Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN SEKTOR PEMBUATAN KEPADA EKONOMI NEGARA

1.7.1 Sumber pendapatan negara dan mengurangkan import


Memang tidak dinafikan lagi industri pembuatan menyumbang kepada KDNK serta pendapatan
negara, khususnya pendapatan eksport yang boleh membaiki defisit imbangan dagangan. Sumbangan
sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan eksport negara sentiasa
melebihi 40% bagi setiap tahun.
Sektor perindustrian telah menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import barangan
tertentu. Contohnya, import pada bulan Oktober 2009 menurun sebanyak 2.3% berbanding September
2008 terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E) sebanyak 8.5% dan produk besi dan keluli
sebanyak 28%. Pengurangan import ini berupaya dilakukan kerana sektor perindustrian negara telah
berjaya menghasilkan produk yang sama, terutamanya barangan elektrik dan elektronik pada harga
yang lebih murah.
Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara setanding dengan
sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah meningkat daripada 13.14%
pada tahun 1970 kepada 20.5% dalam tempoh yang sama. Selain itu, negara Malaysia pada era 70-an
terpaksa mengimport kereta dari Jepun atau negara barat tetapi kini keadaannya amat berbeza sekali
kerana negara kita sekarang sudah mampu menghasilkan kereta buatan sendiri, iaitu PROTON dan
PERODUA. Malah, keluaran indusri perkilangan seperti kereta nasional, alat penghawa dingin, dan
lain-lain barangan elektrik dan elektronik banyak dieksport ke luar negara.Situasi ini turut
memberikan kesan terhadap kadar imbangan perdagangan luar negara kerana kurang wang mengalir
ke luar negara untuk membayar barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut mampu digunakan
untuk pembangunan sektor-sektor lain. Sumber kewangan negara yang berlebihan itu dapat digunakan
untuk meninggikan taraf hidup rakyat
1.7.2 Menyediakan peluang pekerjaan
Sektor pembuatan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk tempatan dalam
pelbagai peringkat kegiatan pengeluaran pemprosesan, pemasangan, pembungkusan, pemasaran, dan
lain-lain yang berkaitan. Kilang-kilang yang dibina di kawasan pedalaman mampu membuka peluang
pekerjaan kepada rakyat. Sebagai contoh, pekerjaan yang biasa ditawarkan kepada penduduk
berdekatan seperti operator kilang, jurutera kilang, pengurus kilang. Peluang pekerjaan yang
ditawarkan ini seharusnya dimanfaatkan bagi menampung keperluan mereka. Pada tahun 2001 sahaja,
sebanyak 2.2 juta rakyat terlibat dalam sector perindustrian, iaitu bersamaan 22% daripada jumlah
guna tenaga kerja yang terdapat di Malaysia. Fenomena ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar
pengangguran dalam kalangan rakyat. Hal ini pasti akan dapat meningkatkan pendapatan per kapita
penduduk, kuasa beli, dan tabungan penduduk turut meningkat, dan secara tidak lansung dapat
meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Situasi ini pasti dapat menghindarkan penduduk
daripada terus dibelenggu putaran kemiskinan dan mengambarkan industri pembuatan di Malaysia
telah menjadi penyumbang utama peningkatan guna tenaga.

1.7.3 Kesan pengganda


1.7.3.1 Membantu memperkembangkan indusrti hiliran
Perkembangan pesat sektor pembuatan akan mempercepatkan pengeluaran dan pemprosesan sumber
sekaligus membantu perkembangan sektor ekonomi primer. Contohnya,, perkembangan industri
pembuatan minyak masak, sabun, marjerin, lilin, dan sebagainya membantu perkembangan industri
memproses minyak kelapa sawit, sekaligus dapat memajukan sektor perladangan kelapa sawit.
Perkembangan pesat sektor ini juga membawa kepada peningkatan dalam permintaan terhadap bahan
mentah. Seterusnya, menjadi intipati perindustrian untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut
permintaan masyarakat di serata dunia. Berdasarkan perangkaan terkini, sumber bahan mentah sepert
getah, petroleum, dan kelapa sawit masih mempunyai pasaran yang meluas di peringkat global.
Berdasarkan Perangkaan Luar Malaysia pada tahun 2012, didapati pengeluaran minyak kelapa sawit
meningkat sebanyak 7.9% kepada 4.5% billion. Keadaan ini tentunya menyumbang kepada
peningkatan ekonomi negara kerana negara mengeksport sumber-sumber ini ke luar negara. Di
samping itu, sumber bahan mentah seperti petroleum diperlukan dalam proses pengetinan makanan
dan minyak petrol bagi sektor perindustrian di negara kita. Malahan, minyak masak dan sabun yang
dihasilkan turut menggunakan kelapa sawit sebagai sumber bahan mentah. Secara tidak lansung,
harga komoditi negara sudah pasti meningkat dengan mendadak dan memberi keuntungan kepada
negara.
1.7.3.2 Meningkatkan taraf hidup rakyat
Sektor pembuatan menawarkan peluang pekerjaan yang pelbagai kepada penduduk tempatan
disbanding dengan mana-mana sektor seperti pertanian. Masyarakat yang hidup susah, kini dapat
meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga mereka. Memang tidak dinafikan sektor pembuatan yang
pesat ini telah memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat sekaligus meningkatkan taraf
hidup rakyat dengan pendapatan per kapita yang lebih tinggi.
1.7.3.3 Memperluaskan pasaran
Memperluaskan saiz pasaran perindustrian ke peringkat antarabangsa dan meningkatkan produk
pasaran tempatan. Keluaran industry perkilangan negara, terutamanya yang berkaitan dengan
barangan elektrik dan elektronik, serta industry automobile telah Berjaya menembusi pasaran
antarabangsa sama ada pasaran serantau ASEAN, APEC, Amerika Syarikat, Jepun, dan lain-lain.
Hasilnya, sejak 2004, Malaysia merupakan pengeluar kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dan
telah menyumbang 24.4% daripada jumlah pengeluaran ASEAN. Menurut laporan yang dikeluarkan
oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada tahun 2006, Malaysia kini merupakan pasaran induk
kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi 500 ribu kenderaan
dengan 90% daripadanya dipasang dalam negara. Dengan cara ini negara dapat mengaut keuntungan
yang lebih. Peluasan pasaran melalui produk perkilangan telah membolehkan negara Malaysia tidak
terlalu bergantung kepada pasaran di sesebuah negara sahaja yang jelas berisiko tinggi jika berlaku
krisis ekonomi. Selain itu, pasaran tempatan turut berkembang pesat. Rakyat Malaysia kini mampu
untuk memiliki barangan elektirk dan elektronik dengan harga yang jauh lebih murah dan kompetitif.
1.7.4 Pemindahan teknologi
Perkembangan sektor pembuatan secara tidak lansung telah menggalakkan pemindahan teknologi.
Pemindahan teknologi merujuk pemindahan kemahiran, kepakaran, dan teknik melalui proses
pembelajaran, latihan, pengalaman, dan peniruan dari sebuah negara ke negara lain. Hal ini akan
menjana proses pengeluaran dan perkembangan kemahiran juga turut dapat ditingkatkan. Selain itu,
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat dijalankan. Hal ini kerana perkembangan industri
pembuatan banyak bergantung kepada kemajuan teknologi tinggi dan inovasi-inovasi baharu bagi
mengekalkan daya saing di pasaran antarabangsa. Justeru itu, pemindahan teknologi dan kemahiran
tinggi dari negara-negara maju seperti Jepun dan Jerman akan menguntungkan rakyat tempatan.
1.7.5 Mempercepatkan pembangunan fizikal
Pembangunan sektor perindustrian secara tidak lansung turut memajukan kemudahan seperti
infrastruktur penting negara seperti jalan raya, utiliti, perparitan, dan sebagainya. Kemudahan jalan
raya yang baik akan mempercepatkan ketersampaian ke sesuatu destinasi. Contohnya,
menghubungkan kawasan industry ke kawasan pelabuhan. Banyak lebuh raya terbina dan jalan lama
juga dinaik taraf. Selain itu, kemudahan pelabuhan ditingkatkan tarafnya bagi mempercepatkan
pemunggahan barangan industri untuk dieksport atau mengimport bahan mentah untuk industry.

1.8 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI KEMAJUAN SEKTOR PEMBUATAN DI


MALAYSIA
Dalam memperkasakan lagi sektor pembuatan di Malaysia beberapa cadangan disediakan seperti yang
berikut:
1.8.1 Meluaskan kerjasama ekonomi serantau
Malaysia perlu bijak dalam menjalin hubungan kerjasama dalam bidang ekonomi dengan negara asing
yang berpotensi menyumbangkan kemajuan ekonomi Malaysia. Hal ini bagi memastikan pengeluaran
yang berasaskan pembuatan bukan sahaja mampu di pasarkan di dalam negara tetapi juga mampu
dieksport ke luar negara. Pasaran yang luas meningkatkan eksport Malaysia ke luar negara dan hal ini
akan meningkatkan aliran wang masuk wang ke negara ini. Contohnya, pasaran utama bagi eksport
barangan pembuatan Malaysia adalah daripada Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
1.8.2 Meningkatkan teknologi kemahiran dan tenaga buruh
Perubahan yang sedang berlaku dalam sektor pembuatan ke arah industri yang mempunyai nilai
ditambah tinggi dan berintensif pengetahuan telah meningkatkan permintaan terhadap guna tenaga
yang berkemahiran tinggi yang mempunyai latihan vokasional dan teknikal. Dalam hal ini, pelbagai
institusi latihan, vokasional dan pendidikan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi keupayaan
tenaga buruh dalam sesuatu bidang. menyediakan kursus peningkatan kemahiran teknikal di peringkat
asas, pertengahan dan lanjutan.
1.8.3 Menggalakkan pelaburan
Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan
pemodal-pemodal asing menyebabkan pendapatan negara meningkat, mewujudkan peluang pekerjaan
kepada penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi, khususnya dalam sektor
pembuatan. Hal ini demikian kerana melalui pelaburan asing, kemasukan tenaga profesional dengan
kepakaran yang tinggi mampu dicapai dan seterusnya menjadikan sumber manusia lebih berdaya
saing dalam pengeluaran. Di samping itu, kemasukan teknologi baharu pula akan dapat
mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah
bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Hal ini demikian kerana pelaburan negara mampu
mendapat sumber modal yang mampu menggerakkan sektor pembuatan di Malaysia. Antaranya ialah
mengadakan skim galakan kepada para pemodal. Skim galakan merupakan daya tarikan yang
mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, kerajaan perlu memberi beberapa
kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu.
Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga harus melonggar peraturan
pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam
sesuatu projek atau perniagaan. Di samping itu, kerajaan Malaysia juga perlu menyediakan kawasan
perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak perindustrian dan
kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat pemodal-pemodal asing untuk
memajukan perusahaan baru di sini. Dengan adanya prasarana yang lengkap, sudah tentu ini akan
memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka. Hal ini demikian kerana hal
tersebut mampu menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan. Kerajaan juga
hendaklah memajukan bidang teknologi dan kemahiran tenaga pekerja bagi menarik ramai pelabur
asing. Selaras dengan matlamat ini, kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi
meningkatkan kemahiran dan kecekapan guna tenaga tempatan. Tambahan pula, kerajaan melalui
pelbagai agensi telah mempergiat program penyelidikan dan pembangunan memperkenalkan teknik
untuk pengeluaran moden dan lain-lain. Pelabur asing yang hendak menanam modal di sesebuah
negara akan memasti pelaburan mereka adalah terjamin. Oleh itu, kestabilan politik merupakan faktor
utama untuk menggalakkan lagi sektor ini. Sekiranya keadaan politik tidak stabil dan berlaku krisis
perkauman, ini sudah tentu akan menjejaskan keyakinan para pelabur dan mendorong mereka beralih
ke negara lain. Oleh itu, Malaysia perlulah berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan
menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini.

1.8.4 Memajukan infrastruktur ( jalan raya, bekalan air dan elektrik)


Kemudahan infrastruktur yang baik akan memudahkan proses pembuatan dilaksanakan. Oleh yang
demikian kerajaan perlu menyediakan jaringan pengangkutan yang strategik bagi memudahkan
penghantaran input ke tempat-tempat proses pembuatan dijalankan. Selain itu bekalan air paip yang
berterusan dan bekalan elektrik yang baik akan menjana pengeluaran dalam sektor pembuatan.

Anda mungkin juga menyukai