Anda di halaman 1dari 27

ta Lama Berputik Kembali

‘’Reunion, reunion, reunion..tak habis-habis dengan reunion. Setahun berapa kali


kawan-kawan abang tu nak buat reunion?’’ Noriza membentak geram. Sejak bertemu
kembali dengan kawan-kawan lamanya, suaminya Nazri, selalu sangat membuat perjumpaan
dengan mereka. Boleh dikatakan dalam setahun ini mereka asyik bertemu saja. Itu belum
dikira dengan perbualan di dalam group WhatsApp hingga masuk dinihari. Entah apa yang
mereka bualkan.

‘’Tak boleh ke, abang nak berjumpa dengan kawan-kawan lama abang? Kami belajar
bersama dulu. Bermain bersama, semuanya bersama. Sesekali, nak juga imbas balik
kenangan lama tu.’’ Nazri membalas dalam nada bengang. Semuanya tak boleh. Nak
berjumpa kawan-kawan lama pun tak boleh? Hati Nazri berdongkol.

‘’Huh! Cakap sajalah bang, sebenarnya..abang rindu sangat dengan bekas kekasih
abang dulukan?’’ Noriza membidas kembali. Dia pernah terbaca perbualan suaminya dengan
Sofia di dalam WhatsApp dan dalam peti masuk Facebook suaminya. Sesekali Noriza akan
memeriksa telefon bimbit suaminya bila dia berpeluang, terutama ketika suaminya sedang
tidur.

‘’Awak jangan nak tuduh abang sebarangan! Kalau nak cemburu pun, biarlah
bertempat!’’ Nazri menengking Noriza tanpa sedar. Sakit hatinya, bila Noriza dapat
menghidu segala tingkah lakunya selama ini. Sofia yang pernah dicintainya sejak zaman
sekolah dulu, kini sudah menjadi janda anak lima. Walaupun begitu, Sofia masih kelihatan
muda, masih comel dan bergetah. Tubuhnya yang kecil dan kulitnya yang cerah membuatkan
Sofia nampak lebih muda daripada usianya yang sebenar.

‘’Cemburu tak bertempat? Abang jangan nak berdolak dalik, Za tahu apa yang abang
buat di belakang Za. Di depan, bukan main lagi baik, tapi..belakang Za, siang dan malam,
abang berchatting dengan perempuan tu kan?’’ Noriza tak mahu beralah, dia mesti
meluahkan suara hatinya. Sampai bila dia harus berdiam diri dan membiarkan suaminya
sendiri dibuai rasa cinta dengan perempuan lain?

‘’Diam! Kalau tak mahu penampar abang ni naik ke muka awak!’’

‘’Tamparlah, kalau abang berani! Abah Za pun, tak pernah…’’

Pang! Nazri memang pantang dicabar. Noriza belum lagi habis mengungkapkan
kata, sebuah penampar sudah melekap di pipi kirinya. Nak sangatkan? Rasakan! Nazri
berdialog di dalam hati. Wajah Noriza yang baru menerima habuan tapak tangannya
dipandang dengan wajah menyinga. Geram. Itu yang dirasakannya.

‘’Sampai hati, abang..’’ air mata sudah laju meluncur di pipi Noriza. Dia sendiri
tak menyangka, Nazri tergamak mengangkat tangannya. Lima belas tahun rumah tangga yang
terbina kini bersulam air mata, gara-gara Nazri bertemu kembali cinta pertamanya.

Gila Talak
Masa terlalu pantas beredar. Kini, sudah setahun Nazri dan Noriza bercerai. Tiga
orang anak mereka diletakkan di bawah jagaan Noriza. Nazri diperintahkan untuk membayar
nafkah setiap bulan. Sebulan selepas mereka bercerai, Nazri dan Sofia bernikah. Noriza pula
pulang ke kampung dan tinggal bersama keluarganya. Kerana desakan hidup, Noriza
berniaga secara online. Apa saja peluang perniagaan yang ada, Noriza akan rebut. Dia mula
aktif dalam laman sosial. Noriza sudah pandai berkawan dan berjinak-jinak dengan dunia
alam maya. Terdetik dalam hatinya untuk mencari rakan-rakan sekolah lamanya. Kali
pertama Noriza rasa teruja. Bila berjumpa dengan salah seorang rakan sekolah, Noriza
berjumpa pula dengan rakan-rakan yang lain, hinggalah dia di add masuk ke dalam group
rakan-rakan sekolah di dalam Facebook.

Melalui group di dalam Facebook, Noriza di add masuk ke dalam group


WhatsApp pula. Dan melalui group WhatsApp Noriza bertemu kembali dengan seorang lelaki
yang pernah diminatinya dulu. Mohamad Amir, seorang lelaki yang tinggi lampai dan
berkulit cerah. Dia masih bujang dalam usia 35 tahun. Dia seorang peniaga online yang
berjaya. Amir banyak membantu Noriza menguruskan perniagaan secara online. Dia
mengajar Noriza mencari pelanggan dan bagaimana untuk menarik pelanggan agar membeli
barang-barang yang Noriza niagakan. Akhirnya, dari alam maya, mereka bertemu pula di
alam nyata.

Daripada perniagaan online, kini Amir dan Noriza menjadi rakan kongsi pula dan
membuka butik pakaian pengantin. Mereka juga menjual jus kesihatan dan menyediakan
pakej lengkap alat-alat solek untuk bakal-bakal pengantin. Noriza pula ingin mencari peluang
mencuba sesuatu yang baru. Dia berkorban pula masanya untuk mengambil kursus solekan.
Amir yang banyak menyokongnya untuk bangun semula dan menghadapi setiap cabaran
hidup.

Lama kelamaan, perhubungan mereka semakin akrab. Noriza pun sudah pandai
berdandan dan bergaya. Wajah dan tubuhnya, semakin hari semakin cantik. Tubuhnya yang
dulu berisi, kini semakin langsing. Semuanya, kerana nak menarik hati pelanggan butik
mereka. Noriza sanggup melakukan apa saja demi kejayaannya.

‘’Za..’’ Noriza menoleh, bila terperasan ada seseorang yang sedang memanggil
namanya. Anak bongsunya Ikmal yang sedang dipimpin melonjak kegirangan. Hari ini
Noriza sengaja membawa anak-anaknya keluar membeli-belah. Kesian anak-anaknya, setelah
dia dan suaminya berpisah, dia sibuk menguruskan perniagaan hingga anak-anaknya terabai
seketika. Duit nafkah yang Nazri beri bukannya banyak mana pun. Sekarang ni, harga
barang-barang terlalu mahal. Lebih-lebih lagi bila Noriza sudah melibatkan diri dalam
perniagaan. Bukan selalu untung pun. Ada ketikanya, mereka mengalami juga kerugian.

‘’Za..abang nak rujuk balik. Abang, abang..’’ tergagap-gagap Nazri bersuara.


Mata Noriza terbuntang tanpa sedar. Nak rujuk? Gila ke apa?

‘’Jangan nak mengarut! Za tak nak bermadu.’’ Tegas nada suara Noriza. Dia tak
ingin mendengar ayat-ayat yang seterusnya. Ditariknya tangan Ikmal dan menyuruh Intan
Nasuha dan anak sulungnya Irma meninggalkan Nazri. Dengan pantas, Nazri cuba
menghalang dan memegang pengelangan tangan Noriza.

‘’Lepaslah! Kenapa dengan awak ni? Nak pegang-pegang orang pula. Saya bukan
isteri awak lagi. Awak dah ceraikan saya. Takkan awak dah lupa?’’ Noriza berkata geram.
Ketiga-tiga orang anak mereka memerhatikan pertelingkahan mereka dengan wajah
tercengang. Selepas mereka bercerai, bukannya mereka tak pernah berjumpa. Sebulan sekali,
Nazri akan datang mengambil anak-anaknya, cuma sejak akhir-akhir ini saja dia berkelakuan
pelik.

‘’Kita rujuk semula. Za tak kesian dengan anak-anak ke, hidup tanpa ayah?’’

‘’Awak dah gila ke? Rujuk apanya, kita dah setahun lebih bercerai. Itulah..masa
gilakan perempuan tu dulu, ada awak terfikir tentang anak-anak? Ada?’’ Noriza menempik
kasar. Terlupa dengan keadaan sekeliling. Nazri yang mengelabah, bila mendengar suara
Noriza yang lantang. Terus diletakkan jari telunjuk di bibirnya. Untuk mengingatkan Noriza
di mana mereka berada. Tapi, ada Noriza kisah.

‘’Apa? Malu, sebab orang dengar?’’ Noriza bertanya dalam nada mengejek.
Bibirnya sempat mencebik dan ingin melangkah pergi. Namun, Nazri masih seperti tadi,
menghalang langkah Noriza dan anak-anaknya.

‘’Papa, mama..janganlah macam ni.’’ Irma yang menjadi pemerhati, bersuara secara
tiba-tiba. Kalau Noriza dan Nazri tak mengendahkan orang sekeliling, tapi tidak bagi Irma.
Dia terasa sangat malu, bila ada mata yang memerhatikan mereka. Remaja yang berusia 14
tahun sepertinya, sudah tahu tentang rasa malu. Kalau papa dan mamanya sedang bergaduh
dikhalayak ramai, siapa yang tak malu?

‘’Sudah! Awak pun dah bahagia dengan Sofia. Jangan ganggu kebahagiaan kami.’’
Noriza melembutkan suaranya. Dia ingin beralah dan tenangkan hati sendiri. Dia sedar,
kesilapannya meninggikan suara sebentar tadi.

‘’Abang tahu, Za dah syok dengan bujang terlajak tu kan? Sedarlah diri, Za tu
janda anak tiga. Dia tu masih teruna lagi...’’ Tanpa terduga, Nazri mengungkapkan kata-kata
itu. Terbakar juga hati Noriza. Memang pedih hingga ke lubuk hati yang paling dalam,
seolah-olah Nazri sedang menghinanya ketika ini.

‘’Kalau ya, kenapa? Dia dah lamar Za dan emak dan abah pun dah terima dia.
Kami akan nikah hujung tahun ni. Jangan lupa datang..’’ dalam keadaan hati yang sangat
geram, Noriza sengaja memprovokasikan Nazri. Sengaja pula direka cerita yang belum
wujud. Amir mungkin sangat rapat dengannya kerana mereka rakan kongsi, tapi setakat ini,
Amir belum lagi meluahkan isi hatinya. Noriza pun tak ingin menaruh harapan terlalu tinggi.
Dia sedar dengan statusnya sebagai ibu tunggal anak tiga.

‘’Abang takkan izinkan..’’

‘’Siapa awak nak menghalang? Awak tak ada hak ke atas saya lagi. Anak-anak
dah setuju. Emak dan abah pun dah setuju.’’ Nazri belum habis berkata-kata, Noriza sudah
memotong kata-katanya. Irma dan adik-adiknya yang menjadi saksi, mula tercengang lagi.

‘’Mama nak kahwin dengan uncle Amir? Irma setuju!’’ tanpa dipinta, Irma
bersuara. Noriza terasa lega, bila mendengar Irma menyokongnya.

‘’Papa tak setuju!’’ Nazri mencelah kasar. Noriza tersenyum mengejek.


‘’Kenapa tak setuju? Awak boleh kahwin lain, kenapa Noriza tak boleh? Dia
bukan isteri awak lagi. Dia bekas isteri awak.’’ Ada suara lelaki yang mencelah perbalahan
mereka. Serentak mereka berlima menoleh ke arah suara itu. Wajah Noriza sudah merona
merah, sedangkan ketiga-tiga orang anaknya sudah tersenyum gembira.

Lamaran Diterima

Amir dan Noriza disatukan akhirnya. Puas juga Amir memujuk Noriza agar
menerima dirinya. Dulu, Amir juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Noriza. Dia
juga pernah meminati Noriza dalam diam. Tapi, Amir percaya dengan ketentuan Allah, kalau
ada jodoh tak ke mana. Dia tak pernah meluahkan perasaannya dan menyambung pelajaran
ke Menara gading. Bila habis belajar, Amir terkejut bila Noriza sudah berkahwin dengan
lelaki pilihan keluarganya dalam usia 20 tahun. Amir kecewa dan pasrah pada ketentuan
takdir hinggalah mereka bertemu kembali dalam group WhatsApp. Inilah peluang terbaik
bagi Amir untuk menyulam kembali kasihnya yang terputus dulu.

‘’Mohamad Amir Bin Sharif, aku nikahkan akan dikau dengan Noriza binti Hanafi
dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit, tunai.’’

‘’Aku terima nikahnya Noriza Binti Hanafi dengan mas kahwinnya tiga ratus
ringgit, tunai.’’ Lancar Ijab dan Kabul yang Amir lafazkan.

‘’Sah?’’

‘’Sah!’’

‘’Sah?’’

‘’Tak sah! Saya tak setuju dengan pernikahan mereka! Batalkan semua ni!’’
orang lain yang ditanya, orang lain yang menjawab dengan suara lantang di muka pintu
rumah. Semua orang terkejut dan tercengang. Nazri sudah berdiri di muka pintu rumah
dengan wajah kusut dan aura tegang. Macam nak ajak bertumbuk pun ada.

‘’Astaga..bawa mengucap E. Noriza tu bukan isteri kamu lagi.’’ Haji Hanafi


bangun dan menghampiri Nazri yang kelihatan sangat tegang itu. Kebanyakan tetamu juga
sudah berdiri termasuk pengantin lelaki. Noriza mula rasa tak sedap hati. Kenapa harus jadi
begini? Hati Noriza bertanya sangsi. Apa salah aku padanya, hingga dia buat aku macam ni?
Persoalan menerjah mindanya lagi.

‘’Abah, saya takkan izinkan Noriza bernikah dengan lelaki lain. Dia hak saya,
abah!’’ yakin sekali Nazri meluahkan kata. Ramai tetamu yang mengelengkan kepala
mendengar kata-katanya. Tak kurang juga yang sedang tersenyum mengejek.

‘’Hak apa Nazri? Kita semuanya hak Allah! Kita hamba Allah, bukan hak siapa-
siapa pun. Walaupun, Noriza tu anak kandung abah, dia juga bukan hak abah. Allah
pinjamkan dia pada kami. Kau dah buang dia dulu, tapi sekarang, berani pula kau mengaku
dia hak kau?’’ Haji Hanafi cuba menenangkan Nazri yang macam orang kehilangan akal tu.
Serabut sungguh melihat tingkahnya ketika ini.

‘’Saya nak rujuk balik dengan dia abah.’’


‘’Rujuk apanya? Ya Allah, bawa mengucap Nazri.’’ Haji Hanafi bersuara lagi. Di
ruang rumah ini yang dipenuhi oleh tetamu kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan
pengantin perempuan sudah mula terdengar bisikan-bisikan mengejek. Ada yang sudah
ketawa gelihati mendengar kata-kata Nazri.

‘’Saya tak kira abah. Saya takkan izinkan Noriza bernikah dengan lelaki lain.’’
Nazri masih berkeras dengan pendapatnya. Dia melangkah laju ke arah Noriza yang masih
duduk bersimpuh di atas pelamin yang sudah dihias indah. Kejung juga Noriza melihat
gelagat Nazri ketika itu.

‘’Akad nikah dah selesai pun. Mereka dah sah pun jadi suami dan isteri.’’ Haji
Hanafi menambah lagi. Nazri sudah terkelu dan terkaku di tempat dia berdiri. Amir pula
pergi mendapatkan Noriza yang sudah kelihatan pucat riak wajahnya.

Akhirnya Bersatu Juga

‘’Riza, tak tidur lagi?’’ Amir menghampiri Noriza yang sedang bermenung di tepi
jendela rumah mereka. Sudah sebulan mereka bergelar suami dan isteri. Mereka bahagia
bersama tiga orang anak-anak Noriza yang tinggal di bawah jagaan mereka.

Mamandangkan Nazri mengalami masalah mental selepas Noriza berkahwin lain dan
Sofia lari dengan lelaki lain, anak-anak mereka, Irma, Intan dan Ikmal diserahkan pada
Noriza sepenuhnya.

‘’Belum mengantuk lagi. Bulan mengambang malam ni. Seronok tengok bintang di
langit yang gelap tapi diserikan dengan kerlipan bintang-bintang dan cahaya bulan.’’ Noriza
berkata sambil menghadiahkan senyuman manis untuk Amir.

‘’Pandainya isteri abang bermadah pujangga. Abang nak join sama, boleh? Mana
tahu, kot-kot boleh dapat ilham untuk bermadah pujangga juga.’’ Amir yang sudah berada di
sisi Noriza turut mendongak ke langit. Benar kata Noriza, di malam yang kelam, tetap berseri
dengan simbahan cahaya bulan dan kerlipan bintang-bintang. Subhanallah, cantik sungguh
ciptaan Allah.

‘’Mana ada bermadah pujangga pun. Za cakap, apa yang Za nampak. Cantikkan
langit malam ni..’’ tersipu-sipu Noriza bila dikatakan dia sedang bermadah pujangga. Terasa
semakin malu, bila berdua-duaan dengan Amir dalam suasana romantik ini. Sambil tengok
bulan dan bintang pula tu.

‘’Abang, terima kasih, sudi terima Za yang dah ada anak tiga ni sebagai isteri.
Macam mana abang bodek mak abang, senang pula dia terima Za dan anak-anak?’’

‘’Hmm..mana abang bodek pun. Abang memang dah lama sukakan Riza, sejak zaman
sekolah lagi. Mama pun tahu, abang sukakan Riza, sebab tu mama tak pernah paksa abang
untuk kahwin. Selalu abang cakap pada mama, jodoh abang dengan Riza memang kuat.
Abang yakin, suatu hari, Riza akan jadi milik abang juga. Alhamdulillah, Allah tak sia-siakan
penantian abang selama ni. Selamat pengantin baru, sayang. Semoga rumah tangga kita, akan
bahagia hingga ke Jannah.’’
‘’Ya Allah, betul ke ni? Riza macam tak percaya saja. Sejak bila?’’ tergaman Noriza
mendengar pengakuan Amir. Tak sangka betul dia, rupanya cinta dia dulu, bukan bertepuk
sebelah tangan.

‘’Sejak bila? Sejak isteri abang ni pandai mengintai abang dari jauh. Riza ingat
abang tak tahu ke, Riza selalu merenung abang kalau kita terserempak. Suatu hari tu, abang
perasan, Riza pura-pura baca buku dalam perpustakaan, padahal, mata tu asyik menjeling
abang saja, kan?’’ terdiam lagi Noriza mendengar kata-kata Amir. Wajahnya berbahang
hangat.

‘’Abang tahu? Kenapa tak ada respon apa-apa pun? Macam orang tak ada perasaan
saja Za tengok. Macam Za ni tak wujud.’’

‘’Eii..sedap saja cakap abang tak ada perasaankan? Bukan abang tak nak bagi
respon. Riza tu anak dara orang. Lagi pun, kita masih pelajar sekolah, tak elok bercinta masa
belajar. Mak dan ayah, habiskan duit untuk biayai pelajaran kita, tapi kita sia-siakan harapan
mereka. Abang percaya dengan Qada dan Qadar, kalau antara kita ada jodoh, tak ke mana
perginya. Riza tetap akan masuk ke dalam dakapan abang juga akhirnya.’’ Yakin sekali Amir
berkata-kata sambil merenung Noriza di sisi. Rasa bahagia hatinya, bila pujaan hati sudah
menjadi suri hidupnya kini.

‘’Betul juga tu, kalau dah kahwin pun, tapi jodoh tak kuat, berpisah jugakan?
Kalaulah, Za tak bercerai, takkan abang nak membujang sampai ke tua?’’

‘’Tak baik berkalau-kalau, Allah dah tentukan jodoh kita ada, bersyukurlah. Lagi
pun, kalau tak ada jodoh pun, tentu ada hikmahnya juga. Allah dah atur elok hidup kita ni
sayang, berjodoh ataupun tak, pasti ada rahsianya yang Allah sembunyikan.’’

‘’Alhamdulillah, rahsia Allah..tiada siapa yang tahu.’’ Usai berkata-kata, Noriza


mendongak lagi ke langit, melihat kebesaran Allah. Amir juga turut mendongak ke langit
sambil berdoa di dalam hati, semoga Allah merestui perkahwinan mereka ini. Terima Kasih
Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangMu!

Tamat

Dicatat oleh Zaitun Salleh di 11:12 PG


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama


Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Cari Blog Ini


DAERAH YAN

JOM FOLLOW

NOVEL TERBARU NUR JANNATUL FIRDAUSI

NOVEL 2019 PAGE DALAM FACEBOOK.. MASIH SEDANG DISIAPKAN

Wikipedia

Langgan
Catatan
Ulasan

Pengikut
My Channel in Youtube

Jom Langgan!

Terima Kasih Daun Keladi, Lain hari datanglah lagi, Bila


ada cerpen terkini, Semoga anda puas hati.

Sudi singgah di sini..semoga anda bahagia. You all the best!

Translate
Powered by Translate

my facebook
just for fun

Senarai Blog Saya


AKU TETAP AKU

Kenangan Syawal - Syawal 2009.kali pertama aku berjauhan dari suami di pagi
syawal. Sejak aku mendirikan rumah tangga pada tahun1995,aku tak pernah lagi
berjauh...

9 bulan yang lalu

Impian Yang Satu

Lepas Penulisan2u, Aku serbu Ilham Karangkraf pula. - Assalamualaikum semua..


Amboih tajuk, serbu tu. Jangan dibuat main. Semuanya hasil cadangan seorang rakan
facebook yang juga merupakan follower blog aku. H...

3 tahun yang lalu

NOVEL

Nur Jannatul Firdausi Bab 36 - *Tahun 1992* AKU sudah berusia tujuh belas tahun
dan sedang belajar dalam tingkatan 5. Guru kelas kami seorang wanita yang lemah
lembut ...
3 bulan yang lalu

PUISI-PUISI LUAHAN HATI

Pantun - Buah berangan atas peti, Disimpan untuk yang tersayang, Pernah berangan
dalam hati, Kanda memujuk mengungkap sayang. Sayang sayang buah kepayang,
Jatuh me...

11 bulan yang lalu

RESEPI VERSI Szaza Zaiman

Kek Gula Hangus - *resepi ni milik seorang rakan Fb Ejan Mas Sayang. Nama
penuhnya Mas Roshaizan BT Mas Hasan. Bahan-bahannya : 1 cawan gula 1 cawan
air panas 5 biji telur ...

Setahun yang lalu

Tunjukkan Semua

class kau catt!!

Pergilah Sayang! Bersama Dia Yang Kau Cinta!

Hohoho..ini namanya menghalau cara lembut. Dah tak sudi sangatkan? Pergilah..Anisa rela
melepaskan Alif dengan kerelaan Hatinya. Titik!
Bertepuk Sebelah Tangankah Aku?

Apa kes ni? Betulkah Zaki bertepuk sebelah tangan? Mesti tak berbunyikan?

Menantu Ummi

Haa..apa kisah pasal menatu ummi ni? Jom baca...

Atas permintaan pembaca, jadi akak sambung saja cerpen


ni dalam edisi raya

Bila Amirul terperasan dah jadi baik..tak pasal-pasal masuk hospital kena debik..

Malangkah Nasibku?

Tema kali ini adalah persahabatan. Lima orang sahabat yang berlainan jantina. Empat orang
membina kerjaya dan berjaya, sedangkan Intan Nasuha, nasibnya menjunam jatuh. Ibarat
jatuh ditimpa tangga.
Pekerja Part Time Itu Isteriku!

Siapa sebenarnya Maizura? Nak tahu? Klik saja gambar abang hensem ni..

Nikah Tanpa Cinta

Nikah dulu, baru bercinta. Tu..barulah betoi..kann?

Menantu Aku Drebar?

Betul ke Drebar?

Dengarlah Sayang Part 2

Encik Danial..I Love You Forever..Mak Cik Rohimah.

Andainya dunia ini indah, aku tahu Syurga itu lebih indah
Dunia dan isinya,. Dulu dan kini,. Perbezaannya memang ketara, Namun mendiaminya tetap
manusia, Manusia yang perbagai ragamnya! Dunia! Zaman bermula dengan Nabi Adam dan
Hawa, Bukan zaman batu yang dicanangkan Yahudi, Yahudi yang kononnya tak takut mati,
Tapi,.terkena azab seksa dari Ilahi, Kerana keengkaran terhadap Allah, Mereka ditelan bumi,
Dunia,. Manusianya perbagai rupa, Perbagai agama, Sedangkan Allah hanyalah satu,
Kesesatan bermaharajalela,. Kerana manusia angkuh dengan Tuhannya, Dunia,. Dengan
isinya,. Manusia yang paling berkuasa, Yang gagah itulah pemerintahnya, Yang lemah itulah
kulinya, Namun,.Allah berkuasa atas segalanya! Gagah dan lemah tidak dipandangnya,
Kerana semuanya adalah hamba!,. Dunia ini Allah yang punya! Manusia ini hambaNYA!
DIA tak pandang rupa atau harta, Dia pandang amalan yang kita ada,. Yang paling banyak
amalan,. Manusia itulah yang paling disayanginya,. Dunia kini,. Ramai manusia yang
mengejar harta! Ada yang buang kedua ibu bapa, Ramai yang lupa Tuhannya, Sibuk sangat
nak bekerja, Solat,amal ibadat terabai semua! Gah menayangkan mahkota, Sedangkan Allah
menyuruh menutup auratnya,. Yang berbaju tapi telanjang pun ramai juga, Menutup kepala
tapi badan ditayang pula,. Badan kecil tapi bajunya sendat melekat,. Terlupa saiz agaknya??
Dunia hari ini,. Terlalu moden caranya,. Banyak pengaruh luar yang di ikutnya,. Menyentuh
anjing pun bukan lagi dosa,. Apa nak jadi dengan melayu kita? Sedangkan Allah berkata,.
Anjing itu najis layaknya! Manusia semakin buta membezakan kebenaran,. Yang salah
dikatakan betul!,. Yang betul dikatakan salah!,. Dunia,. Sudah masuk fasa ke-4,. Zaman
pemerintahan kejam dan zalim, Tinggal satu fasa yang menanti di depannya,. Zaman
kelahiran semula,. Nabi Isa dan Iman Mahadi, Dunia kita dah tak lama,. Kenapa kita masih
leka,. Mungkinkah kerana kita manusia! Sifat leka itu milik kita selamanya? Dunia,. Walau
siapa penghuninya,. Walau apa isinya,. Semuanya akan musnah juga,. Bila sampai masanya,.
Dunia ini akan hancur juga,. Kita akan dibangkitkan di sana,. Beremba pula di padang
Mahsyar,. Mengadap Ilahi untuk diadili! Bersediakah kita? 9.12.2014

Apa pendapat anda mengenai blog ini?


Cerpen Terbaru oktober 2015

Cintaku padamu takkan ada pengakhirannya,.akan ku bawa cintaku ini hingga ke Jannah!

Hatimu Sedingin Ais (Edisi Raya)


Bila encik suami dah okey,.Puan isteri pula menjadi dingin,.inilah ragam dalam rumah
tanggakan?

Hatimu Sedingin Ais

Bila anak orang gaji berkahwin dengan anak tuan rumah maka,..

Dengarlah Sayang!

Lari dari rumah bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah,.di mana saja kita berada pasti
ada cobaan dan dugaan dariNYA,.mak cik Rohimah tabahlah!

Aku Hanya Pekerja Separuh Masa Part 2

Dalam rumah tangga pasti ada bahagia dan derita,.persefahaman itu paling utama,.andai hati
terluka berbincang itulah jalan terbaik namun kita selalunya suka mengambil jalan mudah
tanpa memikirkan akibatnya,.

Aku Hanya Pekerja Separuh Masa


Bila cinta sudah ada di dalam hati,.segalanya mungkin terjadi,.alahai Kucai dan
Taugeh,.Redho jerlah!

Marriage Not Dating Melayu Stail!

Bila K-Pop jadi pujaan,.nak tau kisah lanjut,.jom terjah,.

Orang Gaji Part 1

Orang Gaji Part 2

Airil Farhan namamu kini di hatiku ~Zahratul Aishah

Love 4Ever (SN & SM Setia Selamanya)

Bab 1,2,3,4,5,6

Bab 7-8
Bab 9-10

Bab 11,12,13,14,15

Bab 16

Bab 17-20

Bab 21-22

Bab 23
Bab 24

Bab 25

Bab 26

Bab 27

Bab 28

Bab 29
Love 4Ever (Sn&Sm Setia Selamanya

Bab 30-Tamat

My Instragram

Follow me

Biarkan Rindu Terus Berlagu

Cinta yang hadir sejak remaja akhirnya musnah jua di tengah jalan,.ibarat panas yang
disangka hingga ke petang,.hujan juga di tengahari

Biarkan Rindu Terus Berlagu Part 2

Selepas kecewa dengan Hariz,.akhirnya Safiya bertemu kembali kebahagiannya,.

Kau Pergi Tak Kembali


Kisah benar dari rancangan ADILA yang diolah kembali,.

Mencari Calon Menantu

Mak Midah yang trauma,.akibat dua anak perempuannya yg terdera perasaan akibat
perkahwinan yg gagal dan menantu yg tak solat,.ikuti kisah mak midah yg beria-ia mencari
calon menantu bongsunya,.

Blog Ilmu Yang Saya Ikuti


" Selamat Tinggal "

Anakku, Maafkan Ayah

IBNU MUSLIM

BAGHAL PUN TAK NAK MAKAN..

Irfan Iskandar

Islam,Iman Dan Ihsan (Riwayat Muslim)

All In One,.Kita Pun Bersatu

Gabungan 4 buah cerpen dan satu novel,.kisah keluarga bahagia yang kononnya edisi
puasa/raya,.
Inilah Nasibku!

Masriana dan Rosilah,.pasangan kembar yang diserahkan kepada keluarga angkat sejak
berumur tiga hari dan keduanya bertemu kerana wajah yang seiras,.haa,..jom baca kisah
selanjutnya,.

Aku Bukan Penyair!

Namanya Puteri Quratul Ain tapi dia bukan puteri namun jodohnya telah ditakdirkan dengan
EnTAH,.Encik Tengku Amri Hasif,.pernikahan mereka bukan kerana terpaksa tapi,..

Tertulis Takdirnya Untukku Part 2

Ikuti kisah Monaliza seterusnya melayan kerenah anak-anaknya pula,.

Tertulis takdirnya Untukku!

Monalisa,.seorang anak yatim piatu yang dipelihara keluarga angkat melayu,.gadis mix blood
cina/india,.ikuti kisah suka dan dukanya,

Aku Nelayan

Kegiatan nelayan di daerah Yan jadi pilihan untuk aku dedikasikan di sini,.
Sesat di jalan Terang

Amirul Mukminin,.nama dah elok dah,tapi sayang wataknya tak semegah namanya,.Jom baca
kisah Amirul ni!,.

Jumlah Paparan Halaman


0 57 Aku Takkan Tergoda!
1 64
2 70
3 75
4 77
5 86
6 64
7 88
8 75
9 84 Buat apa nak tergoda? Bertabahlah hati, hidup dalam
10 84 dunia ni memang banyak sangat godaan!
11 85
12 87 Cinderellakah Aku?
13 97
14 100
15 81
16 80
17 91
18 99
Amboi..cinderella tu..Nak baca? Nak tahu ceritanya?
19 86
Kliklah gambar ni!
20 91
21 95
Si Hodoh Dan Si Miskin
22 78
23 75
24 90
25 77
26 64
27 65
28 66 Hurmm..ni baru betul, sorang hodoh, sorang
29 4 miskin..kan?
2,962,196
Pengikut Demi orang-orang yang aku
sayang..
Aku hanya seorang
surirumah sepenuh
masa yang paling
banyak masa untuk
Aku dedikasikan cerpen ini buat semua
melepak depan skrin,.
Zaitun Salleh Rumah Sewa Sementara
Lihat profil lengkap saya

Sapa yang lemah semangat, jangan baca. Tapikan, ni


seram campur lawak tau! Rugi, kalau tak baca:)

Novel Ejan Mas Sayang

Prolog- Bab 10

Ejan Mas Sayang

Bab 11-20

Novel Ejan Mas Sayang

Bab 21-Tamat

My Twitter
Cerpen Terkini!,.Suamiku
Kembar Tiga

Apabila kenakalan berterusan hingga


dewasa,.Alif,Arif dan Akif tiga kembar yang punya
perbagai kerenah,.

Saya Bangga Menjadi Wanita


Muslimah

Page in facebook

Page in FACEBOOK

Himpunan Hadis dan Terjemahan Al-Quran

PAGE aku dalam FB


SENYUMLAH Ikhlas dari HATI<>Duniamu pasti
BERSERI

Kenangan,.manis atau pahit ia


tetap mengajar kita erti sebuah
kehidupan,.

Bahagia mampu dikecapi semua


orang tapi hadirnya bagai angin
lalu,..

Jiwa yang Bahagia

Group aku dalam facebook

Group aku dlm FB

Kenangan terindah adalah zaman persekolahan,.


Catatan Popular

Nikah Tanpa Cinta

Aish memerhatikan lelaki yang


sedang berbual dengan rakan sekerja dengan
pandangan kosong. Lelaki yang sudah hampir
tig...

SUAMI YANG COOL

GENAP sebulan Nisa bertunang dengan


pemuda pilihan keluarganya namun
bagaimana wajah tunangannya pun dia masih
tidak tahu. Ni...

BIARKAN RINDU TERUS BERLAGU

Namaku Nur Safiya binti Muhammad


Sharif.Usia aku baru 20 tahun dan baru
mendaftafkan diri di sini.Sekarang aku
sedang bersendirian di ...

MAT SALEH TAPI MELAYU

Aku bergerak pantas mengejar


masa yang tertinggal.Terlewat sikit hari ini
gara-gara melayan facebook hingga tidak se...

Aku Hanya Pekerja Separuh Masa

‘’Berambus!!! Aku tak mahu


tengok muka kau lagi! Manusia tak kenang
budi. Budi yang aku tabur, racun yang kau
balas?! ‘’ ...

Marriage, Not Dating,. Melayu Style!

‘’Bangun! Assalamualaikum cikgu!’’


laungan ketua kelas bergema dalam kelas
tingkatan Enam Sastera. Ikram Rafei adalah
ketua ...

Aku Cinta Kau Minah!

''Ayah! tolong Minah ayah..''


Minah berlari-lari anak sambil melaung
ayahnya yang sedang membaiki puka...

Langgar! Jatuh,..Cinta!!!

Arisya menapak malas menuju ke


kelas.Kelasnya terletak di tingkat 3 block D.
Seksa juga untuk menapak menaiki tangga
ta...

AKU BUKAN PENYAIR

Aku mengeliat malas di atas katil.


Semalam aku terlajak berbual dengan seorang
rakan facebook hingga pukul 4 pagi. Ma...

cerpenku imaginasiku
 ► 2013 (26)

 ► 2014 (9)

 ► 2015 (11)

 ► 2016 (12)

 ► 2017 (4)

 ▼ 2018 (3)
o ▼ Jun (3)
 : Cinta Lama Berputik
Kembali
 Ampunkan Aiman Ibu
 KAMI BUKAN PENGEMIS

 ► 2019 (6)

Anda mungkin juga menyukai