Anda di halaman 1dari 2

Alam sekitar tanggungjawab bersama

Alam sekitar merupakan suatu kurniaan tuhan yang tidak ternilai harganya. Ia dapat
dinikmati oleh manusia tanpa dikenakan sebarang bayaran. Kehidupan manusia
bergantung sepenuhnya kepada sumber alam sama ada tempat tinggal atau sumber
rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. Oleh yang demikian kelestarian Alam
Sekitar pada hari ini adalah tanggungjawab bersama.

Antara tanggungjawab yang boleh dilaksanakan bersama adalah dengan


menggalakkan penanaman pokok. Tanaman pokok seperti sayur-sayuran atau pokok-
pokok bunga boleh mengindahkan kawasan. Hasil daripada penanaman pokok-pokok ini
akan memberikan manfaat udara yang bersih dan persekitaran yang menghijau.

Selain daripada itu kita seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula. Antara
barangan yang boleh dikitar semula seperti besi, tin, botol kertas dan plastik. Dengan
mengamalkan kitar semula barang-barang tersebut kita dapat menyelamatkan alam
sekitar seperti pokok yang ditebang untuk dijadikan kertas.

Selain itu kita perlulah mengurangkan penggunaan bahan kimia seperti racun
serangga dan baja kimia. Penggunaan racun serangga misalnya akan mendatangkan
impak jangka panjang kepada penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon ini akan
mengakibatkan pemanasan global dan kesan rumah hijau.

Selain itu, kita juga mestilah memelihara kebersihan sungai. Usaha ini penting
kerana sungai sungai merupakan nadi kehidupan kita kerana sungai merupakan sumber
bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Untuk memastikan sungai
terpelihara daripada sebarang aktiviti pencemaran, kita boleh melibatkan diri secara aktif
dalam menjayakan Kempen Cintai Sungai Kita yang dianjurkan oleh pihak komuniti dan
sebagainya. Aktiviti membersihkan sungai perlulah dijalankan secara berkala. Kesannya,
sungai yang bersih dapat menjamin kesihatan yang baik di samping dapat menjaga alam
sekitar daripada berlakunya bencana alam seperti banjir kilat.

1
Dalam masa yang sama kita juga perlulah mengelakkan tabiat membuang sampah
ke dalam sungai atau ke luar kereta. Pada hari ini kita boleh lihat terdapat banyak
sampah sarap yang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malahan ia juga
mencemarkan pandangan kita di sekitar jalan raya. Keadaan ini mencerminkan tahap
kebersihan penduduk Malaysia yang tidak mengambil peduli tentang kebersihan alam
sekitar.

Kesimpulannya penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.


Kelestarian alam sekitar adalah merupakan perkara yang amat penting kerana ia bukan
sahaja berguna pada masa kini malahan untuk kelangsungan generasi akan datang.Alam
sekitar yang bersih mencerminkan penduduk Malaysia yang bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai