
Mata manusia berfungsi seperti sebuah kamera untuk melihat dengan jelas. Objek yang dilihat difokuskan
ke atas retina. Ini dicapai melalui kuasa menumpu yang terdapat pada kornea dan kanta.

Apabila imej tidak difokuskan dengan tepat di atas retina, maka rabun terjadi. Keadaan ini menyebabkan
penglihatan menjadi kabur dan ianya boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata, kanta sentuh
atau kanta palsu yang di implant ke dalam bola mata.

Terdapat tiga jenis rabun mata iaitu :

1. Miopia (rabun jauh)


Imej difokuskan di hadapan retina

Gambarajah menunjukkan imej mata myopia

2. Hiperopia (rabun dekat)


Imej difokuskan di belakang

Gambarajah menunjukkan imej mata hyperopia


3. Astigmatisma (rabun silau)
Imej yang terbentuk mempunyai lebih dari satu titik fokus.

Gambarajah menunjukkan imej mata astigmatisma

TANDA DAN GEJALA RABUN

 Myopia : Penglihatan jauh tidak jelas, manakala penglihatan dekat sangat jelas

Penglihatan jauh lebih jelas dari penglihatan dekat. Mata mudah menjadi penat
 Hyperopia :
jika rabun tidak dibetulkan.

 Astigmatism : Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna

KESAN

Rabun yang tidak dirawat pada orang dewasa boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata. Mata
menjadi penat dan kadangkala boleh menyebabkan sakit kepala.

Awas! rabun di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan mata yang
betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan segera dan sempurna boleh menyebabkan berlakunya
ambliopia (mata malas).

RAWATAN
Terdapat beberapa kaedah rawatan untuk miopia, hiperopia dan astigmatisma.
Rawatan bukan pembedahan:
 Cermin mata
 Kanta sentuh
Rawatan pembedahan refraktik:
 Laser (LASIK)
 Pembuangan kanta mata yang jernih dan ditukarkan dengan kanta palsu yang diletakkan ke dalam
bola mata

Walaupun terdapat beberapa kaedah pembedahan untuk membetulkan rabun pada masa ini, namun bukan
semua individu adalah calon yang sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut.
Anda seharusnya diperiksa secara terperinci terlebih dahulu oleh doktor mata sebelum sebarang rawatan
dilakukan untuk memastikan kesesuaiannya.
Posted by Ain Sofia at 11:01

Anda mungkin juga menyukai