Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

PROGRAM ZIARAH CAKNA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020


ACARA TEKS
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.
Ketibaan
Tetamu Khas Mengumumkan ketibaan Encik Suzaimi bin Abdul Rais -School
Support Partner SJKC Kok Ming dari Pejabat Pendidikan
Daerah Manjung dan Pengerusi PIBG SJKC Kok Ming Puan
Guok Lan Hua dengan diiringi oleh Puan Kok Chiu Yuan Guru
Besar SJKC Kok Ming.

NYANYIAN Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, para hadirin
LAGU dimohon berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu
NEGARAKU, Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah.
LAGU NEGERI
PERAK DAN *****************NYANYIAN LAGU********************
LAGU
SEKOLAH. Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.
Tetamu jemputan , para guru dan murid-murid dipersilakan
duduk.

KATA ALU- Mencari timba si anak dara


ALUAN
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang dihormati Encik Suzaimi bin Abdul Rais -School Support


Partner SJKC Kok Ming dari Pejabat Pendidikan Daerah
Manjung

Yang Berusaha Puan Guok Lan Hua Pengerusi PIBG SJKC


Kok Ming

Yang Berusaha Puan Kok Chiu Yuan Guru Besar SJKC Kok
Ming

Puan Ling Duing Sim, Guru Kanan Pentadbiran

Puan Ling Siew Ching, Guru Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Yew Ming Jong, Guru Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kok Ming dan


murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. dan
Salam sejahtera,
Majlis mengucapkan selamat datang serta jutaan terima kasih
kepada Encik Suzaimi Bin Abdul Rais, -School Support Partner
SJKC Kok Ming atas kesudian bersama- sama menjayakan
Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah Tahun 2020 pada
pagi yang berbahagia ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Program Ziarah Cakna yang dilancarkan pada hari ini
merupakan program lawatan guru ke rumah murid untuk
bertemu dengan ibu bapa dilihat dapat memberi manfaat positif
kepada perkembangan menyeluruh murid. Selain itu juga,
melalui lawatan ini guru dapat mengumpul maklumat keluarga
murid, memahami latar belakang murid berdasarkan tempat
mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat
merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru.
Antara tujuan Program Ziarah Cakna ini adalah untuk
i. memperluaskan amalan penyayang,
ii. merapatkan hubungan di antara ibu bapa dan warga
sekolah
iii. Meningkatkan persefahaman ibu bapa dan guru untuk
meningkatkan kemenjadian murid
iv. Memahami latar belakang keluarga murid
v. Berkongsi pandangan antara ibu bapa / penjaga bagi
mengembangkan potensi murid.

SSP sekolah Hadirin yang dihormati sekalian,


membacakan
perutusan Majlis dengan segala hormatnya menjemput, Encik Suzaimi
timbalan menteri bin Abdul Rais, -School Support Partner SJKC Kok Ming PPD
pendidikan Manjung bagi menyampaikan ucapan dan membacakan
malaysia Perutusan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia sempena
pelancaran Program Ziarah Cakna peringkat sekolah bagi
tahun 2020. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

(Setelah selesai)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Suzaimi bin


Abdul Rais, -School Support Partner SJKC Kok Ming PPD
Manjung atas ucapan itu tadi.
Ucapan alu- Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Kok Chiu Yuan,
aluan Guru Guru Besar SJKC Kok Ming untuk menyampaikan ucapan dan
Besar memberikan sedikit penerangan kepada murid-murid tentang
Program Ziarah Cakna ini .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***************** menyampaikan ucapan *****************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Kok Chiu


Yuan atas ucapan beliau sebentar tadi..

Merasmikan Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput


Program ziarah Encik Suzaimi bin Abdul Rais dan Pengerusi PIBG Puan
cakna Guok Lan Hua untuk merasmikan Program Ziarah Cakna
Peringkat Sekolah Tahun 2020

***************** Perasmian *****************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan


untuk menyempurnakan acara perasmian Program Ziarah
Cakna peringkat sekolah Tahun 2020 sebentar tadi.

PENUTUP Hadirin yang dihormati sekalian,

Maka dengan ini berakhirlah majlis perasmian Program Ziarah


Cakna Peringkat Sekolah bagi tahun 2020. Sebelum majlis
bersurai dijemput semua guru bersama-sama naik ke pentas
untuk sesi bergambar. Untuk pengetahuan semua, selepas
majlis ini Encik Suzaimi dan Pengerusi PIBG dengan diiringi
oleh Guru Besar SJKC Kok Ming Puan Kok Chiu Yuan dan
Guru Kanan Hal Ehwal Murid Puan Ling Siew Ching akan
berkunjung ke rumah murid yang berkenaan.

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian. Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai