Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SUKANTARA 2019

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM JELATANG

Pada hari Selasa dan Rabu bersamaan 2 dan 3 April 2019 yang lepas, Sekolah Rendah
Arab Jaim Jelatang Alor Gajah telah mengadakan sukantara di Padang Taman Sutera, Alor
Gajah. Sukantara ini telah melibatkan semua guru dan semua murid-murid Sekolah Rendah
Arab Jaim Jelatang.

Tujuan sukantara ini diadakan untuk memberi peluang kepada rumah sukan untuk
memilih atlet bagi mewakili rumah sukan pada kejohanan sukan akan datang. Selain itu,
sukantara juga memberi peluang kepada murid-murid untuk mencuba kesemua acara sukan
yang dipertandingkan walaupun mereka tidak dapat menyertai kejohanan sukan tahunan.

Antara acara yang dipertandingkan semasa sukantara ini adalah lumba lari, tarik tali,
lompat jauh dan lontar peluru.

Sukantara ini diadakan bermula dari jam 8 pagi hingga 10 pagi bagi kedua dua hari.
Kesmua murid diminta untuk menyertai kesemua acara yang dipertandingkan bagi
membolehkan guru-guru memilih atlet yang berpotensi bagi mewakili rumah sukan mereka di
kejohanan sukan sekolah.

Disediakan Oleh,

___________________

( Muhd Aizzat Syazwan )


Pelapor
Sukantara 2019 SRAJJ
Laporan Bergambar