Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : KEHEBATAN ISKANDAR ZULKARNAIN

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ucapan


Terima kasih Pengerusi Acara. Barisan yang hakim yang Aluan
bijaksana.
Guru-guru dan rakan semua.

Kehebatan Iskandar Zulqarnain.

Iskandar Zulqarnain bukanlah Alexander The Great yang Pengenalan


berasal dari Rom kerana sejarahnya tidak sama dengan apa
yang tercatat di dalam al-Quran.

Sebaliknya Iskandar Zulqarnain ialah seorang lelaki soleh yang Isi 1


mulia, disebut namanya di dalam al-Quran. Kisahnya
dirakamkan dalam surah al-Kahfi ayat 83 hingga 98.

Pemerintah agung bertaqwa beriman ( Pantun ) Huraian 1


Ilmu dan hikmah kurniaan Yang Esa
Kerajaannya besar tiada tandingan
Timur ke Barat luas jajahannya

Dalil 1

Surah al-Kahfi, ayat 83 yang bermaksud :


Dan mereka bertanya kepadamu tentang Zulqarnain.
Katakanlah, “Aku akan menceritakan kepada kamu sedikit
tentang perihalnya.”

Ya rakan-rakan…
Jadilah pemimpin yang beriman lagi bertaqwa. Pengajaran
Keperibadian Sultan Muhammad V contoh yang mulia. 1

Kawan-kawan…

Kehebatan Iskandar dalam memimpin jadi panduan. Isi 2

Suatu hari… Huraian 2


Iskandar Zulqarnain ingin mengembara ( Syair / Nasyid )
Meluaskan kerajaan jajahan baginda
Dibawa seluruh bala tenteranya
Lengkap teknologi dan juga senjata

Iskandar Zulqarnain memulakan perjalananmemperluaskan


kerajaannya dari Timur menuju ke Barat.

Sehinggalah baginda menakluki sebuah negara di hujung


barat dunia dan di situlah tempat matahari terbenam.

Begitulah Allah memperluaskan kerajaan pimpinan baginda.

Dalil 2

Surah al-Kahfi, ayat 84 yang bermaksud :


Sesungguhnya Kami telah memberikan kekuasaannya
memerintah di bumi. Dan Kami beri kepadanya jalan bagi
menjayakan setiap sesuatu yang diperlukannya.

Ya rakan-rakan…

Kata pepatah, ‘Jauh perjalanan, luas pengalaman.’ Pengajaran


Mengembaralah ke bumi Allah mencari hikmah dan 2
pengajaran.

Projek Kembara Mengelilingi Dunia dengan bermotosikal oleh


anak Malaysia, kita sokong bersama.

Kawan-kawan…

Kehebatan Iskandar Zulqarnain dalam berdakwah jadi Isi 3


tauladan.
Baginda berdakwah kepada rakyatnya agar membuat
kebaikan.

“Wahai penduduk kerajaan Iskandar Zulqarnain! Huraian 3


Raja telah berpesan agar kita melakukan kebaikan dan
meninggalkan kejahatan.”
“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang baik akan
diberikan ganjaran. Dan sesiapa yang melakukan
kejahatan akan diberikan hukuman!”

Begitulah kehebatan dakwah baginda ( Nasyid )


Rakyat diseru melakukan kebaikan
Orang beriman diganjarkan pahala
Orang yang kafir diazab Tuhan

Iskandar kemudiannya meneruskan perjalanan dari Barat ke


Timur melalui jalan yang berbeza.

Dalil 3

Surah al-Kahfi, ayat 87 yang bermaksud :


Dia berkata,”Sesiapa yang melakukan kezaliman, maka kami
akan menyiksanya. Kemudia dia akan dikembalikan kepada
Tuhannya dan diazab dengan azab yang buruk.

Ya rakan-rakan…

Berdakwah itu wajib hukumnya. Pengajaran


Contohilah ketegasan Sultan Brunei dalam berdakwah dan 3
mengamalkan hukum Islam di negaranya.

Kawan-kawan…

Sampainya Iskandar Zulqarnain di negara matahari terbit… Isi 4

Penduduk di situ pelik sekali ( Pantun ) Huraian 4


Tiada rumah tempat berlindung
Hidup di bawah cahaya mentari
Diajar membuat rumah berbumbung

Kemudian baginda meneruskan perjalanan sehingga ke


sebuah lembah di antara dua gunung.

Kaum yang aneh, baginda temukan ( Pantun )


Tidak memahami percakapan manusia
Kepada raja mereka ceritakan
Ya’juj dan Ma’juj kaum durjana
Maka Iskandar Zulqarnain pun membina sebuah tembok tinggi
yang kukuh daripada campuran besi dan tembaga. Begitulah
kehebatan Iskandar Zulqarnain menghukum kaum yang zalim di
bumi.

Dalil 4

Surah al-Kahfi, ayat 94 yang bermaksud :


Mereka berkata, “Wahai Zulqarnain… Sesungguhnya Ya’juj dan
Ma’juj melakukan kerosakan di bumi.

Ya rakan-rakan…

Janganlah kita melakukan kerosakan dan bersifat zalim. Pengajaran


4
Hari ini kezaliman rejim Zionis memerangi rakyat Palestin perlu
dihentikan.

Kawan-kawan…

Kehebatan Iskandar Zulqarnain jadi panduan ( Sajak ) Isi 5


Pemimpin agung yang soleh lagi beriman Huraian 5
Pesan Iskandar Zulqarnain kepada kita jadikan peringatan
Betapa tembok kukuhnya pada suatu hari nanti
Akan hancur dengan perintah Tuhan

Dalil 5

Surah al-Kahfi, ayat 98 yang bermaksud :


Zulqarnain berpesan,”Maka apabila sampai janji Tuhanku,
Dia akan menjadikannya hancur lebur.”

Begitulah kawan-kawan… Pengajaran


Kisah Kehebatan Iskandar Zulqarnain. 5
Semoga kita beroleh pengajaran.

Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Penutup