Anda di halaman 1dari 5

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

SK LKTP ADELA
TAHUN 2020
1. NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Sukan Tahunan SK LKTP Adela

2. PENGANJUR
Unit KoKurikulum

3. PENGELOLA
Jawatankuasa Khas yang telah dilantik oleh Unit KoKurikulum

4. PERATURAN UMUMUndang-undang dan Peraturan Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia


( KOAM ) 2010 - 2011. Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Johor ( MSSJ ) Edisi 2011

5. PERATURAN TAMBAHAN
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan
peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran

6. PERBARISAN LINTAS HORMAT


6.1 Semua kontinjen yang menyertai kejohanan dikehendaki mengambil bahagian
dalam perbarisan untuk pembukaan rasmi dan penutupan kejohanan.

6.2 Setiap kontinjen dalam barisan 3 orang sebaris dan bilangan kontinjen
seramai 31 orang termasuk ketua perbarisan, pembawa bendera, pemegang sepanduk dan
seorang maskot.

6.3 Hanya maskot sahaja dipertandingkan. Pertandingan maskot meliputi gaya persembahan maskot
dan hiasan maskot sahaja

7 SISTEM PEMARKAHAN
7.1 Sukantara

7.1.1 1 markah bagi menyertai acara


7.1.2 2 markah bagi yang melepasi had kelayakan
7.1.3 Markah keseluruhan bagi kontinjen yang mendapat markah tertinggi akan
mendapat mata seperti jadual berikut

TEMPAT MATA KESELURUHAN


PERTAMA 10 MATA
KEDUA 8 MATA
KETIGA 6 MATA
KEEMPAT 5 MATA
HAD KELAYAKAN SUKANTARA

100M 200 M LOMPAT JAUH


L7 23 SAAT L7 50 saat L7 1.8 METER
L8 – L9 20 SAAT L8 – L9 47 SAAT L8 – L9 2 METER
L10 – L11 18 SAAT L10 – L11 43 SAAT L10 – L11 2.5 METER
L12 15 SAAT L12 40 SAAT L12 2.8 METER
P7 25 SAAT P7 52 SAAT P7 1.5 METER
P8 – P9 22 SAAT P8 – P9 49 SAAT P8 – P9 1.8 METER
P10 – P11 20 SAAT P10 – P11 45 SAAT P10 – P11 2 METER
P12 18 SAAT P12 42 SAAT P12 2.2 METER

7.3 Acara balapan Individu

TEMPAT MATA KESELURUHAN


PERTAMA 5 MATA
KEDUA 3 MATA
KETIGA 1 MATA

8. JENIS PERTANDINGAN

8.1 Kejohanan Individu

8.2 Jenis acara untuk kejohanan adalah seperti berikut :

ACARA L12 L11 L10 L9 L8 L7 P12 P11 P10 P9 P8 P7


100M / / / / / / / / / / / /
200M / / / / / / / / / / / /
4x100M / / / / / /
Lompat Jauh / / X X X X / / X X X X
Lompat Tinggi / / X X X X / / X X X X
Lontar Peluru / / X X X X / / X X X X
Rejam Lembing / / X X X X / / X X X X
10.0 ACARA PERTANDINGAN

10.1 Setiap rumah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap
acara Individu

10.2 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut :

INDIVIDU BERPASUKAN
2 1

11.0 PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA

11.1 Pendaftaran peserta hendaklah menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan
disahkan oleh Ketua Rumah masing-masing. Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada
pengelola selewat-lewatnya 03 Februari 2020

11.2 Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. ( contoh : peserta 9 Tahun
tidak boleh bertanding dalam 11 Tahun kecuali dalam acara padang )

12.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA

12.1 Pengundian

12.1.1 Penganjur akan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat
undian lorong dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada semua
pengurus pasukan sekolah.

13.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

13.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45
minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu,
mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta

13.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam
arena pertandingan

13.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka
TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan
kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang
pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

13.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan
dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing

13.4.1 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan
Nombor peserta sebagaimana yang didaftarkan kepada Hakm berkenaan. Sekiranya
arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai
acara itu.

13.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara meraka dimulakan,
TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap
sebagai telah menarik diri

14.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

14.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena
pertandingan diringi oleh pegawai pengiring pertandingan

14.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong
masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan
nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang

15.0 MEMANASKAN BADAN

13.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan

16.0 BLOK PERMULAAN

16.1 Bagi acara-acara yang di bawah untuk peringkat umur 12 Tahun Ke Bawah ( Lelaki dan
Perempuan ) permulaan dekam MESTI DIGUNAKAN, tetapi penggunaan Blok Permulaan tidak
diwajibkan dan terpulang kepada peserta itu sendiri.

Acara : 100m, 200m

15 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOAM, kecuali perkara-perkara berikut :

15.1 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta
Merta dan tidak lewat daripada

15.1.1 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat
akhir

15.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan
sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Ringgit Sahaja )

16 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

16.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik , berhak meminda susunan acara jika
difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

16.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undan-
Undang Olahraga KOAM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSD Pengerang atau Peraturan-Peraturan
Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSD Pengerang.

17 HAL – HAL LAIN

17.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak
berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

17.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian, TIDAK DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN
KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

17.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilanga
Anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku Semasa kejohanan dijalankan
atau di dalam dan di luar kawasan temasya

17.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah
Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
Munasabah

18 PERTANDINGAN TARIK TALI

18.1 Semua kontinjen yang menyertai kejohanan dikehendaki mengambil bahagian


dalam acara tarik tali.

18.2 Setiap pasukan menyenaraikan 15 peserta tarik tali. 10 orang peserta tarik dan 5 orang peserta
Simpanan.

18.3 Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan. Setiap perlawanan akan dijalankan sebanyak
dua kali. Sekiranya seri, perlawanan akan ditentukan melalui perlawanan yang ketiga. Kutipan 3
mata diberi kepada pasukan pemenang. Pasukan mata tertinggi akan menjadi JOHAN perlawanan
keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai