Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

1.1. Definisi Pensejarahan

Pensejarahan merupakan sebuah penulisan sejarah atau karya berkaitan dengan

sejarah. Ianya juga ditakrifkan sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh

sejarawan. Para sejarawan yang mengkaji tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang

telah berlaku dan mereka akan menghasilkan penulisan pensejarahannya mengikut

kepakaran masing - masing seperti bidang ekonomi, politik, ketenteraan dan sosial. Para

sejarawan akan merekodkan peristiwa - peristiwa yang telah berlalu melalui pelbagai

kaedah seperti dokumen, video dan audio daripada sumber - sumber bertulis dan lisan.

Manakala ‘Pensejarahan Malaysia’ pula merujuk kepada karya-karya sejarah

mengenai sama ada keseluruhan Malaysia atau satu bahagian yang terkandung dalam

entiti politik Malaysia. Dikatakan bahawa, sejarah Malaysia bermula lebih kurang pada

abad ke-15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya sejarah dalam ertikata yang

lebih tepat tulisan itu pada umumnya tertumpu kepada Kesultanan Melayu Melaka dan

dikenali sebagai ‘Sejarah Melayu’. Setelah wujudnya sejarah Melayu, wujud pula perkara

tersebut yang diistilahkan sebagai pensejarahan Malaysia walaupun sebelum itu telah

wujud beberapa penulisan sejarah tentang Malaysia. Sejarah Raja-raja Riau, Syair Perang

Siak, Salasilah Raja-raja Brunei, Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat Petani merupakan

karya-karya sejarah yang juga menyentuh tentang Malaysia.

Dalam pensejarahan Melayu dalam isi kandungannya antara abad ke-17 sehingga ke-

19 memperlihatkan beberapa ciri tertentu yang lebih menumpukan kepada kepada sejarah

1
istana dan memang ditulis umtuk mengharumkan pemerintahan seorang Raja. Tumpuan

secara menyeluruh diberikan kepada golongan atasan, manakala gambaran tentang

kehidupan rakyat jelata pula tidak digambarkan sama sekali. Zaman dahulu terdapat dua

faktor yang mendorong seseorang penulis itu untuk mengarang iaitu yang ingin

menyebarkan ajaran dan pengetahuan agama dan yang kedua ialah mahu mengharumkan

keagungan satu satu bangsa atau pemerintah.

Selain itu, terdapat juga beberapa beberapa definisi mengenai pensejarahan yang

mengatakan bahawa ianya berasal dari perkataan sejarah. Sejarah secara umumnya

diertikan sebagai “the record of events or the events themselves”. Dalam pengertian ini

record of them ( catatan peristiwa peristiwa ) dan the events themselves ( peristiwa

peristiwa itu sendiri ), saling mempunyai pertalian yang relatif. Di mana sesuatu peristiwa

itu dicatatkan maka jadilah ia sejarah. Oleh itu peristiwa atau catatan mengenai peristiwa

akan mengembang dan membentuk perkara-perkara yang selanjutnya. Sebagai contohnya

di dalam ‘peristiwa’ sejarah lazimnya dicatatkan perkara perkara seperti benar ataupun

sahih ataupun tidak peristiwa itu, bagaiamana sebab munasabab, perkembangan dan

kesan daripada peristiwa berkenaan, tokoh ataupun watak yang menjadi pelaku dalam

sesuatu peristiwa sejarah, bila peristiwa tersebut berlaku dan lain-lain. Manakala di dalam

‘catatan peristiwa sejarah’ pula, di dalamnya terkandung perkara perkara seperti siapakah

yang mencatatkan peristiwa tersebut,bagaiaman peristiwa itu dicatatkan, tetap atau tidak,

bias atau sebaliknya, objektif atau subjektif, emosional dan rasional dan bagaimanakah

sudut pandangan pencatat berdasarkan peristiwa dan latar belakang yang mengaitkannya.

Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim, pensejarahan dapat ditakrifkan sebagai

2
hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. Sejarawan akan

mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan

akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan melakukan kajian dalam

bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti politik, ekonomi, ketenteraan dan

sosial. Pendapat tersebut adalah selari dengan Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa

pensejarahan merujuk kepada penulisan sejarah atau karya sejarah yang dihasilkan oleh

sejarawan. Walaupun pada zaman sekarang sememangnya menjadi tugas ahli sejarah

untuk menulis seberapa yang boleh berhampiran dengan kebenaran, tetapi pensejarahan

merupakan tafsiran seseorang ahli sejarah tentang masa lepas, maka sejarah keseluruhan

masa yang telah berlalu adalah bersifat objektif, manakala pensejarahan pula bersifat

subjektif. Justeru apabila dikatakan sejarah ditulis kembali bukanlah bermakna sejarah itu

diubah, yang diubah ialah pensejarahan iaitu tafisran ahli sejarah tentang satu satu

peristiwa atau perkembangan yang berlaku dahulu. Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah

mudah dan kemuktamadan sukar dicapai. Para sejarawan akan cuba menghampiri

kebenaran sedekat mungkin. Bagi sejarawan Malaysia, soal kekurangan sumber, jurang

masa, penguasaan bahasa, perbezaan kebudayaan, soal psikologi dan lain lain lagi

menjadi hambatan.

Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan samada pensejarahan itu dalam bentuk

tradisi atau moden, pensejarahan itu dihasilkan untuk mencari kebenaran yang paling

hampir terhadap peristiwa-peristiwa yang dikaji. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan

dari segi tanggapan terhadap kebenaran ataupun kenyataan sejarah dan juga kaedah untuk

menentukannya. Seterusnya, pandangan Mohd Taib Osman pula metakrifkkan

3
pensejarahan sebagai “kisah tentang peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah disusun

dalam bentuk sastera yang agak baik juga dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan

kemegahan generasi semasa pengarang dan keturunan-keturunan mereka”.

Kedatangan imperialis Barat telah turut memberi kesan kepada perkembangan

pensejarahan yang berjaya memupuk minat kepada masyarakat Melayu untuk meminati

dan menyedari kepentingan sejarah. Ini bermakna bidang penulisan sejarah telah

mengalami satu perubahan dan mendapat satu suntikan baru dengan dapat mempelajari

kaedah dan cara penulisan yang lebih baik. Bermula dari tempoh tersebut telah banyak

berlaku perubahan dalam perkembangan sejarah sebagai satu disiplin ilmu. Realitinya

kebanyakan karya mengenai Malaysia sama ada budaya atau masyarakat-masyarakat

ditulis oleh penulis-penulis Barat. Mereka kelihatan begitu tertarik untuk menulis tentang

masyarakat kita dan begitu tinggi perasaan ingin tahu tentang negara kita. Peranan

penulis Portugis dan Belanda dalam menghasilkan laporan-laporan sezaman amat besar

nilainya dalam melakukan kajian ke atas Melaka . Apabila British berada di Tanah

Melayu banyak karya tentang negara ini telah dihasilkan yang kemudian menjadi asas

untuk penulisan buku-buku teks bagi penggunaan murid-murid sekolah. Sistem

persekolahan Barat pula mewujudkan kepercayaan bahawa penulisan sejarah secara

saintifik iaitu dengan mentaati peraturan perihal ketepatan tarikh dan fakta yang hanya

dilakukan oleh mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi. Ini memberi suatu

gambaran bahawa bangsa Inggeris begitu tertarik untuk mengkaji dan ingin mengetahui

dengan lebih mendalam tentang kebudayaan dan masyarakat-masyarakat yang baru

mereka jajahi.

4
Kebanyakan daripada tulisan itu yang berupa pelaporan rasmi serta penulisan sejarah

untuk tujuan-tujuan rasmi dan tidak diterbitkan. Antara nama-nama seperti C.J. Irving,

Frank Swettentham, W.E. Maxwell, W.A. Pickering dan A.M . Skinner mulai ditemui di

samping dua atau tiga orang daripada generasi pertengahan pertama abad ke-19

terutamanya J.F. McNair dan Thomas Braddell. Braddell banyak memberikan hasil

tulisan kepada Logan’s Journal yang pernah menerbitkan dua buah buku iaitu Prisoners

Their Own Warders dan Perak and the Malay Sarong and Kris. Pegawai-pegawai British

di negeri-negeri Selat berkali-kali ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan

perselisihan di negeri-negeri Melayu. Justeru itu, secara tidak langsung pegawai-pegawai

British ini telah menghasilkan penulisan sejarah politik di beberapa buah negeri Melayu.

Keterlibatan Frank Swettenham dalam kancah politik di negeri-negeri Melayu telah

menyebabkan beliau menghasilkan sebuah karya yang berjudul British Malaya: Account

of the Origin and Progress of British Influence in Malaya yang telah diterbitkan pada

1906 selepas beliau bersara dari perkhidmatan kolonial di Malaya. Seorang lagi pegawai

British yang banyak menulis tentang negeri-negeri Melayu ialah Hugh Cliford. Sama

seperti Frank Swettenham, beliau telah ditugaskan berkhidmat di tengah-tengah

masyarakat Melayu di negeri-negeri pantai timur berbanding dengan Frank Swettenham

yang lebih terlibat dengan masyarakat Melayu pantai barat. Secara keseluruhannnya

pegawai-pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu dalam era 1870-an sehingga

1900 digalakkan menghasilkan penulisan atau sekurang-kurangnya mencatat kenangan

mereka sama ada dalam bentuk buku atau majalah tentang dunia timur. Ini disebabkan

5
pengetahuan Britain tentang Tanah Melayu masih cetek lagi dan dengan adanya catatan

atau penulisan seperti ini akan dapat menambah pengetahuan kerajaan kolonial tentang

tanah jajahannya. Implikasi kepada kehadiran kuasa imperialis Barat ke Tanah Melayu

telah menyebabkan masyarakat kita terdedah kepada corak penulisan sejarah secara

saintifik iaitu dengan mentaati peraturan seperti mengutamakan ketepatan tarikh dan

fakta.

1.2. Takrif feudalisme

Feudalisme ialah istilah pinjaman sejarah Eropah dan sangat digemari dalam

penggunaan pada kurun ke-18, iaitu selepas berlakunya Revolusi Perancis. Feudalisme

ini bermaksud satu bentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Sebagai contoh,

sistem feudalisme mempunyai hierarki pemerintahan yang meletakkan golongan

bangsawan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara iaitu Raja

sebagai kuasa tertinggu kemudian diikuti dengan kerabat diraja, pembesar, pendeta,

penghulu, dan seterusnya ialah rakyat. Raja ini mempunyai kuasa dalam menentukan

6
corak pemerintahan negara, namun dibantu juga oleh beberpa orang pembesar dalam hal-

hal tertentu. Raja juga berkuasa mutlak dan rakyat perlu memberi taat setia kepada Raja.

Sistem feudal ini dikatakan telah diamalkan secara meluas dan matang di Eropah

Barat pada kurun ke-10. Ke-11, dan ke-12. Kewujudan sistem ini di Eropah Barat adalah

disebabkan oleh keadaan politik dan sosial yang tidak tenteram di kawasan tersebut.

Serangan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa Gasar telah membawa huru-hara yang

bermula setelah kejatuhan Empayar Rom pada T.M. 476.

Di dalam seajrah Eropah Barat, zaman dari berlakunya kejatuhan Rom hingga 500

tahun berikutnya biasa disebut sebagai “Zaman Kegelapan” (The Dark Ages), manakala

zaman antara permulaan kejatuhan Rom pula disebut sebagai “Zaman Pertengahan” (The

Middle Ages). Oleh itu, feudalisme Eropah ini membuktikan bahawa ia dapat wujud dan

menjadi semakin kukuh hanya apabila berlkunya keruntuhan atau kejatuhan kuasa

sesebuah kerajaan yang kuat. Sebaliknya pula akan berlaku apabila terdapat sesuatu

kuasa pusat yang dapat menguasai dan mengawal keseluruhan daerah atau kawasan

kerajaan kerana ia akan melemahkan lalu menghancurkan sistem feudal itu.

Mengenai tafsiran feudalisme ini, terdapat dua takrif yang umum yang merangkumi

segala ciri persamaan dan perbezaan. Antara takrif feudalisme tersebut adalah satu bentuk

organisasi politik dan sosial yang terdapat dalam sistem kelas atau golongan hulubalang

dalamnya dan mempunyai kedudukan tinggi dalam hierarki masyarakat feudal itu. Dalam

sistem feudalisme ini terdapat pembahagian hak secara kecil-kecilan atas harta benda.

7
Contohnya, satu skala hak individu ke atas tanah yang dipecahkan mengikut taraf sosial

dalam hubungan manusia yang saling bergantungan. Kemudian sistem ini juga terdapat

pengagihan kuasa politik antara pemegang jawatan dalam hierarki itu yang biasanya ialah

golongan bangsawan dan hulubalang. Sejajar dengan tujuan menjaga kepentingan diri

sendiri, golongan ini mengambil alih tugas dan kuasa yang biasanya menjadi hak milik

kerajaan negeri tetapi telah jatuh ke tangan mereka kerana berpecahnya negeri menjadi

beberapa buah daerah kecil.

Kemudian takrifan feudalisme yang kedua pula ialah satu sistem hubungan yang

bertimbal balas, iaitu berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas yang

digelar sebagai lord dn vassal. Takrif ini ialah berdasarkan kepada beberapa institusi yang

melahirkan mengawal tanggungjawab ketaatan dan perkhidmatan, terutamanya

perkhidmatan ketenteraan vassal ini kepada lord iaitu sebagai balasan tanggungjawab

perlindungan dan pemeliharaan lord kepada vassalnya. Tanggungjawab lord menjaga

vassal ini biasanya dapat dilihat melalui pemberian kawasan atau daerah, termasuk

manor, atau ladang serta kediaman, pekampungan, dan penghuni oleh lord kepada

vassalnya. Geran atau pemberian ini pula dinamakan fief atau feud. Oleh itu, sebagai

balasan lord memberi perlindungan kepada vassalnya, vassal dikehendaki untuk

membantu menentang musuh dan mengerjakan tanah untuk menghasilkan makanan

kepada lord dan penghuni keseluruhannya. Vassal dan penghuni perlu bekerja untuknya

dalam tempoh yang tertentu dalam setahun. Di Rusia dan beberapa negeri Eropah pada

zaman feudal, kebanyakan petani mereka tidak dibenarkan berpindah atau meninggalkan

kawasan yang didiami. Kumpulan petani yang mendiami di kawasan fief atau feud ini

8
digelar sebagai serf. Kesetiaan antaraa lord dan vassal disahkan dalam perjanjian yang

bertulis. Dalam sejarah Eropah Barat terdapat beberapa banyak perjanjian bertulis ini. Ia

cukup jelas menampakkan bahawa setiap orang, daripada petani yang paling miskin

hingga Raja yang paling kuat terikat oleh sistem itu.

2.0 Mengapa Sistem Feudalisme Melayu Mengandungi Ciri-ciri Pensejarahan

2.1. Feudalisme Melayu mengandungi sumber dan penulisan.

Terdapat empat ciri asas dalam pensejarahan ini, iaitu sumber dan penulisan,

peristiwa,dan pendekatan. Sumber adalah sangat penting dalam bidang sejarah. Ianya

penting untuk menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu fakta. Menurut Profesor

Carr, sumber sejarah ini bpleh terdiri daripada sekumpulan fakta yang telah diteliti dan

dipastikan. Manakala Profesor Collingwood pula menyatakan sumber sejarah adalah teks

yang mempunyai kenyataan mengenai sesuatu peristiwa sejarah. Lous Gottschalk pula

menyatakab sumber sejarah adalah bahan bukti sesuatu peristiwa dalam bentuk tulisan,

catatan, dan saksi utama. Oleh itu secara umumnya sumber ini ialah kumpulan bahan-

bahan sejarah hasil daripada kejadian ataupun peristiwa lampau. Manakala penulisan ini

pula satu catatan atau rekod oleh ahli sejarah atau pengkaji mengenai sesuatu peristiwa

yang pernah berlaku. Penulisan ini merupakan hasil sumber sejarah yang penting kerana

melalui hasil-hasil penulisanlah pengkaji dapat gunakan sebagai bahan rujukan mengenai

9
sesuatu peristiwa sejarah. Sistem Feudalisme Melayu dikatakan mempunyai ciri-ciri

pensejarahan kerana terdapat sumber dari segi penulisan seperti karya-karya yang

menceritakan mengenai kewujudan sistem feudalisme di Tanah Melayu.

Terdapat banyak karya yang membincangkan feudalisme Melayu dihasilkan antara

tahun 1874-1909, iaitu ketika bermulanya campur tangan kerajaan Inggeris di negeri

Perak, Selangor, dan Sungai Ujong pada tahun 1874 sehingga menjelang perpindahan

naungan Siam ke atas negeri-negeri Melayu Utara kepada Kerajaan Inggeris pada tahin

1909. Dalam jangka masa tersebut pengaruh imperialisme Inggeris sedang berkembang di

Semenanjung Tanah Melayu dan karya-karya yang dihasilkan pada masa itu

memperlihatkan minat dan penulis-penulis untuk memahami negeri-negeri Melayu yang

belum dijajahi. Antara para penulis yang mengkaji mengenai sistem feudal di Tanah

Melayu ialah pegawai colonial, Hugh Clifford. Beliau merupakan pengarang yang unggul

dan menunjukkan minat yang mendalam hendak mengenal pasti feudalisme Melayu.

Penulis-penulis Inggeris ini sangat cenderung untuk ingin tahu tentang apa yang berlaku

pada masa dulu untuk membeza-bezakan corak pentadbiran lama orang Melayu dengan

pentadbiran moden orang Inggeris di negeri-negeri yang telah dijajahi mereka.

Sesetengah daripada penulis tersebut melawat ke Pahang, Terengganu, dan Kelantan

sebelum negeri-negeri ini dinaungi oleh Kerajaan Inggeris. ‘ A Political and Statistical

Account of the British Settlement in the Straights of Malacca’ oleh T.J Newbold yang

diterbitkan pada tahun 1839 merupakan salah satu sumber karya Inggeris yang terawal

merujuk istilah feudal di negeri-negeri Melayu Semenanjung. Beliau yang pernah

menjadi pegawai tentera Inggeris, menganggap Sultan negeri Johor sebagai the feudal

sovereign dan Temenggung sebagai vassal kepada Sultan Johor. Di dalam buku T.J.

10
Newbold juga ada menyebut tentang sifat-sifat feudal yang lain, iaitu peperangan dan

pelanunan dalam kalangan pembesar yang sering merebut kuasa dan merampas harta

benda rakyat tani.1

Karya atau penulisan seterusnya sebagai sumber kepada feudalisme Melayu juga

didapati di dalam karya Inggeris, ‘Out Tropical Possessions in Malayan India’, dikarang

oleh John Cameron. Beliau merupakan bekas ketua pengarang surat khabar The Straits

Times. Buku beliau diterbitkan pada tahun 1865, dua tahun sebelum jajahan Negeri-

negeri Selat dipindajlam daripada kuasa Pentadbiran Inggeris di India kepada Pejabat

Jajahan di London. Cameron menganggap masyarakat Melayu tradisional di negeri-

negeri itu sebagai feudal kerana sistem politiknya mempunyai hierarki yang menyerupai

hierarki masyarakat inggeris pada zaman feudal.2

“Unlike the nomadic tribes of the aborigines, the Malays of the peninsula have

always been lovers of good order and an established government. In their

independent states they have first a Sultan, who is all powerful; under him there

aredatuhs, or governors, selected from among the men of rank, and under these

again there are pangulus, or magistrates, all standing very much in their relation

to the people as our own nobility stood in feudal times to the people of England.”

Sumber penulisan oleh Major J.F. McNair, pegawai tentera Inggeris pada tahun 1878

juga ada mengatakan bahawa orang Melayu di Perak mempunyai kehormatan diri yang

bercorak feudal yang sangat mendalam (a strong feudal pride) .Di dalam karya beliau

‘Perak and the Malays’ ada mengatakan bahawa feudal pride ini ‘makes it at all times a

difficult task to render them tractable under coercion though capable under a patriachal

1
Newbold, T.J. 1971. Political and Statistical Account of the Straits Settlements in the Straits of Malacca.
Hlm.235
2
Cameron,John. 1965. Our Tropical Possessions in Malayan India. Hlm.127-128.

11
sway of readily yielding an implicit and cheerful obedience’. 3 Penyataan McNair ini

membawa maksud adalah sangat sukar bagi kuasa luar menggunakan paksaan dalam

memerintah orang Melayu Perak kerana mereka telah dijinakkan oleh feudalime Melayu

dan hanya akan menurut perintah daripada ketua atau pembesar mereka sahaja. Kemudia

McNair menganggap sistem cukai yang dikenakan di sungai-sungai yang dikuasai oleh

pembesar Melayu sebagai satu sistem yang ‘memeras ungut secara sederhana’ dan hampir

sama dengan sistem robber barons iaitu pembesar menyamun dan merampas harta rakyat

yang berlaku di Sungai Rhine di negeri Jerman pada zaman feudal.4

This river system has made it very convenient for the chiefs of the country to

obtain their dues; for no sampan or prau goes up or down the river without being

squeezed by the followers of the chiefs, whose boats are ready at the campong at

which the lord resides. One is strongly reminded of the robber chieftains, or

barons of the Rhine, in the case of the Perak (Sungai Perak) and its tributaries;

though here the enforced tribute has been exacted in a far milder way.

Mengikut sistem feudal Eropah, baron ialan ketuah kawasan fief yang dikenali

sebagai barony.

Pada tahun 1883, setelah membuat lawatan ke negeri-negeri Melayu Semenanjung,

seorang pengembara wanita Inggeris, Isabella Bird menyifatkan negeri-negeri Melayu

Semenanjung yang bebas sebagai feudal kerana mempunyi beberapa sifat seperti

pengagihan kuasa pusat kepada pembesar yang dianggap lebih berkuasa daripada Raja

atau Sultan, kemudian rakyat pula ditindas oleh pembesar yang mengugut dan memeras

mereka dengan mengenakan cukai dan sistem kerah ke atas rakyat lelaki yag diwajibkan

3
McNair, J.F. 1972. Perak and the Malays. Hlm.202.
4
Ibid.

12
bekerja untuk tuannya selama sesuku tahun, di samping berkhidmat sebagai bala tentera.

Pada bila-bila masa mereka juga boleh dikerah oleh tuan sesuka hati. Oleh itu rakyat tani

enggan memilki harta benda sendiri kerana takut dirampas pada bila-bila masa sahaja

oleh pembesar.

Sultans, rajahs, maharajahs, datuhs, etc… under ordinary circumstances have

been and still are in most of the unprotected. States unable to control the chiefs

under them, who have independently levied taxes and blackmail till the harassed

cultivators came scarcely to possess property which might at any time be seized.

Forced labour for a quarter of the labouring year was obligatory on all males,

besides military services when called open…5

The Malays sovereigns in most cases have come to be little more than the feudal

heads of bodies of insubordinate chiefs, while even the headmen of the village

take upon themselves to levy taxes and administer a sort of justice.6

Tidak ketinggalan juga sumber penulisan sarjana Malaysia yang mula-mula tertarik

dengan feudalisme Melayu, iaitu Kassim Bin Ahmad. Dalam sebuah kajian yang berani

dan memeranjatkan, pada tahun 1959 beliau menjalankan kajian tentang Hikayat Hang

Tuah. Kassim Bin Ahmad mentafsirkan tentang penderhakaan pahlawan Hang Jebat

terhadap Sultan Mansur Shah di negeri Melaka sebagai satu pemberontakan ‘melawan

susunan masyarakat feudal’7 Beliau menganggap sebaliknya pula terhadap pahlawan

Hang Tuah yang membunuh sahabat karibnya demi menjunjung kesetiaan dan ketaatan

terhadap Sultan, sebagai ‘penyokong prinsip feudal yang kuat’.8

5
Isabella Bird. 1967. The Golden Chersonese. Hlm.25.
6
Ibid.Hlm.26.
7
Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society.1970.Jilid 25, bhg.II dan III.
88
Kassim Ahmad. 1959. Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah. Hlm.41.

13
Sudah terkeluar daripada kenyataan sejarah jikalau kita mempertidakkan

tanggapan-tanggapan feudal yang digambarkan dalam masyarakat Hikayat

Hang Tuah seperti kuasa mutlak yang memerintah dan oleh itu kesetiaan mutlak

orang-orang yang diperintah terhadapnya, kepercayaan kepada ilmu sihir dan

pertapaan. Semua ini memanglah terjadi dan menentukan kelakuan dalam

masyarakat itu. Untuk mendirikan hujah-hujah di luar rangka kebudayaan

Melayu feudal bererti menyoal wujud objektif kesusasteraan Melayu klasik

sendiri.

Melalui penulisan Kassim Ahmad ini beliau telah menghuraikan ciri-ciri feudal

di dunia Kesultanan Melaka seperti berikut: 9

Masyarakat yang dicerminkan di dalam Hikayat Hang Tuah adalah pada

dasarnya merupakan masyarakat sebelum kedatangan Islam. Pada asasnya ia

adalah suatu masyarakat pertanian yang fiudal yang berdasarkan atas

perhubungan masyarakat antara tuan dengan hamba. Kepala negara adalah

Sultan yang disembah dan menjadi tumpuan segala taat setia yang tidak berbelah

bagi. Di bawahnya terdapat beberapa tingkatan pegawai yang menolongnya

menjalankan pelbagai tugas negeri. Nampaknya pegawai-pegawai ini

menguruskan beberapa kawasan ataupun kampung-kampung yang tertentu.

Penduduk-penduduk tiap-tiap kampung ini dikenali sebagai ‘anak buah’ pegawai

yang mengawasinya dan mereka berkhidmat di bawahnya.

Beberapa ulasan Kassim Ahmad secara keseluruhannya menunjukkan perbezaan

yang tidak jauh dengan yang digambarkan dalam pensejarahan colonial tentang

feudalisme Melayu. Perhubungan antara pembesr dengan anak buah yang disifatkan oleh
9
Ibid.hlm.8-9.

14
Kassim Ahmad memanglah satu ciri yang juga dilihat oleh penulis Inggeris di dalam

pensejarahan kolonial.Tetapi penggunaan ‘tuan dan hamba’ mungkin akan mengelirukan

kerana perkataan ‘hamba’ membawa maksud ‘hamba abdi’ sungguhpun dalam budaya

dan masyarakat Melayu ‘hamba; adalah perkataan yang dikaitkan juga dengan sesiapa

yang bertaraf rendah. ‘Hamba’ (slave) tidak wujud dalam takrif feudalisme Barat tulen,

dan tidak dijumpai dalam pensejarahan kolonial tentang feudalisme Melayu. Serf di

feudal Eropah bukan hamba, tetapi petani yang tidak dibenarkan meninggalkan kawasan

yang didiami. Satu lagi tanggapan Kassim yang mungkin boleh dipertikaikan ialah

ekonomi masyarakat Melayu semasa Kesultanan Melayu Melaka adalah bergantung

dengan pertanian, sungguhpun ramai yang tahu bahawa Melaka adalah entrepot yang

terkenal untuk perdagangan.

Oleh itu, secara keseluruhannya jelaslah mengapa feudalisme Melayu ini dikatakan

mengandungi ciri-ciri pensejarahan. Hasil karya-karya penulis mengenai Feudalisme

Melayu merupakan antara sumber yang lengkap untuk dirujuk mengenai feudalisme

Melayu.

2.2.Feudalisme Melayu Mengandungi Peristiwa

Feudalisme Melayu dikatakan mengandungi ciri-ciri pensejarahan kerana ia

mengandungi peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku sebagai contoh :

1. Berlaku pengagihan kuasa kerajaan.

Feudalisme Melayu dikatakan mengandungi ciri-ciri pensejarahan disebabkan

oleh peristiwa pengagihan kuasa kerajaan yang berlaku di Pahang yang mana

15
negeri Pahang dipecah-pecahkan menjadi daerah-daerah kecil untuk diperintah

oleh orang kaya Berempat, orang kaya Berlapan, hingga orang kaya

kesembilanpulu dua. Dalam setiap daerah ini, pembesar merupakan orang yang

berwibawa sama seperti Raja melainkan ada orang lain yang berani mencabar

kedudukannya. Oleh itu, rakyat akan taat setia kepada pembesarnya dan pembesar

itu pula akan taat setia kepada seorang pembesar besar dan ia pembesar besar ini

pula akan memberikan taat setia kepada orang atasan dan sebagainya. Dalam erti

kata lain, seorang Sultan walaupun ia berwibawa mesti melalui Pembesar Daerah

jika ingin mengerahkan rakyat di daerah itu. Tanpa kebenaran daripada Pembesar

Derah tersebut maka anak buahnya tidak akan menyahut perintah Raja.

2. Berlakunya sistem kerahan.

Pada kurun ke-19 ekonomi masyarakat Melayu terutama sekali kawasan bijih

timah di Perak, Selangor dan Sungai adalah bijih timah. Pelombong-pelombong

bijih timah pada ketika itu adalah daripada gologan rakyat yang bekerja dari pukul

5 pagi hingga 10 pagi dan dari 3 pagi sehingga 6 petang. Peruntukan masa ini

dibuat bagi membolehkan mereka mengusahakan tanah pertanian. Petani Melayu

terpaksa menurut perintah pembesar untuk membuat kerja kerah pada bila-bila

masa sahaja dipanggil. Pekerjaan inilah yang menjadi tugas kewajipan terhadap

pembesar mereka. Keadaam ini telah memperlihatkan sosio-ekonomi masayarakat

Melayu pada kurun ke-19 amat dipengaruhi oleh konsep feudalisme. Ini kerana

Raja dan pembesar Melayu cuba menyelesaikan masalah memperoleh pendapatan

melalui sistem kerah .

16
3. Perebutan kuasa.

Sistem feudal di negeri Terengganu telah dirombak oleh Sultan Omar selepas ia

berjaya menaiki takhta dalam suatu perebutan kuasa. Baginda merampas segala

hak dan kuasa pembesar daerah dan mengagihkannya kepada kalangan kerabat

dirajanya sendiri. Hanya satu golongan pembesar sahaja yang dibenarkan

mengekalkan hak feudal mereka iaitu Penghulu Kampung yang merupakan hak

kerah. Penghulu boleh mengerahkan rakyat tani untuk membuat kerja jika

diperlukan atau untuk memenuhi kehendak kerajaan.10

Selain itu,perebutan kuasa juga berlaku terhadap kerajaan Melayu dari kesultanan

Melaka sehigga abad ke-19. Apabila kerajaan Melayu Melaka yang besar dan kuat

runtuh pada tahun 1511 lalu ia diganti oleh Kerajaan Johor namun proses

perpecahan tetap berlaku. Pembesar di setiap jajahan takluk masing-masing

seperti di Siak,Jambi,Patani,Kelantan, dan Pahang. Pada awal abad ke-18 apabila

kerajaan Johor-Riau dikuasai oleh orang Bugis dari Sulawesi, perebutan kuasa

terus wujud. Pembesar Melayu yang diketepikan oleh orang Bugis telah berundur

ke negeri-negeri lain dimana Temenggong berundur ke Singapura manakala

Bendahara ke Pahang. Seterusnya, ketua daripada keturunan kedua-dua pembesar

ini mengelarkan diri mereka sebagai Sultan di Johor dan Pahang.

Justeru itu, di negeri Kedah juga wujudnya perebutan kuasa antara pembesar

Melayu yang ingin merebut daerah tertentu. Maka peristiwa ini membawa kepada

penaklukan Siam pada tahun 1821 dan negeri Kedah dipecahkan menjadi empat

buah negeri kecil iaitu Kedah,Perlis,Setul,dan Kubang Pasu, dan setiap negeri

10
Hugh Clifford.1961. Report on Expedition to Terengganu and Kelantan, 7 August 1895. Hlm 68-69.

17
mempunyai Rajanya sendiri. Oleh itu,sepanjang abad ke-19 tidak ada sebuah pun

negeri Melayu Semenanjung yang terlepas daripada perpecahan atau perebutan

kuasa. Contoh peristiwa yang paling baik membayangkan suasana feudal ialah

perebutan kuasa yang berlaku di negeri Kelantan dalam sekitar tahun 1838-1839

sebagai akibat kemangkatan Sultan Muhammad I.

2.3. Feudalisme Melayu mengandungi Pendekatan

Kemudian dari aspek pendekatan juga merupakan ciri pensejarahan dalam

feudalisme Melayu. Dari segi pendekatan tersebut dapat kita lihat dari aspek sistem

pemerintahannya. Sistem pemerintahan yang diamalkan pada zaman feudalisme Melayu

ialah menggunakan sistem serah dan kerah di mana sistem ini diarahkan kepada golongan

bawahan atau lebih dikenali sebagai golongan yang diperintah. Sistem serah iaitu rakyat

menyerahkan sebahagian hasil tanaman mereka kepada pembesar sebagai alasan

membenarkan mereka menggunakan tanah pembesar itu. Jumlah yang harus diserahkan

pula bergantung kepada pendapatan yang diterima dalam musim itu. Manakala sistem

kerah pula iaitu suatu prkhidmatan menurut adat Melayu, sebagai suatu sifat feudal.

Kerah dikenakan kepada sebuah perkampungan atau seorang petani oleh pembesar yang

menguasai sesebuah daerah. Biasanya kerah diwajibkan kepada sebuah perkampungan

atau seorang petani Melayu untuk memenuhi syarat-syarat hubungan taat setia yang

bertimbal balas antara mereka sebagai balasan bagi perlindungan dan tanah untuk

penanaman,seseorang pembesar menghendaki petani atau perkampungannya

mengerjakan tanahnya di samping tanah petani itu sendiri. Keluarga petani juga perlu

mengusahakan kerja-kerja lain yang diminta oleh seseorang pembesar dari semasa ke

18
semasa, atau diminta.11

Manakala sistem kerah pula menekankan keperluan rakyat memberikan tenaga untuk

membuat sesuatu kerja yang berat untuk pemerintah seperti membina jambatan, kubu

pertahanan dan jalan raya. Sistem ini melambangkan kesetiaan rakyat kerana tugas

mereka ini tidak dikenakan bayaran gaji. Dalam masa yang sama tanah dianggap dimiliki

oleh Raja. Rakyat hanya bekerja di tanah itu. Sempadan antara daerah atau kuasa

pembesar pula ditentukan oleh sungai yang melalui tanah tertentu. Ada juga tanah yang

dianugerahkan kepada pembesar kerana jasa-jasa atau sebab-sebab tertentu.

Golongan ini juga dikenali sebagai golongan medeka. Mereka terdiri daripada rakyat

biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan penduduk pribumi yang menetap di

negeri-negeri tertentu. Mereka ini biasanya menjalankan kehidupan dengan menjalnakan

aktiviti berniaga, menangkap ikan, melombong, tukang mahir dan sebagainya. Rakyat

biasa merupakan pengikut yang taat setia kepada pembesar yang mentadbir daerah

mereka. Mereka akan menjalankan apa sahaja kehendak golongan pembesar daerah

misalnya sitem kerah dan serah. Dalam aspek pendekatan ini kita dapat lihat bagaimana

golongan yang diperintah tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa kerana mereka

diarah dan lebih bersifat penindasan.

Seterusnya kita dapat lihat pendekatan dari segi aspek ekonomi. Pada zaman

feudalisme Melayu sistem ekonomi yang dijalankan adalah bercorak ekonomi sara diri

ataupun ekonomi tradisional. Sistem ini ialah satu sitem pertanian sara hidup, dalam

konteks ini barangan pertanian yang dikeluarkan ialah barangan untuk kegunaan keluarga
11
Maxwell, Sir W.E.1884. Law and Customs of the Malays with Reference to the Tenure of Land.hlm.75.

19
sahaja, ia tidak berfokuskan kepada lebihan pengeluaran. Ini berbeza dengan sistem

pertanian komersial yang berfokuskan lebihan pengeluaran. Namun ia berbeza dengan

masyarakat Melayu tradisonal meraka hanya menjalankan ekonomi sara diri sahaja

disebabkan oleh beberapa faktor tertentu iaitu dari aspek sistem kerja, pemilikan tanah,

sistem kenegaraan,, teknologi yang digunakan, hubungan petani dengan dunia luar dan

sumber pertanian.

Dari aspek sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan

sistem kekeluargaan, ia tidak melibatkan orang lain, sebuah keluarga itu menjalankan

kegiatan pertanian mereka sahaja, mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah

tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Kesannya mereka tidak perlu memikirkan

untuk membayar upah kepada orang lain, melalui cara ini mereka sekadar memuaskan

hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Selain itu, faktor pemilikan tanah iaitu

pemilikan tanah berpusatkan pada Sultan. Hal ini berdasarkan pendapat Maxwell yang

menghubungkan kekuasaan Raja dalam sistem Hindu yang diguna pakai oleh Kesultanan

Melayu yang mempunyai konsep pemilikan tanah, dalam hal ini Maxwell menyatakan

bahawa Raja mempunyai hak dalam semua wilayah jajahannya. Para petani pula hanya

boleh mengerjakan tanah jika mereka membayar sebahagian daripada hasil keluarannya.

Dalam aspek kenegaraan pula, ia melibatkan aspek sistem kerah dan serah

ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu mahupun lambing-lambang

kekuatan lain dan selalunya dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu dapat

menggerakkan rakyat untuk menyatakan ketaatannya dan kesetiaanya. Untuk

20
menunjukkanya para petani terutama orang lelaki dipaksa bekerja untuk sultan mahupun

pembesar. Dengan keadaan sistem kenegaraan yang diamalkan serta teknologi yang

digunakan sebenarnya ia tidak menjanjikan satu pulangan yang menguntungkan, rata-rata

petani yang mengusahakan pertanian masih menggunakan teknologi pertanian kuno.

Mereka maih menggunakan tulang empat kerat dengan beralatkan cangkul, parang,

penyabit dan penajak, walaupun begitu masih terdapat petani yang tidak mempunyai

alatan yang mencukupi. Seperti kata Ishak Shaari (1991) “ ada petani yang tidak

mempunyai kerbau untuk membajak tanah”. Jika tidak mempunyai peralatan yang

mencukupi bagaimanakah petani hendak mengubah teknologi pertanian ke arah sistem

komersial.

Aspek hubungan keterbatasan antara petani dengan dunia luar boleh

menyumbangkan kemampuan petani untuk mengubah corak pertanian mereka. Biasanya

hubungan dagangan hnya dilakukan oleh pembesar dengan tidak memberi peluang

kepada petani untuk menjalankan urusan perdagangan. Oleh sebab itu dapat kita lihat

aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebahagian besarnya adalah berteraskan

sektor pertanian, mereka tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek

perdagangan, biasanya aspek ini dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan.

Oleh hal yang demikian para petani hanya menjalankan ekonominya secara kais pagi

makan pagi, dan kais petang makan petang dengan menjalankan pertanian secara kecil

kecilan khusunya dalam penanaman padi dengan padi huma dan sawah, mencari hasil

hutan penternakan ayam itik menangkap ikan dan perlombongan dengan cara mendulang.

21
Usaha-usaha ini dijalankan hanya untuk menampung kehidupan dan tidak wujud satu

pengkhususan kerja serta matlamat pengeluaran bagi tujuan ekspot. Oleh itu petempatan

orang Melayu banyak di pinggir-pinggir hutan dan sungai kerana disitulah banyak

sumber bagi mereka menampung kehidupan seharian.

22
3.0. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, sistem feudalisme melayu sememangnya mempunyai unsur

pensejarahan. Hal ini dapat dilihat daripada cirri-ciri feudalisme itu sendiri seperti sumber

penulisan iaitu karya-karya Inggeris seperti karya Hugh Clifford, John Cameron,

T.J.Newbold, Major J.F. McNair yang pernah melawat ke negeri-negeri Melayu untuk

membuat kajian mengenai sistem feudal di Tanah Melayu dan juga tidak ketinggalan

juga Sarjana Malaysia seperti Kassim Ahmad yang juga ada menyentuh mengenai sistem

feudalisme Melayu. Begitu juga dengan peristiwa-peristiwa sejarah yang merupakan ciri

asas pensejarahan dan feudalisme Melayu. Contoh peristiwa feudalisme melayu ialah

apabila berlakunya pengagihan kuasa kerajaan di Pahang, sistem kerahan petani Melayu

yang terpaksa menurut perintah pembesar, dan perebutan kuasa yang berlaku dalam

kerajaan Negeri-negeri melayu. Hal ini menunjukkan bagaimana sistem feudal di Tanah

Melayu mempunyai hierarki yang tersendiri, dimana golongan pemerintah mempunyai

kuasa tertinggi dan golongan diperintah pula wajib memberi taat setia dan khidmat tenaga

kerja mereka kepada golongan atasan meskipun tidak diberi upah. Oleh hal yang

demikian jelaslah bahawa feudalisme melayu sememangnya mempunyai ciri ciri

pensejarahan.

23
24

Anda mungkin juga menyukai