Anda di halaman 1dari 1

Analisis Kesalahan-kesalahan Semantik Yang Dilakukan Oleh Pelajar Siswazah EFL Libya Dalam Aktiviti

Penulisan

ABSTRAK

Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat kesalahan-kesalahan semantik yang dipercayai dilakukan oleh
pelajar siswazah Libya. 3 faktor telah diselidiki sebagai penyebab utama kepada kesalahan-kesalahan
semantik. Faktor-faktor itu dikenali sebagai perbezaan antara ‘L1’ dan ‘L2’ berdasarkan pengetahuan
linguistik, intervensi struktur ‘L1’ dalam penulisan ‘L2’, impak latar belakang budaya ‘L1’ dalam
menguasai ‘L2’ dan kurangnya pengetahuan dalam ‘L2’.

Pemerhatian terhadap kajian-kajian lepas dalam bidang ‘EA’ mendedahkan bahawa tiada kajian
dilakukan mengenai pengaruh kurangnya penguasaan perbendaharaan kata ‘L2’ dan pengaruh latar
belakang budaya dalam kesalahan-kesalahan semantik (Al-Shormani & Al-Sohbani 2012). Tiga puluh lima
pelajar siswazah Libya menyertai kajian ini dan esei mereka telah ditanda dan dianalisis untuk
mengidentifikasi jenis-jenis kesalahan semantik yang dilakukan bersama-sama dengan frekuensi
kesilapan itu berlaku. Temu bual separa struktur juga telah dilaksanakan untuk mendapatkan informasi
yang lebih mendalam berkenaan penyebab-penyebab utama kepada berlakunya kesilapan-kesilapan
semantik. Dapatan kajian menunjukkan responden melakukan 1428 kesalahan semantik dan jenis-jenis
kesalahan tersebut dikategorikan mengikut adaptasi taksonomi James. Dapatan kajian juga mendapati
bahawa terdapat empat kesalahan utama semantik yang dilakukan dan dikenali sebagai Penterjemahan
daripada L1, ‘paraphrase’, ‘assumed synonymy’, ‘omission of letters’, manakala kesalahan semantik yang
paling kurang dilakukan adalah ‘contextualization’ dan penggantian tempat ‘adjectives’ kepada
‘adverbs’.

Dapatan kajian menunjukkan ‘L1’ mempunyai efek yang hebat dalam mempengaruhi responden
melakukan kesalahan semantik. Dapatan kajian mendapati latar belakang budaya ‘L1’ dan perbezaan
daripada budaya ‘L2’ telah menyebabkan responden menghasilkan terma dan struktur yang pelik dan
mempunyai banyak makna daripada mengikut perspektif dan format rasmi ‘L2’. Selebihnya, dapatan
kajian menunjukkan terdapat kurangnya kompetensi dalam ‘L2’ dan kurangnya kosa kata ‘L2’ yang
dikuasai pelajar menjadi penyebab utama kepada kesalahan semantik dan akhirnya menjurus kepada
perkataan yang tidak boleh diterima. Sebahagian implikasi pendidikan telah dicadangkan dalam
mengatasi permasalahan ini untuk kegunaan pihak-pihak yang terlibat dalam konteks Libya seperti guru
Bahasa Inggeris, pengkaji dan pembuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai