Anda di halaman 1dari 4

BIL QUE SALUTASI CATATAN

1 Aluan Acara Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T


dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia_______________________________
_____________________________________________
_____________________________________________,

Yang Berusaha

Yang Dihormati,

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi


sekalian.

Alhamdulillah dengan lafaz syukur pada yang Maha Esa


dapat kita berjumpa pada pagi yang indah ini untuk
meyempurnakan Program Pembangunan Sahsiah Murid
dan Watikah Badan Kepimpinan Murid Sekolah tahun
2020.

2 BACAAN “Buluh diasah jalinan disemat,


DOA Gubahan diolah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat”

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita


bersama-sama memohon keberkatan daripada Ilahi.
Untuk itu, majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz
____________________________________________
untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
***
Amin amin ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih atas bacaan doa itu sebentar tadi.
Moga majlis kita dipayungi rahmat dan keberkatan
daripada Rabbul Izzati.

3 Zikir Asmaul Hadirin diminta untuk berdiri bagi sama-sama


Husna mengalunkan Zikir Asmaul Husna dan menyanyikan
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu
Nyanyian lagu Sekolah.
- Lagu
Negaraku ****
- Lagu
Selangor Seterusnya
- Lagu dijemput__________________________________
Sekolah untuk mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara.

****

Hadirin dipersilakan duduk.

4 Ucapan Hadirin sekalian, sebagai pembuka tirai majlis pada pagi


Pengetua yang berbahagia ini, pihak majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.

***

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas


ucapan Puan Pengetua itu sebentar tadi.

5 Ucapan Kalau tuan pikat kenari,


Perasmi Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin sekalian, majlis dengan penuh takzim dan


sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia
____________________________________________
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Program Pembangunan Sahsiah
Murid dan Watikah Badan Kepimpinan Murid ng bagi
tahun 2020. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

***
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berbahagia __________________________________
atas ucapan perasmian itu tadi.

6 Gimik MAJLIS MEMPERSILAKAN YG BHG...DIRINGI PN RABIYA BT


Perasmian MOHD SULTAN PENGETUA DAN BARISAN PENTADBIR UNTK
BERSAMA-SAMA MELANCARKAN GIMIK PERASMIAN
PROGRAM
****

7 Penyampaian Para guru dan pelajar sekalian, bagi menyempurnakan


Watikah watikah pelantikan Badan Kepimpinan Murid majlis
Badan dengan ini menjemput Yang
Kepimpinan Berbahagia___________________________________
Murid ____________________________dengan diiringi oleh
untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada para
pelajar. Dipersilakan.

***

Dipersilakan...

Ketua Tingkatan....

Penolong Ketua Tingkatan...

Pembimbing Rakan Sebaya...

Pengawas Pusat Sumber...

Pengawas Sekolah...

8 Lafaz Ikrar Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar Badan


Badan Kepimpinan Murid. Dengan ini dipersilakan Badan
Kepimpinan Tertinggi Pengawas yang diketuai oleh
Murid ____________________________________________
Untuk bacaan lafaz ikrar. Dipersilakan.

****

Demikian tadi lafaz ikrar oleh Badan Kepimpinan Murid


yang diketuai
oleh________________________________________.
Terima kasih diucapkan atas pimpinan lafaz ikrar
sebentar tadi. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu
tadi akan menjadikan Badan Kepimpinan Murid di
sekolah ini lebih komited dalam menjalankan tugas
mereka.
9 Penyampaian Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, majlis
Cenderahati dengan ini menjemput
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia____________________________________
_____________________________________________
sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah.
Dipersilakan.

****
Terima kasih diucapkan kepada atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

10 Bersurai Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis kita telah pun sampai ke penghujungnya. Majlis
merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada hadirin sekalian atas kesudian
memeriahkan Majlis Program Pembangunan Sahsiah
Murid dan Watikah Badan Kepimpinan Sekolah

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah


Assalamualaikum WBT