Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN KETUA MURID

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Guru Besar, Guru-
guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan yang dikasihi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis
sambutan Hari Kanak-kanak ini.

Guru-guru , ibu bapa dan rakan-rakan sekalian,

Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan kanak-


kanak iaitu terdiri daripada murid-murid sekolah ini. Hari Kanak-kanak amat besar
maknanya kepada saya dan rakan-rakan. Hal ini kerana alam kanak-kanak
merupakan alam pertama bagi kami sebelum menempuh alam remaja dan dewasa.

Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa terhadap


kita. Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kasih sayang, perhatian
dan hadiah. Oleh itu, sewajarnya penghargaan yang diberikan ini kita balas dengan
berjanji untuk menjadi kanak-kanak yang baik dan berbudi bahasa.

Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan kami
sebagai kanak-kanak yang Berjaya dalam pelajaran. Kami memohon kepada guru-
guru agar mendidik kami dengan penuh kasih sayang. Jika kami ada melakukan
kesilapan, tegurlah kami seperti menegur anak sendiri. Kepada ibu bapa terima kasih
kerana melahirkan dan membesarkan kami. Bimbinglah kami menjadi anak yang
soleh dan solehah.

Hadirin yang dikasihi,

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi
anak murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan
kami sematkan di dada. Kami juga berikrar untuk menjadi murid yang cemerlang
dalam pelajaran dan seterusnya menjadi insane yang berguna kepada masyarakat
dan negara.

Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah
serangkap pantun;

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.


Bismilliahhirrahmannirahim

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang __________________________________

_______________________________________________________________

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Jalan Hang Tuah 1, guru-guru, ibu bapa dan murid-
murid yang dikasihi.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama meraikan


sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah bagi tahun 2018. Terima kasih kepada
AJK PIBG serta ibu bapa yang dapat meluangkan masa hadir ke sambutan pada kali
ini.

Hadirin sekalian,

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun


1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari
Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai
“Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”.
Sambutan ini diadakan sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap
kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting,


yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa
hadapan. Alam kanak-kanak juga merupakan satu alam yang dilalui sebelum anak-
anak meningkat remaja dan dewasa. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi kita
selaku guru-guru dan ibu bapa untuk mencorakkan suasana dan persekitaran yang
sihat dan kondusif bagi tumbesaran kanak-kanak yang baik dan berjaya secara
holistik.

Ini merupakan salah satu sebab mengapa pada awal kemasukan saya ke
sekolah ini, saya telah memaklumkan kepada penyelaras sambutan pada tahun ini
untuk mengadakan satu sambutan yang mesti membuat anak-anak di SK Jalan Hang
Tuah 1 gembira. Alhamdulillah rezeki anak-anak pada tahun ini, sambutan hari kanak-
kanak akan dipenuhi dengan pengisian dari pihak Kidzania Go Kuala Lumpur dan
Marrybrown Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah disusun di dalam sambutan yang bertemakan


‘Cita-cita saya’ untuk menggembirakan hati anak-anak. Saya berharap agar kesemua
murid berseronok dan turut serta dalam segala aktiviti yang disediakan. Ambil perkara-
perkara positif yang akan kamu perolehi di dalam permainan yang disediakan sebagai
satu pelajaran yang penting. Saya dan guru-guru amat berharap agar segala ilmu dan
pengalaman yang kamu peroleh pada hari ini akan menjadi satu pengalaman yang
bermakna dalam hidup kamu.

Walau bagaimanapun, di kala kamu sedang berseronok, saya sangat berharap


agar kamu menjaga disiplin dan tingkah laku kamu. Dengar arahan guru dan pihak
Kidzania dengan baik. Jaga adab. Saya pasti kamu tidak mahu dimarahi. Jadi, cuba
jaga tingkah laku dan disiplin supaya hari ini lebih seronok untuk kamu.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak PIBG SK Jalan Hang Tuah 1 di atas
sumbangan yang diberikan dan juga kepada semua guru yang bertungkus lumus
menjayakan sambutan hari kanak-kanak pada tahun ini. Semoga hari ini adalah hari
yang gembira untuk murid-murid SK Jalan Hang Tuah 1. Belajar, berusahalah, berdoa
dan tawakal agar kamu dapat mencapai cita-cita kamu. Selamat Hari Kanak-kanak.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai