Anda di halaman 1dari 5

Konsep

Keutuhan wacana dapat dikesan melalui wujudnya susunan yang berututan atau teratur dalam
sesuatu wacana.

Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu:

a) Terdapatnya urutan atau koheren (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks
yang bermakna dan dapat difahami.)

b) Wujudnya tautan atau kohesi (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain.)

c) Terdapatnya penanda wacana yang wujud dalam keempat-empat jenis keutuhan wacana.

utuh.png

1.0 Keutuhan Semantik

Dari segi etimologi, perkataan semantik yang disebut sebagai sema dalam bahasa Yunani membawa
maksud tanda atau lambang.

Dari segi bahasa, perkataan semantik merujuk kepada ilmu yang mengkaji perkaitan antara lambang
atau perkataan atau ayat dengan maknanya.

Secara umumnya, semantik merupakan kajian berkenaan dengan makna sesuatu perkataan, frasa
dan ayat dalam sesuatu bahasa yang digunakan dalam komunikasi lisan atau tulisan.

semantik.png

1.1 Hubungan Semantik Antara Bahagian Wacana


1)Hubungan sebab dan akibat

Contohnya:

Dia menyiapkan kerjanya itu sehari suntuk. Dia terlalu penat lalu tertidur.

Azami sering tidak datang bekerja. Dia diberikan amaran oleh ketua jabatannya.

2)Hubungan sebab dan hasil

Contohnya:

Dia seorang yang peramah dan suka berkawan. Dia disenangi dan mempunyai ramai rakan.

Dia rajin bertanya dan membaca tentang bahasa. Ilmunya tentang bahasa amat banyak.

3)Hubungan sebab dan tujuan

Contohnya:

Pelajar itu sudah mula menabung. Dia tidak mahu meminjam wang apabila melanjutkan
pengajiannya nanti.

Karim ke Mekah dalam masa dua bulan lagi. Dia mahu menunaikan ibadah umrah.

4)Hubungan syarat dan hasil

Contohnya:

Kita perlu berdedikasi dalam kerjaya kita. Insya-Allah kita akan mendapat keberkatan.
Bersenam dapat menyegarkan aspek fizikal dan minda kita. Dengan melakukan aktiviti ini kita dapat
mengekalkan kesihatan.

5)Hubungan latar dan kesimpulan

Contohnya:

Sungguh indah sekali bahasa dalam puisi itu. Rupa-rupanya puisi itu nukilan Usman Awang.

Rumah di atas bukit itu cukup cantik. Apa tidaknya, rumah seorang arkitek ternama.

6)Hubungan perbandingan

Contohnya:

Dia cantik. Kakaknya lagi cantik.

Dia baik sekali. Rakan karibnya itu tidak sebaik dia.

7)Hubungan memperkuat isi

Hubungan memperkuat isi bermaksud ayat yang mengikutinya itu memberikan maklumat tambahan
tentang salah satu daripada perkara yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya dengan tujuan untuk
memperkukuh pernyataannya.

Contohnya:

Sungguh kejam orang itu. Dipukulnya pembantunya itu sebelum dibunuh dan dibakarnya. (Ayat
kedua memperkuat maksud kejam.)

Jambangan bunga itu indah sekali. Bunganya berwarna-warni, bermacam-macam dan masih amat
segar. (Ayat kedua memperkuat maksud indah sekali.)
8)Hubungan aditif

Hubungan aditif bermaksud ayat yang mengikutinya itu memberikan maklumat tambahan tentang
perkara yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya tetapi maksudnya tidak dapat dikategorikan dalam
mana-mana jenis kesinambungan idea 1) hingga 7). Ayat tersebut adalah sebagai tambahan sahaja.

Contohnya:

Dia sudah lama menghidap penyakit itu. Penyakit itu amat jarang dihidapi manusia; satu dalam
sejuta orang. (Ayat kedua hanya memberikan maklumat tambahan tentang penyakit itu.)

Tahun ini dia menerima anugerah cemerlang. Anugerah itu yang pertama dalam sejarah kerjayanya.
(Ayat kedua hanya memberikan maklumat tambahan tentang anugerah itu.)

1.2 Hubungan Semantik dari Segi Konteks atau Latar Wacana

Kesatuan topik

Contohnya:

Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar dugaan.
(Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

Saya sudah boleh membaca dengan lancar. Betul-betul di luar dugaan. (Yang menyatakan pendapat
ialah seorang murid yang asalnya tidak mengenal huruf.)

2)Hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar

Contohnya:

A: Sudah siap?
B: Belum. Bekalan tidak mencukupi.

(Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak
memahaminya.)

3)Laras bahasa yang digunakan

Contohnya:

Laras bahasa dalam iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat
memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.

Sesuatu isu yang disampaikan oleh penyampai radio merupakan satu wacana walaupun mempunyai
cara penyampaian tersendiri kerana isu yang disampaikan dapat difahami dengan jelas. Contoh
dialog yang biasa diujarkan oleh penyampai radio adalah seperti berikut:

Kita sedang mendengar radio pujaan ramai kita… Radio Era. Cuaca pada hari ini ceria sekali dan tiada
tanda-tanda hujan akan turun. Syukur kepada Tuhan. Dapatlah kita melakukan tugas-tugas seharian
kita. Mari kita dengar pula info trafik. Trafik dilaporkan lancar di semua lebuh raya utama.

Dialog yang digunakan oleh penyampai radio ini menggunakan frasa dan ayat yang ringkas tanpa
penanda wacana untuk membezakan idea pertama tentang cuaca dan idea kedua tentang keadaan
trafik.

1.3 Unsur Paralinguistik

Unsur-unsur paralinguistik merujuk kepada alat-alat lain yang digunakan untuk memperjelaskan
persembahan wacana.

Dalam tulisan, alat-alat ini termasuklah penggunaan tanda baca seperti koma, noktah, koma bertitik,
noktah bertindih, tanda petik dan sebagainya.

Dalam lisan, keadaan air muka dan isyarat daripada gerakan tangan akan menghasilkan wacana yang
utuh dari segi semantik.

Anda mungkin juga menyukai