Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA

SEK. KEB. TAMAN SEGAR TAHUN 2020


TEKS UCAPAN

1 YANG BERUSAHA,

PN. AINON BINTI MOHAMED ASARI


GURU BESAR SEK. KEB. TAMAN SEGAR

YANG DIHORMATI

PN. ROSNI BINTI OTMAN


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
SEK. KEB. TAMAN SEGAR

EN. MOHD IZUDDIN SHAH BIN ABDULLAH


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PN. SARA BINTI AHMAD TERMIZI


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PN. ROYATI BINTI WAN SALIM


PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

BARISAN KETUA-KETUA PANITIA, RAKAN-RAKAN GURU DAN PARA PELAJAR


YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.


2 ALHAMDULILLAH DENGAN LAFAZ SYUKUR PADA YANG MAHA ESA DAPAT KITA
BERJUMPA DI PAGI YANG INDAH INI UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS
PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA SEK. KEB. TAMAN SEGAR BAGI
TAHUN 2020

GURU-GURU DAN PELAJAR SEKALIAN,


TUJUAN MAJLIS SEUMPAMA INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MENGIKTIRAF
PERANAN PEMIMPIN MUDA DALAM MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN
SEKOLAH DISAMPING MENYEMAI SIKAP BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP
TUGASAN YANG DIAMANAHKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.

SEMOGA DENGAN PENYERAHAN TUGAS INI NANTI AKAN MENJADIKAN MEREKA


PEMIMPIN MUDA YANG BERDEDIKASI DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN
TUGAS.

3 PEMIMPIN MUDA IALAH MEREKA YANG DILANTIK OLEH PIHAK SEKOLAH.

PELANTIKAN MEREKA ADALAH DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI


PERIBADI YANG BAIK, DAPAT MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DENGAN JUJUR,
BERANI, BERDEDIKASI DAN BIJAKSANA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.

DENGAN ADANYA BARISAN PEMIMPIN MUDA INI SEGALA PERMASALAHAN


BERKAITAN PELAJAR AKAN DAPAT DIATASI DENGAN LEBIH BAIK.

4 HADIRIN SEKALIAN,
BAGI MENYEMPURNAKAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIM MUDA SEK. KEB.
TAMAN SEGAR, MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT

PN. AINON BINTI MOHAMED ASARI, GURU BESAR SEK. KEB. TAMAN SEGAR

DENGAN DIIRINGI

OLEH EN. MOHD IZUDDIN SHAH BIN ABDULLAH PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID

UNTUK TAMPIL KE PENTAS. DIPERSILAKAN.


5 ~WATIKAH~

DIPERSILAKAN,
ACHMAD AMIN AZAMI BIN ACHMAD ALLYUDIN,
MEWAKILI PENGAWAS BRIDGE BESTARI.

DIPERSILAKAN PULA,
SAIFUL HARITH BIN SAIFUL REZUAN,
MEWAKILI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.

DIJEMPUT,
WAN NURSYAHIERA BALQIS BINTI WAN MOHD HAFIDZ,
MEWAKILI PENGAWAS PUSAT SUMBER.

DIJEMPUT PULA,
MUHAMMAD ARIF ARSYAD BIN MUHAMMAD FIRDAUS,
MEWAKILI PENGAWAS SPBT.

DAN YANG TERAKHIR,


MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN,
IMAN ZAIDAN BIN MOHD NAJIB,
KETUA PENGAWAS SEKOLAH,
MEWAKILI PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI 2020.

6
DEMIKIAN TADI PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SEK.
KEB. TAMAN SEGAR BAGI TAHUN 2020. TAHNIAH DIUCAPKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN. AINON BINTI MOHAMED ASARI ATAS
KESUDIAN MENYAMPAIKAN WATIKAH SEBENTAR TADI.
7 MAJLIS DITERUSKAN DENGAN LAFAZ IKRAR DARI BARISAN PEMIMPIN MUDA.

DENGAN INI DIPERSILAKAN

IMAN ZAIDAN BIN MOHD NAJIB

NAIK KE PENTAS UNTUK MENGETUAI BACAAN LAFAZ IKRAR.

DIPERSILAKAN.
~BACAAN IKRAR~

8 DEMIKIAN TADI LAFAZ IKRAR OLEH BARISAN PEMIMPIN MUDA YANG TELAH
DIKETUAI OLEH

IMAN ZAIDAN BIN MOHD NAJIB.


TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

MUDAH-MUDAHAN DENGAN LAFAZ IKRAR ITU TADI AKAN MENJADIKAN


PEMIMPIN MUDA DI SEKOLAH INI LEBIH KOMITED DALAM MENJALANKAN
TUGAS MEREKA.

9 GURU-GURU DAN PARA PELAJAR SEKALIAN,


MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT

PN AINON BINTI MOHAMED ASARI,


GURU BESAR SEK. KEB. TAMAN SEGAR

UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.


DIPERSILAKAN.

10
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA

PN AINON BINTI MOHAMED ASARI


ATAS UCAPAN ITU SEBENTAR TADI.

DENGAN UCAPAN ITU TADI MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS PENYAMPAIAN


WATIKAH PEMIMPIN MUDA SEK. KEB. TAMAN SEGAR BAGI TAHUN 2020.
11 SEKIAN,

SAYA SERAHKAN KEMBALI MAJLIS KEPADA GURU BERTUGAS.