Anda di halaman 1dari 20

TEKNIK PENGAJARAN

TEKNIK-TEKNIK MENGAJAR KOMSAS

1. TEKNIK DRACER
Definisi
Menulis cerpen berdasarkan drama yang dibaca.

Langkah Pengajaran
a. Murid membaca skrip drama
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti skrip drama aspek watak,
tema dan persoalan, plot dan sinopsis.
c. Murid menulis kembali skrip drama tersebut ke dalam bentuk cerpen.

Genre
Sesuai untuk genre drama

Sumber - Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman (DBP)

2. TEKNIK KOMCER

Definisi
Menulis kembali komik yang dibaca dalam bentuk cerpen

Langkah Pengajaran
a. Murid membaca komik.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti komik tersebut (watak-
watak penting, tema dan persoalan, plot dan sinopsis)
c. Murid menulis kembali komik tersebut dalam bentuk cerpen.

Genre
Sesuai untuk Cerpen

Sumber - Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman (DBP)

1
TEKNIK PENGAJARAN

3. TEKNIK CERDRA
Definisi
Mengadaptasi Cerpen kepada Skrip Drama

Langkah Pengajaran
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
c. Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menulis skrip drama.
d. Murid mengadaptasi cerpen kepada skrip drama.

Genre
Sesuai untuk genre cerpen dan drama

Sumber - Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman (DBP)

4. TEKNIK CERKOM
Definisi
Melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.

Langkah Pengajaran
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti tema dan persoalan, plot
dan watak-watak penting.
c. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
d. Murid melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.

Genre
Sesuai untuk Genre Cerpen

Sumber - Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman (DBP)

2
TEKNIK PENGAJARAN

5. TEKNIK MENERUSKAN CERPEN


Definisi
Menyambung cerpen yang dibaca

Langkah Pengajaran

a. Murid membaca petikan cerpen.


b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk meramal kesudahan cerpen yang dibaca.
c. Murid menyambung cerpen yang dibaca dengan menambah atau menggugurkan
watak, mengubah suai plot, latar, tema dan sebagainya.

Genre
Cerpen, novel

Sumber - Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman (DBP)

6. TEKNIK MERAMAL

Definisi
Melukis atau menampal wajah watak

Langkah Pengajaran
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti watak utama dan watak
sampingan.
c. Dalam kumpulan, murid akan berbincang tentang perwatakan luaran dan dalaman
watak utama dan watak sampingan.
d. Berdasarkan perwatakan luaran dan dalaman, murid akan melukis atau menampal
wajah watak tersebut.

Genre
Cerpen dan Novel

Sumber - Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman (DBP)

3
TEKNIK PENGAJARAN

7. TEKNIK PENAFSIRAN GRAFIK


Definisi
Menterjemah bahan grafik dalam penulisan sajak

Langkah Pengajaran
a. Menterjemahkan bahan grafik seperti lukisan, gambar, lakaran, carta, graf dan lain-
lain dalam bentuk penulisan sajak.

Genre
Sesuai untuk genre sajak

Sumber - DBP 2010

8. TEKNIK PEMINDAHAN GENRE


Definisi
Olah kembali genre lain ke dalam genre sajak

Langkah Pengajaran
a. Ambil idea daripada genre lain seperti cerpen, novel, atau drama.
b. Olah kembali ke dalam bentuk / genre sajak

Genre
Sesuai untuk genre sajak.

Sumber - DBP 2010

9. TEKNIK TERUS
Definisi
Penggunaan bahan maujud untuk menghasilkan sajak

Langkah Pengajaran
a. Gunakan bahan yang dibekalkan sebagai isi atau pemikiran sajak.
b. Gunakan bahan keratan akhbar, gambar tokoh, gambar peristiwa, inti ucapan
pemimpin dan sebagainya.

4
TEKNIK PENGAJARAN

c. Bahan yang dibekalkan bukanlah bahan rangsangan, sebaliknya terus dijadikan isi
atau pemikiran sajak.

Genre
Sesuai untuk genre sajak.

Sumber - DBP 2010

10. TEKNIK RANTAI KALIMAT


Definisi
Menyambung kalimat menjadi sebuah sajak

Langkah Pengajaran
a. Dimulai dengan satu kalimat.
b. Murid dikehendaki menyambung kalimat tersebut berdasarkan perspektif masing-
masing.
c. Murid lain dalam kumpulan kecil atau kelas akan menyambung proses penulisan ini
menjadi sebuah sajak yang lengkap.

Genre
Sesuai untuk genre sajak.

Sumber - DBP 2010

11. TEKNIK REAGINASI


Definisi
Menggunakan pengalaman dan imaginasi untuk menghasilkan sajak

Langkah Pengajaran
a. Teknik ini lahir daripada dua perkataan iatu realiti dan imaginasi.
b. Murid dikehendaki menulis sajak.
c. Murid yang tidak pernah mengalami atau menghadapi situasi itu boleh menggunakan
imaginasinya untuk menukangi sajak tersebut.

5
TEKNIK PENGAJARAN

Genre
Sesuai untuk genre sajak.

Sumber - DBP 2010

12. TEKNIK PERMATA KATA


Definisi
Gunakan kunci kata untuk menghasilkan sajak

Langkah Pengajaran
a. berdasarkan tema, murid diberikan satu hingga dua perkataan (diksi) yang boleh
dianggap sebagai kunci kata.
b. Berdasarkan kunci kata tadi, murid akan mencari perkataan yang lain berkaitan
sebagai input penulisan sajak.

Genre
Penulisan Sajak

Sumber - DBP 2010

13. TEKNIK PANCAMINDA


Definisi
Menghasilkan sajak berdasarkan tema, isu dan bayangan minda

Langkah Pengajaran
a. Teknik ini menggabungkan teknik pancaindera dan bayangan minda.
b. Murid perlu menjana idea penulisan melalui lima pancaindera (rasa, sentuh, hidu,
lihat dan dengar).
c. hasilkan sajak berdasarkan tema atau isu yang ditetapkan dan bayangan minda

Genre
Sesuai untuk penulisan puisi

Sumber - DBP 2010

6
TEKNIK PENGAJARAN

14. TEKNIK PUISIDRA


Definisi
Mendeklamasi sajak diikuti dengan lakonan

Langkah Pengajaran
a. seorang murid mendeklamasikan puisi.
b. Sekumpulan murid lain melakonkannya
c. Pergerakan pelakon adalah selaras dengan ungkapan puisi yang dibacakan.

Genre
Sesuai untuk genre Puisi / Sajak

Sumber - DBP 2010

15. TEKNIK PENULISAN LOG PEMBELAJARAN


Definisi
Menyenaraikan gaya bahasa kreatif sebagai koleksi

Langkah Pengajaran
a. buat log pembelajaran setiap hari selepas pembelajaran
b. buat catatan tentang gaya bahasa kreatif yang dipelajari dalam bilik darjah
c. buat catatan juga sewaktu membaca bahan sastera
d. Isikan aspek bahasa yang dipelajari dalam Log Pembelajaran Harian

Genre
Sesuai untuk semua genre, puisi, sajak, prosa, cerpen dan novel.

Sumber - DBP 2010

16. TEKNIK PENULISAN JURNAL DUA BAHAGIAN


Definisi
Membuat catatan awal dan catatan andaian semasa membaca bahan bacaan sastera

7
TEKNIK PENGAJARAN

Langkah Pengajaran
a. Bahagikan kertas kepada dua bahagian.
b. Buat catatan respons semasa dan selepas membaca.
c. Bahagian satu (penilaian awal terhadap isi / rumusan nilai / mesej semasa membaca
teks).
d. Bahagian dua (memikirkan dan menilai kembali tanggapan terhadap isu / rumusan
nilai/ mesej.

Genre
Semua genre puisi, prosa dan cerpen.

Sumber - DBP 2010

17. TEKNIK PENULISAN JURNAL DIALOG


Definisi
Mengisi tempat kosong dengan maklumat yang tepat

Langkah Pengajaran
a. Respons murid terhadap karya
b. Dialog melalui respons bertulis.
c. Beberapa baris / ruang kosong akan ditinggalkan untuk memberi peluang kepada
guru / rakan membaca jurnal dan membuat respons balas.
d. Boleh dibuat dalam kumpulan.

Genre
a. Semua jenis genre, puisi, sajak, cerpen, prosa dan sebagainya.
Sumber - DBP

18. TEKNIK PENULISAN JURNAL TIGA BAHAGIAN


Definisi
Membuat catatan andaian, catatan isi sebenar dan semak catatan andaian semasa
membaca bahan bacaan sastera

8
TEKNIK PENGAJARAN

Langkah Pengajaran
a. Membuat Jurnal Tiga Bahagian
b. Murid diberikan helaian kertas A4.
c. Murid diminta melipat kertas tersebut kepada tiga bahagian.
d. Bahagian A ditulis Semasa Membaca (murid diminta memberikan tanggapan awal
berdasarkan pengetahuan mereka.
e. Bahagian B ditulis Semasa Membaca (murid diminta membaca dan menulis respons
tentang isi kandungan bahan
f. Bahagian C ditulis Selepas Membaca (murid memikirkan kembali tanggapan awal).

Genre
Sesuai untuk semua genre, puisi, prosa dan cerpen serta novel.

Sumber - DBP

19. TEKNIK SOALAN PEMAHAMAN


Definisi
Membina soalan dan jawapan

Langkah Pengajaran
a. Murid membaca petikan cerpen atau prosa
b. Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis / ringkasan
c. Dalam kumpulan, murid membina satu soalan bertumbu, satu soalan bercapah dan
satu soalan maksud rangkai kata berserta jawapan yang lengkap.
d. Wakil kumpulan menulis soalan yang dibina di papan hitam.
e. Murid lain diberi peluang membetulkan kesalahan ayat, ejaan dan tatabahasa
f. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan kumpulan lain secara lisan
g. Murid menjawab semua soalan di papan hitam.

Genre
Sesuai untuk cerpen dan prosa tradisional

Sumber - Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman (DBP)

9
TEKNIK PENGAJARAN

20. TEKNIK FRASA MENARIK


Definisi
Menyalin frasa menarik daripada bahan bacaan

Langkah Pengajaran
a. Galak murid salin ayat dan frasa menarik daripada bahan-bahan yang dibaca ke
dalam buku nota.
b. Galak murid mencipta sendiri ayat dan farasa menarik serta menggunakannya pada
masa yang sesuai.
c. Galak murid tulis hasil karya kreatif dengan menggunakan bahasa menarik, tepat dan
bermakna sebagaimana yang dicatat.
d. Galakkan murid bertutur dengan bahasa yang sesuai dan menarik terutama dalam
situasi formal dan tidak formal.

Genre
Sesuai untuk menulis cerpen, puisi dan sajak.

Sumber - Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman (DBP)

21. TEKNIK TEATER PUISI


Definisi
Mendendangkan puisi dan beraksi teater

Langkah Pengajaran
a. Seorang pelajar dipilih untuk mendendangkan syair atau puisi.
b. Tiga orang pelajar yang lain diminta beraksi teater atau berlakon.
c. Pelajar lain diminta memerhatikan aktiviti dengan teliti, mengenal pasti aspek yang
menarik dalam isi cerita.
d. Dengan bimbingan guru, beberapa orang pelajar dipilih untuk memberi pendapat
tentang aspek menarik dalam puisi atau cerita.

Genre
Puisi, sajak, syair, pantun dan sebagainya.

Sumber - DBP dan IPG Kampus Bahasa Melayu

10
TEKNIK PENGAJARAN

22. TEKNIK ADAPTASI


Definisi
Mencipta karya daripada genre yang lain

Langkah Pengajaran
a. Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan genre lain.
b. Sebagai contoh, menulis pantun berdasarkan cerpen, menulis skrip drama
berdasarkan sajak dan sebagainya.
c. Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.

Genre
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera

Sumber - DBP

23. TEKNIK DEKON


Definisi
Deklamasi sajak dan melakonkan aksi yang sesuai

Langkah Pengajaran
a. Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
b. seorang atau beberapa orang murid melakonkan aski yang sesuai dengan sajak /
puisi yang dipelajari.
c. Murid lebih mudah mengingati sajak / puisi.

Genre
Teknik ini sesuai untuk sajak.

Sumber - DBP

24. TEKNIK MESTAMU


Definisi
Melagukan sajak tanpa iringan muzik

11
TEKNIK PENGAJARAN

Langkah Pengajaran
a. Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik
b. Gunakan melodi lagu yang diminati / popular.
c. Gantikan seni kata / lirik lagu kepada sajak atau puisi yang dipelajari.
d. Murid akan mudah mengingati sajak / puisi

Genre
Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya.

Sumber - DBP

25. TEKNIK PETA MINDA


Definisi
Mencatat sesuatu dalam bentuk peta minda

Langkah Pengajaran
a. Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
b. Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal.
c. Pelajar sendiri boleh membina peta minta itu.

Genre
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Sumber - DBP

26. TEKNIK STESEN


Definisi
Mendapatkan maklumat daripada setesen yang berlaimam

Langkah Pengajaran
a. Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen yang
lain.
b. Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
c. Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.

12
TEKNIK PENGAJARAN

Genre
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Sumber - DBP

27. TEKNIK IMPROVISASI


Definisi
Lakonan spontan mengisahkan situasi sebenar

Langkah Pengajaran
a. Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi
sebenar.
b. Dijalankan dalam kumpulan antara 2 hingga 5 orang murid.
c. Murid diberi masa 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.

Genre
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber - DBP

28. TEKNIK KERUSI PANAS


Definisi
Mendapatkan maklumat daripada pemain peranan melalui soal jawab

Langkah Pengajaran
a. Seorang murid dikehendaki memainkan peranan satu watak.
b. Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
c. Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak yang
dilakonkan.
d. Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang dilakonkan.
e. Murid lain mencatat perwatakan watak.

13
TEKNIK PENGAJARAN

Genre
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Sumber - DBP

29. TEKNIK BALANG KACA


Definisi
Memberikan pandangan terhadap watak utama

Langkah Pengajaran
a. Seorang murid berlakon sebagai watak utama
b. Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain mengelilingi watak utama.
c. Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
d. Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka,
gerak tubuh dan sebagainya.
e. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Genre
Teknik ini sesuai untuk drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber - DBP

30. TEKNIK MONODRAMA


Definisi
Berlakon secara bersendirian

Langkah Pengajaran
a. Teknik ini dilakonkan oleh seorang pelakon.
b. Murid sebagai pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
c. Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan
dan tindakan watak salam sesuatu karya.
d. Murid lain dapat menilai perwatakan yang sedang dilakonkan.

14
TEKNIK PENGAJARAN

Genre
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Sumber - DBP

31. TEKNIK PERSIDANGAN MEJA BULAT


Definisi
Berbincang secara bergilir-gilir, dikendali dan dicatat

Langkah Pengajaran
a. Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
b. Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan.
c. Seorang murid menjadi pencatat.
d. Perbincangan berfokus kepada isu yang ditetapkan oleh guru.
e. Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
f. Pendapat harus diberikan secara bergilir.
g. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan

Genre
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Sumber - DBP

32. TEATER BERCERITA


Definisi
Bercerita dan melakonkan aksi

Langkah Pengajaran
a. Aktiviti ini melibatkan seorang pencerita dan beberapa orang pelakon.
b. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut.
c. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
d. Murid lain diminta mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

15
TEKNIK PENGAJARAN

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber – DBP

33. TEKNIK MEMBUAT PROJEK


Definisi
Aplikasi yang dipelajari dalam kehidupan seharian dalam bentuk projek

Langkah Pengajaran
a. Guru perlu memikirkan satu projek bagi mengumpulkan maklumat berkaitan nilai
murni yang ada dalam teks.
b. Pelajar diminta menyenarai beberapa nilai murni dalam cerpen.
c. Wakil pelajar diminta untuk membentangkan hasil perbincangan.
d. Aktiviti ini dapat meyakinkan pelajar bercakap di khalayak ramai.
e. Pelajar diminta melakukan aktiviti perbualan berbentuk drama.
f. Pelajar juga diberi tugasan mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dalam kehidupan
seharian seperti berani mencuba sesuatu bagi meningkatkan tahap pembelajaran.

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik

Sumber - DBP

34. TEKNIK MAIN PERANAN


Definisi
Memainkan peranan untuk memberikan maklumat

Langkah Pengajaran
a. Pelajar perlu membayangkan diri sendiri ataupun orang lain dalam pelbagai situasi.
b. Pelajar diminta beraksi seperti watak yang ada dalam situasi cerpen.
c. Melalui kaedah ini pelajar dapat menghargai dan menghayati matlamat watak.
d. Teknik ini memberi tumpuan kepada minat serta emosi pelajar.
e. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan selain menerangkan perkembangan dalaman.

16
TEKNIK PENGAJARAN

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber - DBP

35. TEKNIK MENGHASILKAN KARYA


Definisi
Menghasilkan karya untuk diaprisiasi

Langkah Pengajaran
a. Berdasarkan cerpen yang dibaca, pelajar diminta menghasilkan sebuah karangan.
b. Pelajar boleh menghasilkan apa-apa sahaja bentuk karangan berkaitan dengan
cerpen.
c. Pelajar juga boleh membuat ringkasan atau sinopsis cerpen.
d. Pelajar juga boleh menulis artikel ataupun sajak berdasarkan cerpen yang dibaca.
e. Sajak atau artikel tersebut boleh dihantar kepada pihak media massa.
f. Sesuai untuk mengajar cerpen

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber - DBP

36. TEKNIK BAYANGAN MINDA


Definisi
Membayangkan sesuatu perkara dalam minda dan hayati

Langkah Pengajaran
a. Tujuannya untuk memberi gambaran dan pemahaman kepada pelajar.
b. Pelajar diminta membayangkan situasi yang bermain dalam minda watak yang dipilih.
c. Pelajar juga diminta membayangkan latar belakang watak yang dipilih.
d. Aktiviti ini dapat menyedarkan kepayahan dan kesenangan yang dirasai oleh watak.

17
TEKNIK PENGAJARAN

e. Sesuai untuk menghayati dan mengenal watak dan perwatakan bagi watak yang
dipilih.

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber - DBP

37. TEKNIK BERDIALOG


Definisi
Menghasilkan dialog berdasarkan bahan yang dibaca

Langkah Pengajaran
a. Pelajar perlu fahami keseluruhan isi cerpen.
b. Pelajar diminta membuat dialog atau perbualan berdasarkan cerpen yang dibaca.
c. Dialog perlu dilakonkan oleh pelajar.
d. Cara ini dapat meningkatkan tahap pencapaian mengingati fakta dan mencungkil
bakat.
e. Dialog dapat melatih pelajar bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
f. Sesuai digunakan untuk mengajar Cerpen.

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber - DBP

38. TEKNIK TEATER PEMBACA


Definisi
Membaca skrip dengan intonasi dan sebutan dengan penghayatan tinggi tanpa aksi

Langkah Pengajaran
a. melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi, dan mimik muka,
c. murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan

18
TEKNIK PENGAJARAN

kembali selangkah ke belakang selepas gilirannya habis.


d. membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah
sedang berlaku di hadapan mereka.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber - DBP

39. TEKNIK SUAI SUSUN


Langkah Pengajaran
a. Melibatkan semua pelajar dalam kelas
b. Bahagikan kepada beberapa kumpulan
c. Setiap kumpulan disediakan kad yang mengandungi soalan dan jawapan. Soalan
dalam kad itu memerlukan padanan jawapan dari kad yang lain. Jawapan dalam
kad itu memerlukan padanan jawapan dari kad yang lain.
d. Susun kad berdasarkan soalan dan jawapan sehingga habis kad.
e. Konsep yang sama dengan domino.
f. Kumpulan yang menamatkan padanan soalan dan jawapan dikira sebagai
pemenang.
g. Selepas menamatkan permainan semua pelajar diminta menjawab soalan-soalan
dalam lembaran kerja yang diberi.
h. Soalan dan jawapan dibina berdasarkan aspek sinopsis, persoalan, nilai,
pengajaran, persoalan, gaya bahasa dan sebagainya.

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar drama, cerpen, novel dan prosa klasik.

Sumber - Tuan Haji Zainudin bin Dirin

19
TEKNIK PENGAJARAN

40. TEKNIK PERANG PAKAU


Langkah Pengajaran
a. Melibatkan semua pelajar dalam kelas
b. Bahagikan kepada beberapa kumpulan
c. Setiap kumpulan disediakan kad yang mengandungi fakta dan contoh /peristiwa.
d. Kocok kad
e. Setiap pelajar diberikan 7 keping kad
f. Padankan setiap kad yang mengandungi fakta dengan kad yang mengandungi
contoh / peristiwa,
g. Setiap pelajar secara bergilir mengeluarkan kad yang tidak diperlukan, dan
mengambil kad kawannya yang dikeluarkan sebelah kanannya atau ambil kad
baharu daripada baki kad.
h. Pelajar yang dapat memadankan kesemua kad soalannya dengan kad jawapannya
dikira sebagai pelajar pemenang.
i. Semua pelajar perlu menghabiskan kad,
j. Pasukan yang anggota pelajarnya dapat menghabiskan kesemua kad lebih awal
dikira sebagai kumpulan pemenang.
k. Pasukan terakhir didenda berbentuk dendaan akademik.
l. Kad Fakta dan Kad Contoh / Peristiwa dibina berdasarkan aspek sinopsis,
persoalan, nilai, pengajaran, persoalan, gaya bahasa dan sebagainya.

Genre
Teknik ini sesuai untuk mengajar drama, cerpen, novel dan prosa klasik, puisi dan
sajak.

Sumber - Tuan Haji Zainudin bin Dirin

20