Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI

Tarikh : 26 Disember 2019


Hari : Khamis
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :
1. Abd Wahat bin Salleh (GB)
2. Mohamad Masri bin Saharuddin (PK Pentadbiran)
3. Noor ‘Aisah binti Adam (PK HEM)
4. Mohd Noor bin Sanap
5. Sugumaran a/l Rengasamy
6. Faten Nadiah binti Mohd Fauzi
7. Devan a/l Parianan
8. Suraini binti Abeni
9. Sharifah binti Omar
10. Chik binti Deraman
11. Alias bin Md Yusof
12. Wan Khairuddin bin Wan Hassan

Butiran mesyuarat:

1.0 Kata Aluan Pengerusi


1.1 Encik Masri selaku PK Pentadiran mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat
pada petang ini.
1.2 Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru
yang sudi hadir dan memberi kerjasama terhadap Program Transisi Tahun 1 bagi
sesi 2020.
1.3 Pengerusi mengharap agar AJK perlaksana program transisi tahun 2020 akan
menjalankan tugas dengan cemerlang seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tindakan: Semua guru

2.0 Penerangan Program Transisi Tahun 1


2.1 Penyelaras mengedarkan lembaran tentang Program Transisi kepada semua
yang hadir.
2.2 Penyelaras menjelaskan tentang tujuan dan objektif Program Transisi dijalankan.
2.3 Penyelaras juga memaklumkan tentang pelaksanaan Program Transisi Tahun 1
tahun-tahun yang lepas.

Tindakan: Semua guru

3.0 Pembentukan AJK


3.1 AJK Program Transisi Tahun 1 2020

Pengerusi : En Abd Wahat bin Salleh


Naib Pengerusi : En Mohamad Masri bin Saharuddin
Pn Noor ‘Aisah binti Adam
Penyelaras Transisi : En Mohd Noor bin Sanap
Setiausaha : Pn Faten Nadiah binti Mohd Fauzi
AJK : Semua Guru Tahun 1

Tindakan: Semua guru

4.0 Hari Serasi Tahun 1 2020


4.1 Hari Serasi Tahun 1 adalah hari pendaftaran dan orientasi murid Tahun 1
akan diadakan pada hari Jumaat, 27 Disember 2019 bertempat di Dewan SKPD.
4.2 Ahli jawatankuasa dan tentatif untuk Hari Serasi telah diedarkan.
4.3 AJK perlaksana akan menjalankan tugas mengikut tugasan masing-masing
supaya majlis dapat dijalankan dengan lancar.

Tindakan: Semua guru

5.0 Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 2020


5.1 Majlis penutup akan diadakan pada minggu ketiga hari Jumaat, 17 Januari 2020
jam 10.30 pagi bertempat di Dewan SKPD.
5.2 Pengisian majlis - ucapan penutup oleh Guru Besar dan penyampaian hadiah
bagi acara sukaneka Tahun 1.

Tindakan: Semua guru

6.0 Hal-hal lain


6.1 Semua guru Tahun 1 boleh merujuk kepada Jadual Program Transisi 2020 yang
telah disediakan bagi penyediaan rancangan pengajaran harian sepanjang
minggu transisi dijalankan.
6.2 En.Sugumaran memaklumkan pada masa Pendidikan Jasmani iaitu pada hari
Rabu dan Khamis, murid Tahun 1 dikehendaki memakai baju sukan sekolah.
6.3 Sukaneka akan diadakan pada pagi hari Rabu, 15 Januari 2020. Semua guru
Tahun 1 diminta memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti sukaneka
tersebut.
6.4 Pengerusi mengucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang hadir ke
mesyuarat ini serta memberikan kerjasama sepanjang program transisi
berlangsung. Harapan pengerusi agar program ini berjalan dengan jayanya.
6.5 Mensyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Tindakan: Semua guru

Disediakan oleh,

………………………………
(FATEN NADIAH BINTI MOHD FAUZI)
Setiausaha,
Program Transisi Tahun 1 2020,
SK Perantau Damai

Anda mungkin juga menyukai