Anda di halaman 1dari 6

TEKS CERAMAH KEPIMPINAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,selamat sejahtera

Saudara pengacara majlis, pengerusi dan ahli jawatankuasa


penganjur kursus kepimpinan pelajar tahun 2011, atau tahun 1432
Hijriyyah, seterusnya peserta kursus sekalian.

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia


Ilahi dapat kita berhimpun bersama-sama dalam majlis ilmu yang
begitu bermakna. Saya juga ingin merakamkan terima kasih
kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada saya
untuk berkongsi pandangan tentang ciri-ciri kepimpinan pelajar
sekolah.

Sebelum memulakan perbincangan, saya minta para peserta


menyediakan kertas dan pen untuk aktiviti santai minda kita yang
pertama. Dengar baik-baik tugasan yang saya kehendaki.
Kemahiran mendengar ialah antara ciri asas yang penting bagi
seseorang pemimpin.

Pilih tiga angka antara 1 hingga 9, susun mengikut nilai yang besar
ke nilai yang kecil, saya beri contoh ABC, A lebih besar daripada B,
dan B lebih besar daripada C.

(penceramah menguji semua peserta menyebut susunan angka


bagi memastikan tugasan dipenuhi, sambil meminta nombor yang
berulang / yang sama ditukar kepada nombor lain)

Sekarang terbalikkan susunan angka tadi selari dengan angka asal.


Kemudian ditolakkan. Contoh:

ABC
- CBA
_______
DEF
_______

Katalah jawapannya DEF. Sekarang terbalikkan pula susunan DEF


secara selari, iaitu FED. Kemudian campurkan semula dengan DEF.
Contoh hitungan:

DEF
+ FED
_______
???
_______

(Uji jawapan 2, 3 orang peserta. Pasti sebahagian besar peserta


akan kaget dengan jawapan. Penceramah merangkap pemudah
cara seterusnya membimbing pelajar membuat beberapa
kesimpulan)

1 Peserta memilih angka yang berbeza setiap orang, tetapi


jawapan ???
- pemimpin menghormati pendapat yang berbeza;
- kaedah / cara / pendekatan / langkah mungkin berbeza,
tetapi matlamatnya tetap ???

2 ??? mungkin satu wawasan, satu destinasi yang hendak dituju,


impian yang dikongsi bersama-sama

3 Pemimpin menggembleng semua kekuatan (angka asal yang


berbeza) dalam kalangan subordinat

4 Pemimpin mesti menggunakan komunikasi berkesan: cakap


jelas, bahasa mudah difahami

5 Pemimpin ialah pendengar yang terbaik terhadap tema lisan /


isyarat subordinat
Peserta yang dihormati,

Sekarang kita beralih kepada aktiviti kedua. Lihat gambar rajah


yang dipaparkan dengan teliti. Semua segi empat yang peserta
lihat ialah segi empat sama, iaitu panjang dan lebarnya sama
ukuran.

Hitung jumlah segi empat sama yang peserta lihat

(Mungkin ada peserta spontan menjawab 16. Penceramah


mengatakan "bagus", tetapi mungkin ada jawapan yang lain.
Teruskan sehingga bilangan ?? disebutkan. Sekali bimbing peserta
membuat beberapa kesimpulan).

1 Pemimpin menghargai pandangan subordinat yang sepintas lalu

2 Pemimpin membawa subordinat bukan sahaja melihat yang


zahir (tersurat), tetapi juga yang tersembunyi (tersirat)

3 Pemimpin mempunyai kaedah untuk memancing dan merebut


perhatian subordinat

4 Pemimpin mempamerkan teladan mencintai ilmu

5 Pemimpin senantiasa mempromosikan idea-idea yang hebat dan


cemerlang

Peserta yang dimuliakan,

Terdapat banyak pendapat tentang kepimpinan. Ada orang kata


pemimpin memang dilahirkan dengan bakat kepimpinan, atau
seperti ungkapan John P. Kotter dalam bukunya Leading Change,
"in the most commonly historical model, leadership is the
province of the chosen few". Dalam pemikiran cara lama,
kepimpinan ialah milik segelintir manusia pilihan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, kullukum ra'in wa


kullukum mas'ulun an ra'iyyatih. au-kama qala. Tiap-tiap kamu
ialah pemimpin, dan tiap-tiap seorang kamu akan ditanya tentang
kepimpinan kamu.

Cerdik pandai Barat mengatakan kepimpinan ialah proses


mempengaruhi orang lain bagi mencapai sesuatu matlamat
organisasi. Dalam Islam, kepimimpinan ialah amanah keagamaan.
Pemimpin dikehendaki melaksanakan amanah memegakkan agama
dan menjalankan urusan dunia dengannya, iqamatuddin wa
siyasatu'd-dunya bihi.

Dengan mengambil model kepimpinan Nabi Muhammad Sallallahu


alaihi wasallam, kita boleh menyenaraikan beberapa ciri yang
boleh dijadikan panduan oleh para peserta:

1 Pemimpin cepat membaca keadaan atau situasi.


Jalinkan rapport terlebih dahulu, menangi kepercayaan orang-
orang yang dipimpin (subordinat)

2 Pemimpin sentiasa menyalakan harapan dan keyakinan, bukan


mematahkan semangat yang masih berbaki

3 Pemimpin bertindak bijaksana, berhemah dan bersabar atas


kesilapan dan kelambatan subordinat

4 Pemimpin mesti ikhlas, iaitu suka memberi (menolong), tetapi


kurang menerima.

5 Kepimpinan melalui teladan, cakap serupa bikin


6 Istiqamah / konsisten / tekal; pendirian tidak mudak digugat

7 Selalu muhasabah diri. Mafhum hadith: Berbahagialah orang


yang suka meneliti kelemahan dirinya dan
tidak mempunyai masa untuk menelek-nelek kelemahan diri
orang lain; dia bersedia memberi rezekinya
yang berlebihan, serta bersedia mencegah kelebihan
ucapannya."

8. Bijak: bertindak tepat pada masa, tempat dan sasaran


(manusia). Keputusan tidak menyinggung perasaan.

9 Sabar dan tenang: kuat menahan diri daripada melakukan


sesuatu yang tidak bijak. Menang dalam banyak hal.

10 Tidak mungkir janji: menjaga kepercayaan subordinat

11 Adil, fairness, equity: meletakkan sesuatu pada tempatnya

12 Kemahuan yang kuat: dinamik, penuh daya usaha, aktif,


sinergi, stamina tinggi

13 Cekap dalam membuat keputusan dan tindakan

14 Menghindari sebarang skandal dan konflik kepentingan


peribadi

15 Memberi sumbangan kepada manusia demi mencapai keredaan


Ilahi

Peserta yang dikasihi,

Telah banyak perkara yang kita bincangkan. Maka, sekarang saya


mohon peserta menyatkan cara untuk mengaplikasi segala input
yang kita peroleh menerusi slot ceramah ini dalam bentuk
pelaksanaan kepimpinan pelajar di sekolah. Silakan...

(setelah memperoleh beberapa pendangan peserta, penceramah


bersedia untuk mengundur diri)

Tahniah dan terima kasih. Pemimpin pelajar mesti sentiasa terus


mengukuhkan ilmu kepimpinan yang berkesan. Saidina Ali
karamallahu wajhah pernah mengatakan, maksudnya "hari ini lebih
baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini."
Pemimpin pelajar hendaklah sanggup melakukan penambahbaikan
terhadap pelaksanaan kepimpinan yang diamanahkan.

Desa berseri wangi dan damai


Sekalian pak tani sawah tumpuan
Pemimpin bestari disenangi ramai
Keredaan Ilahi itulah tujuan

Dengan kata-kata itu, saya akhiri dengan Wabillahi taufiq wal


hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kembali kepada pengacara majlis.

Anda mungkin juga menyukai