Anda di halaman 1dari 2

Nama: Rapunzel Florence Stephen

Kursus: Pendidikan Khas 1

Tema: Pencemaran

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang dihormati Pensyarah Kursus Pencucapan Awam, Tuan Haji Mohamad Roslan Bin Ghazali.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian.

Selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan ucapan saya yang bertajuk “Langkah-langkah Mengatasi
Pencemaran Alam Sekitar”.

1. Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah
negara. Namun, pembangunan yang tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah
semestinya akan menyebabkan timbulnya pelbagai isu berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin
merosot. Oleh itu, pelbagai langkah drastic perlu diambil sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya,
aoakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran alam sekitar?. Jawapannya terletak
pada kita semua. Tidak kira siapa, yang pasti semua pihak mempunyai tanggungjawan bagi mengatasi
masalah ini.

Hadirin Sekalian,

1. Pepatah Melayu ada mengatakan “tiada penyakit yang tiada penawarnya”. Antara langkah yang
boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui pendidikan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar boleh diterapkan kepada para pelajar sejak dibangku sekolah lagi. Hal ini kerana
pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum di institusi pendidikan. Para pelajar seharusnya diterapkan
dengan nilai menghargai dan menjaga alam sekitar. Pendidikan alam sekitar boleh diberikan dengan
cara mengajar generasi muda tentang cara menjaga alam sekitar melalui langkah kitar semula, guna
semula, dan sebagainya.

2. Seterusnya, langkah untuk mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui amalan harian di
rumah. Setiap anggota keluarga perlu bertanggungjawab dalam memastikan agar amalan harian yang
dilakukan tidak membawa kesan kepada alam sekitar. Amalan yang boleh dilakukan oleh anggota
keluarga untuk mengatasi pencemaran alam ialah dengan tidak membuang sisa minyak ke dalam singki
yang boleh mengakibatkan berlakunya pencemaran air. Sebaliknya, minyak masakan haruslah dibungkus
dengan baik dan dibuang ke dalam tong sampah untuk dilupuskan dengan cara yang efisyen. Perbuatan
membuang minyak masakan ke dalam singki menyebabkan air sukar dirawat semula.
3. Selain itu, kempen juga boleh diadakan untuk mengatasi masalah pencemaran alam yang berlaku.
Kempen boleh disalurkan kepada masyarakat umum melalui media massa bercetak dan media massa
elektronik. Melalui media massa bercetak, artikel dan rencana mengenai cara mengatasi pencemaran
alam harus disediakan untuk memudahkan pembaca mengetahui langkah terbaik menguruskan alam
sekitar. Iklan tentang penjagaan alam sekitar dan langkah mengatasi alam sekitar boleh juga disiarkan
melalui internet, televisyen, radio, dan sebagainya. Iklan-iklan yang dihasilkan haruslah lebih menarik
dan kreatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum.

Hadirin sekalian,

Tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang
terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih sihat dan selesa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai