Anda di halaman 1dari 17

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION
PROGRAM’S CODE & AND MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL 2 (TWO)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-320-2:2012-C01-SINGLE PHASE DRAWING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

 IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING


SPECIFICATIONS AND REQUIREMENT
NO. DAN PENYATAAN  CARRY OUT LAYOUT DRAWING
AKTIVITI KERJA / WORK  CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM
ACTIVITIES NO. AND
DRAWING
STATEMENT
 CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING
 INSPECT SINGLE PHASE DRAWING

ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 1


EE-320-2:2012/C01/P(3/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of 17 :
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 2
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

TAJUK : MEREKABENTUK PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN :

Kertas penerangan ini menerangkan tentang lukisan dalam bidang elektrikal seperti
gambarajah pelan susunatur, gambarajah skematik (satu garisan), gambarajah pendawaian
dan gambarajah litar elektrik.

PENERANGAN :

1. Tatacara Merekabentuk Pepasangan Elektrik

Sebelum melakukan sesuatu pepasangan elektrik, lawatan tapak perlu dilakukan. Ini
diikuti dengan penyediaan plan pepasangan dan spesifikasi peralatan. Ini dipengarohi
oleh keadaan persekitaran seperti jenis bekalan yang diperlukan (satu fasa atau tiga
fasa) dan beban maksima permintaan pengguna. Kemudian borang permohonan bekalan
dihantar ke pihak pembekal bekalan. Setelah mendapat kelulusan bertulis, barulah kerja-
kerja pepasangan boleh dimulakan.

Didalam proses kerja pepasangan, penyeliaan dan pemantauan perlu dilakukan bagi
mempastikan kerja dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan
memenohi segala kehendak pepasangan pengguna (berdasarkan plan pepasangan).
Setelah selesai, pemeriksaan dan pengujian dilakukan bagi pengesahan permulaan.
Kemudian borang G dan H dihantar ke pihak pembekal bagi mendapatkan pengesahan
perakuan ujian. Akhirnya pihak pembekal akan memasang meter, menyambung bekalan
dan mengujilari bekalan. Rujuk Lampiran 1 bagi Carta Alir Tatacara Pepasangan Elektrik.

1.1 Kriteria Merekabentuk

Seorang pendawai perlu mengadakan lawatan tapak untuk mengenalpasti keadaan


persekitaran, jenis bangunan dan langkah perlindungan dalam merekabentuk
pepasangan. Lawatan ini dilakukan bagi:-
i. Mengenalpasti kategori bekalan (satu fasa /tiga fasa)
ii. Merancang susunatur kelengkapan
iii. Menentukan permintaan maksima beban
iv. Menentukan jenis pendawaian
v. Pemilihan kelengkapan elektrik yang sesuai
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 3
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Setelah itu, dapatkan plan lantai bangunan daripada pengguna. Jika tiada, pendawai
perlu menyediakannya bagi persediaan menghasilkan lukisan susunatur pepasangan.
Pendawai perlulah berbincang dengan pengguna berkaitan dengan keperluan
pepasangan seperti beban diperlukan dan penempatan kelengkapan.

Apabila cadangan rekabentuk telah dipersetujui, pendawai perlu membuat anggaran


permintaan maksima beban pengguna bagi menentukan spesifikasi kelengkapan
pepasangan seperti kabel, alatlengkap dan kelengkapan elektrik.

Mengikut MS IEC 60364 Fasal 132, rekabentuk pepasangan hendaklah mengambilkira


factor perlindungan pengguna, kelengkapan dan pendawaian agar berfungsi dengan
betul serta selamat. Faktor ini merangkumi keperluan maklumat dalam Fasal 132.2
hingga 132.5 iaitu:-
i. Mengenalpasti bekalan voltan.
ii. Mengenalpasti kategori bekalan (satu fasa / tiga fasa).
iii. Menentukan permintaan maksima beban.
iv. Penentuan dan pemilihan saiz kabel yang sesuai digunakan.
v. Pemilihan peranti perlindungan yang sesuai dan betul.
vi. Menentukan jenis pembumian yang sesuai untuk pepasangan.
vii. Menentukan susunan litar pendawaian.
viii. Mengenalpasti keadaan persekitaran pendawaian.

2. Pengiraan Permintaan Maksima Beban

MS IEC 60364-1:2003 Fasal 311 menerangkan mengenai keperluan pengiraan


permintaan maksima beban bagi setiap litar akhir suatu pendawaian. Pengiraan ini
merupakan anggaran jumlah keperluan beban tersambung bagi sesuatu pepasangan. Ia
menyediakan satu rekabentuk pendawaian yang mempunyai kriteria perlindungan untuk
keselamatan terutamanya dalam penentuan saiz kabel dan kadar peranti perlindungan.
Kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi saiz pengalir kabel,
pengasingan dan alat perlindungan dinamakan Faktor Kepelbagaian.

2.1 Keperluan Faktor Kepelbagaian Dalam Pepasangan Elektrik

Dalam sesuatu pemasangan elektrik, tidak semua perkakas dan peralatan elektrik
akan digunakan serentak pada masa yang sama. Dalam keadaan biasa, jarang
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 4
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

sekali pengguna menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik,


televisyen, alat stereo dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu adalah
tidak ekonomi jika saiz kabel dan kadaran peralatan perlindungan yang dipasang
dibuat berpandukan kepada keupayaan membawa arus maksima keseluruhan
pemasangan. Faktor pengurangan kadar arus maksima ini dinamakan Faktor
Kepelbagaian (Diversity Factor).

o Faktor kepelbagaian bolehlah ditakrifkan sebagai kadar pengurangan arus


bagi kabel dan peralatan perlindungan elektrik.

o Mengikut matematik, faktor kepelbagaian adalah nisbah peratus diantara


jumlah arus beban yang digunakan serentak berbanding dengan jumlah
arus maksima beban.

o Faktor Kepelbagaian = Jumlah arus beban digunakan serentak


Jumlah arus maksima beban

o Mengikut Peraturan IEE, faktor ini tidak boleh digunakan pada pengiraan
saiz kabel untuk litar kecil akhir dan suis peralatan kecuali untuk litar kecil
akhir alat pemanas.

o Peraturan IEE telah menetapkan peruntukan bagi kepelbagaian


pemasangan elektrik. Rujuk Lampiran 2 bagi Jadual Faktor Kepelbagaian
yang telah ditetapkan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 5
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Contoh 1: Sebuah rumah kediaman setingkat dengan pendawaian permukaan


memerlukan bekalan 230 V, 50 Hz satu fasa bagi dibekalkan kepada
beban-beban berikut:-
 15 buah lampu nyahcas 36 W
 5 buah lampu filament 40 W
 8 buah SAK, dipasang secara litar jejari.
 5 buah kipas siling 60 W.
 1 buah pemanas air 3 Kw.

 Kira saiz fius perlindungan dan saiz kabel bekalan yang sesuai digunakan
bagi pepasangan ini. Buat perbandingan antara jumlah arus maksima
dengan jumlah arus factor kepelbagaian. (faktor kuasanya 0.85)

Pengiraan Arus dengan Arus Arus


Pengiraan Arus Maksima
Faktor Kepelbagaian Maksima Anggaran

1. Lampu nyahcas
15 x 18 x 1.8 = 2.11 A 66% x 2.11 = 1.39 A 2.11 A 1.39 A
230

2. Lampu filament
5 x 40 = 0.87 A 66% x 0.87 = 0.57 A 0.87 A 0.57 A
230

3. SAK 13A
100% MCB terbesar = 20 A
(4 l.k.a dikawal oleh MCB 20 A) 80 A 44
40% baki =40% x 60 = 24 A
4 x 20 = 80 A

4. Kipas siling
5 x 60 = 1.53 A 66% x 1.53 = 1.01 A 1.53 A 1.01 A
230 x0.85

5. Pemanas air
1 x 3000 = 13.04 A 100% alat terbesar = 13.04 A 13.04 A 13.04 A
230

Jumlah 97.55 A 60 A

 Arus maksima = 97.55 A


 Arus anggaran = 60.0 A
 Saiz kabel utama = 10 mm2 PVC / PVC
 Saiz suis utama = 60 A
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 6
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Contoh 2: Sebuah rumah kediaman dengan pendawaian permukaan memerlukan


bekalan 230 V, 50 Hz fasa tunggal bagi dibekalkan kepada beban-beban
berikut:-
 8 buah lampu filament 60 W
 10 buah lampu nyahcas 36 W
 10 buah SAK, dipasang secara litar jejari.
 2 buah penyaman udara bilik 2 kk.
 2 buah pemanas air jenis segera 1.5 Kw.
 1 buah alat pemasak 3 Kw.dengan unit kawalan tanpa SAK

 Kira saiz fius perlindungan dan saiz kabel bekalan yang sesuai digunakan
bagi pemasangan ini. Buat perbandingan antara jumlah arus maksima
dengan jumlah arus factor kepelbagaian.

Pengiraan Arus dengan Arus Arus


Pengiraan Arus Maksima
Faktor Kepelbagaian Maksima Anggaran

1. Lampu filament
8 x 60 = 2.09 A 66% x 2.09 = 1.38 A 2.09 A 1.38 A
230
2. Lampu nyahcas
10 x 36 x 1.8 = 2.81 A 66% x 2.81 = 1.85 A 2.81 A 1.85 A
230

3. SAK 13A 100% MCB terbesar = 16 A


(5 l.k.a dikawal - MCB 16 A) 80 A 41.6 A
5 x 16 = 80 A 40% baki = 40% x 64 = 25.6 A

4. Penyaman udara 15.26 A


2 x 2.0 x 746 = 15.26 A 15.26 A 15.26 A
230 x .85 (Tiada faktor kepelbagaian)

100% beban penuh terbesar


5. Pemanas air
= 6.52 A
2 x 1500 = 13.04 A 13.04 A 13.04 A
100% beban kedua terbesar
230
= 6.52 A

6. Alat pemasak 10 A pertama = 10 A


1 x 3000 = 13.04 A 30% drpd baki 13.04 A 10.91 A
230 = 30% x 3.04 = 0.91 A

Jumlah 126.24 A 84.04 A

Arus maksima = 126.24 A


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 7
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Saiz fius kawalan 90 A


Saiz kabel bekalan - 25 mm2 PVC / PVC
Kadar Suis Utama - 100 A (jenis SPN)
Contoh 3: Sebuah rumah kediaman memerlukan bekalan satu fasa 240V, 50Hz
mempunyai beban-beban seperti di bawah. Anda dikehendaki mengira arus
maksima dan arus anggaran untuk menentukan saiz kabel utama, alat
pengasing dan perlindungan dengan berpandukan jadual kepelbagaian.
 12 x 60W lampu filamen.
 10 x 40W lampu kalimantang.
 4 x 85W kipas siling.
 8 x 13A suis soket alur keluar.
 2 x 3KW pemanas air (serta-merta).
 1 x 7KW alat kawalan memasak disertakan 13A suis soket alur keluar.
 1 x 1.5 Hp penghawa dingin.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 8
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Lampiran 1: Carta Alir Tatacara Pendawaian

Lawatan tapak

Beban maksima
Menyediakan plan
pemasangan, Jenis pendawaian
lukisan dan Kategori bekalan
spesifikasi (1 fasa / 3 fasa)
kelengkapan

Hantar borang
ke TNB

Tidak Kelulusan Ya Sedia jadual kerja


Bertulis dari
TNB

Mulakan Mulakan kerja


projek Pendawaian
Pembetulan

Pemeriksaan
dan pengujian

Borang G dan H ke TNB

Pengesahan Perakuan Ujian Deposit & Perjanjian

Temujanji dgn
TNB Pasang meter
Bekalan di terima
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 9
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Lampiran 2 : Peruntukan Faktor Kepelbagaian

Jenis Pemilik Bangunan

Penggunaan litar Rumah individu Kedai kecil, pejabat & Hotel kecil, rumah
Bil
akhir termasuk deretan bangunan perniagaan tumpangan dan lain-
rumah individu lain

1 Pencahayaan 66% jumlah permintaan 90% jumlah permintaan 75% jumlah permintaan

 100% permintaan  100% permintaan arus


 100% jumlah
arus terbesar +
Pemanasan dan permintaan arus
 terbesar +  80% permintaan arus
2 kuasa hingga 10 A +
 75% permintaan arus kedua terbesar +
(rujuk 3 – 8)  50% baki permintaan
 peralatan selebihnya  60% permintaan arus
arus melebihi 10 A
peralatan selebihnya
 10 A + 30% permintaan
arus perkakas
 100% permintaan arus peralatan terbesar +
memasak melebihi 10
 80% permintaan arus peralatan kedua terbesar +
3 Perkakas memasak A
 60% permintaan arus peralatan selebihnya
 + 5 A jika SAK
digabung- kan dalam
unit
 100% permintaan
arus motor terbesar +
Motor elektrik  100% permintaan arus
 80% permintaan arus
(selain drp. motor lif motor terbesar +
4 motor kedua terbesar
yang tertakluk pada  50% permintaan arus
+
pertimbangan khas) motor selebihnya
 60% permintaan arus
motor selebihnya
 100% peralatan
terbesar
 + 100% permintaan  100% permintaan arus peralatan terbesar +
Pemanas air
5 arus peralatan kedua  100% permintaan arus peralatan kedua terbesar +
(Jenis segera)
terbesar  25% permintaan arus peralatan selebihnya
 + 25% permintaan arus
peralatan selebihnya
Pemanas air (dikawal
6 Tiada peruntukan kepelbagaian
oleh termostat)
Pemanasan pemanas
7 Tiada peruntukan kepelbagaian
lantai

Pemanasan storan
8 Tiada peruntukan kepelbagaian
terma pemanas ruang

 100% permintaan arus


Penyusunan piawai  100% permintaan arus litar terbesar +
litar terbesar +
9 bagi litar kecil akhir  50% permintaan arus setiap litar yang lain
 40% permintaan arus
(mengikut lampiran)
setiap litar lain

 100% permintaan arus


titik terbesar
 100% permintaan arus
penggunaan
 100% permintaan titik titik terbesar
SAK lain drp. no. 9  + 75% permintaan arus
penggunaan terbesar penggunaan +
10 dan peralatan tetap setiap titik dibilik utama
 + 40% permintaan arus  75% permintaan arus
lain drp. atas (seperti ruang makan)
setiap titik penggunaan setiap titik penggunaan
 + 40% permintaan arus
lain
bagi setiap titik
penggunaan yang lain
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 10
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

FAKTOR KEPELBAGAIAN (DIVERSITY FACTOR)

Faktor kepelbagaian ialah suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus
bagi alat saiz pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan.

Mengapa ia diperlukan?

Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya semua kelengkapan elektrik


digunakan serentak pada satu masa. Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan
atau menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, televisyen, alat stereo
dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu, arus maksimum yang mengalir di
dalam pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan bila kesemua
alat kelengkapan elektrik digunakan serentak. Jadi adalah tidak ekonomik sekiranya kita
menggunakan kabel, suis, pengasing dan sebagainya, dengan hanya berpandukan pada
permintaan maksimum arus beban dalam pemasangan. Bagi tujuan ini, faktor
kepelbagaian dibenarkan tetapi hendaklah berlandaskan kepada jadual B Peraturan-
Peraturan Elektrik 1994.

Jadual B (Kelonggaran bagi kepelbagaian)


Tujuan litar akhir disambungkan
Pepasangan individu rumahtangga,
daripada konduktor atau gear suis
termasuk blok kediaman individu
yang padanya kepelbagaian terpakai

1. Lampu  66% daripada jumlah permintaan arus


 100% daripada jumlah permintaan arus
sehingga 10 Ampere
2. Kuasa
 + 50% daripada mana- mana permintaan
arus yang melebihi 10 Ampere
 10 Ampere
 + 30% f.l perkakas memasak yang
3. Perkakas memasak disambungkan melebihi 10 Ampere
 + 5 Ampere jika air keluar digabungkan
dalam unit.
 100% f.l perkakas terbesar
4. Pemanasan air (jenis serta-merta)*  + 100% f.l perkakas kedua terbesar
 + 25% f.l perkakas yang tinggal
5. Pemanas air (dikawal termostat)  Kepelbagaian tidak dibenarkan
 100% daripada permintaan terbesar
6. Susunan standard litar akhir
 + 40% daripada permintaan arus bagi
menggunakan air keluar soket
tiap-tiap litar lain.
7. Alir keluar soket selain daripada  100% daripada permintaan arus daripada
yang termasuk dalam 6 di atas poin penggunaan terbesar
dan kelengkapan pegun selain  + 40% daripada permintaan arus bagi
daripada disenaraikan di atas. tiap-tiap poin penggunaan yang lain.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 11
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Contoh pengiraan
Sebuah rumah kediaman memerlukan bekalan satu fasa 240V, 50Hz mempunyai beban-beban
seperti di bawah. Anda dikehendaki mengira arus maksima dan arus anggaran untuk
menentukan saiz kabel utama, alat pengasing dan perlindungan dengan berpandukan jadual
kepelbagaian.

i. 12 x 60W lampu filamen.

ii. 10 x 40W lampu kalimantang.

iii. 4 x 85W kipas siling.

iv. 8 X 13A suis soket alur keluar.

v. 2 x 3KW pemanas air (serta-merta).

vi. 1 x 7KW alat kawalan memasak disertakan 13A suis soket alur keluar.

vii. 1 x 1.5 Hp penghawa dingin.


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 12
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Arus Arus
Pengiraan arus maksima Pengiraan arus anggaran
maksima anggaran
1. 12 x 60W lampu filamen
66% daripada arus beban
I = P/V
penuh. 3A 1.98A
= 12 X 60 = 3A.
I = 66% x 3 = 1.98A
240
2 10 x 40W lampu
kalimantang
66% daripada arus beban penuh
I = P X 1.8 / V 3A 1.98A
I = 66% x 3 = 1.98A
= 10 X 40 X 1.8 = 3A
240
3. 4 x 85W kipas siling
I = P / V Cosθ 66% daripada arus beban penuh
1.67A 1.1A
= 4 x 85 = 1.67A. I = 66% x 1.67 = 1.1A
240 x 0.85
4 8 x 13A suis SAK
100% litar terbesar + 40% litar
2 x 13A sso = 20A
selebihnya.
2 x 13A sso = 20A
100% x 20A = 20A 80A 44A
2 x 13A sso = 20A
40% x (80-20) = 24A
2 x 13A sso = 20A
= 44A
= 80A
5. 2 x 3KW pemanas air (serta 100% litar terbesar + 100% litar
merta) kedua terbesar + 25% litar
I = P/V selebihnya.
25A 25A
= 2 x 3 x 1000 100% x 12.5A = 12.5A
240 100% x 12.5A = 12.5A
= 25A = 25A
7. 1 x 7KW pemasak l/d 13A 10A pertama = 10A
sso + 30% f.l melebihi 10A
l = P/V 30% x (29.17-10) = 5.75A. 29.17A 20.75A
= 1 x 7 x 1000 + 5A utk 13A sso. = 5A
240 = 29.17A = 0.75A
7. 1 x 1.5Hp penghawa dingin.
I = P / V Cosθ
Tiada kepelbagaian 5.49A 5.49A
= 1 x 1.5 x 746
240 x 0.85 = 5.49A

Jumlah 147.33A 100.3A

JUMLAH BEBAN TERSAMBUNG (TCL)


Definisi Jumlah Beban Tersambung (TCL) adalah berkait rapat dengan Faktor Kepelbagaian
(Diversity Factor) kerana ia mengambil kira tentang bebanan dan arus dalam sesuatu litar yang
lengkap (dari DB ke litar kecil akhir).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 13
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Contoh pengiraan

Sebuah rumah kediaman dua tingkat akan menerima bekalan elektrik dari pihak berkuasa
bekalan, 240V, 50Hz dengan keperluan beban pada pepasangan seperti berikut:

BEBAN TINGKAT SATU


 14 x 36W mata lampu pendaflour
 2 x 40W mata lampu filamen
 11 x 20W mata down light
 8 x 60W mata kipas siling
 3 x 1kW mata lampu cendelier
 12 mata soket keluaran 13A (litar jejari)
 2 mata pendingin udara berkadar 1.5 kuasa kuda
 2 mata pemanas air berkadar 1.0kW
 1 mata alat pemasak berkadar 8kW.

BEBAN TINGKAT DUA


 10 x 36W mata lampu pendaflour
 3 x 40W mata lampu filamen
 6 x 20W mata down light
 3 x 60W mata kipas siling
 10 mata soket keluaran 13A (litar jejari)
 1 mata pendingin udara berkadar 1.5 kuasa kuda
 1 mata pemanas air berkadar 1.0kW

Soalan:

Merujuk Jadual Ketiga (Peraturan 11) Jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, kirakan
jumlah arus beban tersambung (TCL) dan jumlah arus kehendak maksima (MD) bagi beban
tersebut
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 14
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

Penyelesaian:

Bil Jenis Beban Bil Jumlah Arus beban Jumlah Arus Kehendak
Tersambung (TCL) Maksima (MD)
1 Filamen (40W) 5 '= 5 x 40 '= 0.83 x 66%
240 '= 0.56 Amp
'= 0.83 Amp
2 Pendarflour (36W) 24 '= 24 x 36 x 1.8 '= 6.48 x 66%
240 '= 4.28 Amp
'= 6.48 Amp
3 Down Light (20W) 17 '= 17 x 20 x 1.8 '= 2.55 x 66%
240 '= 2.55 Amp '= 1.68 Amp
4 Candelier (1kW) 3 '= 3 x 1000 '= 12.5 x 66%
240 '= 8.25 Amp
'= 12.5 Amp
5 13 Amp S SAK 22 '= 11 litar x 20 Amp 1. 100% pertama = 20 Amp
'= 220 Amp 2. 200 x 40% = 80 Amp
Jumlah arus = 100 Amp
6 Kipas Siling (60W) 11 '= 11 x 60 '= 3.24 x 66%
240 x 0.85 '= 2.14 Amp
'= 3.24 Amp
7 Pemanas Air (1kW) 3 '= 3 x 1000 1. 100% pertama = 4.17 Amp
240 2. 100% kedua = 4.17 Amp
'= 12.5 Amp 3. 25% baki = 1.04 Amp
Jumlah Arus = 9.38 Amp
8 Alat Pemasak (8kW) 1 '= 1 x 8000 10A pertama + 30% f.l.
230 10A + 30%(33.33-10) + 5
'= 33.33 Amp = 21.99 Amp
9 Pendingin Udara 4 = 4 x 1.5 x 746 100% arus penuh
(1.5hp) 240 x 0.85 = 21.94 Amp
= 21.94 Amp
Jumlah 313.37 Amp 148.28 Amp

Ubah 240 kepada 230 dan kira semula...


Lampiran:

Borang A
*mengisi borang A dan membuat pengiraan berdasarkan kehendak pelanggan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 15
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 16
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

SOALAN : (5 soalan subjektif pendek bergantung pada kertas penerangan)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 17
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 17

RUJUKAN:

1. MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN


KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU SDN. BHD., ISBN
978-967-950-307-4