Anda di halaman 1dari 29

PENGERING KASUT

NAMA PENSYARAH : PUAN SITI NUR ERMA BINTI AB. GHAPAR

NAMA AHLI KUMPULAN :

BIL NAMA NO.PENDAFTARAN


1. MUHAMMAD IKMAL HAKIM B. ROHAIZID 13DKM17F1109

2. NOR ASFARINA BT KAMARUDDIN 13DKM17F1111

3. IKLILUDDIN SYAHIR B. GHAZEMAN 13DKM17F1101

4. AHMAD FATHI IZHAN B. ROSLAN 13DKM17F1097

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL
ABIDIN
JUN 2019
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latarbelakang Projek

Masalah yang menjadi isu dikalangan masyarakat hari ini adalah mengenai cara-cara
mengeringkan kasut semasa waktu hujan untuk kegunaan semasa.Kebanyakkan pengguna
bertindak mengeringkan kasut dengan meletakkan kasut dibelakang peti ais atau
meletakkan kasut dihadapan kipas untuk pengudaraan yang optimum dalam membantu
sistem pengeringan kasut.Peti pengering kasut yang akan dicipta ini dapat membantu
pengguna untuk mengeringkan kasut dengan kadar segera sekiranya pengguna mahu
menggunakan kasut semasa musim hujan.

1.2 Pernyataan Masalah

Penggunaan kasut sudah menjadi perkara rutin harian bagi kita. Masalah kasut basah
tetapi perlu menggunakan kasut dengan segera menjadikan ia suatu masalah yang besar
kepada kita. Tambahan lagi cuaca di Malaysia yang tidak menentu. Oleh sebab itu, kami
akan mencipta sebuah mesin pengering kasut yang boleh mengeringkan kasut basah
sehingga kering dengan sempurna.

Selain itu, pengambilan masa yang panjang untuk menjemur kasut sehingga kering
sepenuhnya juga menjadi masalah kepada masyarakat yang perlu memakai kasut pada
waktu yang segera. Oleh itu penciptaan mesin pengering kasut kami menekankan juga
tentang aspek ini.

Seterusnya, risiko kehilangan kasut yang dijemur diluar rumah juga menjadi masalah
kepada masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu rekaan mesin kami menfokuskan tentang
reka bentuk projek yang mesra pengguna dan mudah alih.

2
1.3 Objektif Projek

Antara objektif utama projek pengering kasut ialah :

i. Merekabentuk alat untuk mengering kasut dalam jangka masa yang lebih pendek
sewaktu musim hujan.

ii. Menganalisis kadar masa yang diambil untuk kasut kering.

iii. Mengukur kadar penggunaan elektrik.

Skop Projek

Skop atau had pelaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan
setiap pelaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop
pelaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek.Oleh itu,
projek ini mestilah tidak melampaui matlamat dan fungsinya. Skop yang dicapai pada
projek ini adalah :

i. Menghasilkan mesin pengering kasut sekolah yang mudah dibawa kemana-mana.

ii. Memuatkan dua pasang kasut dalam satu masa.

iii. Beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik

iv. Menggunakan aluminium tahan karat

1.4 Kesimpulan

Pada akhir bab ini, pengguna dapat mengetahui apa yang ingin disampaikan melalui
pengenalan tentang projek ini. Tenaga yang digunakan pada alat pengering kasut ini adalah
tenaga haba yang diambil daripada batang pemanas. Projek ini mempunyai keistimewaan yang
tersendiri kepada pengguna. Hal ini kerana ianya mampu menyelesaikan masalah yang selalu
berlaku dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pada bab seterusnya, pengguna akan lebih
memahami konsep dari pengenalan projek ini.

3
BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Bab

Kajian literatur merupakan satu proses kajian baharu dan kajian terdahulu yang
dijalankan terhadap sesuatu produk yang sedia ada, tetapi memerlukan pengubahsuaian atau
penambahbaikan bagi mengatasi masalah pada produk tersebut. Dengan ini kita akan dapat
menghasilkan produk yang lebih berkualiti dari yang sedia ada. Kajian yang dijalankan adalah
seperti mengkaji elemen-elemen yang digunakan dan bahan-bahan serta prosedur kerja yang
dijalankan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui adakah produk yang
akan dikeluarkan ini dapat memenuhi kehendak dan citarasa pengguna ataupun sebaliknya.

Kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian


serta kajian keatas produk tersebut. Selaian itu juga, kajian dijalankan dengan mencari
maklumat tentang produk ini melalui pelbagai sumber seperti melayari internet, buku-buku
ilmiah yang berkaitan dan juga keratan akhbar. Pelbagai bentuk maklumat didapati dan
digunakan untuk dianalisis dan dipilih sebagai rujukan yang tepat. Hasil kajian yang dilakukan,
sebarang kelemahan dan kebaikan yang ada pada produk boleh diperolehi. Setiap kelemahan
dan kebaikan ini diatasi untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan juga dapat
berfungsi dengan baik yang dapat memenuhi kehendak pengguna.

Terdapat beberapa kelemahan dan kebaikan yang kita peroleh berdasarkan kajian
yang telah dilakukan. Segala kelemahan yang ada akan cuba diperbaiki dan segala kebaikan
akan dimanfaatkan bagi menghasilkan satu produk yang mempunyai kedudukan tersendiri
dan memenuhi kehendak pelanggan.

4
2.2 Konsep / Teori
2.2.1 Konsep
Kasut merupakan salah satu kelengkapan dalam pemakaian setiap individu bermula
daripada kanak kanak, remaja mahupun dewasa. Penggunaan kasut juga begitu meluas dari
segi alam persekolahan, pekerjaan dan juga industri. Secara tidak langsung, penggunaan kasut
harus dititikberatkan supaya seseorang itu tampil dengan sempurna dari segi pemakaian
seharian.
Dari segi penjagaan pula, kasut perlu dibasuh atau dibersihkan untuk mengelakkan
fabrik atau material kasut kotor, rosak dan sebagainya. Pembuatan kasut pada masa kini banyak
menggunakan material daripada kulit dan kain dimana kasut harus dibasuh dengan betul supaya
dapat mengelakkan daripada berlaku kerosakan kepada kasut sekaligus dapat mengekalkan
kualiti kasut tersebut.
Kasut juga harus dikeringkan dengan suhu dan keadaan yang optimum supaya tekstur
dan kualiti kasut tidak terjejas. Risiko kehilangan kasut ketika menjemur menjadi salah satu
masalah untuk masyarakat. Kehilangan kasut boleh berlaku apabila pengguna menjemur kasut
di kawasan luar rumah dan juga tempat terbuka. Pengguna juga mengalami masalah untuk
menjemur kasut sewaktu hujan dan musim tengkujuh kerana udara lembab, tiada sumber
cahaya matahari dan juga terkena air hujan sekiranya pengguna menjemur kasut di kawasan
terbuka.
Oleh itu,satu alat yang dinamakan peti pengering kasut akan dicipta bagi mengatasi
masalah kasut basah dan juga masalah-masalah lain yang telah dinyatakan. Peti ini boleh
diletakkan didalam rumah kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan akan berfungsi untuk
mengeringkan kasut dengan cepat dan mudah.

2.2.2 Teori
Dalam projek yang kami hasilkan ini, sumber tenaga elektrik perlu digunakan untuk
membantu proses pengeringan. Kos untuk sumber tenaga yang digunakan untuk pengeluaran
produk haruslah dikurangkan dan berpatutan supaya kita dapat mencapai objektif kajian yang
telah dibincangkan.Berdasarkan kajian, antara sumber tenaga yang akan digunakan bagi
mengerakkan mesin ini ialah:

5
a) Tenaga elektrik
Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui pelbagai cara dan sumber. Terdapat berbagai jenis
loji penjanaan seperti loji turbin gas, loji turbin stim dan loji diesel yang menggunakan sumber
fosil seperti minyak, gas atau arang batu sebagai bahan api. Tenaga elektrik juga boleh
dihasilkan dengan kuasa hidro, angin, ombak, nuklear, pancaran matahari dan pelbagai punca
lain.
Di Malaysia, tenaga elektrik dijanakan dengan menggunakan sumber bahan api fosil seperti
minyak, gas asli, arang batu, dan kuasa hidro. Pada masa ini, lebih kurang 60 peratus tenaga
elektrik dijanakan dengan sumber asli. Bakinya menggunakan sumber lain seperti minyak,
arang batu dan kuasa hidro.Pada masa kini, tenaga elektrik merupakan antara keperluan yang
penting bagi menghidupkan peralatan-peralatan elektronik atau pun mesin-mesin. Hal ini
menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik yang telah menyebabkan kos
bayaran tenaga elektrik semakin meningkat.Oleh itu,kita haruslah mengkaji dan membuat
pengiraan tentang kadar elektrik yang digunakan pada produk yang akan dihasilkan ini.
Formula : P = V x I
Kuasa=VoltanxArus
Arus=Kuasa/Voltan
I = P/V
b) Tenaga haba

Tenaga haba adalah tenaga yang bergerak dengan perbezaan suhu. Unit SI bagi haba ialah
joule. Haba bergerak dari suhu tinggi rantau suhu yang rendah. Setiap objek mempunyai tenaga
dalam yang berkaitan dengan pergerakan rawak atom atau molekul juzuk. Haba juga terhasil
apabila berlaku geseran antara dua permukaan yang bersentuh. Tenaga ini tidak digunakan
kerana ia tidak melibatkan suhu.
Contoh-contoh sumber tenaga haba :
 Api.
 Matahari.
 Kolam air panas.
 Air yang mendidih.
 Pemanas elektrik.

FORMULA:
𝑄
C=𝑀∅

6
2.3 Kajian terdahulu yang pernah dijalankan:
Pengering pakaian atau mesin pengering adalah perkakas rumah yang digunakan untuk
mengeluarkan kelembapan dari pakaian dan tekstil lain, selepas dicuci dalam mesin basuh.
Sudah tentu, salah satu cara yang paling menjimatkan kos adalah mengeringkan pakaian tanpa
menggunakan mesin pengering pakaian iaitu dengan menggunakan haba daripada matahari dan
juga angin. Pengering pakaian yang telah dicipta sebelum ini banyak menggunakan sumber
elektrik sebagai sumber haba panas yang keluar untuk mengeringkan pakaian.
I. Menggunakan haba daripada sumber semualajadi iaitu matahari dan angin.
II. Mengambil masa yang agak lama untuk kasut kering.

Contoh projek pengering kasut yang pernah dicipta


2.3.1 Kajian lepas 1 (Pengering Kasut Automatik)

Rajah diatas merupakan salah satu projek alat pengering kasut yang telah dilakukan oleh satu
kumpulan. Projek ini menggunakan mentol yang panas untuk mengeringkan kasut. Pengguna
boleh set berapa lama masa yang diperlukan untuk mengeringkan kasut dengan memasukkan
nilai masa menggunakan keypad. Kelebihan projek ini adalah bentuk projek yang dihasilkan
adalah kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Kekurangannya adalah tidak boleh
menggunakan mentol energy saver kerana mentol energy saver kurang panas. Kekurangan
yang lainnya adalah wayar berselerak.

7
2.3.2 Kajian lepas 2 (Box Shoes Dryer)

Projek ini juga dibuat menggunakan konsep mentol panas diletakkan dalam sebuah
kotak.Projek ini dilaksanakan oleh sekumpulan budak sekolah pada satu pesta yang
dinamakan PESTA TYPE III pada tahun 2008. Antara kelebihan projek ini adalah rekabentuk
projeknya yang menarik dan mudah untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya yang tidak
terlalu kecil dan tidak terlalu besar.Kekurangan projek ini adalah tiada ruang untuk udara
keluar menyebabkan bau busuk terhasil.
Maklumat
 Getah Tapak kasut sekolah boleh bertahan sehingga suhu 60C
 45 minit masa yang diambil untuk mengeringkan kasut pada suhu 50C
2.3.3 Pengubahsuaian peti pengering kasut
Pengubahsuaian peti pengering kasut adalah penambahbaikan daripada peti pengering kasut
yang telah dilakukan sebelum ini. Terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan untuk
menghasilkan pengubahsuaian peti pengering kasut. Antaranya ialah:
I. Menggunakan alat pengering
II. Senang dibawa kemana-mana.
III. Rekabentuk yang menjimatkan ruang.
IV. Menggunakan aluminium.

8
2.4 Rumusan
Sebagai rumusan, bab ini mengulas kerangka teori yang digunakan semasa sebelum kajian
untuk menjangkakan keberkesanan. Ulasan literature ini membawa kepada penentuan konsep
keberkesanan dan pembentukan model yang merangkumi pelbagai aspek. Bab ini juga
menyentuh tentang pembentukan hipotesis yang akan diuji. Perancangan sesuatu produk
merupakan bahagian yang sangat besar dan akan menentukan kualiti produk. Perancangan
merupakan kegiatan awal dari rangkaian kegiatan sehingga proses pembuatan produk peti
pengering kasut.
Seterusnya,bab 2 ini menerangkan tentang keberkesanan untuk mengeringkan kasut dengan
lebih efektif kepada pengguna.Disebabkan itu,kami cuba untuk membaiki kekurangan pada
produk yang telah dihasilkan berdasarkan kajian-kajian yang telah kami lakukan.Perancangan
ini amatlah penting supaya kita dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan memenuhi
kehendak pengguna.
Bilangan Bahan Kelebihan Kekurangan Pendapat
1 Pengering kasut  Dapat  Wayar berselerak  Wayar yang
menggunakan mengeringkan  Boleh mengeringkan berselerak dan
mentol kasut dengan kasut sepasang saja tidak tersusun
cepat dalam satu masa boleh
 Mudah dibawa mendatangkan
kemana-mana bahaya kepada
 Saiz yang kecil pengguna

2 Peti pengering  Dapat memuatkan  Tiada ruang untuk  Bentuk projek


kasut 2 pasang kasut udara keluar ini cantik dan
dalam satu masa  Menyebabkan bau sesuai
kasut busuk digunakan
 Saiz yang untuk semua
sederhana golongan
 Mudah dibawa
kemana-mana

9
BAB 3: METHODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi merupakan kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi
melaksanakan projek secara terperinci. Langkah-langkah ini sangat penting dalam
melaksanakan projek ini bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan pada masa yang
ditetapkan.
Dalam menghasilkan sesuatu projek, beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum
projek berkenaan siap. Langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan penuh ketelitian agar dapat
menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan berkualiti. Dalam menghasilkan projek ini,
terdapat beberapa langkah telah dilakukan. Penerangan seterusnya akan menerangkan langkah
metodologi.
Secara umumnya, projek “PENGERING KASUT” ini melibatkan proses bekerja di dalam
bengkel seperti memotong, menanda, menggerudi, mengimpal dan sebagainya. Proses ini
merupakan antara proses yang memainkan peranan penting. Tanpa proses ini, kemungkinan
besar projek ini sukar disiapkan. Di sini juga akan diterangkan perlaksanaan projek ini dapat
dijalankan daripada peringkat awal hingga ke proses penerangan.
Antara langkah-langkah yang akan diterangkan ialah:
i. Langkah-langkah melakukan projek
ii. Carta alir
iii. Carta gantt

10
3.2 REKABENTUK PROJEK

GAMBARAJAH KONSEP 1
Rekabentuk ini juga mesra penguna tetapi ia memerlukan ruang yang besar bagi
meletakannya di rumah

11
GAMBARAJAH KONSEP 2
Rekabentuk silinder ini kurang mesra pengguna mengikut pandangan ahli kami kerana
untuk menbuatnya memerlukan ketelitian yang tinggi.

12
RAJAH KONSEP 3
Rekabentuk ini sangat mesra penguna kerana saiz yang digunakan amatlah sesuai pengguna.

13
Kekurangan Kelebihan Pemilihan

Konsep 1 -Kurang kestabilan -Boleh memuatkan Χ


banyak kasut
-Saiz yang terlalu
kecil

Konsep 2 -Rekabentuk yang -Reka bentuk yang


besar mesra pengguna
Χ
-Membazirkan
ruang

Konsep 3 -Stabil

-Saiz yang sesuai


untuk memuatkan √
-
beberapa pasang
kasut

14
15
3.2.1 PERINCIAN CARTA ALIR
LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PROJEK
Dalam menghasilkan sesuatu projek, beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum
projek berkenaan siap. Langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan penuh ketelitian kerana
dengan ketelitian mampu menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan berkualiti. Dalam
penghasilan projek ini, beberapa langkah yang kami lalui. Antaranya adalah seperti yang
diterangkan di bawah.
1. Mengenal pasti masalah.
2. Mencari maklumat.
3. Pemilihan konsep.
4. Reka bentuk konsep.
5. Pilihan bahan konsep.
6. Proses pemasangan.
7. Pengujian
8. Penambahbaikan produk
9. Produk

16
3.2.1 CARTA ALIR

17
3.2.2 IDEA AWAL
Berdasarkan Kajian Lepas Dalam Bab 2 Terdapat Beberapa Kelemahan Terhadap Rekabentuk
Pengering Kasut.Oleh Yang Demikian Itu Reka Bentuk Semula Perlu Dibuat Bagi Memastikan
Objektif Projek Ini Tercapai.Beberapa Idea Awal Daripada Setiap Ahli Kumpulan Telah
Dipertimbangkan Dan Dibahaskan. Antara Bahan Dan Alatan Yang Digunakan Adalah Jenis
Pengering, Saiz Rekabentuk, panel, kayu,

 Batang pemanas

-sangat sesuai digunakan bagi menghasilkan haba yang diperlukan bagi mengeringkan
kasut.

 Saiz mesra penguna


-saiz yang digunakan ialah 415mm lebar, 505mm Panjang, 530mm tinggi.

 Kipas
-kipas akan digunakan bagi mengawal suhu kotak pengering kasut ia supaya
mengelakkan pemanasan melampau.

 Kayu
-penggunaan kayu dalam pembuatan mesin juga mampu menjadikannya teras kukuh
dalam ketahanan pengering kasut.

 Panel Kawalan
-panel kawalan adalah tempat mengawal segala operasi sistem pengering kasut.

18
3.2.3 CARTA MORFOLOGI

ITEM 1 2 3 PEMILIHAN

BESI

2
Kelebihan : Kelebihan : Kelebihan :
-Tahan beban berat. -tahan haba -tahan lama
-tahan haba -tahan haba

PAKU

Kelebihan : Kelebihan : Kelebihan :


-mudah untuk 2
-kos murah -mudah dipasang dan
-sesuai pada suhu mudah dibuang dipasang
yang tinggi

19
PENGERING

Kelebihan : Kelebihan :
-Tahan lama dan -boleh digunakan
Kelebihan : pengeluran haba yang pada jangka masa
-pengeluaran haba tinggi. yang lama.
yang tinggi

ENGSEL

Kelebihan : Kelebihan :
Kelebihan :
-tahan beban berat -kos yang murah.
-Tahan beban berat.
dan tahan lama.

DINDING
1

Kelebihan : Kelebihan : Kelebihan :


-Tahan beban dan -Besi yang keras dan - Ringan dan tahan
haba.
ringan. kukuh.

20
3.2.4 PROSES FABRIKASI

Antara bahan-bahan dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan projek adalah seperti
dalam jadual dibawah:
Jadual: Bahan dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan projek
Gambar rajah Kaedah

Aluminium adalah sejenis bahan mentah dalam


pembuatan pelbagai jenis jentera dan keperluan
perindustrian yang lain seperti pembuatan kereta, kapal
dan pelbagai lagi. Di samping itu, plat besi juga boeh
digunakan untuk pembuatan pelbagai keperluan di
rumah seperti tangga dan rak kasut.

Wayar elektrik berfungsi sebagai pengalir sumber


elektrik kepada pekakas di rumah mahupun di kawasan
industri. Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah
bersesuaian dengan alatan dan keselamatan. Jenis jenis
wayar biasa digunakan ialah seperti wayar kuprum
berenamel, wayar lebar tunggal, wayar teras tunggal,
wayar teras kembar dan juga wayar tiga teras.

21
Engsel adalah alat dipasang pada pintu atau tingkap
bertujuan untuk membuka atau menutup. Bahan engsel
yang berbeza ada yang terbuat dari besi, tembaga,
plastik, atau campuran logam.

Kayu ialah sejenis bahan organik yang digunakan untuk


membuat pelbagai alatan ataupun untuk merekabentuk
sesuatu objek. Kayu terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
kayu lembut, sederhana dan keras.

Batang pemanas merupakan salah satu alat yang


digunakan untuk mongeringkan dengan cepat. Selain
untuk memanas alat ini boleh digunakan untuk pelbagai
fungsi lain seperti mengeringkan kasut.

Paku ialah logam keras yang hujungnya tajam yang


digunakan untuk melekatkan dua bahan dengan
menembusi kedua-duanya. Paku diperbuat daripada
keluli, tembaga atau aluminium.

Digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku.

22
Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak
dan saiz yang dikehendaki untuk mendapatkan saiz
bahan yang dikehendaki

Untuk mencantumkan plate aluminium dengan rangka


projek

Digunakan untuk mencairkan bahan pateri ketika kerja-


kerja pematerian dijalankan.

Digunakan untuk memotong kepingan besi mengikut


saiz yang telah diukur.

Memudahkan untuk menebuk lubang atau pemasangan


skru

23
Langkah-langkah projek dijalankan
Antara langkah-lankah penghasilan projek adalah seperti dalam jadual dibawah:
Jadual: Kaedah Penghasilan Projek
Gambar rajah Kaedah
Proses-proses pengukuran dilakukan bagi
mendapatkan saiz dan ukuran yang
dikehendaki

Kerja-kerja menggerudi dan penyambungan


bagi bagi mencamtumkan kerangka bahan
kerja.

Kerja-kerja pemotongan besi berdasarkan


saiz dan ukuran yang telah ditanda.

Kerja membuat dan menyambung sehingga


menjadi kotak.

24
Membuat pendawaian pada kotak panel
box.

Mengecat kotak tersebut

25
Kos sebenar

Bil. Bahan Unit Harga Seunit Jumlah


1. Wayar 1m RM7.00 RM7.00
2. Panel kawalan 1 RM40.00 RM40.00
3. Batang 4 RM15.00 RM60.00
pemanas
4. Engsel 2 RM1.50 RM3.00
5. Cat Sembur 2 tin RM8.00 RM16.00
6. mozek 2 RM2.50 RM5.00
7. Aluminium 5ft RM 15.00 RM75.00
8. Kayu 1 RM23.00 RM23.00
9. Skru 2 paket RM4.00/paket RM8.00
Jumlah RM237.00

3.3 PENGUMPULAN DATA


1. Pastikan mesin sedia dan selamat untuk digunakan.
2. Buka pintu dan masukkan dua pasang kasut kedalam mesin.
3. Hidupkan mesin dan tetapkan pada suhu yang dikehendaki.
4. Tunggu sehingga proses pengeringan kasut selesai.
5. Keluarkan kasut setelah proses pengeringan kasut selesai.

26
3.4 DATA ANALISIS
Masa yang diambil untuk kasut kering.

Suhu 60℃ 70℃ 80℃

Masa

27
3.5 KESIMPULAN

Bab ini menjelaskan tentang rekabentuk kajian, kaedah pengumpulan dan analisis data
serta instrumen kajian yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini. Setiap kajian yang
dilakukan mempunyai metodologi kajian yang tersendiri mengikut jenis kajian yang dilakukan.
Dengan adanya metodologi kajian, kajian yang akan dilakukan akan lebih teratur dan akan
mendapatkan hasil kajian yang lebih baik. Metodologi kajian juga boleh dianggap sebagai
perancangan awal ke arah mana sesuatu kajian itu akan dibawa sama ada ke arah kejayaan atau
sebaliknya.

Secara umumnya, proses pembuatan peti pengering kasut ini meliputi 6 proses, iaitu
proses mengukur saiz dan ukuran yang dikehendaki, kerja-kerja menggerudi dan
penyambungan, memotong besi, kerja menyambung supaya menjadi kotak, pendawaian dan
mengecat.

Kesimpulannya, projek yang baik haruslah mempunyai fungsi yang efektif dan
mempunyai keboleh-harapan yang tinggi, mudah digunakan dan harga kos pembuatan
berpatutan dengan projek yang dilakukan supaya mudah digunakan dan dapat diterima oleh
para pengguna. Projek ini telah mencapai aspek-aspek yang telah dikemukakan dan ia
berpotensi untuk menjadi alatan yang popular dikalangan masyarakat.

3.6 REFERENCES

28
I. Baigrie, Brian (2006), Electricity and Magnetism: A Historical Perspective, Greenwood Press, m/s. 7–
8, ISBN 0-313-33358-0
II. Adkins, C.J. (1968/1983). Equilibrium Thermodynamics, (1st edition 1968), third edition 1983,
Cambridge University Press, Cambridge UK, ISBN 0-521-25445-0.
III. Callen, H.B. (1960/1985). Thermodynamics and an Introduction to Thermostatistics, (1st
edition 1960) 2nd edition 1985, Wiley, New York, ISBN 0-471-86256-8.

3.7 GANTT CHART

29