Anda di halaman 1dari 2

MINIT CURAI

NAMA GURU: Cikgu Stephanie Hii Sieu Zen


SUBJEK: Matematik dan Bahasa Malaysia
PERKARA: Bengkel Kelestarian Guru Pemulihan Linus 2.0 2018
TARIKH: 29 Januari 2018
MASA: 8.30 pagi – 5.00 petang
TEMPAT: Bilik Mesyuarat PPD Kapit, SMK Kapit No. 2
ANJURAN: PPD Daerah Kapit
PENCERAMAH: En. Mohd Mahadi bin Mohamad Sapieh
BAHAN-BAHAN YANG DIBAWA:
1. Laptop
2. Broadband
3. Extension wire

CATATAN MINIT:
1. Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Kapit mengalu-alukan kedatangan para
pendidik ke bengkel ini. Beliau juga membentangkan dan memberikan pencerahan
tentang kepentingan bengkel kelestarian ini dalam memastikan kelas pemulihan
dapat berjalan dengan lancar dan seiring dengan gelombang kedua Pendidikan
Malaysia.

2. Diperkenalkan dengan Pemulihan Linus KHAS dan juga perkara-perkara yang


perlu dititikberatkan sewaktu perlaksanaan kelas pemulihan di dalam sekolah.

3. Encik Mohd Mahadi menerangkan tentang pedagogi Pemulihan Khas LINUS. Ini
adalah untuk memastikan bahawa guru-guru mengetahui pedagogi yang patut
digunakan. Ini dapat meningkatkan lagi tahap efisensi sewaktu melaksanakan
kelas Pemulihan Khas LINUS.

4. Sesi diteruskan lagi dengan konsep kelestarian yang sepatutnya wujud di dalam
kelas Pemulihan Khas LINUS. Bengkel kelestarian kali ini ditutupkan tirai dengan
sesi perkongsian di antara para pendidik.
TINDAKAN SUSULAN:
1. Mewujudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi
murid-murid kelas Pemulihan Linus Khas.

DISEDIAKAN OLEH,
………………………………..
STEPHANIE HII SIEU ZEN
GURU PEMULIHAN KHAS LINUS

Anda mungkin juga menyukai