Anda di halaman 1dari 2

Rujukan kami : SMKS4KD/700-9/3/1( )

Tarikh : 15 Januari 2020

Team Selangor,
No 17, Jalan Selangor,
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Up : Wan Mohd Aliff Raimy Bin Mohd Marzuki
Unit Sekolah,

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH DI SMK


SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA

Dengan segala hormatnya perbincangan pada Tarikh 10/1/2020 dan perkara di atas adalah
dirujuk.

2. Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 4 Kota Damansara dengan sukacitanya menjemput pihak tuan untuk turut hadir
bagi menjayakan program berkenaan pada ketetapan berikut

Tarikh/hari : 31 Januari 2020 ( Jumaat )


Masa : 8.30 pagi – 12.30 tgh
Tempat : Kawasan sekolah ( sekitar padang, perparitan dan
longkang dan sepanjang Lorong di tempat luar pagar
sekolah)

3. Untuk pengetahuan tuan, pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong perdana


peringkat sekolah yang bergabung bersama komuniti setempat seperti PDRM, Pasukan
Bomba dan Penyelamat, Proton Pesona Owners Club dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) , adalah semata-mata menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
sepertimana disenaraikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025, Anjakan ke 9; Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
4. Besar harapan kami jika pihak tuan dapat hadir bersama berkeloborasi dalam
menjayakan program ini. Semoga kehadiran tuan akan lebih merialisasikan lagi program
tersebut. Keprihatinan dan jasa baik tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


‘BERILMU BERSUSILA’

Saya yang menjalankan amanah,

(CHE MAH BT SHARIF)


Pengetua
SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Anda mungkin juga menyukai