Feudalisme Malaysia
Feudalisme Malaysia
BAB 3. Konstruksi Neofeudalisme dalam Budaya Politik masyarakat melayu moden ............... 14
BAB 5. KESIMPULAN................................................................................................................ 23
RUJUKAN .................................................................................................................................... 24
0
BAB 1. PENGENALAN
1
Cheah Boon Kheng. Feudalisme Melayu: Ciri-ciri dan pensejarahanya. Universiti Sains Malaysia. Hlm.2
2
Ibid
1
termasuk manor atau ladang serta kediaman, perkampungan, dan penghuni oleh lord kepada
vassalnya. Geran atau anugerah berupa ladang itu dinamakan fief atau feud. Sebagai balasan bagi
pemberian fief atau feud serta perlindungan, lord menghendaki vassalnya membantunya
menentang musuh iaitu beberapa vassal bekerja sebagai prajurit atau noble dan mengerjakan
tanah dengan membayar petani atau peasant untuk menghasilkan bahan-bahan makanan dari
hasil panen tanah tersebut.
Sistem feudal klasik yang dianut di Eropah Barat tersebut juga dipraktikan oleh
masyarakat melayu prasejarah. Keberlangsungan fenomena feudal dalam masyarakat melayu
mengalami perubahan dari sistem ekonomi, politik sebelumnya dengan sistem yang ada pada
masa kini. Pada jaman prasejarah, sistem feudal masih kuat dianut oleh masyarakat melayu. Hal
tersebut ditulis oleh seorang pegawai tentera Inggeris yang diterbitkan dalam sebuah buku pada
tahun 1983 yang berisi bahawa Sultan negeri Johor sebagai the feudal sovereign dan
Temenggung sebagai vassal kepada Sultan Johor. Peperangan dan perlanunan dalam kalangan
pembesar sering merebut kuasa dan merampas harta benda rakyat tani. Masyarakat melayu juga
mengenal sistem kerah iaitu suatu perkhidmatan menurut adat melayu seebagai suatu sifat
feudal. Kerah dikenakan kepada sebuah perkampungan atau seseorang petani Melayu untuk
memenuhi syarat-syarat hubungn taat setia yang bertimbal balas antara mereka Sebagai balasan
perlindungan dan tanah untuk penanaman, seorang pembesar menghendaki petani untuk
mengerjakan tanahnya. Keluarga petani juga perlu untuk mengusahakan kerja-kerja yang lain
yang diminta oleh seorang pembesar atau membekalkan barang kepeluan bila bila masa diminta.
Hubungan tersebut menunjukkan corak yang berat sebelah dan memperlihatkan unsur
penindasan. Pada masa feudalism eropah klasik, para pembesar menjaminkan keselamatan
kehidupan petani dan keluarganya sehingga petani bergantung kehidupan dengan pembesar
tersebut. Pembesar mampu memastikan bahawa petani tersebut tidak dapat meninggalkan tanah
yang dikelolanya. Keberlangsungan fenomena psikologi feudal dalam masyarakat melayu
mengalami perubahan dari sistem ekonomi, politik sebelumnya dengan sistem yang ada pada
masa kini. 3
Menurut Prof. Syed Hussein Alatas, budaya feudal masyarakat melayu saat ini lebih
mencerminkan suatu psikologi feudal yang masih dimiliki oleh masyarakat iaitu berupa ketaat
setiaan yang tinggi bawahan kepada atasan yang sangat tinggi disebabkan kerana nilai atau
3
Ibid
2
hubungan di antara mereka yang berkuasa dan mereka yang bergantung kepada mereka mengikut
kedekatan peribadi kepada pemimpin atau seorang lelaki yang berkuasa, sama ada dia seorang
birokrat, seorang selebriti politik, guru, menjangka bawahan untuk setia dan taat dengan cara
yang kadang-kadang bercanggah dengan norma-norma dan etika kerja atau profesi.4 Seseorang
terkadang tidak dapat memberikan kritik atau sanggahan atas kesalahan yang dibuat oleh
pemimpin dalam struktur hirarki apapun dalam masyarakat dikeranakan rasa hormat dan
ketaatan yang tinggi sehingga mengabaikan banyak hal. Ketaatsetiaan yang tinggi juga tampak
dominan dalam bidang politik. Salah satunya adalah hegemoni parti Barisan Nasional yang
masih menguat hingga saat ini memegang hirarki tertinggi kuasa kerajaan. Rakyat masih setia
untuk menyokong kuasa parti Barisan Nasional hingga saat ini. Apakah kuasa parti tersebut
kerana berdasar pada prestasi politik yang dicapainya atau hanya sekedar ketaatsetiaan
masyarakat kepada parti. Apakah tindakan parti untuk mengekalkan sokongan terhadap mereka
merupakan bentuk feudalism. Apakah sistem feudal masih dilaksanakan dalam sistem sosial dan
politik masyarakat melayu saat ini atau telah berganti menjadi bentuk praktik feudal baru atau
neo-feudal menjadi menarik untuk dianalisis dalam tulisan ini.
4
Syed Hussein Alatas. Feudalism in Malaysia Society: A study in Historical Continuity. Vol.18, No.4. 1968
5
Critchley John. 1978.Feudalism. George Allen & Uwin Publishers Ltd
3
kata-kata umum yang berarti bentuk dominan dari organisasi sosial maupun politik selama
beberapa abad dalam era pertengahan.
Terdapat kesulitan untuk menggunakan istilah feudalisme. Kategori pertama yang
digunakan untuk mengidentifikasi sebagai sistem feudal adalah tidak adanya kesepakatan atau
persetujuan bahawa hubungan tersebut dikatakan sebagai feudal tetapi adanya tindakan oleh
vassal atau tindakan untuk memberikan tanah (fief) atau kombinasi keduanya. Kesulitan untuk
mengidentifikasi pelaksanaan sistem feudal adalah kerana tidak ada batasan waktu yang jelas
tentang kronologi sistem ini dilaksanakan seperti ‘feudal age’ atau ‘feudal period’.
Untuk mendapatkan suatu pengertian konsep yang sesungguhnya perlu untuk
menghilangkan aspek dan faktor luaran yang dapat dalam pelbagai bentuk masyarakat. Konsep
feudalisme di Eropah Barat merujuk pada kelas lordship atau bangsawan menguasai kuasa
pemerintah dan pengaruh politik dan kepemilikan tanah atau sumber produksi dikuasai
bangsawan sehingga pengaruhnya kuat meliputi bidang ekonomi dan politik. Kepemilikan kuasa
dan hak pemerintah oleh feudal lord dan peran atau fungsi pemerintah juga dijalankan oleh kuasa
mereka. Feudalisme Eropah Barat merupakan bentuk pemerintahan yang otoritas politik
dimonopoli oleh kelompok kecil dari pemimpin militer tetapi kekuasaan juga terbagi dalam
anggota kelompok tersebut. Sebagai hasilnya, tidak ada satu pemimpin yang memiliki wilayah
sangat luas, kepemilikan terbagi dalam masing-masing orang secara setara dan kekuasaan kepada
bawahan mereka. Kerjasama antara feudal lord juga tampak tetapi sistem pemerintahan hanya
efektif berjalan pada level lokal atau lordship iaitu ketika di suatu daerah kuasa penuh berada di
tangan lord dan keteraturan dipelihara oleh lord melalui perlembagaan undang-undang. 6
Feudalisme menurut Rushton Coulborn merupakan sistem pemerintahan dimana terdapat
hubungan yang penting bukan antara ruler (pemerintah) dan yang diperintah atau state (kerajaan)
dengan citizen (rakyat) tetapi sistem pemerintahan antara lord dan vassal. Pelaksanaan fungsi
atau tugas politik bergantung kepada persetujuan perorangan antara beberapa individu yang
terbatas dan otoritas politik dianggap sebagai kepemilikan pribadi/privat. Kuasa politik lebih
bersifat personal daripada institusional yang didalamnya terdapat pembagian fungsi. Kuasa
politik tersebut majoriti berasal dari pemimpin militer yang menjadi administrator atau pengurus
6
Coulborn, Rushton.1965. Feudalism in History. Princeton University Press: USA
4
yang mempunyai kuasa mengambil keputusan. Fungsi kelas militer sangat dominan dalam
masyarakat feudal. 7
Feudalisme mengikut sarjana melayu Prof. Cheah Boon Kheng iaitu satu bentuk
organisasi politik dan sosial yang didalamnya terdapat kelas atau golongan hulubalang yang
mempunyai kedudukan tinggi dalam hirarki masyarakat feudal itu; pembagian hak secara kecil-
kecilan atas harta benda ; satu skala hak individu ke atas tanah yang dipecahkan mengikut taraf
sosial dalam hubungan manusia yang saling bergantungan dan pengagihan kuasa politik antara
pemegang jawatan dalam hirarki itu biasanya golongan bangsawan dan hulubalang. Mereka
mengambil alih tugas dan kuasa yang biasanya menjadi hak milik kerajaan negeri tetapi telah
jatuh ke tangan mereka. Takrif umum kedua, feudalism ialah satu sistem hubungan yang
bertimbal balas antara dua kumpulan manusia bebas satu pihak yang dipanggil lord dan satu
pihak yang diperintah yang dipanggil vassal. Takrif ini berdasarkan beberapa institusi yang
melahirkan dan mengawal tanggung jawab ketaatan dan perkhidmatan, terutamanya
perkhidmatan ketenteraan vassal kepada lord, dengan balasan tanggung jawab perlindungan dan
pemeliharaan lord kepada vassalnya. Tanggung jawab memelihara vassal dapat diperlihatka
biasanya melalui pemberian kawasan atau daerah termasuk manor atau ladang serta kediaman,
perkampungan, dan penghunu oleh lord kepada vassalnya. Geran atau anugerah itu dinamakan
fief atau feud. Sebagai balasan dari pemberian fief atau feud serta perlindungan, lord
menghendaki vassalnya membantu menentang musuhnya dan mengerjakan tanah untuk
menghasilkan bahan-bahan makanan untuknya dan juga untuk penghuni keseluruhanya. Vassal
dan penghuni perlu bekerja untuknya selama waktu yang tertentu dalam setahun. Di Rusia dan
beberapa negeri Eropah pada zaman feudal, kebanyakan penghuni di kawasan fief atau feud ialah
petani dan mereka tidak dibenarkan berpindah atau meninggalkan kawasan yang didiami.
Kumpulan petani ini dipanggil serf. Persetiaan antara lord dan vassal disahkan dalam perjanjian
yang bertulis. Dalam sejarah Eropah Barat terdapat beberapa banyak perjanjian bertulis ini. Ia
menunjukkan bahawa setiap orang, daripada petani yang paling miskin hingga raja yang paling
kuat terikat oleh sistem itu.8
Feudalisme menurut Prof. Syed Hussein Alatas, keberlangsungan fenomena psikologi
feudal dalam masyarakat melayu mengalami perubahan dari sistem ekonomi, politik sebelumnya
7
Ibid
8
Op.Cit
5
dengan sistem yang ada pada masa kini. Ciri-ciri feudal mengikut sejarah sosial dan politik
masyarakat feudal. Ciri-ciri psikologi masih kekal di Malaysia iaitu feudalism psikologi.
Hubungan di antara mereka yang berkuasa dan mereka yang bergantung kepada mereka
mengikut kedekatan peribadi kepada pemimpin atau seorang lelaki yang berkuasa, sama ada dia
seorang birokrat, seorang selebriti politik, guru, menjangka bawahan untuk setia dan taat dengan
cara yang kadang-kadang bercanggah dengan norma-norma dan etika kerja atau profesion.
Beliau sepatutnya menjadi setia di bawah hampir semua keadaan walaupun terkadang keadaan
ini melanggar nilai semasa dan falsafah masyarakat Malaysia. Pengaruh pemikiran tersebut
keatas dua orang pelajarnya iaitu Dr. Chandra Muzaffar dan Dr. Shaharuddin Maaruf. Dr.
Chandra menganggap feudalism sebagai satu bentuk pemerintahan yang berdasarkan
perhubungan antara pelindung (feudal lord) dengan yang dilindunginya (vassal). Dalam buku the
protector, ia menumpukan perhatian kepada perhubungan antara dua pihak ini dengan
menonjolkan konsep dan amalan kesetiaan dan cara ia bermula sejak zaman kesultanan. Dr.
Shaharuddin mengatakan: ‘Dengan feudalism saya bermaksud satu bentuk organisasi social serta
unsur-unsur psikologi yang berkenaan.
Nilai neo-feudal ialah nilai feudal lama yang wujud semula atau berterusan dalam bentuk
dan suasana yang baru. Mengikut suatu pandangan mengenai perubahan social, masyarakat
biasanya berubah melalui masa daripada peringkat feudal kepada masyarakat kapitalis.
Keduanya memiliki nilai masing-masing tetapi terkadang terdapat campur aduk dalam nilai
keduanya. Terdapat nilai feudal yang berkelanjutan ke dalam masyarakat kapitalis. Nilai feudal
boleh wujud dalam bentuk alam ataupun berubah kepada bentuk yang baru. Nilai feudal dalam
bentuk yang baru dapat diwujudkan kedalam suatu nilai kesetiaan pihak yang diperintah kepada
pemerintah sebagai the rulling class. Pemerintah adakalanya juga menciptakan suatu polis yang
mempertahankan kuasa dan legitimasi yang diberikan oleh masyarakat kepada pemimpin atau
penguasa. Pemerintah yang dapat dinyatakan sebagai ‘feudal lord’ adalah sekelompok orang atau
kelompok yang dapat mengendalikan atau mengawal ‘social forces’. Menurut Gaetano Mosca,
social forces atau kekuatan sosial adalah pelabagai aktiviti manusia yang memiliki pengaruh
social yang besar iaitu meliputi wang, tanah, ketenteraan, agama, pendidikan, buruh, dan
pengetahuan. Nilai neo-feudal ditunjukkan oleh ketaatsetiaan sekelompok orang kepada
kelompok penguasa kerana mereka adalah pemilik ‘social forces’ tersebut. Ketaatsetiaan dapat
6
wujud secara terus menerus kerana the rulling class dapat mengawal, merancang dan membentuk
‘social forces’ tersebut.
Feudal state menurut Mosca adalah
type of political organization in which all the excecutive functions of society- the
economic, the judicial, the administrative, the military- are exercised simultaneously by
the same individuals while at the same time the state is made up of small social
aggregates, each of which possesses all the organs that are required for self-sufficiency.
Jenis organisasi politik di mana semua fungsi eksekutif masyarakat -ekonomi, bidang
peradilan, administrasi, militer- yang dilakukan secara bersamaan oleh individu yang sama,
sementara pada saat yang sama negara terdiri dari agregat sosial kecil, yang masing-masing
memiliki semua organ yang dibutuhkan untuk swasembada. Salah satu unsur utama dalam
struktur politik dan sosial Melayu ialah wujudnya golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah iaitu rakyat jelata yang terdiri daripada golongan merdeka dan golongan hamba.9
9
Mosca, Gaetano. 1939. The Rulling Class. Mc-Grow Hill Book Company.Inc. hlm. 187
7
BAB 2. Feudalisme Masyarakat Melayu Tradisional
10
Op. Cit
8
mengusahakan kerja-kerja yang lain yang diminta oleh seorang pembesar atau membekalkan
barang kepeluan bila bila masa diminta.
Menurut Clifford, sistem feudal di negeri Terengganu itu telah dirombak oleh Sultan
Omar selepas ia berjaya naik tahta dalam suatu perebutan kuasa. Baginda merampas segala ha
dan kuasa pembesar daerah dan mengagihkanya kepada kalangan kerabat dirajanya sendiri. Satu
golongan pembesar sahaja, iaitu penghulu kampong yang dibenarkan mengekalkan hak feudal
mereka iaitu hak kerah. Penghulu boleh mengerahkan rakyat tani untuk membuat kerja jika
diperlukan untuk memenuhi kehendak kerajaan.
Sultan/Raja
Pembesar/Bangsawan
Rakyat
Institusi kesultanan merupakan satu lambang penting kepada politik feudal Melayu.
Semenjak kebangkitan Melaka dalam bahagian pertama abad ke-15, kesultanan telah menjadi
ciri penting dalam organisasi sosial dan politik Melayu. Institusi kesultananlah yang
melambangkan kemelayuan dalam sistem politik hari ini. Institusi kesultanan ini telah menjadi
asas dalam pengiktirafan kuasa politik orang-orang Melayu. Sultan menduduki puncak dalam
hirarki politik. Selain daripada kerabat-kerabat diraja terdapat juga menteri-menteri yang
bertanggung jawab mentadbir negeri. Jawatan sultan itu biasanya dilantik secara turun temurun
dari sebelah bapa manakala menteri-menteri pula adalah mereka yang dating daripada golongan
9
aristocrat atau bangsawan. Tradisi Melaka juga menetapkan bahawa calon pertama untuk
menjadi sultan mestilah bukan hasil perkahwinan dengan perempuan biasa. Sultan menduduki
tempat paling atas pada teorinya mempunyai banyak kuasa. Sepatutnya seorang sultan berkuasa
keatas negeri yang merupakan unit politik yang paling besar dibawah pemerintahanya. 11
Disamping itu juga terdapat budaya darjat dan daulat pemimpin raja amat ditekankan di
dalam budaya politik feudal Melayu ini. Daulat pemimpin adalah sifat kekuasaan atau hak
tertinggi yang dikhaskan kepada golongan raja sahaja. Konsep daulat dikaitkan dengan aspek-
aspek tentang kesempurnaan, kuasa politik tertinggi, kebolehan, dan keistimewaan serta
kebahagiaan kepada seseorang sultan yang memerintah. Konsep daulat dikemukakan untuk
memberi kuasa tertinggi kepada sultan serta untuk mengawal para pembesar dan rakyat.
Kepercayaan di kalangan orang-orang Melayu bahawa Raja mempunyai kedaulatan dan kuasa
terus kekal. Kedudukan raja diperkukuh lagi apabila kedudukan institusi raja diberi peruntukan
di dalam penubuhan Perjanjian 1948, kemudianya di dalam Persekutua Tanah Melayu dan
Perlembagaan Malaysia tahun 1963 hingga kini.
11
Daud, Sity & Othman, Zarina. 2005. Politik dan Keselamatan. Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm.74
10
Pada dasarnya ciri-ciri masyarakat feudal dimiliki oleh masyarakat tidak hanya melayu
bahkan masyarakat Cina dan India. Namun, nilai feudal telah menghilang dalam institusi
maupun sistem Undang-Undang tetapi secara psikologis nilai-nilai tersebut masih tersisa iaitu
ketaatsetiaan yang tinggi terhadap atasan baik pegawai kerajaan maupun professional kerana rasa
hormat yang tinggi yang berdasar pada otoriti atau kedekatan personal daripada prinsip yang
dipunyai oleh pemimpin. Mereka bersikap loyal, patuh dan percaya meskipun terkadang
pemimpin atau atasan telah melakukan tindakan yang melanggar norma dan etika bekerja.
Mereka harus tetap patuh dalam pelbagai situasi.
Sarjana yang menulis mengenai sejarah dan masyarakat Melayu secara umumnya
cenderung untuk menganggap Sejarah melayu sebagai sumber bertulis yang tertua tentang
kehidupan dan pemikiran Melayu. Penyelidikan menjadi gagal untuk mendedahkan unsur
konflik dan protes dalam Sejarah Melayu. Kerja-kerja ini sengaja ditulis mengikut pada perintah
diraja dengan niat untuk merakam dan menghantar aturan tentang perbuatan dan adat raja-raja
Melayu kepada generasi masa depan untuk menciptakan kepatuhan dan daulat yang besar dari
masyarakat. Kejadian yang berkaitan dengan tema kami adalah pembunuhan Bendahari Seri
Maharaja dengan perintah Sultan Mahmud Shah. Menurut Sejarah Melayu, Bendahara telah
dibunuh kerana komplot dan fitnah daripada Laksamana Khoja Husain. Ia telah mencadangkan
kepada Sultan bahawa Bendahara bertujuan untuk merebut takhta. Tanpa siasatan lanjut beliau
mengarahkan Bendahara dan keluarganya untuk dihalang kerana beliau telah menentang dan
merebut tahta diraja. Anak-Nya, Tun Hasan, menyerang dua utusan yang dihantar ke rumah oleh
diraja untuk melaksanakan pembunuhan. Bendahara menerima nasibnya dan enggan mengutuk
perbuatan jahat tersebut. Beliau berdaulat kepada diraja walaupun dia sendiri dan kehidupanya
sendiri adalah objek. Bendahara menerima hukuman pembunuhan kerana fitnah yang dilakukan
oleh Sultan. Sikap bendahara yang patuh dan berdaulat kepada Sultan menjadi ekspresi loyal
dalam konsep melayu kepada pemerintah.
Insiden yang lain adalah Sultan yang bernama Mahmud dibunuh di Kota tinggi pada
Ogos 1699. Mahmud dikatakan sebagai orang yang pemarah dan plin-plan. Suatu hari Sultan
Mahmud muda tertidur dan seseorang membawakan buah nanas masak.Istri seorang hulubalang
mengidam buah tersebut. Ketika Mahmud tau bahwa buah telah rusak, ia memerintahkan untuk
menyobek perut perempuan tersebut. Suami dari perempuan itu bernama Megat Seri Rama
membalaskan dendam atas kematian istinya dengan berkonspirasi dengan beberapa pemimpin
11
untuk merealisasikan rencananya. Sultan dibunuh ketika ia dalam perjalanan ke masjid. Sikap
Megat Seri Rama merupakan ekspresi dari sistem nilai melayu yang menolak tirani dan kerajaan
yang absolut yang mengabaikan nilai moral.
Pada masyarakat melayu tradisional, petani dan penyewa lahan diharapkan mampu
memberikan jasa dan pembayaran kerana diberikan hak mengelola dan hak tinggal di lahan
tersebut sesuai dengan proporsi yang talah ditentukan oleh pemilik. Di negara melayu
pemerintah akan menagih layanan pribadi dari rakyat yang hanya dibatasi oleh kemampuan
mereka. Kewenangan superior mengikut kepentingan diri mereka sendiri yang pada suatu saat
melahirkan suatu penindasan yang akan memaksa petani untuk meninggalkan tanahnya. Dalam
batasan tersebut, penyewa tanah disyaratkan untuk menyediakan buruh yang akan mengerjakan
jalan, jembatan, dan pekerjaan public yang lain. Petani kemudian pergi dari tanahnya ke hutan
untuk menghindari sistem peraturan raja tersebut. Ciri-ciri feudal yang tampak jelas adalah tidak
ada perbedaan antara aturan pribadi atau rasmi sehingga terdapat pertembungan antara
kepentingan pribadi dan negara. Kelompok penguasa juga tidak dapat dibedakan antara
kumpulan private maupun kumpulan pemerintah.
Sejarah Melayu telah mencatatkan dialog yang signifikan kepada politik kesetiaan dan
keadilan. Perjanjian diantara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun telah memperlihatkan
satu unsur penting di dalam membentuk budaya politik feudal Melayu. Sumpah itu menuntut
agar pemimpin berlaku adil dan rakyat tidak menderhaka. Sumpah itu jelas memperlihatkan
betapa pentingnya hubungan yang baik dijalin diantara pemimpin dengan rakyat.Pemimpin
menuntut kesetiaan daripada rakyat. Rakyat yang tidak setia dianggap penderhaka. Hukuman
kepada orang yang menderhaka ialah hukuman bunuh. Cara dan gaya berpolitik Melayu ini jelas
dapat dilihat di dalam sejarah Melayu tentang hikayat yang meriwayatkan kisah Hang Jebat yang
menderhaka kerna kesilapan raja menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa berdasarkan fitnah
semata-mata. Akhirnya Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah kerana pendeharkaanya itu
melampaui batas dan dikhuatiri akan memecah belahkan orang Melayu. Jelas bahawa konsep
kesetiaan dan keadilan begitu dominan dalam budaya politik Melayu. 12
Pendudukan Inggeris di Tanah Melayu bukan sahaja memperlihatkan kekuasaan mereka
dalam politik dan pentadbiran tetapi telah menggalakkan kemasukan imigran asing iaitu Cina
dan India. Kehadiran mereka telah memberi cabaran yang besar kepada kedudukan orang
12
Ibid, hlm. 75
12
Melayu dan seterusnya telah membawa perubahan di dalam budaya politik. Campur tangan
pihak Inggeris ke atas sistem politik dan pemerintahan Melayu bermula dengan pengenalan
sistem residen dan penasihat atau secara indirect rule. Sistem ini bermula selepas Perjanjian
Pangkor yang mengakibatkan Inggeris campur tangan secara aktif daam menentukan corak
politik dan pentadbiran masyarakat Melayu. Campur tangan ini memperlihatkan perubahan
penting dalam budaya politik masyarakat Melayu terutamanya dari aspek kedudukan dan
peranan golongan pemerintah. Seorang residen pada asalnya hanyalah berperan sebagai
penasihat kepada Sultan telah mengambil alih peranan sebagai pemerintah negeri Melayu.
13
BAB 3. Konstruksi Neofeudalisme dalam Budaya Politik masyarakat melayu moden
13
Muzaffar, Chandra. 1979. Protector : An analysis of concept and practices. Penang:Aliran.
14
untuk konstituen tertentu. Parti kerajaan UMNO telah memilih kandidat tersebut untuk maju
dalam pilihan raya.
Pada aspek yang lain, anggota parti yang telah melakukan tindakan negatif namun
dilindungi oleh parti untuk mempertahankan imej baik yang dimilikinya di mata masyarakat.
Kasus yang dilakukan oleh Menteri Pengajian yang dituntut oleh anggota parlimen
pembangkang yang membuat tuduhan bahawa menteri telah melakukan rasuah. Kabinet telah
memberikan dana rasmi sebesar 88.323 dolar Malaysia dan terdapat kritik tegas dari pihak
pembakang bahawa dana tersebut telah diselewengkan. Kementerian telah menutup kasus ini dan
menteri mengundurkan diri. Pihak pembangkang mengklaim bahawa dana tersebut tidak
sepatutnya diberikan atas nama pribadi. Kabinet kemudian menyesalkan bahawa menteri
menjalani persidangan atas keinginan pribadinya. Kabinet kemudian mengeluarkan keputusan
bahawa menteri tidak bersalah sebelum keputusan pengadilan dijatuhkan. Kasus ini
menggambarkan keberlangsungan nilai feudal iaitu royal protection. Kerajaan memberikan
perlindungan kepada bawahanya tanpa menyelidiki kasus rasuah tersebut terlebih dahulu.
Bantuan yang diberikan oleh superior kepada bawahanya bermakna untuk melindungi atau
menutupi kesalahan yang dibuat oleh bawahanya. Ketika seseorang bersalah melakukan tindakan
kejahatan satu cara untuk mengelakkan daripada hukuman adalah emmohon perlindungan dari
pemerintah dan menetapkan dirinya sebagai hamba dari pemerintah tersebut. 14
Kondisi yang penting untuk mendapatkan proteksi atau perlindungan dari pemimpin
feudal adalah memberikan seluruh kepatuhan dan taat setia kepada pemimpin. Hubungan
tersebut dapat terlihat dilaksanakan di dalam parti politik. Ketika individu telah loyal dan
mengabdi kepada pemimpin maka pemimpin akan memberikan perlindunganya kepada
keperluan individu tersebut. Pemimpin parti mengelola parti sebagai manorial unit dan pemimpin
parti sebagai pemimpin manor.
Nilai budaya feudal yang masih tampak hingga kini adalah pemerintah mengalokasikan
anggaran kewangan untuk menyelenggarakan festival, upacara dan entertainment. Pada bulan
marc tahun 1966, Prime Minister meminta anggaran tambahan sebesar $203.323 untuk
pembelian simbol penghargaan kesatriaan. Yang-dipertuan Agong menghias 555 orang pada
14
Muhammad Nazri Mohamed Nur. 2009. Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik politik dalam PRU 2008 dan
kontemporari. Petaling Jaya
15
tahun 1968 untuk merayakan ulang tahun beliau. Melalui data tersebut cukup untuk mengatakan
bahawa adanya keinginan untuk menjalutkan budaya feudal pada masa lalu dimana kuasa
kerajaan ditunjukkan dalam kemewahan dan hiburan. Kerajaan menghabiskan anggaran untuk
projek yang kurang penting.
16
Mereka akan dilabel sebagai penderhaka, tidak berfikiran rasional, komunis dan pemberontak
sekalipun. Dengan itu, tiada siapa yang dapat melemahkan pemerintahan mereka.15
Secara relative pemerintahan tidak wujud dominasi 'raja' dalam pemerintahan demokrasi
yang dipraktikkan kini tetapi, hubungan penaung-dinaung yang diamalkan sejak zaman
pemerintahan Melayu tradisional kelihatan masih diteruskan, diadaptasikan dan mendapat tempat
dalam sistem pemerintahan moden Malaysia. Hubungan dua hala ini meletakkan UMNO
sebagai pelindung rakyat sepertimana pada zaman pemerintahan Melayu tradisional raja
bertindak sebagai pelindung. Sebagai balasan, golongan rakyat mencurahkan taat setia dan
sentiasa menyokong penaung mereka dengan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang
setia (seperti membayar cukai, berkhidmat secara sukarela, memberi bantuan apabila diperlukan
dan Iain-lain) (Chandra 1979: 78). UMNO dilihat oleh orang Melayu sebagai wahana dan wadah
perjuangan nasib orang Melayu. Selain itu, UMNO sebagai tonggak BN dan kerajaan memiliki
kuasa politik dalam mentadbir negara. Orang Melayu terlalu bergantung harap kepada UMNO
untuk membela nasib mereka. Sekiranya parti-parti politik Melayu yang tidak terlibat dalam
kerajaan tidak mempunyai dominasi kuasa politik. Kuasa politik inilah yang merupakan faktor
asas kepada kekuatan UMNO. Ramai orang Melayu enggan meninggalkan UMNO bukan
disebabkan parti itu benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu, tetapi mereka melihat
orang itu seperti iombong emas' yang menjanjikan kemewahan dan kuasa kepada mereka dan
berjuang melalui parti BN tanpa mengenal erti kekalahan.
Keputusan PRU 2008 telah mengubah landskap politik Malaysia. Ciri-ciri politik baru ini
secara perlahan mengikis amalan politik lama yang selama ini dipupuk oleh parti pemerintah
dalam mengekalkan kuasa. Dominasi BN dalam politik Malaysia selama ini berkait rapat
dengan amalan politik perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah, pengawalan dan
pembangunan (Badrul Azmier, 2008). Ini ditambah pula dengan kepintaran BN mencanai setiap
dasar dan polisi pemerintahan mereka menerusi penaungan politik elit-elit kaum yang kuat serta
pengekalan amalan-amalan feudal mahupun neo-feudal yang dikonstruksi oleh BN dengan
berkesan dalam sosiopolitik, ekonomi dan budaya setiap kaum yang diwakili dalam BN.
Penaungan dan politik neo-feudal ini ternyata berjaya memupuk nilai kesetiaan yang tinggi.
15
Mujibu Abd Muis, Zaliha Hj Hussein & Badrul Azmier Mohammed Bakar. Perubahan Generasi dan perkembangan
Demokrasi di Malaysia Pasca pilihan Raya Umum ke-12. http://repo.uum.edu.my/3185/1/S21.pdf
17
Hasilnya hegemoni BN berjaya dipupuk apabila beberapa tindakan BN yang bertentangan
dengan amalan demokrasi tidak dianggap sebagai suatu kesalahan, malah ianya dianggap pula
sebagai satu nilai perdana dan biasa dalam sistem demokrasi ala-Malaysia16
Rentak politik neofeudal juga sering diutarakan BN khasnya sewaktu pilihan raya untuk
membentuk kesetiaan khasnya yang tidak berbelah bahagi. Antaranya dengan pembangunan
yang dibawa dan sumbangan yang telah diberikan, pemimpin BN sering meminta agar sokongan
atau undian terus diberikan kepadanya sebagai tanda terimakasih dan bersyukur dengan apa yang
telah dikurniakan. Sering juga dilaungkan usaha untuk membangun kawasan
setempat/negeri/negara adalah agenda utama sekiranya dipilih semula sebagai perwakilan atau
kerajaan. Malah sekiranya undian tidak diberikan, maka pemimpin parti cenderung
membangkitkan persoalan bagaimanakah mereka boleh membangunkan kawasan apabila
masyarakat tidak mengundi atau menolak mereka. Politik pembangunan kelihatan melengkapi
strategi politik perkauman, keselamatan, dan neo-feudal. Pelbagai projek pembangunan
dihamburkan dari projek berskala kecil ke projek mega khususnya menjelang dan ketika kempen
pilihan raya. Jika BN tewas, projek pembangunan berkemungkinan akan dibekukan atau disekat
sebagaimana yang berlaku di sabah dibawah pemerintahan Partai Bersatu Sabah (PBS) dan PAS
di Kelantan. Ini bagi membentuk pemikiran masyarakat bahawa hanya parti BN yang boleh
membawa pembangunan dan mempunyai kewibawaan dalam pengurusan serta kemakmuran
ekonomi.
16
Ibid,
18
BAB 4. Kesinambungan nilai feudal (neo-feudal) dalam masyarakat Melayu
19
kuasa etnik Melayu maka mereka harus memberikan ketaatsetiaan yang tinggi terhadap parti
pemerintah. Parti pembangkang yang muncul dalam konteks perpolitikan saat ini terbukti masih
belum mampu menumbangkan kuasa parti penguasa. Itu berarti kesetiaan kepada pemimpin yang
akan melindungi rakyat Melayu menjadi satu nilai feudal yang kekal dalam budaya politik
hingga kini. Rakyat perlu patuh kerana hanya ada parti kerajaan yang akan melindungi mereka
dan mampu memberikan mereka kehidupan yang sejahtera. Kekuasaan parti pembangkang
hanya akan mengancam keselamatan kuasa dominasi etnik melayu. Ketaatsetiaan itu tampak
pada kurangnya tuntutan rakyat atau kritik rakyat terhadap pemerintah. Sekatan media juga
mengambil peran dalam menyulitkan masyarakat mengkritik pemerintah. Meskipun golongan
pemuda mulai memiliki keberanian untuk mengkritisi suatu kondisi politik tertentu namun
sebagian besar rakyat masih menganggap hal tersebut taboo untuk dilakukan kepada kerajaan.
Tetapi pertimbangan rasional dan pemikiran ataupun tindakan masyarakat telah dihadkan dengan
pengekangan dan manipulasi informasi yang disebar di ruang umum. Kesadaran masyarakat
masih terjaga melalui media informasi. Konsep kesetiaan dan keadilan begitu dominan dan
masih dijunjung tinggi oleh masyarakat Melayu hingga kini.
20
tunduk kepada pembesar yang menaunginya kerana perlu mendapatkan kemudahan seperti
perlindungan untuk kelangsungan hidup.
Budaya politik Melayu masih berasaskan unsur tradisi kepatuhan terhadap penaung.
Dalam sistem politik sangat mudah bagi parti penguasa untuk mendapatkan kesetiaan dari rakyat
yang dinaungnya kerana keunggulan nilai-nilai elit Melayu. UMNO adalah parti yang sedar
tentang keperluan etnik majoriti untuk mempertahankan kekuasaan. Motif tersebut menjadi
sangat kuat tertanam dalam pemikiran masyarakat. Untuk melindungi hidup mereka maka kuasa
parti kerajaan tersebut harus diperkuat terus. Dengan tujuan untuk mendapatkan naungan dan
perlindungan dari elit kerajaan maka rakyat akan terus mendukung kuasa mereka. Begitu juga
rakyat akan mudah memberikan persetujuan kepada pemerintah. Kedua tindakan tersebut
mempermudah menciptakan hubungan yang kuat antara penaung dan rakyat yang dinaungi atau
the rulling class dengan the ruled. Menurut Mosca, sistem feudal berlaku apabila ada penguasa
dari segelintir orang yang menguasai semua organ sosial untuk mencukupi keperluan diri mereka
sendiri. Hal tersebut tampak dalam kondisi politik melayu saat ini iaitu bahwa elit kerajaan yang
berasal daripada beberapa orang memiliki kuasa yang tinggi dan dapat menggunakan kuasa
untuk kepentingan mereka dan masih mendapatkan sokongan yang besar dari rakyat. Pengertian
tersebut sejalan dengankuasa kerajaan yang masih menjadi simbol kuat dan kehidupannya
dengan kemewahan masih merupakan hal yang wajar bagi masyarakat hingga kini. Masyarakat
masih patuh kepada hal-hal yang kurang rasional seperti takut pada menderhaka kepada raja.
Kuasa serta pengaruh keatas politik, ekonomi, media serta darjat yang tinggi bertumpu kepada
sebilangan kecil mereka yang merupakan pemimpin politik pemerintah. Melalui kekangan media
tersebut pemerintah menjaga hubungan penaung-dinaung dengan baik. Masyarakat akan
sepenuhnya ingin dinaungi oleh kuasa kerajaan kerana akan menguntungkan hidupnya.
Terkadang kuasa digunakan oleh kerajaan untuk kepentingan diri mereka sendiri tetapi kerana
keperluan hidup yang diberikan oleh kerajaan maka rakyat tidak akan menghiraukan tindakan
tersebut.
Barisan Nasional sebagai parti yang berkuasa saat ini mengkontruksi imej pembangunan
sebagai hasil usaha, pengorbanan, sehingga sepatutnya rakyat memberikan ketaatsetiaan kepada
parti pemerintah. Parti Kerajaan menuntut perlindungan yang diberikan tidaklah percuma.
Sebagaimana perlindungan yang diberikan oleh seorang raja atau sultan kepada rakyat semasa
zaman kesultanan melayu tradisonal, perlindungan itu mestilah dibalas dengan sokongan taat
21
setia kepada parti pemerintah. Parti pemerintah dalam hal ini mengekalkan nilai feudal
tradisional untuk mencapai kepentingan kekuasaan mereka hingga kini. Kewujudan pelbagai
undang-undang yang mengancam kebebasan individu adalah menimbulkan psikologi ketakutan
di kalangan rakyat. Itu adalah cara untuk membantu kerajaan untuk terus berkuasa. Sekatan
media juga menjadi cara untuk menyamakan persepsi dan idea masyarakat tentang pemerintah
sehingga pemahaman tentang kebaikan kerajaan menjadi sosialisasi terus menerus oleh kerajaan
untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Kerajaan pada masa yang sama ingin terus mengekalkan
budaya feudal itu sendiri sebagai alat untuk mendapatkan kesetiaan rakyat melalui pelbagai cara.
22
BAB 5. KESIMPULAN
Nilai feudalism pada masyarakat melayu tradisional masih kekal dalam konteks
masyarakat melayu moden pada saat ini. Nilai feudal tradisional telah berubah menjadi nilai neo-
feudal yang berarti praktik feudal masih wujud dalam kondisi masyarakat yang moden. Nilai
neo-feudal tampak di dalam beberapa kondisi seperti yang pertama, kesinambungan sikap feudal
yang penting adalah ditemukan pada hubungan antara pemimpin politik dan pengikutnya atau
antara atasan dan bawahan. Hal tersebut tampak dalam ketaatsetiaan yang tinggi dan tidak
berbelah lagi yang diwujudkan oleh rakyat kepada pemimpin kerajaan. Sistem hirarki
masyarakat melayu yang masih menempatkan Sultan pada tempat kuasa tertinggi juga
merupakan upaya pengekalan budaya feudal tradisional. Ketaatsetiaan kepada sultan terkadang
menutup mata masyarakat tentang kemungkinan kesalahan yang boleh dibuat oleh nya dan
konsep daulat membuat sultan tidak boleh ditegur dan dicela. Kedua, Hubungan penaung-
dinaung yang diamalkan sejak zaman pemerintahan Melayu tradisional kelihatan masih
diteruskan, diadaptasikan dan mendapat tempat dalam sistem pemerintahan moden Malaysia
seperti UMNO yang dianggap sebagai pelindung rakyat sepertimana pada zaman pemerintahan
Melayu tradisional iaitu menggantikan kedudukan raja yang bertindak sebagai pelindung. Ketiga,
Elemen pengekalan nilai feudal di Malaysia wujud juga melalui akta-akta yang menyekat dan
mengawal seperti penggubalan Akta hasutan yang melarang mana-mana pihak membangkitkan
isu-isu yang sensitif seperti hak istimewa dan Raja-raja Melayu, isu kewarganegaraan kaum lain,
dan bahasa kebangsaan. Hal tersebut bertujuan untuk mengekalkan sokongan dan taat setia
rakyat kepada kerajaan. Polisi dalam pembangunan ekonomi juga digunakan untuk pemahaman
bahawa rakyat mesti tunduk kepada pembesar yang menaunginya kerana perlu untuk
mendapatan kemudahan bagi kelangsungan hidup.
23
RUJUKAN
Cheah Boon Kheng. 1995. dalam Feudalisme Melayu: ciri-ciri dan pensejarahannya. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Syed Hussein Alatas. Feudalism in Malaysia Society: A study in Historical Continuity. Vol.18,
No.4. 1968
Mosca, Gaetano. 1939. The Rulling Class. Mc-Grow Hill Book Company.Inc p. 187
Daud, Sity & Othman, Zarina (pytn). 2005. Politik dan Keselamatan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mujibu Abd Muis, Zaliha Hj Hussein & Badrul Azmier Mohammed Bakar. Perubahan Generasi
dan perkembangan Demokrasi di Malaysia Pasca pilihan Raya Umum ke-12.
Muhammad Nazri Mohamed Nur. 2009. Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik politik
dalam PRU 2008 dan kontemporari. Petaling Jaya
Muhammad Nazri Mohamed Nur & Gazhali Mayudin. 2008. Hegemoni dan Kontra hegemoni:
memahami perubahan pilihan raya umum ke-12. Jebat no.35
24
25