Anda di halaman 1dari 6

TEKS JURU ACARA

MAJLIS PENUTUPAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
DAERAH HILIR PERAK 2019
ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN

2:30
Ketibaan tetamu
jemputan

3:00 Mengumumkan ketibaan Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abdul Karim,
Ketibaan Perasmi Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke Majlis Penutupan Karnival
Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekoah Menengah Hilir Perak 2019

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum salam sejahtera,


pengacara Pembuka kata lidah bicara,
Izinkan saya membuka acara,
Moga majlis disambut ceria.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t

Yang Berusaha
Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abdul Karim,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Yang Berbahagia
Encik Sharul Rizal Bin Hashim,
Timbalan Pengarah DBP Bahagian Utara

Cik Hajah Norizan Binti Hussin


Pengetua SMK Raja Muda Musa Teluk Intan

Puan Salina Binti Salim


SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan

……………………………………………………………………………………………
Pengerusi Induk Karnival Bahasa Melayu Daerah Hilir Perak

Tuan-tuan pengetua dan guru-guru besar sekolah daerah Hilir Perak, guru-
guru penolong kanan, hakim-hakim pertandingan, guru-guru pengiring ,
peserta-peserta dan hadirin yang di hormati sekalian.

Selamat datang ke Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah


Menengah Hilir Perak 2019.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Illahi.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan. Syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana
dengan limpah kurniaNya kita dapat sama-sama berhimpun di sini bagi
memeriahkan Majlis Penutupan Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah Hilir Perak 2019 , yang telah berlangsung sepanjang hari
ini. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini akan meningkatkan dan
memertabatkan lagi bahasa Melayu, bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda
kita.

Nyanyian Lagu Sebagai pembuka majlis, dipersilakan semua hadirin berdiri untuk
Negaraku dan menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Kebesaran Negeri Perak.
Lagu Kebesaran ***
Negeri Perak Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Untuk memohon keberkatan majlis, marilah sama-sama kita mengaminkan
doa yang akan diketuai oleh Ustaz Zubir Bin Abu Hanifah, PK Hal Ehwal Murid
SMK Raja Muda Musa Teluk Intan.
***
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis akan diberkati.

Terima kasih diucapkan kepada ustaz Zubir Bin Abu Hanifah.

Persembahan SK Hadirin sekalian,


Perwira Sebagai penyeri majlis pada hari ini, kami persilakan murid-murid dari SK
Perwira untuk membuat persembahan.
***
Terima kasih kepada murid-murid SK Perwira yang telah mempersembahkan
…………………………………………………………………………………………………………..
bertajuk ……………………………………………………..
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid ini telah dilatih dan
dibimbing oleh ……………………………………………………………
Tahniah, dan terima kasih sekali lagi
Ucapan Hadirin sekalian,
Perasmian Bagi menyempurnakan majlis pada hari ini, saya dengan segala hormatnya
Penutupan mempersilakan
Yang Berusaha
Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abdul Karim,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak
untuk menyampaikan ucapan, dan seterusnya merasmikan majis penutupan
Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Hilir Perak
2019. Dipersilakan.
***
Bunga selasih di dalam taman,
Harum mewangi penyeri intan;
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Haji


Mohamed Shafie Bin Abdul Karim yang telah menyampaikan ucapan dan
merasmikan majlis sebentar tadi.
Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,
Hadiah Kita teruskan kelangsungan majlis kita dengan penyampaian sijil
penghargaan kepada peserta dan barisan penal hakim.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik


Sharul Rizal Bin Hashim, Timbalan Pengarah DBP Bahagian Utara untuk
mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abdul Karim, Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan penal hakim.

(Rujuk Senarai Hakim)

Bicara Berirama Penyampaian Sijil Penghargaan Bicara Berirama


Sekolah Menengah
Dipersilakan……………………………………………………
dari…………………………………………………………………

Sekolah Rendah
Dipersilakan……………………………………………………
dari…………………………………………………………………

Forum Remaja Penyampaian Sijil Penghargaan Forum Remaja


Sekolah Menengah
Dipersilakan ………………………………………………………

dari ……………………………………………………………………

Pidato Penyampaian sijil penghargaan pertandingan Pidato


Sekolah Menengah
Dipersilakan ………………………………………………………

dari ……………………………………………………………………

Sekolah Rendah
Dipersilakan ………………………………………………………

dari ……………………………………………………………………

Bercerita Tahap 1
Penyampaian sijil penghargaan pertandingan bercerita Tahap 1.
Dipersilakan ……………………………………………………

dari SK………………………………………………………………

Tahap 2
Penyampaian sijil penghargaan pertandingan bercerita Tahap 2.
Dipersilakan……………………………………………………..
dari SK……………………………………………………………..
Pemenang Warga dewan yang dimuliakan,

Sejajar meranti di tanah rendah,


Mencelah berangan tegak merendang
Keputusan dinanti di tangan sudah,
Adat pertandingan ada pemenang .

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui peserta


manakah yang menjuarai pertandingan-pertandingan dalam Karnival Bahasa
Sekolah Daerah Hilir Perak 2019

(Rujuk Senarai Pemenang)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih


Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abdul Karim
kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada
pemenang.

Bersurai Tahniah kepada sekolah yang berjaya,dan syabas kepada peserta. Kepada
yang tidak bernasib baik, kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah
kegagalan sebagai pembakar semangat untuk mencuba pada masa akan
datang.

Gugur menguning buah kuini


Menghijau pohon subur berbaja;
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.

Mudik ke Melaka berperahu payang,


Sambil menantang bunga setanggi;
Kalau ada usia nan panjang,
Karnival mendatang bertemu lagi.

Sebarang kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama sangat dihargai;
Terima kasih daun keladi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati.

Ampun maaf andainya terkasar bahasa, terkhalif bicara dan kurang manis
bermadah pujangga sepanjang karnival ini berlangsung.

Sekian, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai